26 October 2014

Offday in Hometown

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Uuuucakkkk!!!

Bila last update blog eh? Hahahaha~ dah lupa dah kewujudan blog ni. Tak konsisten langsung. Bila buka balik blog, macam eh ada lagi orang duk masuk blog ni. Hehehehe.. timekasih la ye... 


Sekarang ni wanie kat hometown. Saja ambik off day sampai hari Selasa - raya haji haritu tak balik cuti, deepavali pun tak cuti... so lajak lah cuti sampai Selasa ni dari hari Jumaat lepas kerja tu. 


My life sekarang ni... herm, susah nak kaya. Living cost tinggi, tengah tunggu putera kayangan langit ketujuh masuk melamar je, senang nak minta private plane nak berulang alik dari rumah ke office. Sekarang ni tengah ada "project besar" nak diselesaikan, maybe takes couple of month untuk benda ni selesai. Project apa? Haaaaa~~ rahsia ah! Tapi yang pasti, bukan project nak kawen ke ape ek.... hikhik..


Every week, dah start actitve lifestyle balik. Kalau tak main badminton dengan colleagues, jogging... risau sebab yelah, usia makin meningkat, selera makan makin bertambah. Obvious skali, jeans dah tak payah pakai belt. Korang agak? Hahahahaha~ cuma kaki je tak bertambah size, tak size 3, kena size 4. Susah betul nak cari kasut.. last 2 weeks, pergi Skytrex kat Shah Alam. Dahla wanie ada height phobia, tapi, guess what, no "chicken exit" taken ek! I managed to complete all challenges. Hikhik~


Sebenarnya, cuti ni kalau nak diikutkan nak bercuti ke Langkawi. Tapi memandangkan kawan wanie tiba-tiba cuti tak approve sebab nak kena backup colleagues dia yang balik India untuk deepavali, dan sekarang ni pun kan musim tengkujuh... so cancellah plan tu. Cuti yang wanie dapat ni, wanie balik hometown lah. Sama Kedah je... hahahaha. Quite scary time atas flight sebab nampak kilat sabung menyabung. But alhamdulillah, safely landed. 


Eh okaylah.. nak pergi buat border pass jap. Plan nak ke seberang sheshopping. Hahahaha~ till next time!

13 July 2014

Resepi Puding Marble Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Marble sangat keeeeeeeee??? Hahahaha~ Actually, gambar yang bakal dipaparkan buruk, kalau korang Google puding marble, pergh cantik kan orang buat, berpusing-pusing, berlayer-layer. Tapi, tak kisah lah kan, masak untuk sendiri. Tak peduli cantik tak cantik. Hahahah~


Bahan-bahan (cukup untuk 1 loyang)
----------------------------------------------

1.  Serbuk milo (4-5 sudu besar penuh) - dibancuh pekat dengan air panas **sebab takde serbuk koko, so guna serbuk milo je.

2.  Air 500 ml

3.  Susu cair (3/4 tin)

4.  Serbuk agar-agar 1 peket (8 gm)

5.  Setengah cawan tepung custard

6.  1 cawan gula castor

5.  Setengah sudu besar butter



Cara-caranya
--------------------------------

1.  Masukkan air, gula castor dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak sampai mendidih.


2.  Dalam bekas yang lain, susu cair dan tepung custard dibancuh. Tapiskan bancuhan dan masuk ke dalam periuk yang dimasak dengan air, gula castor dan serbuk agar-agar sebentar tadi.


3.  Masukkan setengah sudu besar butter. Dan kacau adunan sampai pekat.


4.  Asingkan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian tadi, campurkan serbuk milo/koko yang dibancuh pekat tadi, kacau sehingga sebati.


5.  Di dalam loyang, layerkan adunan custard (yang berwarna kuning tadi) dengan adunan custard yang dicampur bancuhan milo/koko tadi. Layer by layer ok / berselang seli - buat sampai habis.


6.  Sejukkan dalam fridge. Siap!






** Saja bawa bagi kat kawan office yang non muslim, glad they like it!
Siap tanya, "hey Farah, is this cooked by your mom?"

