28 June 2013

Different Me As A Full Time Student and Internship Student

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Morning!


Hahahah~ lama tak jenguk blog, almost 2 weeks kan. Dah almost 2 weeks juga la wanie officially pelajar internship di HeiTech. Ni pun blogging dari office, sebab datang awal sangat. Teddy drop wanie kat office, sebab hari ni dia sekerat hari, nak ke hospital ada appoinment katanya. Selalunya, waktu camni wanie pegi breakfast dulu. Tapi, dah sorang-sorang macam malas pulak.


Macam mana sekarang dah jadi pelajar internship kat sini kan?


One word, HEAVEN! 


2 dunia berbeza. Dulu as a full time student, memang stress. Assignment, project, test quizzes... siap keja kena bawak balik rumah la kiranya. Tapi, dah working... stress tu takdelah sangat. Cuma, working environment ni lain. You work in a big building, meet new staff and mix with them, real task given.. seronok walaupun letih. 


Bagi wanie, perkara yang membezakan sewaktu bergelar student dengan dah keja ni is....


Student : Stress, banyak sangat nak kena fikir. Terbawa-bawa sampai dalam tidur. Tapi, ada hari yang boleh tidur bangun lewat, 2 3 pagi tak tidur lagi pun tadehal punya lah sebab lepas class 2 jam esoknya, boleh balik sambung tido kat rumah, flexible time nak enjoy-enjoy.. kelas takde boleh la pegi tengok wayang kejap ke... lepas tu, kena fikir balik oh alamak ada quiz, eh assignment tak siap lagi... hahahah :P


Kerja : Kalau stress pun, hanya di tempat kerja. Tak bawak balik rumah, after 5.30pm, semua workloads tinggal kat office. Kalau takde keja pun, just rilex and self-study, nak sharpen skills. Work in time, pukul 1-2 lunch, while working sekali sekala take 5 nak ke pantry minum-minum ke, gurau-gurau dengan staff lain ke then sambung keja balik. Waktu dah limited, keluar takde matahari, sampai rumah pun takde matahari. Balik rumah, mandi, iron baju, solat, tidur untuk recharge energy. Tidur awal weh.. habis lewat pukul 12am. Takde jadi burung hantu dah, esok sebelum Subuh dah bangun siap-siap. 



Weekdays memang rotate cenggitu lah. Sekarang neh, memang appreciate gila weekend. Hahaha~ weekend lah nak kemas rumah ke, nak cuci sidai kain ke, nak hang out tengok movie ke.. semua weekend. Time student, everyday is weekend pun boleh. Sampai bila hari Sabtu Ahad tu, macam takde beza je. Kehkehkeh~ :D dan weekend juga, masa untuk berehat, bangun lewat sikit (sikit lah sangat :P)


Berat pun dah mula naik and maintain. Dulu, kalau 42kg tu kira dah habis berat la tu. Asyik turun naik tak lebih 42kg je dulu, stress+migrain memang benda biasa. Dah kerja, life macam normal. Hahaha~ tidur awal, makan ikut time.. tu yang kemain lagi berat sekarang neh. Baru 2 minggu, dah naik 2kg. :P


Memang tak menyesal apply sini. Staff pun friendly, tak membezakan antara satu sama lain... memang tak wujud langsung macam jurang permanent staff dengan practical student ke, memang takde. Semua sama je and helping each other. Syukur :)


Ok, still have time sebelum working time will start. Nap kejap lah. Hahahha~ until next post everyone! ^_^

13 June 2013

Meninjau Lokasi Sekitar HeiTech dan Keadaan Trafik

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Seperti yang wanie bagitau dalam previous post, hari ni wanie pergi tinjau-tinjau keadaan jalan nak ke HeiTech dari Putrajaya. Dalam 6.35 pagi, teddy datang fetch wanie kat rumah. Mula-mula, buka Waze dulu. LDP is the nearest route, tapi bila tengok warna jalan tu macam merah, konfim sakit punya. So, kitorang decide nak lalu ikut KESAS.


