31 March 2020

Resepi Kuih Qasidah Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi semua...


Lama tak berblogging balik. Rasanya last check, office block blogspot. Taktau lah sempena lockdown ni, diorang unblock ke... hahahaha.. oh ya, new office by the way. Alhamdulillah, dapat new job. Tak sangka juga sebenarnya, tapi tu lah kalau Allah dah tetapkan rezeki, siapa kita nak nafikan ye dok? Dan Alhamdulillah, kini kembali ke lapangan Linux Security... nanti lah ada masa kita sembang pasal new job ni ye...


Harini nak share pasal resepi sempena lockdown di rumah. Semalam, tengah scroll scroll Facebook, nampak ada orang share kuih qasidah. Lama tak makan kuih ni, dan susah nak dapat di Cyber ni. So, semalam jugak merajinkan diri nak buat. Menjadi, sedap! Tak ingat link resepi nak kreditkan... ampunnnn... Heheheh~



Bahan-bahannya
-----------------------------------
1)  1 cawan tepung gandum + 2 sudu besar lagi tepung gandum
2)  Setengah sudu kecil garam
3)  3 cawan air 
4)  6 sudu besar gula
5)  5-6 biji bawang kecil dimayang
6)  5 sudu besar minyak masak


Cara-caranya
---------------------------------
1)  Campurkan semua tepung gandum , garam dan gula dalam blender. Blend kan je (kalau takde blender, boleh kacau-kacau tapi jangan bagi berketul).

2)  Panaskan minyak. Goreng bawang kecil yang dimayang sampai golden brown macam dalam gambar. Ketepikan. Jangan buang minyak ni ye.

3)  Dalam periuk yang lain, masukkan bahan-bahan yang di blend tadi bersama 2  sudu minyak bawang tadi. Kacau sampai pekat , sampai bunyi pop pop. Boleh tutup api.

4)  Tuang ke dalam bekas. Dan boleh tabur bawang goreng. Kemudian, renjis-renjiskan minyak goreng bawang tadi ke atas adunan. Biarkan sejuk, then dah siap! 


Selamat mencuba! Jangan keluar rumah sepanjang lockdown ni ye!