27 December 2016

Bagaimana Saya Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat - BERKESAN!

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Salam semua...


Wanie belanja sikit gambar ye.


1.  Gambar first - nampak macam takde apa-apa sangat kan? Tapi sebenarnya ada banyak macam jerawat batu, yang degil tak nak keluar tu. 

2.  Gambar kedua - wanie ada amalkan supplement dan terus bertukar kepada natural skincare. Jerawat-jerawat yang terpendam tu, semua keluar dan start masak. Muka pun dah macam merah-merah udang bakar. 

3. Gambar ketiga (bawah) - lepas semua jerawat dah keluar. time ni dalam healing crisis lagi.

4. Gambar keempat dan yang terkini - yang tinggal ganya parut-parut lama dan open pores sahaja untuk dirawat.


Tipulah kan kalau nak tunjuk muka terus flawless sampai tak ada apa kesan langsung. Yang tu kalau pakai berus tembaga + clorox ke, kut lah kan.. mihmihmih...


Apa supplement yang wanie makan dan apa product skincare yang wanie guna?


PRAVENTAC dan AG FACTOR!! - wanie penah review pasal both supplement ni dalam entry http://houseofwanie.blogspot.com/2016/06/review-praventac-and-ag-factor.html 


OK, for skincare product... meh wanie listkan...


1. Orique Cleanser + Babyskin LembutbyAdlina



2. Toner by Orique


3. Day and night serum - Orique Ultra Peptide and Comeminus



4. Moisturizer  - Flawless Gel LembutbyAdlina and Orique Xerominus 

 


5. Acne cream - to combat existing acnes



6.  Weekly mask (to exfoliate dead skin cell) - Mocha Honey Mask by LembutbyAdlina



Haa.. setiap satu wanie senaraikan untuk korang so korang tak miss satu pun. 

 Sekarang ni, hanya Orique dan Lembut sahaja wanie gunakan. Wanie dah try macam-macam dan dah habis beribu-ribu, contohnya Eskay-tu , Garn***, Lor***, Saf*, product yang start dengan De-de tu.... just makin worse wanie rasa. So, wanie stop semuaaaaaa tu dan back to natural product. 

Kang ada orang tanya, apesal wanie cuci muka, guna moisturizer, ada 2 jenis... orique dan Lembut? 

Yes, wanie guna both. Haruzzzlahhh sebab penjimatan duit! Hahahahah... korang ingat murahhhh ke. Bahahaha~ Tapi yang penting, BERKESAN! Contohnya la kan, Cleanser Orique tu harga RM 80 (last up to 3 month), Babyskin Lembut tu RM 35 (last up to 6 month). See the difference? Hahahah~ nak maintain supplement lagi sebulan RM 500 oii.. cik abam tak sayang lagi, aku tak tau lahh~ hahaha



LEMBUT BY ADLINA

Produk keluaran Bumiputra yang setanding dengan produk lain. Hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi dan natural dan tidak berbahaya kalau termakan! Macam Mocha Honey Mask yang consist of coffee, chocolate and honey - banyak kali dah wanie ter'ngap' ... sedap! Hahhaha~ 

Kesan yang serta merta (skin lembut dan moist toing toing). Penggunaan yang berkala, boleh dapat kesan macam wanie. 


Nanti wanie bukak satu post khas untuk produk Lembut by Adlina, wanie explain in detail (I will never post/suggest anything if I haven't try it for couple of months to see the difference). Anyway, wanie stokis di Putrajaya (which cover in Cyberjaya and Bangi as well). And of course Lembut is sooooooooooo awesome sampai wanie jadi stokis.


Kalau korang nak stalk stalk dulu, boleh visit IG dan FB wanie :



23 October 2016

Resepi Masak Kicap Daging Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Siaran langsung dari HPE Office, Cyberjaya... cisss kena keja pulak harini. Hahahaha~ over macam tak biasa keje weekend pulak.. takde user ni, tu yang ada time nak update blog.. rajin la pulak. :-P


Kali ni nak post pasal semalam, Sabtu, saje masak for lunch. Nak abiskan stok dalam peti ais, pastu lama tak berkelah dengan tunang tersayang gittewww.. mula-mula, dia request masakkan Daging Masak Asam favourite dia tu, tapi tak terasa pulak nak makan style tu, jadi wanie cakap nak buat masak kicap je sebab simple. Tunang jenis ok kan aje walaupun sentap.. So semalam, elok je dia makan, HAAAAAAA kauuuu... non stop! Dia cakap sedap, suka masak kicap yang macam ni! Macam mana ape.. macam biasa lah.. hahaha~ tunang cakap nanti nak lagi, wanie balas berehhhh je janji pegi restock barang dapur.


OK lah.. nak share resepinye. Memang senang, main campak je. Nak upload kat blog sebab lepas ni nak suruh tunang belajar masak. Boleh kite pulak yang tunggu cedok nasik je kan.. hihihih~


Bahan-bahannya

  • Daging (potong kecil-kecil) 
  • Sedikit halia (besar hujung jari kelingking) dan dihiris memanjang
  • Cili besar dipotong menyerong - sebatang
  • Bawang Holland - 1 biji
  • Garam
  • Gula
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil stok ayam
  • 1 sudu kecil cukup rasa Maggi
  • Minyak masak
  • Kicap (wanie guna kicap Adabi Lemak Manis)
  • Sedikit air



Cara-caranya


  • Gaulkan daging dengan garam, kunyit dan cukup rasa
  • Panaskan minyak dan goreng daging. Biar sampai air daging tu keluar dan agak-agak nak kering, masukkan halia, bawang dan cili besar. Kacau-kacau sampai naik bau.
  • Bila daging dah hampir masak, masukkan sos tiram dan stok ayam. Kacau sebentar dan masukkan air serta kicap. Air jangan banyak sangat, nanti cair.
  • Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika suka (biasanya tak payah dah, sebab manis kicap dan masin daripada stok ayam dan sos tiram tu dah memadai - tapi terpulang citarasa masing-masing)
  • Siappppp!

