27 April 2013

Resepi Dadih Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Time wanie boring-boring sebelum nak dinner tadi, terasa macam nak buat dadih lagi. Sebelum ni ada buat dah, tapi dah settle masuk perut. Tak sempat nak snap picture.. lagipun first try, so macam tak pandai nak agak lagi. Hari ni kira pro (bwekkk!) la jugak.. hehehe, bukan bukan... macam improvement sket laa dari hari tu.. kehkehkeh.. its time for share!


lepas tengok gambar ni, terus rasa nak ke kitchen, nak ngap lagi.. hehehe.. 


Sudu Herbalife


Serving for 1-2 person / bahagi-bahagi sorang 1 gelas.. hehehe


Bahan-bahan


  750 ml air panas
  4.5 ml serbuk agar-agar (original flavour) **tak tau nak convert ke table spoon, kalau ada measurement spoon boleh guna juga, tak semestinya kena guna herbalife spoon.. hehe
  Susu tepung Everyday **no comment kalau korang nak guna susu brand lain, bagi wanie, everyday yang paling sedap and rasanya close to rasa dadih yang selalu jual kat pasar malam tu
  Gula
  Secubit garam



Cara-caranya

1.  Campurkan susu tepung Everyday dan gula dengan air panas dalam periuk. Kuantiti susu tepung dan gula ikut suka ye, depend thickness milk taste yang korang nak, dan juga kemanisan yang korang suka. Kacau-kacau sampai gula hancur. 

**kenapa guna air panas? sebab senang nak kacau dan susu tepung pun tak berketul. Time wanie buat first time dulu, guna air sejuk je sebab ingatkan nanti kan nak masak kat dapur, tapi leceh sebab susu dah berketul-ketul. So kali ni, guna air panas je. Gula pun senang hancur dan senang nak rasa dah cukup rasa ke tak..


2.  Ok, boleh letak periuk atas api. Sambil kacau, masukkan serbuk agar-agar dan secubit dua cubit garam. Sikit je... sekadar nak bagi rasa macam lemak-lemak susu. Bukan nak bagi rasa masin ye... hehehe.


3.  Non-stop stir ye murid-murid sekalian. Sampai agar-agar tu dah sebati dengan mixture (mendidih), boleh tutup api. 


4.  Waktu nak masukkan dadih dalam bekas, make sure tapis dulu mixture tu untuk avoid serdak-serdak (crumbs) dari agar-agar tu masuk sekali. Lagi halus tapisan, lagi smooth. (dah macam nak tapis soya je kan... hehehe)


5.  Yang ini tips kalau nak bagi ada flavour-flavour. Kalau nak buat flavour milo, masukkan je serbuk milo dalam bekas then stir sampai sebati. Korang boleh try flavour-flavour lain macam jagung ke, bandung ke. Just add the flavour.


6.  Sejukkan dalam fridge. And ready to eat! OMMMMNOMMMNOMMM!!

21 April 2013

Post Graduate and Career Fair 20 April 2013 - KLCC

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Semalam (semalam dah la kan sebab time post entry ni dah pukul 1.45am...) pagi-pagi lagi dah bangun awal sebab nak ke KLCC - ada post graduate and career fair kat sana. Banyak multinational company, I mean company yang sangat-sangat besar ada kat sana. Paling best, sebab semua bank altogether in the event. Senang wanie bersoal jawap for placement untuk internship. So far, I'm most interested with what CIMB has offered me. :-)


Such a "harsh competition" (I see, I feel, I guess) between all fresh grads which looking for a job. Entah, takut pula rasa bila fikir, habis intern nanti mesti akan attend event macam ni selalu, bawa CV and kena confidence tinggi sebab ada yang provide on the spot interview. *ketar lutut*


For post grad, takde lagi university yang offer core dalam computer security / system security. Computer Science, IT... macam tu adalah. Tu pun tak banyak... so, wanie hold dulu niat nak further post grad...


Conclusion : tak semeriah yang wanie penah attend under event JobStreet. Lagi banyak company yang take parts dalam event ni. 



*****************

Kali neh, selain dari teddy and his sister, wanie bring along my old friend. She's crazy - so much, and hap-pening. Teddy pun surrender bila kami together, camwhoring jangan cakap lah kan. Sampai malu nak tengok pun ada, punya la macam-macam pose. 


