22 May 2020

Resepi Laksa Utara - guna Noxxa

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang...

Minggu ni teringin sangatlah nak makan laksa. Berhari-hari mencari urat laksa tu kat kedai-kedai runcit, tapi tak jumpa. Semalam, husband jumpa kat kedai terus sambar 2 bungkus. Agaknya, orang dah beli siap-siap kot simpan buat stok untuk raya.

Haritu ada jiran open order laksa, sedap tapi tak berapa boleh tahan sangat pedasnya. Mampu suap beberapa sudu je sebab pedas sangat, itu yang terasa sangat nak buat ni. Lagipun, nak clearkan stok ikan dalam peti beku sebab nak simpan berkilo daging dengan ayam untuk raya ni.

Wanie tak lah pro sangat nak guna Noxxa ni. Tapi, banyak try and error je di samping tengok tips dan resepi yang orang share dalam group facebook. Tapi, banyak yang share guna Noxxa version lama, itu yang kena pandai-pandai sendiri nak guna function apa untuk Noxxa version baru ni. Ok, jom start!


Bahan-bahannya
---------------------------------------------
1 bungkus laksa kering (urat besar, Wanie tak minat laksa urat halus)
600 gram ikan kembung (mama Wanie suruh try nanti selayang+kembung, kuah lagi sedap katanya)
2 biji bawang besar **
2 biji bawang kecil **
5 batang cili padi hijau **
1 ulas bawang putih **
Belacan sebesar ibu jari **
2 sudu besar cili blend
Beberapa keping asam keping
1 cekak daun kesum
1 batang bunga kantan dibelah dua


Cara-caranya
---------------------------------------

1)  Rebus laksa guna Noxxa
-  Tak payah rendam urat laksa tu. Basuh bersih, dan terus masukkan dalam innerpot Noxxa. Sukatan air sama macam kita rebus laksa dalam periuk biasa.
-  Tekan butang Manual - 10 minit - tombol Pressure . Bila dah siap dan berbunyi, hati-hati tolak tombol ke steam. Biar steam sampai habis baru boleh bukak penutup.
-  Dah siap nanti, toskan sahaja laksa dan alirkan di bawah air paip untuk sejukkan dan untuk hentikan pemanasan

Note : Minit masa rasanya bergantung kepada jenis laksa juga rasanya. Hasil dari carian Google, kalau laksa brand Eka 8 minit, brand Biho 11 minit dan brand Jati 12 minit. Wanie guna laksa kampung Twenty. Kalau korang tak pasti, boleh letak setakat baseline 8 minit dulu, kalau agak-agak laksa keras lagi, boleh tambah je masa.


2)  Rebus ikan guna Noxxa
-  Ikan disiang bersih, dibuang kepala dan ekor
-  Masukkan ikan tersebut ke dalam innerpot bersama beberapa keping asam keping. Wanie guna dalam 3 keping dulu. Sukatan air sehingga paras ikan tenggelam atau lebih pun tak apa, nanti air rebusan ni nak guna untuk kuahnya.
-  Tekan butang Manual - 1 jam - tombol Pressure . Bila dah siap dan berbunyi, hati-hati tolak tombol ke steam. Biar steam sampai habis baru boleh bukak penutup.
-  Dah siap rebus nanti, ambil ikan-ikan tadi campur dengan air rebusan sikit dan blend sahaja. Air rebusan letak dalam bekas lain dahulu.

Note : Lepas dah siap rebus selama sejam ni, ikan tak perlu asingkan isi dengan tulang dah sebab tulang ikan tu dia jadi macam tulang sardin. Blend nanti dah settle.


3)  Masak kuah laksa guna Noxxa
-  Bahan-bahan yang bertanda ** di atas di blend bersama sedikit air.
-  Tekan butang Stir Fry, masukkan bahan-bahan ** yang di blend dalam innerpot bersama 2 sudu besar pes cili blend. Kacau-kacau sehingga agak-agak kering airnya.
-  Masukkan ikan yang dah siap di blend tadi. Kacau-kacau sekejap, kemudian boleh masukkan air rebusan ikan (sukatan air agak-agak setakat mana kepekatan yang korang suka). Kalau air rebusan tak cukup, boleh je tambah air biasa. Kemudian, masukkan daun kesum, bunga kantan dan beberapa keping asam keping. Kacau-kacau sekejap bagi tenggelam daun-daun tu.
-  Sekarang, dari mode Stir Fry, kita nak beralih ke mode yang lain pulak. Tekan Warm/Cancel.
-  Tekan butang Soup/Broth - 10 minit - tombol Pressure . Bila dah siap dan berbunyi, hati-hati tolak tombol ke steam. Biar steam sampai habis baru boleh bukak penutup.
-  Dah siap, boleh lah perasakan dengan garam dan ajinomoto kalau suka.

Note : Semalam lepas siap masak, Wanie baru perasan air terlebih. Tapi takpe, jangan risau. Tekan butang Soup/Broth - tombol Steam , pastu biar je dia keluar wap steam tu dalam 10-15 minit ke. Pastu, tekan balik butang Warm/Cancel. Terus elok kejadian kuah laksa tu.


Ok dah siap. Semalam juga settle seperiuk, Wanie bawa ke rumah mama. Mama puji sedap! Terus macam wahhhhhh gittteww!! Kihkihkih... selamat mencuba!




0 comments:

Post a Comment