21 September 2016

E-day Final - Hari Majlis yang Dinantikan

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam semuaaaa.. ada ke yang reading blog ni, kang syiokkk sendiri pulak. Hihihihihi~

OK......... tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam.......... fuhhhhhhh!!

Dengan ini, saya dah official jadi TUNANGAN ORANG!!! yeahhh!!

Letih juga tau nak menjelang hari e-day ni. Dengan tiba-tiba asthma attack few days sebelum majlis sampai takleh nak kemas rumah or buat keja berat sikit, confirm semput. Tapi alhamdulillah, all went well!

OK, kat bawah ni official list barang-barang hantaran daripada pihak lelaki dan pihak perempuan which is my side.


Pihak lelaki (5 hantaran)
**  Cincin emas dengan diamond
**  Hand bag Carlo Rino
**  Skincare Orique + Jam tangan ICE
**  Kek tunang
**  Buah-buahan

Pihak perempuan (7 hantaran)
**  Perfume Calvin Klein
**  Kemeja
**  Jam tangan ICE
**  Belt + Dompet Sembonia
**  Cupcake
**  Buah-buahan
**  Set penjagan muka dan badan sponsored by "Lembut by Adlina"

Lain-lain
**  Baju tunang custom made by Lesung Creation
**  Tudung (mama beli kain meter kat Jakel dan Mak Lang potong dan jahitkan)
**  Makeup daripada Lembut by Adlina
**  Pelamin tunang DIY (kalau berkenan dengan pelamin wanie macam ni, boleh contact Lembut by Adlina - sewa RM 199 sahaja sekali stage! )




Part makanan pula, boleh kata semua homemade. Mama masak mi kari dan dessert pula puding jagung. Abah order roti jala jugak. Lepas tu along orderkan red velvet cake yang yaaaa ampunnn sedap yakmat!


Part nak disatukan pula, kitorang plan bulan 3 tahun depan. Tapi sekarang ni mama dengan wanie dah siap-siap pergi survey bridal boutique di sekitar sini. So far, kitorang dah terjah Butik Pengantin Nabil Barakbah di Alor Setar dan Ixora Bridal Boutique di Changlun. Dua-dua cantik dan harga ditawarkan pun within the budget (below 6k untuk kedua-dua belah pihak). Cuma sekarang ni, kena discuss dengan mr tunang dulu (ecewahhh.. status dah upgrade kawww.. hahahaha) dan oleh sebab size cik tunang kita ni agak XXL, kena lah datang fitting kat butik dulu. Kalau tak muat, kenalah baju baru (korang pesan partner korang nanti diet sket.. taknak diet takpe, tapi siapkan duit yeee.. hahahaha).

Oklah, meh wanie belanja sket gambar nye...




 





02 September 2016

Ikan Stim Masak Taucu Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Haaa double post, balas dendam! Hahahaha~


Semalam off day sebab weekend ni kena keja... sob sob~ malas sangat lah nak keluar rumah. Nak masak pun macam malas jugak, tapi tak makan kang kebulur. Rasa macam nak lepak kat rumah, layan citer Korea, main game, tido sampai lebam! Kalau bakal mak mertua tahu punya malas perangai ni, mau direject. Hahahah~ sebab dah malas, so resepi kali ni pun resepi bermalas-malasan, tapi harus sedap dan kena selera. Ajet-ajet nak "eat clean", jaga pemakanan sikit kali ni. Acerrrr nengok resepi Ikan Stim Masak Taucu ni ha..


Ikan?? Haaa~ selit sikit story. Yang mana kenal wanie, tahu laa wanie ni jenis tak boleh nak siang-siang ikan.. Tak tahan bau bohhh, lepas tu kesian pulak kalau nengok orang siang ikan cabut perut tu, kalau kesian takleh makan, tapi suka makan ikan~ fret not! zaman sekarang internet di hujung jari, semua boleh! Ikan, ayam, daging, udang semua dah siap potong basuh wehhhh.. korang order je kat Barang Dapur Basah ni haaa... mudah kan hidup kite-kite yang acah busy ni.. hahahaha


Bahan-bahannya:
-  2 ekor ikan
-  1 inci halia (hiris)
-  1 biji bawang besar (hiris)
-  4 biji bawang putih (ketuk)
-  1 batang serai (ketuk)
-  2 keping asam keping (kalau besar, 1 keping cukup)
-  2 sudu besar taucu (wanie guna brand Tamin)
-  2-3 sudu besar apple cidar (cuka apple)
-  1 sudu besar sos tiram
-  2 batang cili hijau
-  3 batang cili padi (ketuk/potong bulat-bulat pun boleh)
-  1 biji tomato potong 4 bahagian (optional)
-  garam + gula
-  1 cawan air
-  2-3 sudu besar minyak menumis


Cara-caranya:
1.  Stim ikan dalam 15 minit (wanie guna rice cooker je.. air rebusan tu wanie saje letak serai 3-4 batang (sebab serai lama nak buang sayang dan halia).

sebab kesian tengok ikan takde geng, so wanie tabur tabur bunga rampai bawang besar, halia dan cili padi... hahahaha~


2.  Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan serai, cili hijau dan bahan hirisan, tumis sampai wangi. Bila dah naik bau, masukkan air.

ni bahan-bahan nak berenang dalam kuali.. hehehe

3.  Masukkan taucu, asam keping, tomato dan sos tiram. Masukkan juga cuka apple nak bagi "kick" rasa dia. Bila dah mendidih, perasakan dengan garam dan gula supaya seimbang.

wanie memang suka taucu, so wanie lebihkan sikit taucu. brand taucu tamin tak berapa masin sangat, so tak lah takut-takut nak letak banyak.. hehehe


4.  Biar mendidih sampai tomato layu, kemudian boleh masukkan ikan stim tadi. Biar dia berenang dalam kuali pula dalam 5 minit. Ok siap, ready to serve!




