24 August 2017

Review Foundation Physician Formula InstaReady Super BB

Edit Posted by Miss Wanie with No comments


Salam korang....


Harini nak post review sikit mengenai foundation Physician Formula Insta Ready - haaa!! Terus masuk Insta takde filter filter keh?? Meh kite story mory sket...


Bagi Wanie, walaupun "BB" , coverage nya boleh tahan la , nak kata terus flawless tu, taklah. Macam Wanie, pores agak "cemerlang menyerlah" - kalau terus pakai foundation ni tak pakai apa-apa primer, masih tak mampu nak cover pores tu. 


OK, jom tengok gambar setelah pemakaian selama 6 jam. 
p/s : Sebelum pakai foundation, Wanie pakai toner, serum dan moisturizer dari Orique. tak pakai primer apa-apa...




OK, kalau tengok dari gambar, yang Wanie circle kan dengan merah adalah kawasan pores. Pores yang agak obvious masih mampu dilihat. Manakala yang circle warna orange di sebelah kawasan pores adalah kesan parut jerawat lama (tak terlalu jelas - agak lama ambil masa nak hilangkan sepenuhnya) yang boleh dicover tanpa pemakaian concealer. Yang circle warna kuning adalah jerawat yang baru naik. Not bad, boleh cover warna kemerah-merahan jerawat tu.


Di Watson, harga foundation ni sekitar RM 61.80 , normal price : RM 72.90 . Skin Wanie jenis combination, oily dan kadang-kadang dry. Foundation ni so far ok, muka pun tak shining lagi after hours wearing it. 


Suitable for daily use? 


Yup! Sangat sesuai... tapi disebabkan coverage nya yang tak berapa thick, Wanie tak suggest untuk attend event-event atau dinner sangat. Nanti Wanie cuba dengan primer Benefit Porefessional ke... and see the difference ok! Sebab pagi ni macam dah terlewat bangun, so tak sempat nak pakai primer. Lepas basic skincare, terus apply foundation ni. Nak ke kelas ke, ofis ke.... ok lah.. not bad. By the way, wanie apply this foundation guna Blending Pearl by Breena Beauty. Local products by beauty blogger! Try it~ best , lembut and tak absorb the foundation. 


Will repurchase?


Yes! Since tak pernah breakouts lagi guna foundation ni. Maksudnya, my skin able to breathe and wont clog pores (make sure cuci bersih-bersih ye). 


p/s : kadang-kadang, for finishing, Wanie guna Insta Ready BB Powder. yang ni rasanya tak masuk Malaysia lagi. Wanie beli time Wanie pegi Festival Central Danok, Thailand. 



Alrightttt... nanti Wanie review lagi ye. Macam seronok pulak dah start review-review product ni.. hehehe..

22 August 2017

Simple Makeup Stuff

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi koranggg...


Recently asyik post resepi makanan je kan. Hahaha~ bukan apa, semua resepi yang di post kan kat blog ni yang Wanie rasa masuk dengan tekak dan senang untuk dimasak. Senang jugak untuk nak tengok balik ingredients and cara masak bila terasa kan... so, post kali ni nak cakap post pasal makeup sikit lah. Last post pasal makeup ni was on 2012 .. refer link ni http://houseofwanie.blogspot.com/2012/11/review-my-makeup-stuff.html



Dah keja kan sekarang, so barang-barang makeup pun lain lah sikit. Hehehe~ seiring dengan usia (tua nyaaa rasaaaaaaaaaa.... hahahaha). Since skin Wanie cepat breakouts dan sensitive dengan makeup, so, Wanie dah banyak bereksperimen and cuba macam-macam jenis product. Biasanya, drugstore products macam Watson lah. Dulu, Wanie guna Revlon dan MAC... result memang cantik, tapi bila keluar breakouts tu macam tak best lah kan. Biasa lah, coverage power, kalau sesetengah skin yang tak tahan macam Wanie, pilih antara 2 lah kan - nak cantik ke nak jaga skin?


Typical perempuan ..... mestilah NAK CANTIK! 
Hahahaha~ 


OK, kat bawah ni, Wanie senaraikan product makeup yang Wanie guna yang Wanie rasa so far, ok and mungkin stay for long term... Simple and suit for everyday use!


