07 November 2023

Resepi Kurma Daging Utara Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

 Hello, salam semua!

Semalam dinner, wanie masak kurma daging. Kali ni, kita buat style lain sikit. Biasanya sapp sapp siappp kan? Kali ni, terlebih rajin dan cik abang pun suka sangat. Bahan-bahan yang digunakan, ingredients dan kuantitinya lebih sikit dari kebiasaan wanie masak. Saja masak lebih kali ni sebab masak dinner, boleh panaskan esoknya time lunch jugak. Jom tengok!


Bahan-bahan blend
---------------------------
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan-bahan lain
----------------------------
1 peket kecil serbuk kurma Babas
300 - 400 gram Daging dipotong kecil 
4 sekawan (kulit kayu manis 1 batang , cengkih 4 kuntum , bunga lawang 2 kuntum , buah pelaga 5 biji) *
3 pelepah daun kari *
1 inci halia - dimayang *
2 ulas bawang putih - dimayang *
3 biji bawang kecil - dimayang *
1 1/2 sudu besar kerisik
1 kotak kecil santan
2 tangkai cili besar (potong tengah separuh sahaja, jangan putus 2)
3 biji kentang - potong 4 
Gula melaka (separuh keping)
Garam
Ajinomoto (optional)
Minyak masak



Cara-caranya
-----------------------------

1) Panaskan minyak - kuantiti agak banyak sikit macam nak masak gulai

2) Tumiskan bahan-bahan bertanda * sampai naik bau wangi atau bawang dah layu sikit. 

3) Kemudian, terus masukkan bahan-bahan blend tadi bersama 1 peket serbuk kurma dan kerisik. Kacau sebati dan tumis sampai pecah minyak.

4) Masukkan kentang. Kacau-kacau dan biarkan sekejap untuk beberapa minit (step ni untuk nak bagi kentang cepat empuk nanti). Masukkan 1 sudu kecil garam time ni, supaya rasa tu boleh meresap dalam kentang awal. 

5) Lepas kentang dah agak-agak half cook, masukkan daging dan cili besar yang dibelah tengah tadi. Biarkan air daging keluar dahulu sebelum nak tambah air (kalau terus tambah air, nanti kuah cair).

6) Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit, santan, gula melaka, garam dan ajinomoto. Balance kan rasa dan kepekatan kuah.


Siap!

Ada nasi tomato ni, perghhhh!! Terbaik~~