Cak!!! Inilah hasilnya! Lapar pulak! Hahaha~





E-Day Part 3 - Barang Hantaran Tunang

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Holaaa korang...


Letih haaaa letihhhh! Tunang aje pun, belum nikah. Letih bukan sebab apa, sebab budget constrain kan.. so nak meminimakan habis perbelanjaan (ya rabbi, nak type minima tu berapa kali type-delete-type-delete - typo manjang!)


31 August lepas, parent cik abam datang jumpe parent wanie. Alaaa... bukan sebelum ni tak pernah jumpa. Cuma kali ni, officially datang discuss untuk bertunang. Nevess mak nakk! Hahahaha~ alhamdulillah, all went well. Kata sepakat dah tercapai. Hantaran 5 dulang dari pihak lelaki berbalas 7 dari pihak perempuan.


Jadinya, wanie dengan bakal tunang (tudiaaaaa.. meremang bulu roma type bakal tunang tuuu) hahahahha~ ok sambung sambung... jadinya wanie dengan cik abam menunggu weekend ni lah nak pegi shopping barang-barang tunang. Post checklist sebelum tunang sebelum ni banyak kali di edit ikut kesesuaian dan budget semasa. Hahahaha~ tapi at least, time blur dalam kereta, bagus jugak posting macam tu. Bila tengok list-list barang, macam idea kena spark untuk itu ini... so, bawah ni list terbaru lepas discuss dengan cik abam :


1. sireh junjung **tak jadi, so masih tengah berfikir nak bagi apa.. hahaha
2. pulut kacau mama buat
3. cupcake along order
4. kemeja
5. dompet + tali pinggang
6. puding mama buat
7. shower set / perfume body shop


Dari pihak lelaki pula :
1.  Cincin
2.  Kek (bakal adik ipar dah request siap-siap nak buat kat abang dia... hehehehe)
3.  Orique (skincare product yang wanie guna - mahal, kesian pulak kat cik abam.. tapi dia insist sebab dia kata kalau nak beli brand lain nanti wanie tak guna sebab skin sangat sensitive).
4.  Clutch (Carlo Rino je kut)
5.  Sepasang telekung


So, hujung minggu ni dah plan nak ke Mitsuit Premium Outlet. Nanti nak sawit sawit sikit lajak ke Melaka Premium Outlet kee... boleh pekena kenat shake (coconut shake). Hahahhaha~ and oh ya, kat Melaka banyak Pokemon best. Okehbai!


19 August 2016

Ayam Masak Cili Berlada Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang....


Rasa nak break jap posting pasal tunang. Tapi, nak post resipi baru favourite cik abam kite. Selama ni kita masak sambal ayam je sebab dia memang suka sangat kalau sambal-sambal ni, lebih-lebih lagi sambal telur mata. Pernah dalam 1 minggu tu, hari-hari sambal telur sampai kita sendiri pun dah mual.


Rupanya, masak cili berlada ni lagi dia sukaaaaa. Sekali makan tu kalau 3 ketul ayam, memang dia soranglah. Bertambah makan nasik (dah lah nak tunang - kawen, bukan makin diet, makin selera makan).. kihkihkih.. ok jom tengok bahan-bahan. Kali ni wanie rajin sikit, so banyak gambar wanie ambik.. hehehe


Bahan-bahannya (cadangan dalam 2 orang makan je)

  • Ayam digaul garam kunyit (dalam resepi ni wanie guna 3 ketul ayam)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 batang cili merah
  • 1 cm halia
  • Air asam jawa
  • 1 senduk kecil cili kering kisar
  • Garam dan gula
  • Minyak memasak

Cara-caranya

1.  Goreng dulu ayam



2.  Dalam masa yang sama, potong halia, bawang besar, bawang putih dan cili merah.
**OPTIONAL : kalau korang jenis makan pedas, korang boleh tambah cili padi ye.


3.  Kalau korang ada food processor, masukkan kesemua bahan hirisan ni dalam food processor je. Kalau takde, boleh je blend kasar kasar. Time blend tu, masuk air sikit tapi jangan banyak sangat. 



Haaaa... blend biar jadi macam ni..

4.  Jangan lupa toskan ayam kalau dah masak. Jangan biar rentung pulak. Hahahah.. ok, gunakan minyak goreng ayam tadi, sedikit je dalam 5-6 sudu besar untuk tumis bahan kisar. Time tumis, masukkan sekali dengan cili kisar / cili boh. Tumis sampai masak / pecah minyak.


rupa awal-awal masuk dalam kuali


ni rupa dah nak masak

5.  Masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula. Kemudian rasalah sikit sampai dapat rasa yang diingini, kemudian masukkan ayam goreng yang ditos tadi. Kacau-kacau sikit, dah siappppp!



inilah rupanya... cik abam kata tak payah masak sambal yang favourite dia pun tak pe dah, masak yang ni je.... hahahahaah. Selamat mencuba ya! Simple je kan? ;-)



08 August 2016

E-Day Part 2 : Baju Tunang Comel dan Cantik

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Letih......