After habis je attend event tu, kitorang had our lunch di food court KLCC. Lepas tu, kitorang separate. Teddy and his sister went to Kinokuniya, while my friend and I just had our girl's talk for quite few hours. Bila mak jemah dengan mak kiah duduk sekali, memang tak pandang kiri kanan dah. Dapat je kerusi, terus bersembang sampai tak sedar time flies. Girl's talk, biasalah.. kalau tak pasal makeup, facial care, err... gossip-gossip sket, preview balik old good and shameful stories and paling utama, BOYS - memang bukan girls la kan. Kehkehkeh~


Met the craziest girl on earth - Kirah/Shek

Yes.. she's crazy and I know it... 
Time neh wanie tak gerak dari rumah lagi, end up she sending this picture asking where am I
Konon tengah marah *mata atas tangan di bahu*


Teddy confirm la jadi mangsa kena tangkap gambar kitorang kan


Wahai cik wanie... kaki lepas neh kau tolong kepit sket
Cover sikit aura jantan kau tu.. hahaha


Dalam toilet pun jadi keja.. 
Masuk-masuk terus nampak cermin besar, ape lagi.. cepat-cepat buang hajat, lepas tu camwhore lah!
=^^=

Love ya sis! 


18 April 2013

Review - Organic Aid Moisturizing Scrub Cream

Edit Posted by Miss Wanie with 9 comments
Boleh tak nak menangis kebahagiaan sekarang?? 



Ok dah, puas hati dah... hahahaha!


Past few days rasanya, wanie ada upload bertanyakan kat mana nak beli Organic Aid Moisturizing Scrub Cream kan? Boleh refer sini ye murid-murid : http://houseofwanie.blogspot.com/2013/04/where-to-purchase-organic-aid.html


Memang dah siap berkira-kira dah, nak kena order through Amazon sebab "payah nak mampuih" orang Kedah cakap, nak cari scrub dari Organic Aid ni. Banyak kali dah wanie ke Watson and Guardian, tengok brand itu ini, pegang scrub brand itu ini, lepas tu, letak balik. Seeeeeee... betapa risaunya wanie nak beli apa-apa nak tenyeh kat muka ni, sensitive sangat skin I neh nokk... -.-"




Haaa... nampak senarai barang di atas. Pun baru few days lepas wanie tempek sticky note neh kat computer screen sebab takut lupa nak beli after balik kelas. Dan hari ni, ke Midvalley...... dan...............


TADAAAAAAAHHHHHHHH!!!!!
=^^=

Terus buntang biji mata! Terus panggil, "Tedddddddyyyyy!!!! Tengok ni!!!!! Dah jumpaaa!!!"


Haa... package kau. Cleanser, moisturizer, scrub, extra mask lagi! Time nak beli, tinggal sekotak neh je last. Macam tunggu-tunggu wanie je. Tercapainya hasrat nak try guna scrub organic aid ni... [refer muka menangis kebahagiaan seperti di atas lagi..] **lipbalm je tak beli sebab excited terlampau, sampai lupa.


Wanie dah try... haaaa... puas hati! Rasa skin, uiiii... soft and clean je. Ye lah, dah nama pun scrub. Pakai la scrub apa pun, memang fungsi dia untuk buang dead skin cell kat muka kan. Bezanya, sesuai ke tak je dengan our skin kan? Memang dah diduga, Organic Aid memang tak penah menghampakan. Double thumbs up! :-D


Texture scrub organic aid neh, lebih kurang moisturizer dia jugak. Cuma, ada biji-biji halus and tak kasar macam certain-certain scrub yang wanie penah try pakai (scrub-scrub lain kalau lepas wanie pakai, terus kena tenyeh moisturizer balik sebab skin area hidung and mulut macam mengelupas and sooo itchy!). Tapi ni rilex je... takde hal punya nak takut-takut. Yes, trust me, my skin is like soooo soooo sensitive. **some people tak suka this product due to skin dorang lagi oily... err.. me not! I have combination to oily skin, so far by using this product for almost more than years, I'm very satisifed!