--------------------------------------------------------------------------


1.  Before putting any makeup, of course ini basic kan. Toner, serum, moisturize. Wanie guna brand Orique, paling mild and effective dan MAHAL!!! Hahaha~ tapi nak buat macam mana, mahal pun dah yang ini yang so far paling sesuai.. dulu pakai SKII , herm... tak sesuai...  naik merah merah kat muka and pedih...  so, basic step Wanie is Toner, pakai serum Ultrapeptide, Comeminus to control excessive sebum, dan Xerominus as moisturizer. 




2.  Primer , Porefessional by Benefit - cover sikit la kan pore kat muka and so far, Wanie ok je dengan primer ni and good review jugak walaupun a bit pricey. Kalau yang smallest size, dalam 7.5ml berharga RM 65 , yang sederhana besar 22ml dalam RM 165 and yang paling besar 44ml dalam RM 255. Guna punnn jimat jimat.. hahahaha.. 



3. Foundation - Wanie guna macam kat atas ni dari Physician Formula. Boleh dapat di Watson, harga dalam RM 75 - 80 (bergantung kalau Watson buat promotion lah.. hehehe). Coverage agak WOW - dewy look! So, kalau korang suka Matte look, foundation ni maybe not for you. But boleh try Nude Touch kalau nak matte look. Time awal-awal pakai foundation ni, memang biasa je.. tapi lepas dah blend dengan skin kita, gebuuuu kauuu!! 

Sedikit info pasal brand ni - masih lagi baru kalau nak compete dengan brands drugstore lain yang famous macam Maybelline, Loreal, Revlon... tapi, quality setanding dengan products tersebut. Product ni baru masuk Malaysia dalam 2015 kalau tak silap, dari US. Pengasas product ni adalah seorang doktor - his wife mempunyai skin yang sangat sangat sensitive dan kerana kesiankan wife dia yang struggle nak cari makeup yang sesuai dengan sensitive skin, maka tercipta lah Physician Formula ni... ecewahhh!! Sweet kan?





4.  Eyebrow - kalau on the go / nak cepat, Wanie guna Brow Beater Microfine Brow Pencil and Brush by Urban Decay, and kalau nak on fleek gittewwww guna yang Maybelline sebab dia ada wax. Actually, both pun boleh je dapat on fleek - tapi yang Urban Decay tu boleh je terus pakai, tak payah guna berus. Maybelline Fashion Brow tu kena guna berus. 

Harga:
 Brow Beater Microfine Brow Pencil and Brush by Urban Decay : RM 98
Maybelline Fashion Brow Palette Brown : RM 27.90 (Watson) and RM 34.90 (Hermo)

p/s : Weyyy!! Watson tengah ada promo ke sekarang ni... murah semacam je!! I loikeeee lah!!





5.  Blusher - Wanie biasanya guna Sendayu Tinggi atau Physician Formula brand juga - Happy Booster Glow & Mood Boosting Powder. Sebenarnya, Wanie a bit addicted dengan brand Physician Formula ni. Sebab comel satu hal, satu lagi, susah sangat Wanie nak keluar breakouts kalau guna. Sendayu Tinggi ni so far ok jugak - local products! Highly pigmented! Cantik sangat! Palette ni Wanie beli time nak tunang dulu, makeup sendiri... heheheh~ 


Tapi, semalam baru beli Urban Dekay Naked Ultimate Basic. Nanti nanti lah ye kite share-share review... hikhikhik~


6.  Eyeliner - Wanie pakai Silkygirl.. hahaha~ tak tau kenapa.. rasa macam best eyeliner ni. Dari zaman study lagi... Wanie pakai Dark Brown. 



7.  Lipstick from Breenabeauty - Wanie ada 2 shades, Cat Lady and Kindness... highly pigmented. Cantik... tapi susah sikit nak blend direct to the lip. Biasanya, Wanie pakai lipbalm dulu, atau kalau sesape ada lip primer, boleh la pakai dulu before apply lipstick matte macam ni. Harga dalam RM 39 each. 




8.  Alright.... lasttt lepas dah makeup makeup semua, spray dengan setting spray untuk bagi makeup tahan lama. Harga dalam RM 139 macam tu... 



OKESSS... ini sajork perkongsian makeup makeup dari Wanie. Later, Wanie post kan review pasal shades yang Wanie guna so korang boleh tengok warna tu macam mana eh? 


Until next post!! 

13 August 2017

Nak Masuk Rumah Baru Yayy!!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam semuanyaaa...


Lama tak bercerita pasal first house yang Wanie beli di Cyberjaya tu - Masreca 19 ... first post was on 2015 , My First Asset , and this is the second post.


