13 January 2018

Resepi Gulai Ikan dan Udang Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang....


Harini nak up satu post, gulai ikan simple gile nak buat. Gulai udang pun wanie guna cara yang sama je.. hehehe... Bukan apa, up resepi-resepi kat blog ni senang. Time wanie kena keja weekend, boleh dah suruh husband masak. Tunjuk resepi je kat dia. Asas memasak macam nak panaskan minyak, nak guna ceramic hob (rumah baru sekarang tak pakai dapur gas, punca bil letrik melambung pasni hahahahha), nak balance kan rasa garam gula asam, semua wanie dah tunjuk. So, senang kerja lepas ni. Hehehehe~


Bahan-bahannya

> 2 ekor ikan temenung / kembung (udang pun boleh kalau tak nak buat gulai ikan)
> 2 ulas bawang putih (dihiris)
> 2 ulas bawang merah / kecil (dihiris)
> 2 tangkai daun kari (ambil daunnya sahaja)
> 1 sudu kecil halba campur
> 1 peket rempah kari ikan Babas (campur air dan jadikan pes)
> 1 keping asam keping / air asam jawa - wanie guna asam keping je nak cepat
> Air
> Minyak untuk menumis
>> Garam dan gula sebagai perasa
> Setengah kotak kecil santan (dalam 100ml) - wanie guna brand Sara Wok, susah cari sikit brand ni. Tapi kat Cold Storage Alamanda dan Roswell Cyberjaya ada jual. 

//extra step : wanie biasanya dah ada blend siap-siap bawang merah dan bawang putih. wanie akan gaul sikit ikan / udang dengan setengah sudu kecil bawang putih dan 2 sudu kecil bawang merah. 

//optional : bendi / tomato / kacang buncis

ni santan yang wanie guna. 
tak berapa suka dengan rasa santan yang terlampau pekat, santan ni rasanya sedang-sedang saja. just nice..



Cara-caranya


1.  Panaskan minyak. Tumis bahan hirisan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur sampai wangi.

2.  Masukkan pes kari, tumis sampai wangi dan campur dengan air sikit untuk elakkan terlampau kering dan jadi hangit. Sentiasa kacau agar rempah tak hangit di bawah. 

3.  Bila rempah dah garing, masukkan air. Biar mendidih sikit, boleh masukkan bahan protein kita (ikan/udang). Masuk sekali dengan asam keping dan santan. Kacau-kacau sikit, kemudian boleh masukkan sedikit gula dan garam. Kalau nak masuk sayur-sayuran pun boleh saja.
//jangan lupa rasa atau biar asam keping terlalu lama. nanti masam gulai kau, mak tak tanggung! hahahaha. bila dah dapat rasa masam-masam yang capai level korang, boleh buang asam keping tu.

4.  Kacau -kacau sampai nampak pekat. Kalau pekat sangat, campur air panas je. 

5.  Dah siap!