Price time beli ni? Tak mahal, RM 39.90 sahaja. Among this, I'm very sure scrub yang akan habis paaaaaaalinggg lambat sebab guna seminggu sekali atau dua kali sahaja. 


Eh, ini ada tips yang baru wanie tau - lepas ni wanie nak beli Organic Aid Vitamin E Oil sebab just use 1 drop and mix with Organic Aid Moisturizer Cream able to treat skin aging and provide right moisturizer level. Tak tahu nak cakap, moisturizer cream saja pun dah cukup untuk protect skin wanie dari tak mengering.


Dah... melalut dah. Nak review scrub je kan. Tapi, sebab excited tak payah nak order kat Amazon dah, terus macam teruja nak talk talk and talk pasal this beloved brand. This is really my chenta hati.... eh silap! Chenta muka ku! Mihmihmihmih~


Tengok tengok tengok.... sambil baca product description pun macam nak senyum-senyum. Hahaha~ teruk sungguh ngko ye wanie?? Memang tak reti nak cover perasaan teruja ngko tu ek??

Yang kat sebelah tangan satu lagi tu, Aloe Vera from Guardian. Murah, RM 5.90 je. Later, wanie post kebaikan Aloe Vera untuk ourselves ye. 

- Lokasi : Guardian, Midvalley - 


Ini time nak bayar. Sempat tanya pasal free mask tu whether inside the box or Guardian yang akan bagi. Akak counter tu check, mask tu inside the box. I thought the mask was from Organic Aid too, but it just a mask yang berada dekat rack-rack dalam Guardian tu. Maybe dorang nak habiskan stock kot? Tak kisah la, benda free - just take it and shattapp your mouth laa kan? :-P


Thats it! Puas hati! Puas hati! Puas hati!! Weeeeheeeeeeeeee~~~ 



16 April 2013

Review Online Shopping (MOSFASHION.COM) - Trusted Pre Order Website

Edit Posted by Miss Wanie with 8 comments
Hari ni dah sampai pun baju pre-order yang wanie shopping online haritu. Boleh refer sini http://houseofwanie.blogspot.com/2013/04/current-mood-shopping.html


Ok, I'm a satisfied with their service. Even though pre-order, wanie tak kisah sangat sebab bukan urgent nak kena pakai baju-baju tu. Lagipun, dengan busy-busy buat report fyp ni.. tak terasa pun time flies. Tup tup.. dorang dah hantar. Even wanie sendiri pun tak sempat nak tracking. Hahaha..


Condition baju pun tip top. Takde cacat cela kat mana-mana, benang terputus ke ape, sume tu TAKDE! Kecuali, kedut la... (hahahha.. sape nak bagi kat kau baju siap gosok?)


Kat bawah neh wanie buat comparison baju yang wanie dapat and gambar dalam website MOSFASHION.COM tu... 





picture may slightly differ due to the lightning and the quality of camera
wanie pakai tab je, dorang for sure la pakai DSLR ke, ye dok??




Advantage of this website and some TIPS sebelum online shopping :

- Ada live chat 
**Memang senang gile kalau nak direct tanya apa-apa. Macam dulu, wanie tanya itu ini and so far wanie puas hati dengan jawapan yang dorang provide. Even time wanie nak isi details form pun, wanie tanya dorang satu-satu. Hahahaha~



- Tracking page yang simple and informative
** Memang best sebab dorang update ape je yang dorang tengah buat. Sama ada tengah process payment ke, tengah order baju-baju dari supplier ke and even dorang dah buat shipping ke belum.

Part payment neh, wanie lepas bayar, keesokannya, wanie terus live chat. Confirmed dengan dorang yang wanie dah buat payment and snap receipt m2u and send kat email dorang. Cara macam ni lebih cepat untuk payment process tu settle.



[sila click pada gambar untuk tumbesaran yang sempurna kalau korang tak berapa nampak]


- WYSIWYG (What You See Is What You Get)
** Benda kalau dah beli online, biasalah.. kena faham, kadang-kadang tu nampak cantik sebab reflection light from camera pun boleh jadi. 

