27 May 2020

Hilangkan Lemak Daging Melekat di Periuk

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi semua... masih dalam mood raya kan? Kemarin masih lagi open house tapi untuk kawan terdekat sahaja. Juadah utama raya masih lagi bihun sup, rendang ayam dan rendang daging. Puas hati sangat, kawan yang datang ke rumah siap tapau lagi rendang dan bihun sup. Memang settle terus kemarin, senang nak mencuci periuk! 😅

Sebut pasal mencuci periuk, bukan senang nak hilangkan lemak sup tulang di periuk. Tambah-tambah, Wanie masak 2 periuk Noxxa tu buat sup. Husband rendam periuk tu semalaman dengan air panas, tapi macam takde kesan. Then, Wanie comes up dengan idea nak steam kan aje periuk tu. Dalam bulan puasa haritu, Wanie sempat ke Harvey Norman IOI City Mall beli vacuum steam Karcher SV7. Seronok guna vacuum steam, rasa lagi confident bersih lantai tanpa perlu guna sebarang chemical/floor cleaner. Nanti kalau rajin, Wanie story morry pasal vacuum steam, ni nak cerita macam mana Wanie guna untuk hilangkan lemak sup tulang tu.

Memang menyenangkan kerja sangat! Steam je periuk tu, habis lemak-lemak tu cair dan terus boleh cuci periuk dengan span macam tu je. Takde leftover minyak atau greasy feeling langsung! Memang bersih betul! Marvelous la! 

Korang boleh tengok macam mana Wanie steam periuk tu macam dalam video ni. Anyway, yang ni innerpot Noxxa. Mula-mula risau jugak kalau rosak permukaan innerpot ni, tapi tak pun! Ok je takde masalah.. so oklah, settle masalah bab nak mencuci periuk kesan lemak ni. Kalau ada periuk non stick yang ada kesan degil minyak, steam kan aje. Confirm bersih macam baru korang beli periuk tu! 


26 May 2020

Resepi Rendang Daging Cili Padi Hijau

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Selamat Hari Raya semua, atau sekarang ni viral orang wish Salam Cov-eid 2020 kan... hehehe, tak kisahlah apa korang nak wish, yang penting stay safe and jaga social distance sewaktu beraya dalam musim PKP ni.

Anyway, raya tahun ni agak bermakna bagi Wanie sebab tahun ni, mama request first day beraya di rumah Wanie. Biasanya, tiap-tiap tahun beraya rumah parent/in-laws kan, kali ni merasa untuk open house di hari raya di rumah sendiri. Husband lah semangat sikit. Rumah kami tak pernah ada meja makan sebab kitorang jenis koboi je. Meja yang ada pun study table dari zaman Wanie bujang duduk rumah sewa. Tapi disebabkan meja tu dah Wanie guna untuk WFH sepanjang PKP ni, so we decide to buy a proper dining table, untuk raya juga. Husband siap beli meja dan set pinggan mangkuk gelas cawan semualah.. macam masuk rumah baru je. Cadar pun beli baru sempena raya.. hahaha!

Tapi, kesian jugak kat husband. Homesick rasanya, lama tak balik hometown dia kat Perlis. Raya ni, dia request buat 2 jenis rendang - rendang ayam dengan rendang daging cili padi. Biasanya, rendang daging cili padi atau rendang daging nismilan ni macam menu wajib kat rumah mertua. So, Wanie pun buat lah atas permintaan dan nak mengubat sikit rasa rindu husband tu kat kampung.


Bahan-bahannya
---------------------------------------
1 kg daging batang pinang
80 biji cili padi burung (bird eye) - kena pakai cili burung! kalau bukan cili burung, rasa pedas tu tak "kick" (atau 2 genggam cili burung) ***
3 batang serai ***
1 biji bawang besar ***
10 biji bawang kecil/merah ***
4 ulas bawang putih ***
2 inci halia ***
2 inci lengkuas ***
Kunyit hidup sebesar ibu jari ***
2 sudu kerisik
300 gm pati santan / 1 kotak kecil santan kotak
2 helai daun kunyit - size besar dan diracik halus
7 helai daun limau purut
2 keping asam keping
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula
Ajinomoto (optional)


Cara-caranya
----------------------------------------

1)  Bahan-bahan bertanda *** di blend halus. Panaskan sedikit sahaja minyak, dan masukkan bahan yang telah di blend tadi bersama asam keping. Tumis sebentar, dan terus masukkan daging batang pinang. Kacau sebati dan biarkan sampai air daging keluar.

