29 December 2022

Resepi Bubur Lambuk Udang Favourite Suami Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Salam semua.. 


Semalam husband tak sihat, demam selsema. Bila demam selsema ni, mula lah tak lalu nak makan apa-apa. Jenuh memikir juga, apa nak masak. Last-last, terfikir nak masak bubur lah. Teringat bubur lambuk Pak Hassan Kampung Baru tu, tapi, mana laaa nak dapat time-time ni kan. Jadinya, belasah aje lah masak apa yang ada kat dapur tu. Alhamdulillah, percubaan menjadi. 3 mangkuk penuh husband makan.. Happy me! Nak simpan sini lah resepi nya.. nanti, boleh buat lagi.

Bubur ni saya tak masak guna rice cooker. Memang manual masak dalam periuk/kuali dalam atas api.


Bahan-bahannya
🌼 1 setengah cup beras (dibasuh bersih dan di toskan)
🌼 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih **
🌼 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis **
🌼 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar **
🌼 1 kuntum bunga lawang **
🌼 2 kuntum bunga cengkih **
🌼 2 biji buah pelaga **
🌼 1 batang kulit kayu manis **
🌼 1 sudu kecil halba **
🌼 1 sudu besar black pepper (biji - ditumbuk)
🌼 3 ulas bawang putih - hiris
🌼 3 ulas bawang merah/kecil - hiris
🌼 1 inci halia
🌼 2 kiub ayam Maggi
🌼 1 sudu kecil udang kering yang dibersihkan
🌼 5 ekor udang (kalau udang size L, dibuang kulit dan dipotong 3. Kepala udang jangan buang)
🌼 1 kotak kecil santan Farm Fresh
🌼 Sedikit sahaja minyak untuk menumis
🌼 Air secukupnya
🌼 Garam
 
 
Cara-caranya
 
1)   Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai wangi. Kemudian, masukkan bahan yang bertanda **. Kacau sekejap, masukkan beras yang dibersih dan ditos tadi dan kacau sebentar.

2)  Masukkan air (banyak pun takpe). Kemudian, masukkan kiub ayam, udang kering, black pepper dan sedikit garam. 
Note : Gradually tambah air sampai beras hancur / bentuk bubur. Kena bersabar sikit sementara beras nak hancur ni.. 30 minit lebih tu biasa.. hahaha

3)  Bila nampak beras dah nak hancur, masukkan kepala udang dan isi udang. Tambah air lagi dan masukkan 1 kotak kecil santan. Kacau-kacau sampai dapat tekstur yang korang suka. Tambah garam kalau kurang masin. Siap.


Daun pandan tak ada. Kalau tak memang lagi wangi bubur. Kalau korang rajin, boleh makan bubur dengan tabur kan bawang goreng. Saya prefer letak lada sulah dan sedikit kicap. Selamat mencuba!    = ^____^ =

09 December 2022

Resepi Ayam Bali Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

 Alang-alang dah berblogging nak up resepi ni, saya up 2 sekali gus selepas Resepi Gulai Telur dan Kacang Buncis tu. First time saya masak resepi ni, my husband suka. Kalau 3 pinggan tambah nasi tu, sedap lah kan.. hahahaha. Ok, jom tengok resepi nya.


Bahan-bahannya

🌼 5 ketul ayam gaul garam kunyit (size macam ayam potong 14)
🌼 2 batang serai diketuk (kalau serai kurussss je, 3 batang pun ok)
🌼 3 tangkai daun kari 
🌼 6-7 tangkai cili kering **
🌼 1 biji bawang besar **
🌼 4-5 ulas bawang putih **
🌼 1 inci halia **
🌼 1 sudu besar sos cili
🌼 Kicap kipas udang (brand lain pun ok)
🌼 Minyak masak
🌼 Garam/gula/maggi cukup rasa


Cara-caranya

1)  Goreng ayam yang digaul garam kunyit. Asingkan.