-.-"


Resepi Daging Masak Asam Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Resepi daging masak asam ni actually teddy's mom yang ajarkan. Sebab teddy ni suka sangat makan, nasib baik simple je. Kalau rendang-rendang apa semua tu, mati laaaa nak belajar. Hahahahah~ last-last, dengan Wanie sekali melekat dengan daging masak asam ni. Best, senang je nak masak, makan dengan nasik panas-panas, kicap, perghhh... ok dah, makruh puasa aku! Heheheh~



Bahan-bahan (untuk 2-3 orang makan)
----------------------------------------------
  • Daging dipotong kecil-kecil

  • Minyak masak

  • Air asam jawa 

  • Halia (dipotong halus memanjang)

  • Bawang putih 3-4 biji

  • Bawang besar 1 biji

  • Cili besar 1 batang

  • Serbuk kunyit

  • Ubi kentang dipotong dadu (option)

  • Cili padi dipotong kecil-kecil (option)

  • Garam





Cara-caranya
--------------------------------

1.  Panaskan minyak. Goreng kentang sampai separuh masak dan masukkan daging, goreng separuh masak.


2.  Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi.


3.  Make sure daging dah betul-betul nak masak, masukkan air asam jawa (korang kena rasa, nak masam yang macam mana, depends). Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit serbuk kunyit, sikit je, macam nak colouring je. Hehehe~ 
** Selalunya, Wanie akan biar lama sikit daging tu berenang dalam air asam jawa tu. Nak bagi nampak thick sikit. :P


4.  Season dengan garam. Siap.





Comeback Post

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Haaaaaaiiiiiiii....


Haaa kannn, dah keja betul-betul, baru tau langit tinggi rendah komitmen nak update blog ni ke lautttt... hahahaha!


Ok ok, currently Wanie work as an IT Operation Support Analyst I di Hewlett Packard (HP) Cyberjaya. My job scope takde lah kena mengena dengan security, quite sad, tapi its okay, I'm not jobless and alhamdulillah, salary pun boleh la support myself, bagi kat family and masih mampu untuk saving. My job scope is assisting internal HP employee from all over the world, yes, worldwide. Anything related to IT je, its my responsibilities to help them. So far, this is my third month here, blessed dapat colleagues yang helpful, perangai pun gila-gila and boleh la sekepala. OK, done that part okay.


How was korang punya Ramadhan? Mine was, okay la.. Sorang-sorang. Sekali sekala when teddy datang KL, kitorang berbuka la sama-sama. Biasalah, hidup merantau jauh dari family kan, cenggini la. Ecewah.. sedih! Hahahah~


Okaylah, tak tahu nak cerita apa sebenarnya. So, as revenge lama tak post kan, dah memandangkan sekarang bulan puasa, nak share lah resepi simple yang wanie masak sepanjang bulan puasa neh. Actually, yang rajin memasak ni bukan sebab apa, malas nak ke bazaar Putrajaya tu. Ramai orang sangat, and malas cari parking. Masak sendiri pun okay what, jimat pun jimat. Hahahaha~




This is my first day berbuka with my teddy and Pandey
Kitorang sambut first day puasa kat hometown, nasib baik weekend kan
Just nak berbuka la tak sempat dengan family sebab dah nak balik ke sini
End up, kitorang pegi bazaar, beli lauk pauk, berbuka at my house
Senang! 




04 May 2014

Nervous...

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Yes..

Sangat nervous.

Tomorrow will be my first working day and I need to report to work at 9am.

New office, please be kind to me ok? :-D

22 April 2014

Alhamdulillah, Syukur...

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Terima kasih Allah...


Tu je yang mampu wani ungkap sekarang. Segala kesuh kesah wani selama ni, takut tak dapat kerja, takut sebab pointer tak dapat 3.5 lebih nanti orang tak pandang, asyik failed je pergi interview... semua dah berakhir.


I received an official letter today from ................. hehehehe, I will tell you later when I get into the office, OK? :P


Sebenarnya, percaturan Tuhan tu Maha Indah! Percayalah pada Dia, pada hikmah di sebalik yang terjadi... 


Sungguh.


Wani menangis tiap-tiap malam. Hari-hari scroll Jobstreet, Jobcentral, Jobsdb, Monster, Indeed, pergi jobfair sana sini, interview itu ini, habis duit dah beribu duk ulang alik Kedah-KL.... kemuncak frustrated wani sampai bila wani failed 1 interview di sebuah audit firm yang well known. Sebelum pergi, wani siap solat hajat minta agar dapat diterima ke company tu, seriously, wani memang full of hope to get a job in the company. Minggu berganti bulan, wani tak receive apa-apa pun, waktu tu, Tuhan je tau patahnya hati wani. 