Dari Putrajaya, wanie ambik highway MEX dan macam biasalah, tol RM 2.50. Then ambik exit kat Stadium Bukit Jalil and buat U-Turn. Kat situ kena tol lagi dalam RM 2.00 and ada lagi satu tol kena RM 2.00 juga. So total-total pergi sahaja dalam RM 6.50 (phew!) Tapi, perjalanan memang lancar. Takde tekanan perasaan sebab jam ke apa. Bawa kereta pun smooth je, less 100 km/j. And terussssssss je sampai nampak bangunan HeiTech sebelah kiri. Kat sini jam sikit, sebab ada traffic light and kereta pun banyak la juga. We manage to reach HeiTech at 7.35 am macam tu. Tapi takde la kitorang terus parking masuk ke ape, just tengok-tengok jalan je. Parking pula, memang kena parking kat Summit (according to our friend that has undergo industrial training in here too). Sebab parking kat Summit is memang dah takde parking katanya. Semua dah full. Sehari parking Summit charge RM 5.00 . 


Total perjalanan dalam 43 km. Herm, dekat balik kalau dari Cheras ke Heitech rasanya, kalau tak silap dalam 20 km lebih sikit je. Plus, jimat duit tol tak kena MEX. Yang jauh neh sebab, yelah, dari Putrajaya ke Bukit Jalil tu pun dah agak jauh kan... kalau dari Cheras, straightttttttt je. (will be confirmed on July sebab wanie akan pindah ke sana).


Then, usha-usha jap around HeiTech, apa yang ada. Al-maklumlah, tak biasa lagi sampai sini. Herm, not bad. Ada Giant, Mydin Mall, kedai groceries jual sayur-sayur pun ada. So, kalau nak makan ke apa ke, rasanya takde masalah kot. Then, lepas pusing-pusing tu, teddy ajak tengok suasana jam di LDP. Hahaha.. memang teruk. No wonder la teddy ada cakap, kalau nak bayar dia RM 100 sehari pun, dia takkan sanggup nak lalu LDP. Now I know why, rasanya lagi makan modal sebab duk main braking-tekan minyak-braking balik-tekan minyak balik. Phew phewww... -.-"



Lihat laluan di sebelah kanan ye, belah wanie memang ok je. 



I'm so excited and agonizing at the same time. Ready for next Monday! ^_^

Journey Back To Home For Internship

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Tepat jam 3 petang tadi, wanie selamat menjejakkan kaki di campus. Teddy datang ambil wanie di rumah Kedah. Sama-sama tak sihat rupanya. Wanie sendiri pun demam selsema siap batuk-batuk lagi, teddy pun serupa rupanya. Dalam kereta tadi, kitorang asyik sok-sek-sok-sek je.. bercakap pun sikit-sikit sebab kalau cakap banyak mesti kitorang nak batuk lepas tu suara jangan cakap la, boleh start nyanyi lagu Ella punya. :P


Time dah gerak tu, kitorang stop kat RNR Gurun, eh... tutup rupanya RNR hari ni, so lepak kat Shell sebelah RNR tu kejap untuk breakfast (mujur singgah kat market beli bekal nasi lemak, kalau tak jenuh la kebulur...) then makan ubat. Kejap je singgahnye, sebab takut tak sempat nak sampai campus. 


Al-kisahnya, wanie tak sedar bila yang wanie tertidur. Kalau tak silap, wanie tengah bual-bual dengan teddy. Hoho~ penangan ubat lah tu, sampai tak sedar apa-apa. Yang wanie boleh tersedar, teddy tetiba masuk perhentian kat mana tah. Then wanie tanyalah teddy, "Nak pegi toilet ke?" Teddy terus jawap "tak tak... nak berenti tido kejap. Mengantuk tak tahan.." Sudahnya, kami sama-sama terlelap dalam kereta dalam 20 minit camtu sebelum sambung our journey.


