11 June 2016

Percutian Ke Cameron Highland 2016

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam..


Hari ni dah masuk hari yang keenam kita umat Islam berpuasa. Ada yang dah ponteng tak? Hiksss... terasa rajin nak update blog sebab tadi bosan-bosan, sesaje scroll balik semua gambar dalam OneDrive, teringat holiday ke Cameron Highland few days sebelum puasa. 


Cameron Highland merupakan destinasi percutian kegemaran wanie dengan cik abam. Last kitorang bercuti ke sana time habis intern di Heitech dulu. Time tu, tak leh nak boros-boros sangat sebab takde income lagi. Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun setengah, wanie berkesempatan lagi ke sana dan kali ni seronok sikit kan nak beli itu ini dah ada income sendiri... hahahahah~


Macam biasa, cik abam akan booking 2 bilik di Copthorne Hotel (formerly known as Equatorial Hotel). Kali ni kami datang berempat, bawa 2 orang adik cik abam ikut sekali bercuti. The more the merrier kan... hehehe. 


Dah jom layan sikit percutian kami... hehehe



Selfie sket dalam bilik ... hehehe..


Nak tangkap gambar Copthorne tu, tapi geng-geng bikers ni parking ramai-ramai depan tu. Sedih.. tapi tangkap jugaklah
Kalau tak silap, waktu cik abam book hotel ni untuk 1 malam dalam RM 248 (booking 2 minggu awal melalui website)



Disebabkan plan je nak ke Cameron Highland tapi dalam kepala cuma tahu ladang teh je, nasib baik jumpa board ni kat dalam hotel time check in. So, senang sikit nak tahu destinasi-destinasi menarik dalam Cameron Highland untuk dilawat.



Time kitorang pergi ni cuti Wesak Day. Jem nya ya ampunnnnn! 
P/S : Jangan minum air banyak sangat jem jem macam ni, nak shuu shuu nanti takde toilet.. dah la sejuk... hahaha



Lepas check in hotel, terus ke Boh Sungei (Sungai??) Palas. Having a sip of hot tea really refreshing and feels like our trip totally worth the penny! Masing-masing stress dengan keja kan, dan dah lama sangat tak bercuti.

Tapi sebab kitorang sampai pun dah agak lewat petang, tak sempat nak masuk tengok macam mana diorang proses tea. Sebelum balik, sempat lah beli teh songket all flavor sebagai souvenir. 


Dan malamnya, kitorang tak plan ke pasar malam tu lagi sebab nak parking tu nangisssss wehhh~ Ramai teramat sangat. Kitorang plan nak ke Abang Nasi Kukus Sambal Strawberry yang famous tu. Tapi............................


Nasi kukus ni hanya dibuka 7.30 pagi hingga 6 petang saje. Malamnya stimboat. Alaaaa~~ sedih hati, patutnya mana boleh limited macam tu sebab sambal strawberry tu signature dish kan... 

So, kitorang decide dinner di satu kedai area situ jugak. Tak ingat apa namanya... wanie susah nak complain kalau makan tu tak sedap, tapi masalahnya, totally DISASTER! wanie order lain, yang lain yang datang... mahal pulak tu. Time tu memang cik abam nak mengamuk (susah nak tengok dia ni mengamuk tau!) tapi sebab dah masing-masing lapar sangat, kitorang makan je...

Kitorang ni jenis tak cerewet, bukan sekali dua kalau makan tempat lain-lain yang order lain sampai nye lain, kitorang makan jugak sebab consider orang tu tersilap dan asalkan perut kenyang dan anggap je surprise~! Hahahaha~ benda-benda kecik chillex je dah kan...


Sebab tak nak sedih-sedih, beli je lah yang dalam botol macam ni. Harga kalau tak silap dalam RM 16 - 17 macam tu. Ada 2 jenis - yang biasa macam dalam gambar ni dan juga extra spicy. Wanie beli dua-dua je. 

Dah rasa dah... ok not bad lah. Ada ikan masin dalam sambal ni, jadinya ada rasa sweet, salty and spicy. Bila makan dengan nasik dan sambal ni, boleh rasa flavor strawberry tu dan biji-biji strawberry tu. Unik!


OK... settle seharian. On the way balik hotel tu, singgah kejap jugak lah pasar malam. Beli cendawan goreng dan strawberry untuk nak makan-makan kat hotel.



Ini dah hari kedua. Dah checkout hotel awal sebab plan nak visit tempat-tempat lain dan terus nak balik. So, kitorang ke Healthy Strawberry Farm untuk borong strawberry. Serious gaisss... kalau korang nak borong strawberry banyak-banyak, meh ke sini tau sebab murah sangat. Wanie ada jugak pergi visit Ravi Strawberry tu dengan Kasimanis Strawberry, this is the best and cheapest! Jangan lupa beli aiskrim strawberry homemade diorang, dan JANGAN BELI 1 sebab memang tak cukup! Hahahah sedap sangattttt!!




Gambar-gambar kat atas ni diambil sewaktu wanie ke House of Lavender. Comel angat angat angat tau! Sebagai souvenir wanie beli sabun mandi dan lotion. Sabun tak guna lagi sebab kat rumah wanie je ada 3 jenis sabun yang wanie guna ikut citarasa hahahaha~ Lotion dia soft je bau, and quick absorbency. Kat sini wanie diberi taste cordial lavender tu, rasanya sooooo light and sweet. Tak berapa nak masuk taste so wanie tak beli... hehehe.. 