Letih sangat. Rasa geram pun ada dengan cik abe sebab kita dah ajak dia nak settle-settle bab tunang ni rasanya 2 3 bulan lepas. Tapi, dia buat cool je, rilex lahhh.. awal lagi lah... nanti dulu lah....


Bila dah tinggal berapa hari je lagi ni, baru dah start kalut. Dengan kehilangan tok, budget agak burst, tapi alhamdulillah, Allah mudahkan urusan wang ringgit ni dengan baru-baru ni cik abe dapat projek-projek website baru sampai tak menang tangan. Hal duit, syukur Tuhan dan mudahkan sangat... tapi time constrain la, nak kejar dateline.. nak mencari baju dan cincin lagi.. nak cari pokemon lagi... eh? Hahahah~


Tapi takpeeeeeeee... kali ni wanie yang nak buat rilex. Baru dia tahu penat. Biar dia! Hahaha~ Tapi, cik abe tak berani nak mengeluh sebab confirm laaa kena bising balik. Kan kita dah ajak dia berapa bulan lepas lagi sebab tak nak kalut-kalut dan memang masin mulut wanie, sebab time wanie bising-bising dulu, wanie terlepas gak cakap "kalau sebulan sebelum majlis, masing-masing sibuk, atau ada hal tak dapat nak elak, macam mana?" mihmihmihmih... lawan lagi cakap kite kan...


Memula, wanie dengan cik abe pegi Jovian, Button my Button, Minaz... sedihnyaaa.. ke Jovian, macam overpriced dan design baju tak berapa menarik hati, tapi detailing baju sangat umphh!! Kemas sangat... Then, kitorang pegi Button My Button - comel, tapi takde size dan warna yang matching


Dan semalam, selesai satu bahagian. Baju tunang! Ya Allah korangggg!! Kalau korang tengok my previous post and budget for budget tunang kan dalam RM 400... tapi when i went to Ampang Park and visit Lesung Creation (ground floor level - kedai berhadapan kedai makan laksa) you can get half of the price.. dalam RM 250 dah boleh dapat baju comel, cantik sangat! Price below than that pun ada, pun cantik juga wehh!! Sampai rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana.. hahahah.. last-last, kita ikut pilihan cik abe lah ye... Yang bestnya, dia akan buat baju baru tau. Diorang dah ada measurement siap-siap, utk XS ke, S ke, L ke... so you choose which baju yang berkenan, pastu kita test baju measurement dorang tu. Macam wanie, size XS tapi labuh tangan tu kena tambah sikit, labuh kat ketiak pun kena tambah sikit, bahu kena tambah sikit, dan panjang kain pun tambah sikit. Diorang bagi 3 tambahan free - macam kes wanie, total tambah 4 kan, so each tambah itu ini tu, RM 10 je... Baju wanie tu price RM 250, so tambah extra 1, jadi RM 260. Time tu jugak, you guys boleh choose which colour korang nak as long as same design, no charge! Hiksss!! Best! Payment kena bayar full lah on the spot kalau confirm nak, baru dorang buat baju tu ye.. ehehehhehe


Rabu ni, diorang akan contact untuk final fitting. Hopefully all went well lah, nanti wanie upload hari fitting baju ye. Bawah ni, wanie upload baju yang wanie dah choose...

tazabarrrr nak fitting weekend ni.. hahahaha

Dan weekend ni jugak, nak settlekan bab-bab cincin dan barang-barang hantaran untuk kedua-dua belah pihak. Semoga semua berjalan lancar.. 

Kehilangan Nenda Tersayang

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang...

Busy sejak dua menjak ni. Hari e-day dah makin dekat, tapi Tuhan uji sikit kesabaran. Dua minggu lepas, weekend tu plan nak mencari baju dan cincin. Tapi, postpone sebab balik kampung. Mama call, tok sakit teruk. Jadi, wanie dan cik abe pun balik kampung nak ziarah tok.. waktu tu, tok cuma berharap dengan bantuan oksigen sahaja. Maaf ya, gambar tak dapat diupload untuk jaga aurat tok.. jadi, wanie dengan cik abe plan weekend lepas lah untuk nak sambung pencarian barang-barang tunang ni.


Khamis lepas wanie off day sebab Sabtu keje... 5.30 petang, dapat call dari Lang, yang tok dah tak ada... petang tu jugak, lepas cik abe habis keje, terus shoot balik kampung. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Arwah tok, muka berseri sangat. Tak tahu macam mana nak cerita, macam orang tengah tidur. Sedih tu ada - tapi bila tengok tok macam tidur, bukan dah tak ada, rasa macam, ya Allah.. tenangnya tok aku sekarang...


Esoknya, semua anak cucu dah berkumpul. Kami anak cucu yang bergilir-gilir mandikan tok (sebab air mata tak tahan, jadi kena bergilir-gilir), siap-siapkan tok, pakaikan celak, kapankan tok... semua anak cucu yang buat (alhamdulillah) dengan guidance dari orang masjid.


Pengebumian pun berjalan dengan lancar. Yang menyambut tok di liang lahad pun cucu tok juga.. pendek kata, mudah sangatlah segala-galanya.


Malam tu, mama dan adik-adik solat hadiah kepada tok. Wanie uzur.. tak dapat nak join sekali. Esoknya, majlis tahlil 3 hari berturut-turut dan majlis dibantu semua adik beradik yang ada. Unfortunately, hari ketiga iaitu Ahad, wanie dan few cousins yang lain terpaksa balik sebab Isnin dah mula kerja.


