29 May 2017

Resepi Pajeri Nenas Tanpa Santan Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments



Haaaa.. harini nak up post resepi pajeri nenas ala-ala kenduri. Wanie memang sukaaa sangat pajeri nenas, makan dengan nasi panas-panas, ada sambal belacan dengan ikan masin pulak kan, puhhhhh!! Terangkat beb! Memang confirm jadi ular sawa kekenyangan.


Jom, nak share resepi pajeri nenas simple tanpa santan tapi letopppsss!! Resepi ni wanie dapat dari mama wanie sendiri... tak payah blend blend. Hehehehe...


---------------------------------------------------
Bahan-bahannya
-----------------------------------------------------
2-3 keping nenas (wanie masak sikit je sebab cik abam dia makan kuah je, nenas tak makan.. hahahaha)
2 biji bawang merah ☆
3 ulas bawang putih ☆
1 inci halia ☆
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 batang bunga cengkih
1 pelepah daun kari
1 sudu besar kerisik
1 peket kecil rempah daging Babas
1 sudu udang kering
1 1/2 cawan air
Garam
Gula


-----------------------------------------------------
Cara-caranya
---------------------------------------------------
1. Mayang / hiris semua bahan-bahan ☆

2. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari.

3. Masukkan semua bahan yang dihiris (☆) dan tumis sampai wangi.

4. Bancuh rempah kari Babas dengan sedikit air panas hingga jadi pes dan tumis. Masukkan sedikit sahaja air untuk elakkan rempah kari tadi hangit. Tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan nenas dan air (anggaran air dalam semangkuk kecil - jangan terlampau banyak, nanti tak pekat). Masukkan juga udang kering.

6. Biar mendidih dan kacau sekali sekala. Kemudian, masukkan 1 sudu besar kerisik dan perasakan dengan garam dan gula.


Dah siap!! Sedap! Sebiji macam mama masak!
posted from Bloggeroid

Thank you Barang Dapur Basah!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam, hai semua....


Ni kira post pertama sebagai Puan lah ye.. eh kire post kedua la. sebab post ni duk dalam draft. Wanie post pasal citer gigi bongsu tu dulu... hahaha poyo naww!! Banyak kali dah nak post macam-macam kat blog, tapi ada jeeee alasan-alasan malasnye. Kihkihkih~


So.... apa yang berbeza lepas kahwin?


Takde beza apa pun... sebab sebelum kahwin pun, wanie dengan husband (ecewah!) memang berjumpa after work pergi makan, lepas tu balik rumah masing-masing. Weekend, kalau wanie tak kerja, kitorang hang out dengan kawan-kawan takpun layan movie je. After married, lebih kurang sama je rutin. Cuma, kitorang banyak makan di rumah sebab nak berjimat (yang dah kahwin, tahu laaa account bank korang macam mana ghuper bentuk "O" nye kan... hahahahaha) . Selalunya, wanie dengan husband gilir-gilir masak, tapi... nampak gayanya macam husband yang kerap masuk dapur lagi sebab dia tak suka kemas rumah, basuh sidai lipat kain ni.. hahahahah~


Sebulan dua lepas kahwin ni, memang kitorang hidup berjimat cermat weh. Meh nak promote sikit! Yang mana yang sibuk kerja, yang "alahaiii malasnyaaa nak siang cuci ikan segalaaaa" , yang macam wanie kalau nampak isi perut ikan rasa nak pitam (ahahahaha..) , tak payah nak pening-pening kepala chu olz! Korang order terus dengan Barang Dapur Basah atau korang Whatsapp je www.wasap.my/60193247061! Sebulan atau 2 bulan sekali, sini lah "pasar online" wanie shopping. Tak payah nak pening-pening kepala, nak letih badan... harga pun berpatutan. Pakej bawah ni antara pakej yang wanie dengan husband prefer. Tahan untuk sebulan ke sebulan lebih kami berdua...


Macam wanie punya style, wanie bayar guna online banking je. Lepas tu kat luar rumah, wanie dah ada macam cakuk yang wanie sangkut kat pintu rumah. Katakanlah wanie tak balik rumah lagi ke, takpe... senang. Runner yang datang hantar tu biasanya dorang akan call yang dorang dah sampai / nak hantar ke rumah. Wanie just inform je suruh sangkut kat cakuk tu. Bila balik rumah, terus bawak masuk dalam rumah, atau lebih tepat, masuk freezer terus!


So, wanie dengan husband ke Jaya Grocer atau pasar malam, beli bawang-bawang, sayur-sayur, buah-buah... macam tu je lah.


Sekarang kan bulan puasa. Pakej-pakej yang disediakan lagi mengancam kawww!! Tapi dah nama pun hidup berdua laki bini, dua-dua kerja, masak pun ala kadar / bila rajin. Mujur cik abe jenis tak lorat / kisah sangat. Sebab sebelum kahwin dah pernah cakap, kalau nak komplen jarang masak ke apa, izinkan saya menjadi fulltime housewife TAPI jangan tarik muka kalau bini ajak masuk Sephora. Hahahaa~ sebab kalau barang-barang makeup ni wanie prefer beli pakai duit sendiri. Tak tau kenapa, benda lain ok je.


Dah melalut pula... ok lah chu olz! Nak rest-rest jap... baru lepas keluarkan daging. Hari ni off day, so time ni la nak masak, kemas rumah, lipat sidai kain 2 3 bakul kan.. hehe.. petang ni nak masak favourite dish cik abam kite, daging masak asam and pajeri nenas. Nak jimatkan duit.. takyah gi bazaar Ramadan sangat. Semua benda ko nak beli.. ahahahahah~ kbai!



12 May 2017

Cabut Gigi Bongsu di Hospital Putrajaya - Part 1

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Salam semuaaa...

Selama ni wanie duk baca je cerita orang cabut gigi bongsu ni macam mana. Haaa~~ kali ni merasa sendiri.. tak lawak wehh... serius tak best perasaan tu.. aahahahaha. Sebab apa ada Part 1? Haa.. jom baca..

Gigi bongsu kanan wanie impacted (horizontal) macam gambar kat bawah.

Credit picture to : http://www.exodontia.info/Wisdom_Tooth_Impaction_Classification.html

Nampak dia tengah tido? Tapi gigi geraham depan gigi bongsu tu dah kena cabut last year. So, tak lah sakit sangat gigi bongsu ni. Cuma sekali sekala bila dia bergerak rasanya (tudiaaa speculation), terasa weh sakit berdenyut tu walau sekejap. Jadinya, 7 April lepas, kebetulan off day, wanie ke Puspanitapuri di Putrajaya untuk scaling gigi dan nak ambik referral letter untuk buang gigi bongsu. Kat Puspanitapuri tak boleh buat sebab situ untuk kes kecil-kecil je macam tampalan or scaling macam tu... 

 Dah dapat referral letter, terus call Hospital Putrajaya untuk booking tarikh appointment. Yup.. call je. TAPI, kena ada referral letter dari klinik kerajaan atau swasta dulu tau. Sebab time call, dorang akan tanya referral letter dari klinik mana. OK, so dah dapat tarikh appointment pada 14 April. Time ni, tak buat apa-apa lagi tau. Doktor cuma x-ray dan check saja. Disebabkan sebatang gigi sahaja, maka doktor cuma akan melakukan local bius, maksudnya surgery akan dilakukan waktu kita sedar. Sounds scary, tapi, beranikan diri je....

Alright, dapat appointment untuk surgery which is semalam, 11 Mei. 3 hari sebelum surgery, wanie scaling gigi siap-siap di Klinik Dr. K kat Precint Diplomatik. Yang ni effort sendiri la, and doktor gigi pun sarankan untuk kita scaling gigi dulu before surgery. Pagi surgery tu, wanie dah makan kenyang-kenyang bihun goreng, walaupun nak telan pun nak mampu sebab takut.. haaa~ ceritanya, 5 ke 6 hari lepas, gigi bongsu yang sebelah kiri  wanie dah start sakit yang Tuhan je tahu! Ok takpe... sabar... tahan dengan painkiller. Sampailah ke hari yang dinantikan, terus bagitau doktor nak tukar cabut gigi kiri instead of kanan. Doktor ok je... memandangkan gigi terlalu dekat dengan nerve, doktor dahh bagitau kesan-kesan yang akan dialami JIKA nerve tercedera atau terputus sewaktu surgery. OK kan ajelah.. kita percaya pada doktor. Lagipun, doktor yang nak surgery kan wanie ni doktor pakar. Bagus sangat-sangat, diorang melayan je wanie punya songeh. Sebab takut, badan dah seram sejuk and menggigil. Wanie siap mintak blanket untuk selimutkan badan ke kaki. Hahahaha~ and nasib baik, few days sebelum surgery, wanie dok makan painkiller, so, bila tiba hari surgery, gigi dah tak sakit dan mudah untuk doktor buat kerja.

OK, dorang mulakan dengan cucuk ubat bius. Lepas dah kebas ape semua, dorang start pasang macam screw kot.. hahahaha~ wanie tak nampak sebab mata semua ditutup. Reason tutup mata, lampu surgery tu sangat bright. Tak kisah, wanie lagi suka sebab even mata dah tutup, wanie still pejam mata di sambil badan sedikit menggigil. Wanie pasang earphone, dengar spotify untuk kurangkan mindset yang fikir macam-macam. OK, pastu dengar bunyi mesin ngenggg ngenggg ngenggg... wanie rasa, time ni dorang tengah potong tulang rahang sikit. Trust me, tak rasa apa pun. Even doktor cut bahagian gusi pun wanie tak rasa apa... cuma, bila part doktor start nak pulas gigi tu kot, untuk nak longgarkan, wanie rasa sakit sangat. Doktor tambah ubat bius dalam 2 ke 3 kali macam tu, tapi still sakit.... uhuuu~~

Sudahnya, doktor tak boleh nak teruskan. Doktor syak sebab nerve tu, itu yang buat wanie sakit. So, doktor jahit balik gusi. Kemudian, set appointment baru untuk full bius. Maksudnya, surgery akan dilakukan waktu wanie tido dan akan masuk ke bilik bedah. Oleh sebab full bius, doktor sarankan untuk buang keempat-empat gigi bongsu sekaligus. Wanie setuju je, biar sakit sekali dah la.. lepas ambil ubat, naik ke tingkat 1 Wad Harian atau Daycare untuk jumpa pakar bius - ni untuk saringan je.

So, sekarang, dapat lah MC 2 hari (Khamis Jumaat) and cuti Sabtu Ahad. Wanie dah minta kat boss untuk extra cuti Isnin Selasa just in case anything happened. 

Lepas habis ubat bius tu, dah start berdenyut. Takpe, wanie makan painkiller. Dapat 2 jenis painkiller, satu yang kuat and satu lagi yang biasa. Wanie terus makan yang kuat sebab nanti takut sakit. Lagipun, husband kena kerja.. dia dah halfday teman wanie kat hospital. Taknaklah nak kacau dia kan.. bengkak, yes ada sikit. Malam semalam kitorang laki bini siap layan movie lagi sebelum tido.. kat rumahh eh.. tak koseerrr nak gi panggung wayang. hahaha.. 

Pagi ni bangun tidur, terasa pipi berat semacam. Bila tengok cermin, mak aihh.. dah serupa hamster simpan biji durian dalam mulut. Terus mandi-mandi, berus gigi pun slow-slow, pastu kumur dengan Listerine. Siap mandi semua, terus ngadap breakfast (whipped potato KFC as carbs dengan nugget). And terus makan ubat antibiotik dan painkiller sebab dah start sakit berdenyut, sakit lagi dari semalam. Itu yang orang kata, second day yang ko nak meraung sakan.. takpe, boleh tahan lagi. Mujur husband ada beli Bactidol, lepas makan, kumur dengan Bactidol pulak. Tapi, tak perlu rinse dengan air. Yang ni untuk mengelakkan dari bacteria atau fungus dalam mulut. Sesape ada ulser pun boleh guna. 

 Mahal sikit dari Listerine, dalam RM 18 macam tu. Boleh beli di Guardian. 

Tu je untuk Part 1 kali ni... next appointment lepas raya Julai nanti. Nanti wanie cerita macam mana alkisah dah siap operation nanti. Berdenyut sakit ni... nak tido jap. Bye korang..