Alang-alang dah berblogging nak up resepi ni, saya up 2 sekali gus selepas Resepi Gulai Telur dan Kacang Buncis tu. First time saya masak resepi ni, my husband suka. Kalau 3 pinggan tambah nasi tu, sedap lah kan.. hahahaha. Ok, jom tengok resepi nya.
Bahan-bahannya
๐ผ 5 ketul ayam gaul garam kunyit (size macam ayam potong 14)
๐ผ 2 batang serai diketuk (kalau serai kurussss je, 3 batang pun ok)
๐ผ 3 tangkai daun kari
๐ผ 6-7 tangkai cili kering **
๐ผ 1 biji bawang besar **
๐ผ 4-5 ulas bawang putih **
๐ผ 1 inci halia **
๐ผ 1 sudu besar sos cili
๐ผ Kicap kipas udang (brand lain pun ok)
๐ผ Minyak masak
๐ผ Garam/gula/maggi cukup rasa
Cara-caranya
1) Goreng ayam yang digaul garam kunyit. Asingkan.
2) Bahan-bahan bertanda ** diblend.
3) Minyak goreng ayam tadi saya ambil dalam sesenduk ke dalam kuali. Panaskan, dan masukkan daun kari beserta serai. Tumis sampai warna sedikit bertukar.
4) Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Kecilkan api sedikit, tumis sampai pecah minyak dan naik bau. Kalau kering sangat, tambahkan sedikit air.
5) Masukkan bahan perasa dan sos cili. Kacau-kacau sikit, kemudian masukkan ayam. Gaul-gaulkan biar sebati dan renjis-renjiskan kicap sampai warna bertukar agak merah gelap. Jangan letak banyak tau, nanti jadi ayam masak kicap. Hehehe.. adjust rasa ikut sesuai tekak. Siap.
Sedia untuk dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment