03 February 2018

Resepi Kek Butter Simple dan Sedap!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi semuaaaa!!


OK, entry kali ni nak publish selepas percubaan kedua buat kek menjadi. Kali pertama buat haritu sukatan kek tak berapa betul sebab beli scale entah apa-apa. So, scale beli pulak ni yang better sikit sebab digital so sukatan kek kali ni memang almost accurate lah. Resepi kek butter ni wanie ambik dari mak mertua yang memang pakar kalau bab buat kek ni. Lagipun, kek butter ni memang sesuai sangat untuk dihidangkan kepada tetamu, atau sekadar peneman minum teh petang-petang balik keja.


Bahan-bahannya

>>  160gm butter
>>  100gm cream cheese
>>  200gm gula kastor
>>  210gm blue key self raising flour
>>  5 biji telur
>>  1 sudu makan ovallette
>>  1 sudu esen vanilla
>>  2 sudu susu pekat (optional)
>>  2 sudu susu cair (optional)


Cara-caranya

1.  Panaskan oven selama 10 minit, suhu 170 Celcius, api atas bawah.

2.  Pukul butter, cream cheese, gula kastor dan ovallette sampai kembang.

3.  Sambil pukul, masukkan telur sebiji demi sebiji. Once done, boleh stopkan mixer.

4.  Masukkan tepung blue key sedikit demi sedikit dan kaup kaup kan sahaja.

5.  Masukkan esen vanilla, susu pekat dan susu cair. Kaup bagi rata, and done.

6.  Masukkan mixture ke dalam bekas kek, dan bakar kek selama 45-50 minit. Masa membakar kalau oven besar dlm 165°C atau 170°C.
//sekali sekala check lah kek tu. masa membakar kek dan kepanasan kek berganting kepada size bekas juga.


Ok dah siap. Bekas kek lupa nak tangkap gambar sebab blogging dari office ni. Hehehe~ nanti lah kite update gambar bekas ye.