Yang penting, time korang nak shopping tu, baca maklumat yang dorang provide betul-betul. Contohnya, jenis material, size baju tu sendiri (sila ukur dulu badan ye, jangan main taram je oh aku size M tapi sebenarnya L ke...) kadang-kadang neh, M size ke, L size ke, bukan boleh ikut sangat. Measurement length tu yang paling penting sebenarnya!


Conclusion (conclusion bagai, bajet tengah type report fyp ke ape? Hahaha~)

As a customer, yes, I will be their return customer. Lagi satu, sekarang neh tengah sale sampai end of this month (April). So all goods sold will be less RM 8 for each. Dan, kalau boleh sila order 5 pieces and above sebab boleh dapat delivery free. So, ajak la kawan-kawan ke, sedara mara ke, bibik ke (bibik saya kaki shopping.. hahahah) untuk combine kan sekali purchasing tu and korang boleh jimat baaaaanyakkkk kat shipping price.

Ini shipping rate yang dikenakan.




Ok, done. ^_^

Random Story

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Setiap detik yang wanie lalui sekarang, amat bermakna. 13 May akan menjadi hari terakhir wanie sebagai pelajar di UniKL, itu adalah hari terakhir for my final exam paper. 



So much thoughts playing in my mind. On September, bakal bermulalah kehidupan sebagai pelajar practical. Di mana? Belum tahu lagi, ada beberapa company dalam list wanie. Dan pastinya, company pertama adalah harapan terbesar wanie, bukan sekadar practical, harap sangat dapat diserap masuk sebagai pekerja. 


Haihhh.... adult nya rasa. What can you say wanie, you no longer a kid... u have grown up as a woman.. A WOMAN that going to get married! Hah.. merepek dah! Hahahahah~


Tak kelakar pun sebenarnya, sebab perasaan time blogging neh, rasa sayu sangat. Tak tahu kenapa. Selama ni macam-macam la wanie kutuk geram assignment banyak lah, quiz test macam ape je lagi..... tapi lepas ni tak lama lagi wanie akan tinggalkan semua tu dan berdepan with real job situation. Damn scary!


Lama tak talk pasal Teddy. His health, erm.... I wish for magical that can turn everything back to it place. Sedih juga hati bila kadang-kadang tengok dia macam losing hope untuk continue his dreams. And wanie pun, tak kan nak sedih jugak kan? Mesti lah kena keep strong so teddy takde lah putus harapan sangat. Terkesan juga dengan sikap dia yang makin sensitif, very serious.... but I took it in positive way, just imagine if I was at his place, I might feel the same way as he feels too. 


Enough, taknak citer panjang-panjang pasal benda sedih-sedih. 


On the way to campus hari ni time kat Highway MEX, sesaja la call mama. Tanya pendapat pasal nak further study. 


************************************************************
Me : Hello ma... watpa tu?

Mama : Busy keja la.. sakit kepala. Awat nak sembang apa?

Me : Ma... orang kan, kalau nak apply masters kat UUM, requirement lepas je. Ma rasa macam mana? Sambung masters ke keja dlu?

Mama : Berapa tahun pula nak abes?

Me : Herm... total-total, orang habis 28, 29 kot... pastu baru keja. Hehehehe~

Mama : Tu kalau nak kawin?

Me : Hahahahahahahah! 35 lah kot ma...

Mama : (suara risau) Ermmmmmmm... kawin, lepas tu sambung masters pun ok jugak... 

Me : What?? Really not me ma... orang kalau belajar, nak single, taknak kawin-kawin lagi lah... Hahahah~ tapi, tengok dulu macam mana ma, kalau susah sangat, orang keja dulu and masters orang buat PJJ je lah...

Mama : (suara terus ceria, tadi risau anak dia jadi anak dara tua kot.. hahaa) Haaa!! Ok ok! PJJ je lah!

Me : Hahahahaha~ apa laa mama neh. Oklah ma... bye-bye..

************************************************************

Banyak lagi yang wanie and mama bualkan, sekali bergayut dengan mama memang untung kedai topup.. hahaha. Kadang-kadang kalau tak call atau cakap kejap-kejap, mama mesti macam worry "ape hal la anak aku neh?" ha... macam tu la lebih kurang. 