Tapi tak kisahlah. Janji semua dah settle hari ni. Buku log dah ambil, cheque pun dah siap di bank in kan, terus ke Teja, Precint 9 ni.. makan-makan then balik. Masing-masing keletihan dengan tak sihat lagi, dugaan betul. Tapi takpe, semangat nak intern punya pasal ni, semua BEREHHH~ ^_^


Esok lepas Subuh, teddy datang ambil wanie kat rumah. Kitorang nak try tengok, nak ke HeiTech kalau keluar jam lepas Subuh, pukul berapa nak sampai di sana. Yelah, biasalah kan, for sure la jam punya. So, boleh la agak-agak dah lepas ni nak keluar pukul berapa. Ataupun, kalau still sampai lewat, memang kena solat Subuh kat RNR lah. Part punctual time macam nak ke kerja ke, ke class ke, atau benda yang penting-penting lah, teddy memang akan on time. Selalunya, dia akan bagitau wanie macam ok lagi setengah jam saya sampai, memang cukup-cukup setengah jam (kalau tak ada apa-apa masalah lah). Dan selalunya, dia memang bagi extra time lebih sikit kat wanie sebab......... pepaham la, orang pempuan kan... :P Tapi kan, kalau la ajak macam nak pegi beli apa-apa barang ke, nak keluar jejalan ke... hah! Jangan harap nak on-time! -.-"


Ok done, nak try tido. Kena start dah ajar mata ni tido awal. Heheh.. nite my blog! ~_^v




Kena start tulis log book on September tho I'll be starting my intern on next week.

11 June 2013

My Internship Placement in Heitech Padu

Edit Posted by Miss Wanie with 12 comments
Lama tak post sebarang entry, kekangan masa sangat. Ada je post yang nak di-blog-kan, tapi idea nak type apa tu macam tak sampai. So, tergendala macam tu je. Haihh.. takde disiplin rasanya, lepas tu bising-bising bila Nuffnang nak bagi income macam Hanis Zalikha.. hehehe~


Hari ni Selasa. Isnin depan dah mula lapor diri di Heitech Padu, Subang untuk first day internship. Syukur alhamdulillah. Memang berharap di hati ni nak dapat intern di company yang superb macam Heitech. Waktu dapat phone call dari HR Heitech seminggu lepas macam tu, mula-mula rasa tak confident sebab macam ada phone interview sikit. Nervous sangat sebab tak sangka Heitech akan call, tapi demi niat yang ingin menjejakkan kaki dan menimba ilmu serta pengalaman di Heitech, perasaan nervous tu wanie buang jauh-jauh. This is my golden opportunities, kan? :-) Tambah berbunga-bunga lagi perasaan bila dapat official offer letter dari Heitech yang accept wanie nak intern kat sana. Syukur sangat-sangat, thank you so much Heitech! ^_^


Esok, nak gerak balik ke Putrajaya. Seawal jam 7 pagi bertolak, hopefully dapat sampai awal sebab nak ke campus dulu untuk ambil buku log. Lepas tu, wanie plan nak beli kasut bertutup since semua heels wanie open toes. 


My internship will end on December. Some of my friends tanya juga, why so long, sedangkan intern supposely start on September till December? Bagi wanie, the duration doesn't even bother me. Seriously, I'm very eager nak start. I know, I can gain so much experience and new knowledge and skills yang wanie tak dapat di campus. Selalunya, wanie punya darah gemuruh neh level 999, tapi kali ni rasanya dalam 20-30% sahaja. See, when determination beats your nervousness, it will be beyond than the expectation!


Another step to adulthood.
Think twice and be wise.

Insyaallah, new me waiting ahead. :-)




01 June 2013

Review Topicil - Mengurangkan Jerawat

Edit Posted by Miss Wanie with 29 comments
Rasa bahagia sangat sejak-sejak dah habis final year project ni. Berat pun dah naik, kalau tak asyik turun naik - macam tak betul je. Jerawat jangan cakap la wey.... malu nak post gambar. Haihhh sedih.. Mana jerawat tak naik? Tidur memang tak pernah cukup, kadang-kadang tu tak tidur pun semalaman. Makan pun ikut sempat je, nak full nutrition, harap shake yang wanie minum je, tu pun kadang-kadang terlepas.. Tambah pula dengan cuaca yang panas, fffuuuu~ -.-"


Jerawat kat jaw lines pun agak melampau, tepi-tepi muka, dahi lagi la.. mujur kat bahagian pipi dengan dagu tak berapa nak menyerang sangat. So, mula la menerjah watson guardian tu, tengok apa patut. Mula-mula syok beli mask untuk acne je, tapi rasanya jerawat-jerawat tu mesti sengih sebab macam takde effect bila pakai mask-mask tu.
**kecuali Nivea for open pores tu, lepas pakai, nampak sikit la pores kecik, sikit je.. kalau continous usage, herm... tak tahulah, sebab motif sekarang jerawat, bukan pores lagi.