Note : Air daging memang akan keluar agak banyak. Rilex je... sekali sekala kacau jangan bagi hangit. 

2)  Agak-agak air daging dah separuh kering, boleh terus masukkan kerisik, daun kunyit yang telah diracik dan daun limau purut. Daun limau purut tu dikoyak-koyak dan crunch sikit so that wangi daun tu nanti lagi ummphh! Kecilkan api, sentiasa kacau sampai kering air daging.

Note : Part ni bertabah sikit ye. Memang agak lama nak keringkan air daging ni dengan api yang kecil. Jangan lupa kacau-kacau takut daging hangit. 

3)  Bila air daging dah kering, boleh masukkan santan dan bahan-bahan perasa. Gula sedikit sahaja dalam separuh sudu besar, garam dan ajinomoto jika suka. Kacau sampai rendang tu kering.



time ni bertukar shift dengan husband part nak mengacau.. 
sado tangan weh nak tunggu kering...

4)  Dah kering, dah pun siap rendang korang. Selamat mencuba!


p/s : Mama dah request lepas ni setiap tahun menu ni wajib atas meja. Mama cakap dia suka sangat dan sedap! 

22 May 2020

Resepi Laksa Utara - guna Noxxa

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang...

Minggu ni teringin sangatlah nak makan laksa. Berhari-hari mencari urat laksa tu kat kedai-kedai runcit, tapi tak jumpa. Semalam, husband jumpa kat kedai terus sambar 2 bungkus. Agaknya, orang dah beli siap-siap kot simpan buat stok untuk raya.

Haritu ada jiran open order laksa, sedap tapi tak berapa boleh tahan sangat pedasnya. Mampu suap beberapa sudu je sebab pedas sangat, itu yang terasa sangat nak buat ni. Lagipun, nak clearkan stok ikan dalam peti beku sebab nak simpan berkilo daging dengan ayam untuk raya ni.

Wanie tak lah pro sangat nak guna Noxxa ni. Tapi, banyak try and error je di samping tengok tips dan resepi yang orang share dalam group facebook. Tapi, banyak yang share guna Noxxa version lama, itu yang kena pandai-pandai sendiri nak guna function apa untuk Noxxa version baru ni. Ok, jom start!


Bahan-bahannya
---------------------------------------------
1 bungkus laksa kering (urat besar, Wanie tak minat laksa urat halus)
600 gram ikan kembung (mama Wanie suruh try nanti selayang+kembung, kuah lagi sedap katanya)
2 biji bawang besar **
2 biji bawang kecil **
5 batang cili padi hijau **
1 ulas bawang putih **
Belacan sebesar ibu jari **
2 sudu besar cili blend
Beberapa keping asam keping
1 cekak daun kesum
1 batang bunga kantan dibelah dua


Cara-caranya
---------------------------------------

1)  Rebus laksa guna Noxxa
-  Tak payah rendam urat laksa tu. Basuh bersih, dan terus masukkan dalam innerpot Noxxa. Sukatan air sama macam kita rebus laksa dalam periuk biasa.
-  Tekan butang Manual - 10 minit - tombol Pressure . Bila dah siap dan berbunyi, hati-hati tolak tombol ke steam. Biar steam sampai habis baru boleh bukak penutup.
-  Dah siap nanti, toskan sahaja laksa dan alirkan di bawah air paip untuk sejukkan dan untuk hentikan pemanasan

Note : Minit masa rasanya bergantung kepada jenis laksa juga rasanya. Hasil dari carian Google, kalau laksa brand Eka 8 minit, brand Biho 11 minit dan brand Jati 12 minit. Wanie guna laksa kampung Twenty. Kalau korang tak pasti, boleh letak setakat baseline 8 minit dulu, kalau agak-agak laksa keras lagi, boleh tambah je masa.