Uuuhai... lapar pulak perut ni. Menyesal tak beli maggi, lama benor tak pekena maggi. Takpelah... stop until here. Nak bancuh susu and get my beauty sleep. 

Thanks for visiting and reading. 


12 April 2013

Where To Purchase Organic Aid Moisturizing Scrub Cream?

Edit Posted by Miss Wanie with No comments


YOU!!! Yes you! I'm asking you who read this post / to those who came here for "Organic Aid Range".


From my oberservation (ecehh cehh cehhh), I found that my post reviewing about Organic Aid moisturizer and cleanser were the most top searched within all entries. 


Ok ok.. back to my title. It was sooooo soooo hard to find the scrub right? I've been searching it in all Guardian / Watsons whenever I went to any hypermarket. Nah~ I end up with solution to look for it in Amazon / Ebay. And the price was not that cheap! Aiyoh~


Or any of you ever saw this scrub somewhere? Please please please.. do tell me and I promise I will share my experience with this scrub and post it here. Pretty pleaseeeeeeeeeeeeee... 


Kosong

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Kadang-kadang
Kita tak mampu nak puaskan hati semua pihak
Dan kadang-kadang
Diri sendiri yang harus menelan jadamnya


Hati yang disangka suci
Tak semestinya murni
Siapa sangka
Putih dalam gelapnya lebih berbisa


Keikhlasan disalah erti
Kasih sayang dicemari
Haruskah kebencian meraja diri?


Walau sekuat mana bertahan dan menahan
Jika sudah tersurat takdirnya
Apa daya untuk berkata tidak


Hidup ini karma
Antara aku
Kau
Atau dia
Siapa yang kena?


Maafkan aku, duhai sayang
Maafkan aku, duhai teman



07 April 2013

Badminton di 1Shamelin

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Wahhhh! Semalam serious best, dah lama sangat-sangat tak beraktiviti keluarkan peluh. Memang puas main semalam, sampai basah baju berpeluh. Haha..


Game semalam bertempat di Mall 1Shamelin, Cheras. Bermula jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 12.30 pagi. Dan macam biasalah, memang wanie betul-betul kena 'game' dengan kawan-kawan semalam. Mentang-mentang lah wanie je perempuan, tak berapa pro macam dorang... sob sob~ tunggu ye korang, bob, eppy, pandey, teddy, iju and daus!


Tapi tu semua first hour je, lepas tu dah 'fluent' ala-ala LCW sikit lah. Ececececehhh.. (*¯︶¯*)
Court situ, so far ok. Jangan risau kalau haus ke apa, sebab stock Gatorade all flavours memang banyak, sport shoes, jerseys, racquet semua ada disediakan. Tapi, beli ah.. bukan sewa-sewa.


Lepas habis game, wanie, teddy and pandey terus ke Mali's Corner, pekena nasi lemak ayam goreng. Haha.. 'ada' function la berpeluh bersukan macam nak rak, pastu pergi pekena nasi lemak. Eh takpelah.. cheat day.. :-P 


Sebab dah lewat kalau nak balik ke Putrajaya, wanie sleep over rumah member kat Kg Baru. Lagipun, plan hari ni nak jalan-jalan tengok wayang dengan Sarah. Sesampainye kat rumah, hah ape lagi.. lama tak jumpa, terus bergossip sakan sampai 3 pagi. Haha.. lepas tu, cleanup myself, tukar baju tidur, terus baring tak sedar diri. Bangun-bangun je, tangan pegang racquet main semalam, sakit and lenguh-lenguh. Mihmihmihmih! ╰( ̄▽ ̄)╭


Oklah.. until here. Rasa macam nak sambung tidur lagi walaupun dah pukul 11 pagi. Wahahaha..


my team, my best friend, my cikgu-ajar-main-badminton garang nak mampus


its such a blast when surrounded by old best friends


06 April 2013

Current Mood : Shopping!!!!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Haaa... jangan ditanya kenapa. This is my after-FYP's-treatment! Selalu kalau stress, wanie mesti pergi ke Redken kat Maju Junction untuk hair treatment. Tapi, kali ni nak up sket... pergi shopping terus. Hehehehe~


Sekali sekala nak shopping kaw kaw punye punnnn.. Semalam cari sweater memandangkan my pashmina kesayangan hilang ke mana tah, bak kata Aisy, iSad! Sob sob~ :'( cari punya cari, dah jumpa yang berkenan di hati, tapi takde size pulak. Grrr!