Skin Condition
T-Zone memang berminyak ya rabbi, siap dah kena start bawa Clean and Clear  Oil Blotting Paper tu kemana je, kalau tak, shingggggg, shiny weh! Boleh kumpul buat goreng ikan. Oleh sebab dah makin melampau, terjah terus ke pharmacy beli Topicil - Tropical Solution for Acne.



haa.. kemain lagi edit. harharhar~
Harga : RM 25 (Jitra Pharmacy, Kedah)


Dah tak kisah dah bau macam mana. Memang bau chemical agak menyengat. Haaa~ Dah pakai almost a week, boleh kata 40% jerawat baru dah tak naik, yang tinggal jerawat-jerawat lama and degil je! Padan muka kau jerawat! Hahahahahaha~ Kalau tidak, selang sehari mesti nampak merah-merah sana sini, jerawat ajak geng weh nak naik!


Cara guna
Pagi lepas mandi dan sebelum tidur. Yes, 2 kali sehari je dah cukup. Lagipun, mudah gila. Just sapu kat affected area. Lepas tu, wait for the magical happened after a week. Kalau jerawat chronic rasanya boleh juga kot, sebab my sister time sekolah dulu lagi worse dari skin wanie. Sampai nampak mata dengan mulut je. Doktor yang suggest pakai Topicil ni sekali dengan cleanser dari hospital. 


Topicil, Oxy dengan Dalacin-T, mana lagi berkesan?
Hahahah! Kalau korang tanya soalan neh, mesti korang kaki Google jugak kan? Hehehehe~ okay okay, dulu dulu kes jerawat naik menggila-gila neh pernah jadi. Time tu wanie beli Dalacin T ni. OMG, memang tak boleh masuk. Lepas wanie pakai, rasa macam pedih sangat muka. Terus stop sebab unbearable. Oxy? Hah! Memang tempah penyakit kalau pakai Oxy, kalau wanie pakai Oxy ibarat lebih baik lah wanie ambik kertas pasir tenyeh kat muka. Memang tak boleh masuk langsung dengan Oxy! Topicil juga paling suit dengan wanie. :-)


Macam mana nak pakai moisturizer sebab muka oily dan combine dengan Topicil?
Oleh sebab skin wanie ni combination, dan wanie pun bukan pakai set apa-apa yang more to combination skin (due to skin sensitive), wanie just :

1.  Cleanse muka macam biasa (masih guna Organic Aid)
2.  Apply Topicil to affected area (dahi, jaw lines dan tepi-tepi muka)
3.  Moisturizer pakai pada bahagian tepi hidung, area bawah hidung dan dagu dan juga pada pipi (tak bagi kena pada bahagian yang disapu Topicil)


Sepanjang penggunaan Topicil, memang wanie tak sentuh makeup langsung. Cuma kalau macam ada kenduri tu, pakai la sekejap. Lepas tu terus balik, dan buang makeup, cuci muka sebersih-bersihnya ataupun wanie bawa makeup remover dan pencuci muka. Cuci terus lepas habis function. 


Whatever it is, control jari jemari tu. Jangan nak touch muka kalau tak tangan tak cuci, bacteria tu akan worse kan lagi keadaan. 
##(Amboi jemah, pandai nasihat orang. Tangan sendiri pun pantang free je, mula nak picit-picit jerawat tu... wakakakakak!!)



p/s: As soon as muka dah kembali normal, wanie akan stop pakai Topicil ni. Bagus macam mana sekalipun, it still chemical. Lagipun, chemical stuff kuat-kuat macam ni adalah final solution yang wanie akan pilih kalau dah habis idea dah nak treat macam mana. :-)