Tok ...... sepanjang hayat dia, takde sakit teruk-teruk. Mungkin dah sampai masanya, Allah lebih sayangkan tok.....

Damailah tok di sana... tak lupa juga kepada arwah wan... semoga keduanya bersemadi dengan tenang di syurgaNya. Suatu hari nanti, kami anak cucu bakal menyusul jua...

Arwah wan - menghadap Ilahi selepas Syawal 5 tahun lepas
Arwah tok - pun sama..... selepas Syawal


................ terngiang-ngiang waktu tok masih sihat, "aku tak tau lah sempat lagi ka dak nak pi tengok rumah baru hang nanti... awat yang rumah atas langit ni mahai-mahai sangat........"


Al-fatihah untuk arwah tok, dan arwah wan...........

06 July 2016

Selamat Hari Raya 2016

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi

Saja nak ucap selamat hari raya.

Sebab kite kene kejeeeeeeeeeeeeeeeee!!! Huwaaa



Resepi Kuah Kacang Nasi Impit / Satey Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Selamat Hari Raya korang!!! Hahaha.. esok raya kan? So macam mana dengan persiapan raya? Eh, malas la nak cakap.. stress sebab takleh balik raya. Wakakaka! Semalam lepas balik keja, terus masuk dapur. Ingat nak masak untuk berbuka puasa, tapi mata macam terpandang kacang tanah elokkkk je kat rak. Tetiba je lapar nasi impit kuah kacang. Actually ni post semalam, blogging dari office. Lupa nak post.. hahahah


Maka terhasil lah outputnya..

bersepahnya haku makan.. hahahahahaha.. nampak sangat lapor


OK jom share resepi nye.. senang je!


Bahan-bahannya (sebab wanie dengan housemate 2-3 orang je nak makan ni, so sukatan tak banyak)

-- 300gm kacang tanah
-- 1 senduk cili kisar
-- 2 biji bawang besar
-- 2 ulas bawang putih
-- 1 inci halia
-- 1 batang serai (diketuk)
-- Sedikit belacan
-- Setengah inci lengkuas
-- 1 ketul gula melaka (orang utara panggil gula gerek.. hahaha)
-- Air asam jawa
-- Air
-- Gula pasir
-- Garam
-- Minyak menumis


Cara-caranya

1.  Kacang tanah disangai.

sangai macam ni lah.. selalunya orang goreng tanpa minyak, tapi wanie letak dalam 1 sudu minyak sikit jeeeeee untuk bagi cepat masak. tapi dalam gambar terlebih minyak.. ahhh gasak! hahaha~


2.  Kacang yang dah masak, diasingkan kulit dan isi. Lepas tu tumbuk kalau rajin atau blend sajork! Setengah orang macam wanie tak suka blend sebab nanti dia jadi macam halus. So, wanie pakai food processor yang ofis bagi haritu. Jadinya kacang tu tak halus dan tak kasar sangat. Camni ghupernye food processor tu :


3.  Bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia dan belacan blend halus.

4.  Panaskan minyak dan tumis bahan blend bersama serai sampai wangi. Kemudian, masukkan cili kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak.

5.  Masukkan kacang, air asam jawa dan air sebagai kuah. Tuang slow-slow ye, jangan mencair sangat. Kemudian perasakan dengan gula melaka (wanie sagat gula melaka tu, sagat guna penyagat carrot/timun pun boleh.. lagi cepat), gula pasir dan garam. Sukatan gula melaka tu seketul macam dalam gambar ni :


6.  Masak dengan api perlahan (kalau ghajen) sebab orang kata kalau kuah kacang masak lama sikit boleh tahan lama. Kalau semua dah cukup rasa, pegi la potong nasi impit makan ngan kuah kacang ni. Makan ngan satey pun sodap!


Siap! :-)

01 July 2016

Checklist / Tips Sebelum Tunang : E-Day Part 1

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

** LAST UPDATE : 21/9/2016
(click here to updated post)

Hi korang


Debar-debar pulak kite nak hapdet entry kali ni. Wahhhhh gittew! Update kali ni lebih kepada checklist, senang sikit kalau nak check balik to-do, budget ke, senarai-senarai butik yang nak diterjah ke.. so, entry kali ni akan sentiasa diupdate time-to-time. Ala.. boleh recycle je post ni kalau hari nak kawen nanti.. wakakakak!


Sejujurnya, budget is my utmost priority. Memang nak minimize sehabis boleh sebab saving wanie nanti nak spend banyak untuk persediaan rumah baru nanti. Huwaa... rumah lagi, nak kawen lagi... seb baik keta tak meragam sampai nak kena tukar pakai Subaru XV STI pun cantik jugak.. eh~~?? Tunang-tunang ni pun, sebab permintaan dari pihak keluarga. Nak kawen pun sebab dah kena bising, dorang cakap nak tunggu sampai kertu keeewww.. hahahah~ kalau nak ikut tak ready, memang sampai sudah tak pernah nye ready kan. Hahaha.. ok dah merepek meraban.