So, try la order sweater kat lelong.com . Hampeh, seller tu reject purchasing wanie sebab dorang out of stock. Takpe takpe... cari punye cari.. jumpa satu website neh, hah! Ada exactly sweater yang macam wanie cari. The price pun much cheaper. Tapi, pre-order lah dalam 7-9 days macam tu. Who cares~ :P



Wanie order sweater macam dalam picture kat atas ni. Cun kan? Actual price dalam RM 34, tapi my luck kot.. semalam tengok kat website tu tinggal RM 26. Hah, sambar terus!


As this is my first time shopping kat website tu, so nanti bila baju wanie dah sampai, wanie update condition baju tu and macam mana service dorang.


This is the website that I meant. Check it out at http://mosfashion.com/ . Remember arr... all products sold just for pre-order, bukan ready stock. 




p/s : Malam ni sleepover di ex-rumah sewa kat Plaza Rah. And malam ni juga ada game badminton kat 1Shamelin dengan bffs.


p/s 2 : Sejak bila aku rasa macam segan-segan sikit dengan dorang tah. terasa macam segan sebab macam biasa lah, I'm the only girl among them. -.-"


04 April 2013

How To Charge Yoobao Power Bank To Galaxy Tablet

Edit Posted by Miss Wanie with 17 comments

##this post has been edited on 12 September 2013. Scroll to bottom to see the addition part.

Time mama datang bercuti hari tu, mama belikan power bank Yoobao kat wanie. Heeee.. best best, mama beli yang 13000 mah punya, bentuk transformers. Weehuuu..



Ramai jugak yang ask whether it is original or not, ehehehehe.. of course la original. Wanie beli kat Viewnet, Low Yat Plaza. Some of my friends yang penah kerja kat sana suggest, if nak beli barang-barang macam ni yang original, better pergi ke this shop or All IT... no worries at all.

Why wanie beli yang 13000 mah punye power bank? First... wanie bukan nak charge phone, tapi my tablet. Dah nama pun tablet, power battery dia of course la lagi tinggi kan. Yoobao ni pun well-known brand juga lah. (suka bentuk transformer tu... hehehe)




Yoobao neh ada 2 port, USB 1 dan USB 2. USB 1 more to charging phone biasa, mp3... in short, more to lightweight charging. Compared to USB 2 port, wanie rasa second port tu more powerful sebab tab or note kan heavy charging. And boleh dibuat torchlight, up to 400 hours okay! (full charge)

Tapiiiii...

Racist sket lah Yoobao neh dengan galaxy tab. Tak mesra alam langsung. Dia tak bagi pun dock untuk tablet samsung neh. Yoobao just provide micro cable (note, iphone, normal phone are compatible). Tapi kalau tablet, bila wanie guna cable samsung untuk charge, tak masuk pulak. Dia show MTP Initialization bila charge and cross sign kat battery indicator. 

So hari ni wanie ke Lowyat skali lagi nak mencari cable yang sesuai. MEMANG TAKDE OK! Tapiiiii... wanie found another solution. 


This is uCharger. It act like a booster. Seriously, this is the only solution yang berhasil untuk charge my samsung galaxy tablet and it is connected to my Yoobao power bank. It support almost all devices..



Kalau charge dari power bank ke tablet samsung, kena click kat tengah-tengah uCharger ni. Kalau biru, more to normal samsung smartphone or iphone.. tapi kalau tab, click the booster and choose the red one. Guys, you may refer this table.




Ok, problem solved! 



Go get it at Viewnet at price of RM 69!



update! ------------------------------------------ update!

## Semalam pergi ke Lowyat nak beli satu lagi uCharger ni, tapi Viewnet dah tak restock. So sad! Sorry guys! Been searching for it in few shops inside the Lowyat, lagi sedih sebab takde sape yang pernah dengar pasal uCharger ni. 

## Second solution untuk Samsung tablet user, try cari Pisen for Galaxy. Murah je katanya, dalam RM 12. Tapi tak pernah try pun hehehe..