2)  Rebus ikan guna Noxxa
-  Ikan disiang bersih, dibuang kepala dan ekor
-  Masukkan ikan tersebut ke dalam innerpot bersama beberapa keping asam keping. Wanie guna dalam 3 keping dulu. Sukatan air sehingga paras ikan tenggelam atau lebih pun tak apa, nanti air rebusan ni nak guna untuk kuahnya.
-  Tekan butang Manual - 1 jam - tombol Pressure . Bila dah siap dan berbunyi, hati-hati tolak tombol ke steam. Biar steam sampai habis baru boleh bukak penutup.
-  Dah siap rebus nanti, ambil ikan-ikan tadi campur dengan air rebusan sikit dan blend sahaja. Air rebusan letak dalam bekas lain dahulu.

Note : Lepas dah siap rebus selama sejam ni, ikan tak perlu asingkan isi dengan tulang dah sebab tulang ikan tu dia jadi macam tulang sardin. Blend nanti dah settle.


3)  Masak kuah laksa guna Noxxa
-  Bahan-bahan yang bertanda ** di atas di blend bersama sedikit air.
-  Tekan butang Stir Fry, masukkan bahan-bahan ** yang di blend dalam innerpot bersama 2 sudu besar pes cili blend. Kacau-kacau sehingga agak-agak kering airnya.
-  Masukkan ikan yang dah siap di blend tadi. Kacau-kacau sekejap, kemudian boleh masukkan air rebusan ikan (sukatan air agak-agak setakat mana kepekatan yang korang suka). Kalau air rebusan tak cukup, boleh je tambah air biasa. Kemudian, masukkan daun kesum, bunga kantan dan beberapa keping asam keping. Kacau-kacau sekejap bagi tenggelam daun-daun tu.
-  Sekarang, dari mode Stir Fry, kita nak beralih ke mode yang lain pulak. Tekan Warm/Cancel.
-  Tekan butang Soup/Broth - 10 minit - tombol Pressure . Bila dah siap dan berbunyi, hati-hati tolak tombol ke steam. Biar steam sampai habis baru boleh bukak penutup.
-  Dah siap, boleh lah perasakan dengan garam dan ajinomoto kalau suka.

Note : Semalam lepas siap masak, Wanie baru perasan air terlebih. Tapi takpe, jangan risau. Tekan butang Soup/Broth - tombol Steam , pastu biar je dia keluar wap steam tu dalam 10-15 minit ke. Pastu, tekan balik butang Warm/Cancel. Terus elok kejadian kuah laksa tu.


Ok dah siap. Semalam juga settle seperiuk, Wanie bawa ke rumah mama. Mama puji sedap! Terus macam wahhhhhh gittteww!! Kihkihkih... selamat mencuba!




20 May 2020

Resepi Kuih Samperit Tradisional - tak guna mixer

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi semua...

Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita, sayu kan... tak tahu kita masih lagi berpeluang untuk berjumpa Ramadhan di tahun akan datang. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan lagi umur kita untuk sama-sama kumpul pahala ibadat di bulan mulia ni.

Bersempena Syawal tahun 2020 ni, most of us akan beraya di rumah masing-masing, termasuklah Wanie. Mujur family pun semua dah berpindah ke sini, so tak ada masalah nak beraya dan kebetulan, tahun ni giliran beraya sebelah family Wanie... hehehehe.. so takde issue postpone postpone lah..

For the first time ever, tahun ni buat sendiri biskut raya. Biskut raya kegemaran of course la samperit ori, tak suka yang ada susu susu tu.. dan biasanya mak mertua yang expert buat samperit ni. Since tahun ni tak boleh request kat MIL kuih samperit, so MIL share je resepi untuk buat sendiri. So far menjadi, walaupun rupa tak berapa comey, rasa tu sedap sama macam MIL buat. So, Wanie share resepi macam kat bawah ni beserta tips-tips sekali.


Bahan-bahannya
---------------------------------------
200 gm butter (wanie guna Golden Churn, lebih wangi dan sedap rasa samperit nanti)
130 gm gula icing (diayak)
200 gm tepung gandum (diayak)
130 gm tepung jagung (diayak)
2 sudu besar tepung custard (diayak)
1 biji kuning telur
1 tudung kecil esen vanila (wanie guna esen vanila Star Brand)


Cara-caranya
---------------------------------------

1)  Pastikan butter dalam suhu bilik, biar lembik-lembik gitu. Masukkan butter, gula icing dan kuning telur dalam bekas. Kacau menggunakan spatula sehingga sebati.