Sekarang, dah masuk fasa-fasa terakhir before devoleper nak handover kunci rumah bulan November ini katanya. Semalam ada event yang developer anjurkan di mana semua pemilik-pemilik rumah boleh datang tengok sendiri rumah yang diorang dah buat. Few houses dibuka sebagai show unit, ada yang bare unit dan ada yang furnished unit. Wanie tak ambik pulak gambar, tapi Wanie nak share gambar-gambar yang bakal-bakal jiran share dalam group..











Exciteddddd sangat! Tak sabar nak tunggu dapat kunci nanti... kecil je rumah ni, 850sqft... tapi Alhamdulillah, not bad.. insyaallah, mana tahu ada rezeki nanti, boleh dapat landed pulak kan... hehehehe..


Punyalah semangat dengan cik abam semalam. Lepas datang event, kitorang pegi ronda-ronda kat Viva House. Alahai... rambang mata! Bawak 10 ribu pun tak cukup kalau ikut nafsu.. hahahaha.. mula-mula, Wanie plan nak plaster ceiling satu rumah sebab nak pasang downlight. Lepas fikir punya fikir, tak jadi lah.. sebab rumah tak tinggi, dalam 9ft macam tu... so, Wanie taknak rumah nampak lagi kecil. Jadinya, Wanie plan untuk buat tambah kitchen counter top dan kitchen kabinet atas. Husband wanie decide nak tambah few switch points, salah satunya dalam bilik air sebab senang nak guna Waterpik atau shaver.

Image result for waterpik
ni rupa Waterpik tu... water flosser, ala ala scaling... part ni nanti wanie cerita lain ye.. heheh


Sementara belum masuk rumah ni, elok lah kalau survey-survey harga.... nak google google atau pinterest pinterest gambar ke kan.. nak pilih idea-idea nak deco rumah nanti. Well, macam biasalah... memang dah agak gaduh punya laki bini masing-masing nak idea itu ini.. hahahahaha~ tapi takpe, its a good fight sebab masing-masing akan buat research pasal pemilihan corak, jenis fabrik, jenis-jenis hiasan... before nak gaduh.. mana boleh kalah fight kan.. mestilah fight with points! Mihmihmih... nanti raya minta mahap balik... kang tak dapat duet raya! :-P


Takpe, masih lagi survery-survey bedframe dan mattress dan TV panel... kalau TV panel tu, Wanie compare kan dengan harga di Ricci Viva House dan di IKEA, rasanya tak jauh beza. Husband lebih berminat dengan Ricci berbanding IKEA. Macam semalam kami tengok TV panel di Ricci dalam 3K, while IKEA 2.7K .... tak lari banyak sangat. Di Ricci tu, harga yang dipaparkan untuk panel yang besar, kalau kecil macam rumah kami, boleh dapat lower price. Takpe... survey dulu, tapi Ricci dah masuk dalam list.. hahahaha~ dan semalam husband berminat dengan set bedframe dan mattress ni. Queen size dalam 4k... size pun, just nice dalam bilik.. muat-muat.. ahahahah~




Itu je yang sempat kami jalan-jalan semalam. Malas nak balik lewat sebab hari ni Wanie keja... uhuuuu~~

09 August 2017

Resepi Kangkung Belacan Powerrr

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam semuanyaaa...


Minggu lepas, terasa sangat nak makan kangkung belacan, order kat kedai tapi tak power macam abah Wanie masak. So, call lah abah nak minta resepi... first time buat ni, tapi, sedapppp!!


-----------------------------------------------------
Bahan-bahannya :
-----------------------------------------------------
- Kangkung secekak (basuh bersih dan dipotong)
- 4 ulas bawang putih **
- 2 ulas bawang kecil **
- 1 batang cili merah **
- 1 1/2 kecil udang kering
- Belacan (sebesar ibu jari dipicit dalam air)
- Asam keping
- 1/2 sudu kecil serbuk ikan bilis (optional)
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam


-----------------------------------------------------
Cara-caranya :
-----------------------------------------------------
1.  Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda **

2.  Tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk hingga wangi bersama dengan udang kering.

3.  Masukkan kangkung, belacan yang sudah dipicit dalam air dan asam keping.

4.  Masukkan serbuk ikan bilis dan perasakan sedikit garam jika perlu.
NOTE : garam boleh dimasukkan jika kurang masin kerana serbuk ikan bilis, udang kering dan belacan sudah masin.

5.  Sedia dihidangkan!