26 May 2020

Resepi Rendang Daging Cili Padi Hijau

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Selamat Hari Raya semua, atau sekarang ni viral orang wish Salam Cov-eid 2020 kan... hehehe, tak kisahlah apa korang nak wish, yang penting stay safe and jaga social distance sewaktu beraya dalam musim PKP ni.

Anyway, raya tahun ni agak bermakna bagi Wanie sebab tahun ni, mama request first day beraya di rumah Wanie. Biasanya, tiap-tiap tahun beraya rumah parent/in-laws kan, kali ni merasa untuk open house di hari raya di rumah sendiri. Husband lah semangat sikit. Rumah kami tak pernah ada meja makan sebab kitorang jenis koboi je. Meja yang ada pun study table dari zaman Wanie bujang duduk rumah sewa. Tapi disebabkan meja tu dah Wanie guna untuk WFH sepanjang PKP ni, so we decide to buy a proper dining table, untuk raya juga. Husband siap beli meja dan set pinggan mangkuk gelas cawan semualah.. macam masuk rumah baru je. Cadar pun beli baru sempena raya.. hahaha!

Tapi, kesian jugak kat husband. Homesick rasanya, lama tak balik hometown dia kat Perlis. Raya ni, dia request buat 2 jenis rendang - rendang ayam dengan rendang daging cili padi. Biasanya, rendang daging cili padi atau rendang daging nismilan ni macam menu wajib kat rumah mertua. So, Wanie pun buat lah atas permintaan dan nak mengubat sikit rasa rindu husband tu kat kampung.


Bahan-bahannya
---------------------------------------
1 kg daging batang pinang
80 biji cili padi burung (bird eye) - kena pakai cili burung! kalau bukan cili burung, rasa pedas tu tak "kick" (atau 2 genggam cili burung) ***
3 batang serai ***
1 biji bawang besar ***
10 biji bawang kecil/merah ***
4 ulas bawang putih ***
2 inci halia ***
2 inci lengkuas ***
Kunyit hidup sebesar ibu jari ***
2 sudu kerisik
300 gm pati santan / 1 kotak kecil santan kotak
2 helai daun kunyit - size besar dan diracik halus
7 helai daun limau purut
2 keping asam keping
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula
Ajinomoto (optional)


Cara-caranya
----------------------------------------

1)  Bahan-bahan bertanda *** di blend halus. Panaskan sedikit sahaja minyak, dan masukkan bahan yang telah di blend tadi bersama asam keping. Tumis sebentar, dan terus masukkan daging batang pinang. Kacau sebati dan biarkan sampai air daging keluar.

Note : Air daging memang akan keluar agak banyak. Rilex je... sekali sekala kacau jangan bagi hangit. 

2)  Agak-agak air daging dah separuh kering, boleh terus masukkan kerisik, daun kunyit yang telah diracik dan daun limau purut. Daun limau purut tu dikoyak-koyak dan crunch sikit so that wangi daun tu nanti lagi ummphh! Kecilkan api, sentiasa kacau sampai kering air daging.

Note : Part ni bertabah sikit ye. Memang agak lama nak keringkan air daging ni dengan api yang kecil. Jangan lupa kacau-kacau takut daging hangit. 

3)  Bila air daging dah kering, boleh masukkan santan dan bahan-bahan perasa. Gula sedikit sahaja dalam separuh sudu besar, garam dan ajinomoto jika suka. Kacau sampai rendang tu kering.



time ni bertukar shift dengan husband part nak mengacau.. 
sado tangan weh nak tunggu kering...

4)  Dah kering, dah pun siap rendang korang. Selamat mencuba!


p/s : Mama dah request lepas ni setiap tahun menu ni wajib atas meja. Mama cakap dia suka sangat dan sedap! 

0 comments:

Post a Comment