OK last! On the way turun, kitorang minum-minum teh kat Cameron Valley. Pekena teh tarik dengan chocolate scone. Lepak-lepak jap, ambik angin dan cuba pujuk diri sendiri yang tak nak balik time tu! Hahahaha~


Dan finally, gini lah muka kitorang semua yang tak nak terima hakikat kitorang tengah on the way balik! Orang belakang yang sengih-sengih tu tak yah sengih sangat sebab the next day dia ada exam! Hahaha~ wanie minta extra cuti sebab konfim letih dah sampai rumah, so sempat untuk bertenang dan cuba move on! Hahahah~


Insyaallah... the next holiday tak plan lagi ke mana. Tapi, masing-masing simpan duit untuk hari besar kami berdua. Doakan segala perancangan kami berjalan lancar ya... 


09 June 2016

Review Praventac and AG Factor

Edit Posted by Miss Wanie with 5 comments
Salam...


Setiap kali bukak blog mesti rasa bersalah dengan diri sendiri sebab tak konsisten. Hahahah~ nak kata sibuk ya amat tu, sikitlah... boleh terima tak alasan tu selain mim alif lam sin?


Ala... nak ngadu sikit.. lately muka wanie teruk sangat sangat sangat. Muka berminyak yang homaigadddd... oil blotting yang warna biru clean and clear tu memang wajib dalam handbag tau. Sekali lap muka, wajib pakai 2 keping minimum... bila muka berminyak teruk sangat jangan ditanya lah mengundang ape kat muka kan... bukan setakat jerawat, open pores besar nau nau, blackhead, whitehead, jerawat batu pun ada tau... (nangissssssssss) Walaupun dah try guna organic products untuk muka ni, still tak membantu. Kalau product kecantikan kita guna yang dah elok, tapi still tak work, itu confirmlah masalah dalaman kan?


Hari tu tengah scroll scroll kat Facebook, jumpa 1 page ni. Jodoh kot.. hahahah, tetiba terasa tertarik nak bukak website dia. Korang pernah dengar tak Praventac? Ha... click lah link tu kalau korang pun tak tau macam wanie.. Hikhik... Kalau korang nak tau, wanie memang jenis yang susahhhhhh sangat nak makan atau ambik supplements ni. Penyakit biasa, M-A-L-A-S ... Hahaha! Tapi, sebab muka dah makin teruk, wanie rasa takpe lah. Give it a shot! Errr... mahal jugak bagi wanie supplement ni. Wanie ambik yang combo, Praventac + AG Factor = RM 424 (RM 24 tu GST ye... pffttt) Wanie walk in je ke office diorang dekat The Gardens sebelah Midvalley tu.


Ok,.. time beli tu, the lady told me NOT TO USE ANY CREAM-BASED MOISTURIZER. Bagi wanie, not a big deal sebab wanie gunakan Adania Luxurious Organic Oil . So, setiap malam sebelum tidur wanie akan ambil 2 biji Praventac dan 2 biji AG Factor. Menurut dari website Praventac tu sendiri, Praventac ni berfungsi :


While AG Factor claimed that it:

1. Assists in fighting the bad bacteria 
2. Reducing the secretion of oil 
3. Reducing the redness from inflammation 
4. Helping to repair the damaged cells caused by blemishes

Taken from : http://www.praventac.com/home/learn.php#hormonal-acne
AG Factor ni bagi wanie lebih kepada "booster" kepada Praventac, untuk double the action rasanya... hehehehe..


So harini dah genap 18 hari wanie consume Praventac + AG Factor. Apa yang wanie boleh conclude kan adalah :

Hari 1-3 : Tiada perubahan
Hari 4-7 : Oily face slightly reduce. Jerawat batu yang dah berbulan tak naik mata, dah start masak dan keluar air bisa
Hari 8 sampai sekarang : Berperang jugak ni. Jerawat-jerawat pasir + jerawat nasik mula naik. The lady told me not to be afraid sebab this is normal sebab nak keluarkan yang mana terpendam / malu-malu nak keluar sebelum ni. Yang best, jerawat batu i olz dah tinggal seketul je ni kat pipi... geng-geng dia semua dah cabut lari.. hahahah


All in all, wanie plan nak teruskan dengan Praventac + AG Factor ni for another 2 month. Seronok gaisss... kalau awal dulu, wajib kena wipe muka dengan oil blotter tu, sekarang ni kalau tak cuci muka 2 hari pun takde hal lah. The face still moisturize tapi tak oily!


Berapa rate nak bagi ni?


Wanie nak bagi rate macam ni untuk sepanjang 18 hari wanie guna ye :

1.  Menghilangkan minyak muka : 5/5
2.  Menghilangkan jerawat nasi : 3/5 (jerawat kering)
3.  Menghilangkan jerawat batu : 4/5 (suka sangattttttt)
4.  Menghilangkan parut : 0/5 (yes.. takde perubahan ape lagi. Takpe... biar dia keluar settle dulu segala alien kat muka ni, then kita tengok macam mana pulak ye...)

BONUS! Ye ade bonus koranggggg yang wanie sendiri pun tak expect!

HAIRFALL REDUCE!!! 

Awesome kan! Wanie rasa make sense - sebab ape? Dulu wanie selalu pegi saloon, siap buat scalp scanning. Boleh nampak setiap rongga rambut tu clog dengan minyak, the hairdresser tu bagitau wanie sebab clog dengan minyak, rambut macam tak boleh nak bernafas which lead to the akar jadi tak kuat dan rambut pun gugur. Nak harap shampoo je pun, tak boleh.. memang kena treat dari dalam.


p/s : Bertabahlah la sikit tiap-tiap bulan kan.. 400 hengget kauuuuuuuu.. hopefully adalah perubahan sebelum sampai e-day kite raya haji ni, Insyaallah... hikhikhik

p/s 2 : Jangan minta upload gambar. Malu titewww.. insyaallah, wanie akan upload lepas habis healing crisis ni so korang boleh spot the difference senang sikit