Wani tak malu nak cerita, dalam solat, wani nangis. Mengadu pada Dia, kenapa wani tak dapat position di company tu.. apa kurang wani... tapi, wani percaya sebaik-baik perancangan adalah dari-Nya. Wani percaya, Tuhan ada sesuatu yang Dia tengah simpan untuk wani, yang lebih baik dari apa yang wani harapkan. 


Sungguh.


Offer yang wani dapat, walaupun tak berapa kena sikit dengan Security, wani happy. Salary+elaun yang puas hati, living area yang semua dekat, nak makan ke shopping groceries ke... parking tak kena duit (hahaha). 


Wahai freshies yang senasib...


Jangan menangis sebab tak dapat kerja. Sia-sia.. ingat, Tuhan tu ada. Dia tengah simpan dan tunggu masa yang sesuai di saat kita dah bersedia. Jangan susah hati, karang jadi macam wani. Siap masuk hospital sebab over stress. Tak ke menyusahkan badan?


Ingat ye...


Tuhan ada.
Pergi solat, duduk atas sejadah, mengadu pada Dia. Kalau nak menangis pun, menangis lah atas tikar sejadah. Mohon ampun dosa yang lalu. 
Minta pada Dia - murahkan rezeki, permudahkan segala urusan.

Percaya pada Dia.
Percaya pada takdir Dia.


Allah Maha Pemurah.
Ingat tu, sayang-sayang sekalian! ^_^


15 February 2014

Kerja oh Kerja

Edit Posted by Miss Wanie with 1 comment
Haih.. sekarang dah tahu situasi seorang fresh grads. Susah juga nak cari kerja yang betul-betul kena dengan ape yang kita belajar. Dan bila kita dalam situasi macam ni, ramai yang sangat tak sensitif dengan apa yang jadi. Ramai yang cakap wanie demand. Geram, sakit hati, sedih, semua bercampur baur. 


"Kau apply je la keje ape yang ada. Kau IT kan?"
"Kau ambik je la ape yang depan mata. Sekarang susah nak dapat keja."
"Kau demand sangat gaji ni.. kau nak gaji 4 5 ribu ke?"


Ya.
Saya graduan IT - major dalam Security!

Saya bukan core programming - memang out kalau part theory inheritance, encapsulation bagai tu. Yes, its basic. Tapi dah lama sangat tinggal. Sebab wanie dah play dengan security tools dan bash scripting Linux. 


Ada yang suruh jadi PHP developer. Requirement HTML5. Itu latest ok, wanie sempat tahu sampai PHP je. ASP.net walaupun pernah attend training, dah lupa. Its been 4 years wanie tinggalkan semua tu.


Gaji? Eh ada ke 4 5 ribu selain O&G Company yang offer fresh grads IT? Hahah.. Demi Allah, bukan nak demand. Kalau boleh, biar cukup dengan keperluan hidup, keperluan asas, lepas nak bayar bil dan bagi sedikit pada parent, cukuplah. Masih sedar diri, fresh grads. 


Setakat sekarang, ada 1 multinational company yang interested, rasanya mungkin disebabkan requirement wajib yang dorang nak which is Certified Ethical Hacker (C|EH) kot.. mujur, wanie baru habis training and exam and Alhamdullillah, dapat certificate tu. Haritu, that company ada buat phone interview, and dorang minta wanie reply my details to show my acceptance untuk diinterview f2f. Wanie send last Friday, so prepare je lah maybe next weekday dapat call/email untuk state exact date nak interview sebab dalam phone pun HR dorang ada tanya when will I have free-time. 
** time phone interview, rasa pelik juga dengan English accent interviewer. Right after the interview done, terus buat social engineering. And no wonder tak penah dengar, interviewer tu orang Philippines. Hehehe~


As a fresh grads, salary yang ditawarkan bolehlah wanie cakap Alhamdullillah. Beyond my expectations juga. Tapi, berbaloi jugak kot sebab kerja shift. My family against my decision untuk accept tawaran tu, tapi... entah lah. Wanie pun tak tahu nak cakap macam mana. 


Last week, wanie pergi ke career fair TM. Antara position yang banyak dioffer macam Finance, Accounts, Admin.. yang interested pun is TM, Western Digital and Public Bank. And between all, Public Bank sahaja yang nak my resume with my professional certs. Yes, I do make 2 kinds of resume. One is just plain normal resume and another is a resume with my professional certs (C|EH and MTA Security Fundamental from Microsoft). 


