22 January 2016

Resepi Bubur Nasi Bersantan

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Dalam 3 4 hari ni, wanie kena makan bubur. Semalam pergi cabut gigi geraham tu, sakit ya ampun!! Lepas ni memang kena jagalah gigi tu baik-baik kalau tak nak rasa azabnya sakit gigi tu. Sampai demam mengigil lah sebab sakit sangat. Doktor gigi bagi ubat tahan sakit je, teddy pergi farmasi belikan ubat bengkak dan painkiller yang dos agak tinggi. Lepas makan ubat bengkak dengan painkiller, baru lah boleh nak tidur.


Oklah, sebab nak kena makan bubur je, wanie sharekan resepi bubur bersantan favourite wanie dengan teddy jugak.



Bahan-bahannya
♤ Setengah cup beras (sukatan air double)
♤ Halia 3cm dipotong memanjang
♤ 2 biji bawang kecil dipotong bulat
♤ 3 sudu besar santan (wanie guna santan kotak brand Kara)
♤ Setengah sudu kecil halba
♤ 1 batang serai ditumbuk sikit badan dan hujungnya
♤ Udang kering (dibasuh dan ditoskan)
♤ Garam
♤ Setengah sudu kecil serbuk pati ayam Knorr (optional)


Cara-caranya
♡ Masukkan semuanya dalam rice cooker. Tukar mode rice cooker kepada porridge. Kalau guna dapur biasa, masak macam biasa cuma selalu check takut kering airnya.

17 January 2016

Resepi Puding Custard Berkuah Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang..


Nak test application blogging baru, Bloggerdroid. Dah 5 pagi ni, baru balik dari Melaka sebenarnya dengan kawan-kawan. Lagipun, kitorang bertolak pun dah lewat petang, itu yang sampai ke pagi baru nak sampai rumah.


Oklah, mata dah ngantuk. Tapi, application baru punya pasal, nak jugak post simple resepi kali ni. Wanie buat puding ni semalam sebab off day, boring duk rumah, boleh ngap ngap sambil layan movie. Heheheh...


Bahan-bahan untuk puding :

♡ 1cawan tepung custard - wanie guna brand Nona
♡ Setengah sudu kecil garam
♡ 3 sudu besar gula
♡ 2 sudu besar susu pekat
♡ 5 cawan air
♡ 1 sudu besar marjerin
♡ Jagung tin berkrim


Bahan-bahan untuk kuah custard

☆ 1 tin susu cair - wanie guna brand Ideal
☆ 1 tin air
☆ 1 sudu kecil esen vanila
☆ 2 sudu besar tepung custard (dibancuh dengan sedikit air untuk bagi tepung larut sahaja)
☆ 3 sudu besar gula
☆ 3 sudu besar susu pekat



~ Cara-caranya ~

1. Bahan-bahan puding, satukan semuanya ke dalam periuk kecuali marjerin (bukan atas api - bagi tepung custard sebati dulu. Dah cair, baru letak atas api). Kacau non stop sampai kuah likat dan macam bunyi meletup plop plop tu, baru masukkan marjerin. Fungsi marjerin ni untuk bagi nampak puding kita cantik dah berkilat. Tak letak pun tak apa.

2. Tutup api. Masukkan dalam loyang. Biar seketika sebelum chill kan puding dalam peti ais.





3. Untuk kuah - satukan semua bahan dan kacau sampai gula larut. Rasa dan tambah gula/susu pekat ikut citarasa. Siap.


4. Korang boleh beli canned mixed fruit kat supermarket. Baru meriah sikit puding korang.. hehehe



Amacam? Simple kan. Selamat mencuba!