Checklist
--------------------------------------
1.  Cincin tunang (budget 1k ke bawah je sudah), time nikah nanti dah taknak cincin. So sebentuk ni dah cukup. Nikah nanti mungkin gelang je kut.
//cincin ada diamond mana ada 1k.. dah survey.. hahahah.. lepas discuss dengan Teddy, budget cincin dalam below RM 1800 . uwaaa... gelang tak beli lagi.... 
8/8 - hahahah budget mender? ke lauutttt lepas pergi tengok kat Habib Ampang. rambang mata dari pergi usha-usha Wah Chan.. dah tengok-tengok, so weekend ni insyallah pergi pulak dan beli terus.. hehehe

2.  Hantaran (idea) - Budget below RM 400
** Kemeja
** Chocolate and cookies
** Kek / caramel pudding
** Buah-buahan
** Perfume
** Belt
** Cupcakes
** Potpouri
** Pulut kuning
** Sejadah
** Telekung

3.  Makeup (to survey)
** Shu Eumura (approx RM 80 - blog)
** MAC (RM 190-265 ) - check this link
** MUA
** makeup dari bridal boutique
** beli makeup sendiri

4.  Baju (budget below RM 400)
** http://buttonmybuttons.com/
** http://www.minaz.com.my/
** https://www.instagram.com/unreveur/?hl=en (mahal ni.. hahahaha, tapi nak cuci mata boleh lah)
** Ampang Park 
** SACC Mall & Plaza Alam Central
8/8 : ok, baju dah confirm dan alhamdulillah, RM 260 je

5.  Pelamin and photographer (to be determine later, macam not necessary je)
//photographer mama dah talk dengan kawan dia, murah ya amat! kawan mama cakap sebab dah kenal bagi RM 50-100 je dah, siap dengan gambar edit nanti.. alahai.. tak tergamak nak bagi murah sangat, RM 150 ok kut... sebab request softcopy je nanti..

6.  Food (budget RM 400-500)
** nasi
** lauk pauk
** agar-agar
** air
//untuk tunang, mama cakap dia dah jumpa kawan dia, budget dalam RM7/head. So, mungkin ambik untuk 50-70 tetamu. so still dalam budget below RM 500

7.  Goodies bag (time tunang kena bagi ke eh? tapi list down idea juga lah)
** potpouri
** kuih/kek span atau kek buah + air mineral/kotak
** candies
** yassin + tasbih
** nuts/honey/cookies in cute jar
** pudding (buat sendiri pun ok jugak)

Goodies link for idea :
*** http://www.saranghaeyo.com/ ( boleh walk in ke P6, Block C, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1, Klang )
** http://reemdoorgift.com/
** http://sweetdoorgifts.com/
** http://www.house-of-favors.com/
** http://www.renowngift.com.my/product/


11 June 2016

Percutian Ke Cameron Highland 2016

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam..


Hari ni dah masuk hari yang keenam kita umat Islam berpuasa. Ada yang dah ponteng tak? Hiksss... terasa rajin nak update blog sebab tadi bosan-bosan, sesaje scroll balik semua gambar dalam OneDrive, teringat holiday ke Cameron Highland few days sebelum puasa. 


Cameron Highland merupakan destinasi percutian kegemaran wanie dengan cik abam. Last kitorang bercuti ke sana time habis intern di Heitech dulu. Time tu, tak leh nak boros-boros sangat sebab takde income lagi. Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun setengah, wanie berkesempatan lagi ke sana dan kali ni seronok sikit kan nak beli itu ini dah ada income sendiri... hahahahah~


Macam biasa, cik abam akan booking 2 bilik di Copthorne Hotel (formerly known as Equatorial Hotel). Kali ni kami datang berempat, bawa 2 orang adik cik abam ikut sekali bercuti. The more the merrier kan... hehehe. 


Dah jom layan sikit percutian kami... hehehe



Selfie sket dalam bilik ... hehehe..


Nak tangkap gambar Copthorne tu, tapi geng-geng bikers ni parking ramai-ramai depan tu. Sedih.. tapi tangkap jugaklah
Kalau tak silap, waktu cik abam book hotel ni untuk 1 malam dalam RM 248 (booking 2 minggu awal melalui website)



Disebabkan plan je nak ke Cameron Highland tapi dalam kepala cuma tahu ladang teh je, nasib baik jumpa board ni kat dalam hotel time check in. So, senang sikit nak tahu destinasi-destinasi menarik dalam Cameron Highland untuk dilawat.



Time kitorang pergi ni cuti Wesak Day. Jem nya ya ampunnnnn! 
P/S : Jangan minum air banyak sangat jem jem macam ni, nak shuu shuu nanti takde toilet.. dah la sejuk... hahaha



Lepas check in hotel, terus ke Boh Sungei (Sungai??) Palas. Having a sip of hot tea really refreshing and feels like our trip totally worth the penny! Masing-masing stress dengan keja kan, dan dah lama sangat tak bercuti.

Tapi sebab kitorang sampai pun dah agak lewat petang, tak sempat nak masuk tengok macam mana diorang proses tea. Sebelum balik, sempat lah beli teh songket all flavor sebagai souvenir. 


Dan malamnya, kitorang tak plan ke pasar malam tu lagi sebab nak parking tu nangisssss wehhh~ Ramai teramat sangat. Kitorang plan nak ke Abang Nasi Kukus Sambal Strawberry yang famous tu. Tapi............................


Nasi kukus ni hanya dibuka 7.30 pagi hingga 6 petang saje. Malamnya stimboat. Alaaaa~~ sedih hati, patutnya mana boleh limited macam tu sebab sambal strawberry tu signature dish kan... 

So, kitorang decide dinner di satu kedai area situ jugak. Tak ingat apa namanya... wanie susah nak complain kalau makan tu tak sedap, tapi masalahnya, totally DISASTER! wanie order lain, yang lain yang datang... mahal pulak tu. Time tu memang cik abam nak mengamuk (susah nak tengok dia ni mengamuk tau!) tapi sebab dah masing-masing lapar sangat, kitorang makan je...