2)  Masukkan tepung-tepung satu per satu dan gaul sehingga sebati.
Note : Adunan ni jangan dibiarkan kena angin, nanti keras dan susah nak tekap bunga dari acuan samprit. Wanie basahkan towel bersih, dan tutup bekas berisi adunan ni. Buka hanya bila nak ambil adunan masuk dalam acuan samperit sahaja, kemudian tutup balik.

3)  Boleh mula tekap samperit atas tray. Selepas dah siap tekap, anginkan sekejap samperit atas tray ni dalam 5 minit sebelum masuk ke dalam oven.

4)  Kalau ikutkan MIL, suhu bakar 180 degree , api atas bawah dan bakar selama 10 minit. Part ni wanie rasa bergantung kepada oven juga kut, sebab oven wanie jenis besar yang built in tu. So, bila wanie guna suhu 180 ni, samperit jadi garing bawah. Wanie adjust ke suhu 165 degree, suhu 10 minit baru kejadian samprit tu cantik.

hahaha.. macam-macam bentuk. sebelah kanan wanie tekap, sebelah kiri husband yang tekap


hasilnya... dah tinggal banyak ni sebab yang lain semua dah masuk perut. hahahaha!!

13 April 2020

Resepi Bihun Sup Utara Cabai Merah Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang.... memandangkan PKP/MCO di extend lagi 2 minggu, wanie rasa dah ramai yang jadi chef kat rumah, baik wife atau husband. Betul tak? Masing-masing dengan resipi sendiri.

Macam wanie, husband suka masak. Tapi, yang main chef, of course kite... dia jadi sous chef je... hagitteeww.. husband homesick rasanya tu. Hahahaha tak boleh balik kampung, kite steady je lagi, sebab weekday 8.30-5.30 still work from home, remote masuk server je. Syukur alhamdulillah, masih diberikan rezeki untuk keluarga kami.

Berbalik resepi nak share pasal bihun sup ni. Husband dah berminggu request, tapi wanie busy. Macam kesian pulak sebab dia pun dah losing appetite, so wanie suruh dia order delivery daging dengan tulang. Bersinar je mata bila dah dapat green light. Kalau korang area sekitar Cyberjaya and nak delivery barang basar / air or jeli kelapa / santan / kelapa parut (orang utara panggil nyoq kukoq) , boleh contact 0172349200 atau masuk je telegram dia https://t.me/coconutdeliverycyberjaya .

Resepi untuk bihun sup utara with cabai merah macam di bawah. Wanie pinjam periuk Noxxa kakak, senang betul kerja. Mujur rumah kakak pun dalam Cyberjaya jugak. Heheheh~


Bahan-bahan untuk sup
---------------------------------------
-  500 gm tulang campur daging (ambil daging bahagian lemak baru sedap. Kalau nak senang, order daging tetel)
-  1 bungkus sup tulang Adabi (siap dah ada bunjut dan rempah 4 beradik)
-  Halia sebesar ibu jari **
-  5 ulas bawang kecil/merah **
-  2 ulas bawang putih **
-  Bawang goreng
-  Daun sup
-  Garam
-  Ajinomoto (optional)

p/s : Bahan yang bertanda ** di blend halus.


Bahan-bahan untuk bihun
------------------------------------
-  1 bungkus bihun
-  Sedikit serbuk kunyit
-  Garam


Bahan-bahan untuk cabai merah
------------------------------------
-  2 pek kecil serbuk cili (chilli powder)
-  1/2 labu bawang besar **
-  2 ulas bawang putih **
-  1/2 ketul gula melaka (gula gerek)
-  Gula pasir biasa
-  Garam
-  Limau nipis (wanie guna lemon)
-  Cuka (optional)
-  1 sudu besar cili sos
-  1 sudu besar tomato sos

p/s : Bahan yang bertanda ** di blend halus.


Cara-caranya
-----------------------------------

1)  Bihun direndam bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dalam air biasa sampai lembut (kalau malas nak tunggu lama-lama, agak-agak bihun dan kuning, panaskan air sampai mendidih, then celur bihun tu. Jangan lama sangat, nanti lembik). Tos dan ketepikan.

