30 August 2015

Resepi Ayam Masak Kicap with Black Pepper Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi readers...


Selamat bercuti sempena Hari Kemerdekaan ni... yang kena kerja macam wanie, selamat bekerja lah ye. Jangan nak monteng pulak.. ihiks! (pesanan untuk diri sendiri juga ni sebab macam alahai.... malas nye nak masuk ofis esok... hahahaha)


Teddy wanie balik kampung. Untunglah... ofis dia ikut cuti public. So, ditinggalnye kita di sini. Takpe.. tunggu la lagi 2 minggu. Wanie dah siap-siap apply cuti seminggu sempena raya korban.. eh nasib baik apply cepat, sebab cuti for bulan 9 dah di freeze sebab HP sekarang kan tengah crucial due to split company for HP Inc and HP Enterprise tu.. sabarkan je lah layan ragam users yang....................... ok full stop!


Memandangkan esok ni cuti, cafe kat office pun cuti jugak. Nak tak nak, kena lah masak malam ni nak bawak bekal. Rajin tak rajin sangatlah... masak yang senang-senang main campak, cepat and sedap. Kali ni, wanie masak Ayam Masak Kicap with Black Pepper. Yes, simple! Sambil masak sambil video call dengan si Ecah (niece) lagi.. hahaha


Resepi ni wanie just buat anggaran untuk seorang makan je. Wanie masak guna 2 ketul ayam drumstick.


Bahan-bahannya

  1. Ayam (dilumur garam kunyit dan goreng - ini basic)
  2. Bawang besar dipotong bulat 
  3. Cili padi 4 tangkai dipotong kecil-kecil (optional - kalau taknak pedas, tak payah letak)
  4. Halia (dalam besar ibu jari dipotong panjang)
  5. Biji lada hitam (ditumbuk kasar / diblend kasar) - taknak yang dah siap serbuk, tak best, kena yang biji jugak..
  6. Minyak masak
  7. 1 sudu besar sos tiram
  8. Kicap
  9. Air
  10. Gula dan garam

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak. 
  2. Tumis bawang besar, cili padi dan halia sampai bawang besar jadi layu.
  3. Masukkan sos tiram dan kicap - kicap ni ikut lah nak banyak mana. jangan sampai setengah botol sudah, sebab nanti nak berkuah tambah air je
  4. Tambah air sikit untuk jadikan kuah
  5. Slow api... biar mereneh sikit. 
  6. Masukkan black pepper yang dah ditumbuk / diblend kasar (wanie blend je.. lesung batu tak dok.. hiks)
  7. Perasakan dengan garam dan gula
  8. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau-kacau sket.


Siap!

Jom makan nasik! 



- bila nak boleh beli phone baru ni.... gambar tak cunggg langsung -

03 August 2015

Post Sebelum Tidur

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Ha'a... nak tidur la ni. Tapi sempat buat blogwalking jap tadi. Cari skincare and baca review products..


Kadang tu, geram jugak dengan skin wanie ni. Cepat sangat dia immune. Latest wanie pakai SKII. SKII weh!! Beriban tau duit habis... tapi dia acah-acah flawless je. Jerawat ada la tak naik, bukan tak naik langsung, adalah seketul dua tu pun bila sampai due date orang pompuan tiap bulan kan, haaa... time tu jelah. Muka pun tak oily sangat... time tu macam wushhhh berbaloi ni, bagus SKII ni...


Few months later, mula tunjuk belang. Facial essence, moisturizer, cleanser bagai ape.sume tu, luak pun belum (pakai jimat jimat oii.. mahal!) my skin back problem balik. My friend suggest ambik jab vitamin C. Tapi masalahnya, kat Putrajaya-Cyber ni atau KL, mahal! Pastu rasa macam tak yakin kalau nak pergi sorang-sorang. Kalau duduk kampung takpe, Klinik Pakar Kulit Venkat kat Alor Setar tu ada.. tapi setahu wanie, nak jab vitamin C ni seeloknya sebulan 2 kali eh? Wanie nak balik kampung 2 bulan sekali pun susah...... 😧


Tadi terbaca ada review pasal product CNP Laboratory. Product ni dari Korea (k-pop kawww) and macam menarik je. Dulu time product ni baru launch, wanie still pakai SKII lagi. Time tu kat Alamanda, dorang bagi free test untuk remove blackhead. Wanie blackhead tak severe sangat time tu, so tak la macam excited sangat. Lately ni, my skin teruk sangat. Usia makin meningkat kot?


Bulan ni guna duit kaw kaw sangat.. hish, kena saving sket ni. Cleanser SKII pun tak banyak dah... dah habis nanti, nak try CNP Laboratory punya cleanser. Pleasseeeeee suit dengan my skin.... penat mencari product apa yang boleh tahan lama dengan my skin....


Nak tido... esok keja. Bye! 😪


01 August 2015

Resepi Sambal Udang Petai Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Happy Weekend korang!

Lapar tak lepas tengok gambar? Hahahaha.. wanie pun lapar jugak ni. Tengah tunggu si teddy bangun tido.. dah tengah rembang ni orang kata, tak bangun bangun lagi.. hahahahaha..

Ok jom, nak share the recipe! 😊


♡ Bahan-bahannya ♡

● Udang dibersihkan dalam 8 ekor (wanie selalu basuh dengan tepung, nak bagi hilang bau)

● Cili kisar (hari ni masak guna cili Puteri sebab malas nak blend cili kering - lagipun cili Puteri ni senang, tak payah guna asam jawa dengan garam banyak-banyak.. all in 1)

● Petai (kupas, ambil bijinya)

● 1/2 sudu teh sos tiram

● Sebiji bawang besar dipotong

● Sedikit garam dan gula

● Secawan air

● 5 sudu besar minyak masak


♡ Cara-caranya ♡

● Panaskan minyak. Masukkan cili boh dan goreng sampai pecah minyak.

● Masukkan bawang besar, kacau sampai layu.

● Masukkan biji petai dan kacau sebentar. Kemudian masukkan air untuk jadikan kuah.

● Masukkan udang dan sos tiram. Biarkan sampai masak dan season to taste with garam dan gula. Garam sikit je okay kalau guna cili puteri..Siap!!

☆ kadang-kadang wanie masukkan juga daun limau purut 2 3 helai kalau masak sambal udang petai ni.. bau memang menyengat! wangi je... tapi tadi ni terlupa nak beli daun limau purut. kira aci je lah... 😜😜