11 October 2017

Resepi Asam Pedas Ikan Kedah

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Hi semua... sihat? Minggu depan dah start cuti Deepavali? Mesti ada yang dah plan cuti ke mana-mana, atau, ada ke yang kena kerja macam kite ni... ? Kihkihkih~ bertabahlah nokkkk~


Hubs takde 2 minggu... haih.. baru je dia balik seminggu lepas dari Borneo. Kali ni kena pergi lagi, haritu pergi pun 2 minggu... kali ni pergi pun 2 minggu... shiannnn mak nakkk.. asyik kena tinggal je. Sabar.... sayangkan bini tinggal tinggalkan, sayangkan laki, nanti balik outstation kena pow Sephora. Eh???


So, semalam dah dok sorang, sambil menunggu orang aircond nak datang ambik portable aircond yang bermasalah sensor agaknya kat rumah, wanie plan nak masak asam pedas for dinner sebab dah alang-alang beli daun kesum, nak buat laksa, macam malas pulak... so asam pedas lah. Asam pedas kita tau banyak version, Melaka lah... Johor lah... tapi kali ni, wanie buat asam pedas Kedah style. Asam pedas Kedah ni dia cair-cair gitu...


Bahan-bahan kat bawah ni sikit je, cukup untuk seorang makan, sebab wanie sorang je. Hehehe~


1.  Ikan dibersihkan (tak kisah ikan apa pun)
2.  Halia (sebesar ibu jari) **
3.  Kunyit hidup (sebesar ibu jari) **
4.  Seulas bawang putih **
5.  2 ulas bawang kecil **
6.  Cili kering yang sudah direbus **
7.  Sedikit belacan **
8.  Asam keping / air asam jawa
9.  Perasa (garam, aji, serbuk ikan bilis knorr (serbuk ni optional) )
10.  Daun kesum
11.  Air secukupnya
12.  Serai sebatang



Cara-caranya

1.  Blend semua bahan ** . Wanie guna blender kecik kering tu je, letak air sikit untuk bagi smooth bila blend.
//kat rumah memang sentiasa ada cili kering yang dah siap diblend bersama belacan. So, kalau korang dah ada cili pes ni, tak payah nak blend skali dengan cili dah. Kuantiti cili pes dalam 1 sudu besar sahaja.


2.  Panaskan minyak. Kuantiti minyak sedikit sahaja, dalam 2 atau 3 sudu besar, sekadar untuk menumis sahaja. Tumis bahan blend bersama serai hingga wangi dan garing.


3.  Masukkan air , ikan , daun kesum , asam keping . Biar masak sampai mendidih, kemudian masukkan perasa. Seimbangkan rasanya dengan kemasaman. Kalau guna asam keping, once dah dapat rasa dia punya masam tu, dah boleh buang asam keping. Kalau biar lagi lama, nanti takut extra masam pula.


4.  Dah siap!!


Simple kan~ nampak bahan je banyak. Macam wanie, semua bahan-bahan tu bahan basic kat rumah, kecuali daun kesum je yang kena keluar kedai pegi beli.


Selamat mencuba!


p/s : Maaf... gambar tak cantik... dah makan separuh baru teringat nak tangkap gambar. Hahahahah~