2)  Untuk masak sup guna Noxxa - menggunakan mode Stir fry, panaskan minyak dalam 4-5 sudu dan tumiskan bahan blend bersama 1 sup bunjut tulang Adabi sampai wangi (sekali dengan rempah 4 beradik tu).

3)  Dah agak wangi, masukkan tulang dan daging (daging ni wanie potong besar-besar macam bongkah tu). Masukkan air sampai tenggelam daging dan tulang, terus masukkan garam dalam 2 sudu besar (kalau takut masin, masukkan 1 sudu dulu pun takpe... dah siap masak nanti boleh adjust rasa) , masukkan ajinomoto jika suka.

Dari mode Stir Fry, tukar ke mode High Pressure. Set selama 40-45 minit. Tombol atas periuk tu tolak ke Pressure. Siap.

p/s : Kalau guna dapur gas, masak sup ni agak lama. Bergantung size daging jugak... may up to 1.5 - 2 hours untuk daging dan tulang betul-betul lembut. Mama wanie pesan, kalau isi kat tulang tu boleh tolak senang je lepas masak nanti, maksudnya dah masak betul lah tu.

Macam periuk Noxxa ni, bila dah cukup masa, dia bunyi macam tettttt tettt tu. Biar kejap dalam 10 minit, kemudian boleh tolak tombol atas tu dari Pressure ke Steam. Hati-hati ya... sila pakai kitchen mitts takut wap panas terkena tangan nanti. OK sup dah siap!! Boleh tabur daun sup dan bawang goreng.

4)  Untuk cabai merah - serbuk cili campur dengan sedikit air dan kacau jadi pes. Panaskan minyak dalam kuali dalam 5-6 sudu besar. Tumiskan bahan blend dan kacau sampai wangi.

5)  Bahan tumisan dah naik bau, masukkan pes cili tadi dan gula melaka. Kacau sampai masak/pecah minyak. Masukkan 1 sudu cili sos dan tomato sos. Perasakan dengan gula dan garam. Perahkan limau nipis / lemon dan cuka. Siap.



31 March 2020

Resepi Kuih Qasidah Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi semua...


Lama tak berblogging balik. Rasanya last check, office block blogspot. Taktau lah sempena lockdown ni, diorang unblock ke... hahahaha.. oh ya, new office by the way. Alhamdulillah, dapat new job. Tak sangka juga sebenarnya, tapi tu lah kalau Allah dah tetapkan rezeki, siapa kita nak nafikan ye dok? Dan Alhamdulillah, kini kembali ke lapangan Linux Security... nanti lah ada masa kita sembang pasal new job ni ye...


Harini nak share pasal resepi sempena lockdown di rumah. Semalam, tengah scroll scroll Facebook, nampak ada orang share kuih qasidah. Lama tak makan kuih ni, dan susah nak dapat di Cyber ni. So, semalam jugak merajinkan diri nak buat. Menjadi, sedap! Tak ingat link resepi nak kreditkan... ampunnnn... Heheheh~



Bahan-bahannya
-----------------------------------
1)  1 cawan tepung gandum + 2 sudu besar lagi tepung gandum
2)  Setengah sudu kecil garam
3)  3 cawan air 
4)  6 sudu besar gula
5)  5-6 biji bawang kecil dimayang
6)  5 sudu besar minyak masak


Cara-caranya
---------------------------------
1)  Campurkan semua tepung gandum , garam dan gula dalam blender. Blend kan je (kalau takde blender, boleh kacau-kacau tapi jangan bagi berketul).

2)  Panaskan minyak. Goreng bawang kecil yang dimayang sampai golden brown macam dalam gambar. Ketepikan. Jangan buang minyak ni ye.

3)  Dalam periuk yang lain, masukkan bahan-bahan yang di blend tadi bersama 2  sudu minyak bawang tadi. Kacau sampai pekat , sampai bunyi pop pop. Boleh tutup api.

4)  Tuang ke dalam bekas. Dan boleh tabur bawang goreng. Kemudian, renjis-renjiskan minyak goreng bawang tadi ke atas adunan. Biarkan sejuk, then dah siap! 


Selamat mencuba! Jangan keluar rumah sepanjang lockdown ni ye!