Next week, ada jobfair di Midvalley anjuran Jobscentrals. Weekend tu juga ada kenduri ex-officemate kahwin kat Melaka nak attend. Last jumpa dorang haritu time ambik cheque kat HeiTech - sempatlah jumpa dorang kejap, gelak-gelak, bahan-membahan macam biasa. Heheheh~ and first week on March pula jobfair di KLCC anjuran Jobstreet. 


Yosh~
Semoga cepat dapat keja.
Pastu nak kawen.


Eh?

Hahahaha~ ^_^


28 January 2014

Resepi Cheesekut Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Uuucaak!! Hahaha~ janji meleis betul la kan. Post haritu cakap nak post pasal "honeymoon" after graduate kan? Tup tup, resepi pulak yang menjengah. Hampun mahap la yeee.. busy weh minggu ni. Attend training bagai. Training bla bla tu taknak la janji nak post citer lagi, kang janji meleis keluar lagi. Kahkahkah.. ok jom stick to the post.


Sebab pe Cheesekut? Short form dari cheese cake guna biskut. Eh, boleh lak cenggitu? Tak kisahlah kan, janji sedap dan simple nak buat. Siyes weh... sedap! Tak caya, cer try.. Resepi macam kat bawah. ^_^


Bahan-bahan
----------------------------------------------


1.  Sebungkus roti Hup Seng Deluxe Crackers - kecik senang nak susun dalam bekas. Hehe..
2.  Cream cheese
3.  Susu pekat manis 
4.  Susu segar Dutch Lady - ikut korang la nak cap ape pun. Asal susu segar. Heheh..
**5.  Sedikit perahan jus lemon - wanie guna instant Lazy Lemon. Boleh beli kat Cold Storage. Harga dalam RM 8. (optional)
6.  Nestum


Cara-caranya
--------------------------------
1.  Pukul cream cheese sampai kembang guna mixer. Kalau gagah perkasa (alaa.. kalau mixer takde) guna pemukul telur tu. Kacau-kacau sampai naik muscle, eh sampai kembang. Heheheh~


2.  Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit. Depend kemanisan yang dikehendaki. Jangan tuang 1 tin pulak - kencing manis kang. Tuang sikit-sikit then rasa. Faham murid-murid? Stir guna pemukul telur macam gambar kat atas pun takpe. Stir sampai sebati.

**3.  Masukkan 1 sudu besar jus lemon (kalau guna cream cheese 250 gm) dan kacau hingga sebati. Kalau tak letak jus lemon pun takpe. Jus lemon ni fungsinya nak kurangkan/potong sikit rasa muak cheese tu kalau makan banyak-banyak. Sebab tu, jus lemon ni optional je okay.

4.   Celupkan biskut dalam fresh milk. Jangan biar lama-lama sampai lembik. Celupkan sampai roti tu lembut-lembut sikit je then susun dalam bekas. 

5.  Layerkan dengan cream cheese yang kita buat tadi tu. Then spread nestum atas cream cheese. Ulang step ni several times : celup biskut - layerkan dengan cream cheese - spread nestum - celup biskut lagi - layerkan dengan cream cheese lagi - spread nestum lagi. Untuk lapisan layer cream cheese atas sekali, layerkan dengan sedikit tebal. 

6.  Ok dah siap. Letak dalam fridge. Serve chilled. 


Amacam? Senang? Sedap? Hopkossss la kan. 


Buruk.. memang haaa! Presentation takyah ambik pusing sangat, biar comot momot, janji sedap. Bukan nak bagi kat mak mentua kan? Kalau nak bagi kat mak mentua, mohon potong buah-buahan strawberry, kiwi, peach bagai... kau hias la sikit. Hehehehe~ baru mak mentua sayang. Hahahahah~ macam ada pengalaman gitewwwww! ^_^




p/s: Teddy kite makan tadi. Dia poji-poji cakap sedap. Cuma, dia prefer nestum tu ganti dengan kacang. Herm... nice idea la Teddy! Ok babai. 


11 January 2014

Teaser Vacay

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Alahhh alahhh.. tak bawak balik laptop pulak di kala mood tengah rajin nak berblogging. Baru nak ceciter sikit wanie pergi vacay lepas habis internship haritu. Takpe.. takpe.. next week kot baru nak update citer baru sebab nak balik semula ke ibu kota, I mean, hello unikl! Nak attend CEH training 20 haribulan ni.. so.. belanja sekeping la dulu gambar pergi holiday haritu eh. Kehkehkeh..