Kitorang ni jenis tak cerewet, bukan sekali dua kalau makan tempat lain-lain yang order lain sampai nye lain, kitorang makan jugak sebab consider orang tu tersilap dan asalkan perut kenyang dan anggap je surprise~! Hahahaha~ benda-benda kecik chillex je dah kan...


Sebab tak nak sedih-sedih, beli je lah yang dalam botol macam ni. Harga kalau tak silap dalam RM 16 - 17 macam tu. Ada 2 jenis - yang biasa macam dalam gambar ni dan juga extra spicy. Wanie beli dua-dua je. 

Dah rasa dah... ok not bad lah. Ada ikan masin dalam sambal ni, jadinya ada rasa sweet, salty and spicy. Bila makan dengan nasik dan sambal ni, boleh rasa flavor strawberry tu dan biji-biji strawberry tu. Unik!


OK... settle seharian. On the way balik hotel tu, singgah kejap jugak lah pasar malam. Beli cendawan goreng dan strawberry untuk nak makan-makan kat hotel.



Ini dah hari kedua. Dah checkout hotel awal sebab plan nak visit tempat-tempat lain dan terus nak balik. So, kitorang ke Healthy Strawberry Farm untuk borong strawberry. Serious gaisss... kalau korang nak borong strawberry banyak-banyak, meh ke sini tau sebab murah sangat. Wanie ada jugak pergi visit Ravi Strawberry tu dengan Kasimanis Strawberry, this is the best and cheapest! Jangan lupa beli aiskrim strawberry homemade diorang, dan JANGAN BELI 1 sebab memang tak cukup! Hahahah sedap sangattttt!!




Gambar-gambar kat atas ni diambil sewaktu wanie ke House of Lavender. Comel angat angat angat tau! Sebagai souvenir wanie beli sabun mandi dan lotion. Sabun tak guna lagi sebab kat rumah wanie je ada 3 jenis sabun yang wanie guna ikut citarasa hahahaha~ Lotion dia soft je bau, and quick absorbency. Kat sini wanie diberi taste cordial lavender tu, rasanya sooooo light and sweet. Tak berapa nak masuk taste so wanie tak beli... hehehe.. 



OK last! On the way turun, kitorang minum-minum teh kat Cameron Valley. Pekena teh tarik dengan chocolate scone. Lepak-lepak jap, ambik angin dan cuba pujuk diri sendiri yang tak nak balik time tu! Hahahaha~


Dan finally, gini lah muka kitorang semua yang tak nak terima hakikat kitorang tengah on the way balik! Orang belakang yang sengih-sengih tu tak yah sengih sangat sebab the next day dia ada exam! Hahaha~ wanie minta extra cuti sebab konfim letih dah sampai rumah, so sempat untuk bertenang dan cuba move on! Hahahah~


Insyaallah... the next holiday tak plan lagi ke mana. Tapi, masing-masing simpan duit untuk hari besar kami berdua. Doakan segala perancangan kami berjalan lancar ya... 


09 June 2016

Review Praventac and AG Factor

Edit Posted by Miss Wanie with 5 comments
Salam...


Setiap kali bukak blog mesti rasa bersalah dengan diri sendiri sebab tak konsisten. Hahahah~ nak kata sibuk ya amat tu, sikitlah... boleh terima tak alasan tu selain mim alif lam sin?


Ala... nak ngadu sikit.. lately muka wanie teruk sangat sangat sangat. Muka berminyak yang homaigadddd... oil blotting yang warna biru clean and clear tu memang wajib dalam handbag tau. Sekali lap muka, wajib pakai 2 keping minimum... bila muka berminyak teruk sangat jangan ditanya lah mengundang ape kat muka kan... bukan setakat jerawat, open pores besar nau nau, blackhead, whitehead, jerawat batu pun ada tau... (nangissssssssss) Walaupun dah try guna organic products untuk muka ni, still tak membantu. Kalau product kecantikan kita guna yang dah elok, tapi still tak work, itu confirmlah masalah dalaman kan?


Hari tu tengah scroll scroll kat Facebook, jumpa 1 page ni. Jodoh kot.. hahahah, tetiba terasa tertarik nak bukak website dia. Korang pernah dengar tak Praventac? Ha... click lah link tu kalau korang pun tak tau macam wanie.. Hikhik... Kalau korang nak tau, wanie memang jenis yang susahhhhhh sangat nak makan atau ambik supplements ni. Penyakit biasa, M-A-L-A-S ... Hahaha! Tapi, sebab muka dah makin teruk, wanie rasa takpe lah. Give it a shot! Errr... mahal jugak bagi wanie supplement ni. Wanie ambik yang combo, Praventac + AG Factor = RM 424 (RM 24 tu GST ye... pffttt) Wanie walk in je ke office diorang dekat The Gardens sebelah Midvalley tu.


Ok,.. time beli tu, the lady told me NOT TO USE ANY CREAM-BASED MOISTURIZER. Bagi wanie, not a big deal sebab wanie gunakan Adania Luxurious Organic Oil . So, setiap malam sebelum tidur wanie akan ambil 2 biji Praventac dan 2 biji AG Factor. Menurut dari website Praventac tu sendiri, Praventac ni berfungsi :


While AG Factor claimed that it:

1. Assists in fighting the bad bacteria 
2. Reducing the secretion of oil 
3. Reducing the redness from inflammation 
4. Helping to repair the damaged cells caused by blemishes

Taken from : http://www.praventac.com/home/learn.php#hormonal-acne
AG Factor ni bagi wanie lebih kepada "booster" kepada Praventac, untuk double the action rasanya... hehehehe..