2)  Bahan-bahan bertanda ** diblend.

3)  Minyak goreng ayam tadi saya ambil dalam sesenduk ke dalam kuali. Panaskan, dan masukkan daun kari beserta serai. Tumis sampai warna sedikit bertukar.

4)  Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Kecilkan api sedikit, tumis sampai pecah minyak dan naik bau. Kalau kering sangat, tambahkan sedikit air.

5)  Masukkan bahan perasa dan sos cili. Kacau-kacau sikit, kemudian masukkan ayam. Gaul-gaulkan biar sebati dan renjis-renjiskan kicap sampai warna bertukar agak merah gelap. Jangan letak banyak tau, nanti jadi ayam masak kicap. Hehehe.. adjust rasa ikut sesuai tekak. Siap.


Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Gulai Telur dan Kacang Buncis Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Perghh... lama betul tak post kan? Ok la... to be honest, blogging ni memang dah slow down sikit. More to my own online referral platform of masakan yang saya masak, husband saya suka, sedap dan kena dengan tekak kitorang. Ingatkan dah takde viewer/blog reader, but to my surprise masih ada. Posting yang still orang read pasal epilator, topicil and bila bulan puasa or dekat-dekat nak raya, rendang lah.. hehehe. Apa pun, semoga ada post-post saya dalam blog ni masih memberi manfaat untuk sesiapa sahaja. Without further ado.. nak share resepi gulai telur dan kacang buncis yang simple nak masak, dan cepat.


Bahan-bahannya
🌼 3 biji telur
🌼 1 peket rempah kari ikan Babas (biasa)
🌼 1/2 peket rempah kari ikan Babas (pedas)
🌼 2 tangkai daun kari
🌼 1 sudu kecil halba campur
🌼 10 batang kacang buncis - dipotong serong
🌼 1 batang cili besar - dipotong serong
🌼 4 ulas bawang putih - hiris
🌼 5 ulas bawang merah/kecil - hiris
🌼 Minyak masak
🌼 Garam/gula/ajinomoto
🌼 1/3 kotak kecil santan Farm Fresh


Cara-caranya

1)  Panaskan minyak (banyak sikit ye - masak gulai memang banyak minyak and saya suka guna kuali non-stick). Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dah halba campur sampai wangi. 

2)  Rempah kari (pedas dan biasa) dijadikan pes. Kemudian, masukkan ke dalam kuali. Control api - jangan kuat sangat dan jangan perlahan sangat. Tambah air sedikit demi sedikit untuk pastikan rempah betul masak dan tak hangit. Part ni biasanya saya masak lama - bagi minyak betul-betul pecah, dan gulai pun cantik warnanya nanti.

3)  Masukkan semua bahan perasa. Garam lebih sikitttt dari biasa sebab bila nak pecah telur nanti, rasa masin tu macam kurang. Jangan banyak sangat / adjust je ikut selera masing-masing. Time ni, masukkan kacang dulu. Bagi kacang masak.

4)  Kacang dah masak je, masukkan cili besar dan santan. Kacau-kacau. Kemudian, pecahkan telur satu persatu. Ok, dekat sini lah kenapa awal tadi saya cakap saya guna kuali non stick. Sebab, telur ni saya akan biar sekejap dalam kuali sebab nak bagi dia masak dan cantik bentuknya selain tak melekat pada kuali. Jangan kacau, nanti hancur telur. 

5)  Lepas beberapa minit, tolak perlahan-lahan telur tu. Kalau nampak telur kuning tu masih cair, jangan tolak lagi. Biar je, kita taknak telur kuning tu pecah. Just tolak slowly, bukan kacau, untuk nak pastikan telur tak melekat pada kuali je. Kemudian, saya tutup kuali tu dalam 5 minit, kemudian, tutup api. Part ni, saya biar je telur tu masak sendiri dalam kuah gulai yang panas tu. 


Siap untuk dihidangkan.