11 April 2012

Review - Teratak Ikan Bakar Kampung Baru

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Lokasi kedai makan ni betul-betul bersebelahan dengan rumah sewa Wanie, di Plaza Rah ni. Selama Wanie menyewa di sini, ini baru kali kedua Wanie singgah makan di Teratak Ikan Bakar ni. 


Oleh sebab dah tahu/kenal sikit cara penyediaan makanannya, so takde lah Wanie order sewenang-wenangnya. Bukan kerana harga, tapi kuantiti makanan yang agak banyak. 


Kedai ni memang ada jual bakar-bakar macam ayam bakar, ikan bakar, nasi lemak pun ada. Tapi, Wanie tak terasa nak makan bakar-bakar ni, teringin nak merasa tomyam la pulak. Nak pergi makan di Sri Ayutthaya rasa macam mahal, sebab dalam kuantiti yang sedikit, bayar mahal. Kalau tak silap Wanie, semangkuk kecil tomyam di Sri Ayutthaya berharga RM 13.90. Alahai... teringin nak rasa, tapi mungkin next time lah. Poket tak berapa nak stabil lagi. So, di kedai makan Teratak Ikan Bakar ni, Wanie dan Mr. Love order semangkuk tomyam seafood berharga RM 12, nasi putih 2 (RM 1.50 per plate) , air jus oren dan teh ais  (RM 2.00 each). Tapi time bayar, entah apa la rezeki kitorang malam tu, kitorang just bayar RM 15 je, dapat discount weh!!! Hihihihi... 


- gambar : sumber Google -
Pemilik restoran agaknya, inilah gerangan yang memberi diskaun kepada kami! 
Terima kasih bang, murah rezeki abang lagi pasni ye..





- The Menu -



Haaaaaaaaaa......
Nampak tak? Nampak tak? Baru betul-betul seafood!


Serius, sedap! Kaw-kaw tomyam dia, taklah pedas berapi sangat, just nice! Rasa tomyam ni, mengingatkan Wanie time Wanie makan tomyam dengan family di Danok waktu bercuti ke Thailand dulu. Cuma kat Danok dulu, takdelah diorang letak lala bagai.. tapi yang ni, ummmphhh lah! Berbaloi sangat-sangat dengan harga! 

Memang Wanie recommend lah untuk korang try kalau korang peminat tomyam. Tak pernah lagi Wanie jumpa rasa tomyam sesedap yang Wanie penah makan macam kat Thailand dulu. Kalau korang suka pedas, request je to make it more spicy. 

Dari segi environment, ok la. Nak decorate ala-ala Thai pun, bukannya kedai makan Thailand. Dah nama pun kedai ikan bakar kan, just nice - selesa. Ada disediakan ruang outdoor untuk lebih feel. Tapi, time Wanie pergi tu hujan, tak payah nak feel outdoor sangat. Kang kuah tomyam jadi kuah hujan. 


Apa yang Wanie boleh cakap, I will be a return customer. Tapi ingat ye, portion semangkuk tomyam seafood tu cukup untuk 2 orang. So, boleh la share-share sorang RM 6. Hehehehe... 

0 comments:

Post a Comment