25 October 2019

Resepi Gulai Ayam Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Baru lepas masak ni, husband tak sihat pulokkk. Fikir punya fikir apa nak masak, gulai ayam jelah sebab nak abiskan stok stok poultry dalam fridge.

Seronok pula masak pakai dapur gas. Dari masuk rumah ni, duk masak pakai dapur letrik je. Lepas dah settle buat kitchen kabinet dengan dapur baru, terasa kepuasan memasak pakai kuali dalam. Hahahahaha.. dewasanya aku! Oklah, without further ado, resepi gulai ayam di bawah 😁


Bahan-bahannya
-----------------------------------
~ 2 biji kentang dibuang kulit - potong besar boleh, kecil pun boleh
~ Ayam potong kecil basuh bersih
~ 5 ulas bawang merah (dimayang) 
~ 2 ulas bawang putih (dimayang)
~ 1 inci halia (dimayang) 
~ 1 kulit kayu manis
~ 1 bunga lawang
~ 2 biji pelaga
~ 1 asam keping
~ 1 peket rempah kari (wanie mix 1 sudu besar rempah kari cap tarbus + 1 sudu besar rempah kari cap O) - rempah kari campur dengan air panas dan kacau-kacau untuk dijadikan pes
~ 1 batang cili merah potong tengah (jangan putus) 
~ Setengah kotak kecil santan (santan Sara Wok the best!) 
~ Minyak masak


Cara-caranya
------------------------------------
1)  Panaskan minyak masak. Tumis semua bahan yang dimayang bersama kulit kayu manis, biji pelaga dan bunga lawang. Tumis sampai wangi.

2)  Masukkan pes rempah kari, kacau sebentar dan campur sedikit air untuk elakkan terlalu kering. Sentiasa kacau-kacau untuk elakkan rempah kari hangit. Masak dalam 7-10 minit, orang kata kalau rempah masak lama sikit baru sedap.

3)  Bila rempah dah garing dan pecah minyak, masukkan ayam, asam keping dan kentang. Tambah air setengah gelas. Masak sampai kentang empuk. Masukkan cili merah. 

4)  Masukkan santan, jika santan terlalu pekat jangan guna sampai setengah kotak. Santan kotak Sara Wok just nice dalam resepi ni, brand lain wanie tak sure.

5)  Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Sedikit ajinomoto jika suka. 

6)  Siap! 


24 October 2019

Resepi Nasi Goreng Cili Padi Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam semua.. harini taknak sembang panjang, nak post terus resepi nasi goreng cili padi first time buat since kahwin sebab husband suka nasi goreng yang ada cili kering. So kali ni, dia kena ikut taste kita pulak. Hehehehe..


Bahan-bahannya
----------------------------------------
~ Nasi putih sejuk gaul dengan 1 sudu garam (nasi masak dalam 2 cup) 
~ Ikan bilis - anggaran 3/4 genggam, basuh dan toskan
~ 15 batang cili padi hijau buang tangkai
~ 4 ulas bawang kecil/merah
~ 2 ulas bawang putih (wanie guna setengah sudu chopped garlic beli kat Lulu Hypermarket)
~ 1 biji telur
~ 1 kiub ikan bilis Maggi
~ Sedikit gula
~ Minyak masak


Cara-caranya
-----------------------------------------
1)  Tumbuk bilis dulu, jangan bagi lenyek terus. Sekadar kemek je (hahahahaahahha aku pun taktau camne nak describe). Asingkan. 

2)  Tumbuk cili padi bersama bawang merah dan putih. Tumbuk kasar sahaja, jangan sampai lumat. 

3)  Panaskan minyak, tumis bilis bersama cili padi dan bawang-bawang yang telah ditumbuk tadi. Kacau sebentar, dan masukkan kiub ikan bilis (sambil hancurkan dengan tangan je, jangan masuk seketul terus). Kacau sampai bilis nampak warna golden dan masukkan sedikit gula (kalau nampak kering sangat, tambah sedikit air).

4)  Masukkan nasi, kacau sebati. Buat lubang tengah-tengah kuali tu, atau husband suka cakap longkang haahahahah. Pecahkan telur di tengah-tengah, kuatkan sedikit api dan kacau sebati.

5)  Siap!