So harini dah genap 18 hari wanie consume Praventac + AG Factor. Apa yang wanie boleh conclude kan adalah :

Hari 1-3 : Tiada perubahan
Hari 4-7 : Oily face slightly reduce. Jerawat batu yang dah berbulan tak naik mata, dah start masak dan keluar air bisa
Hari 8 sampai sekarang : Berperang jugak ni. Jerawat-jerawat pasir + jerawat nasik mula naik. The lady told me not to be afraid sebab this is normal sebab nak keluarkan yang mana terpendam / malu-malu nak keluar sebelum ni. Yang best, jerawat batu i olz dah tinggal seketul je ni kat pipi... geng-geng dia semua dah cabut lari.. hahahah


All in all, wanie plan nak teruskan dengan Praventac + AG Factor ni for another 2 month. Seronok gaisss... kalau awal dulu, wajib kena wipe muka dengan oil blotter tu, sekarang ni kalau tak cuci muka 2 hari pun takde hal lah. The face still moisturize tapi tak oily!


Berapa rate nak bagi ni?


Wanie nak bagi rate macam ni untuk sepanjang 18 hari wanie guna ye :

1.  Menghilangkan minyak muka : 5/5
2.  Menghilangkan jerawat nasi : 3/5 (jerawat kering)
3.  Menghilangkan jerawat batu : 4/5 (suka sangattttttt)
4.  Menghilangkan parut : 0/5 (yes.. takde perubahan ape lagi. Takpe... biar dia keluar settle dulu segala alien kat muka ni, then kita tengok macam mana pulak ye...)

BONUS! Ye ade bonus koranggggg yang wanie sendiri pun tak expect!

HAIRFALL REDUCE!!! 

Awesome kan! Wanie rasa make sense - sebab ape? Dulu wanie selalu pegi saloon, siap buat scalp scanning. Boleh nampak setiap rongga rambut tu clog dengan minyak, the hairdresser tu bagitau wanie sebab clog dengan minyak, rambut macam tak boleh nak bernafas which lead to the akar jadi tak kuat dan rambut pun gugur. Nak harap shampoo je pun, tak boleh.. memang kena treat dari dalam.


p/s : Bertabahlah la sikit tiap-tiap bulan kan.. 400 hengget kauuuuuuuu.. hopefully adalah perubahan sebelum sampai e-day kite raya haji ni, Insyaallah... hikhikhik

p/s 2 : Jangan minta upload gambar. Malu titewww.. insyaallah, wanie akan upload lepas habis healing crisis ni so korang boleh spot the difference senang sikit

25 April 2016

Resepi Ayam Masak Halia Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang.... lapar sebenarnya ni. Nak keluar lunch, sekejap je.. macam malas la pulak. Saja nak update masak dinner semalam. Setelah berteleku depan peti ais tu, last-last masak ayam halia je lah senang. Hakhak..



Bahan-bahan
-----------------------------
Ayam (sebab wanie dengan housemate seorang je makan, so dalam 4 ketul ayam potong kecik dah ok)
Kunyit
Garam


Bahan-bahan hirisan
------------------------------
Minyak masak
4 batang jagung muda (dipotong)
3 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar
3 batang cili padi 
Halia (sebesar ibu jari / 5 cm) - dipotong memanjang
Black pepper (ditumbuk)
1 sudu sos tiram
Setengah sudu stok ayam
Setengah kiub pati ikan pilis (optional)
Setengah sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan air


Cara-caranya
----------------------------------

1.  Lumur ayam dengan garam kunyit dan gorengkan. Dah siap goreng, ketepikan.

2.  Panaskan minyak. Tumis jagung muda suku masak. Kemudian, masukkan bawang putih, bawang besar, halia, cili padi sampai bau naik wangi.

3.  Bila semua tumisan dah layu / wangi, masukkan air + tepung jagung yang dibancuh dengan air , masukkan sos tiram, stok ayam, pati ikan bilis dan black pepper. 
** Selalunya, wanie dah tak masuk garam dah sebab sos tiram, stok ayam dengan pati ikan bilis tu dah cukup masin. Tapi terpulang / ikut citarasa masing-masing. Kalau kurang masin, masukkan secubit dua garam.

4.  Bila dah masak kuah, dah cukup semua rasa, masukkan ayam goreng tadi. Kacau-kacau (wanie selalu guna istilah "mandi") hahahaha... biar ayam goreng tadi bergaul mesra dengan kuah, pastu dah boleh tutup api.

5.  Ambik nasi bubuh dalam pinggan, ready to eat lah... hahahaha


OK bye! ^_^

p/s : gambar takde, lapar sangat semalam. dah siap masak.. terus makan.

17 April 2016

Kisah Si Portable Aircond

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang...


Sejak dua menjak ni, cuaca panas sangat kan. Panas membahang, mandi time subuh pun rasa air tu suam je. Kipas pula dah bukak habis full blast, punnnnnn tak rasa apa.


Sebab dah tak tahan, wanie ke Harvey Norman nak cari portable aircond. Yelah, sekarang ni kan wanie still menyewa lagi ( rumah baru cepatlahhhhh siapppp 😣 ) so tak best lah nak tebuk rumah orang suka hati nak pasang aircond tu kan. Terjumpa satu brang ni, Honeywell kalau tak silap. Mak aiiii... RM 1700 kauuu. Terfikir sejenak nak ambik ke tak... macam biasalah, mesti call mem beso kat kampung minta persetujuan dulu. Tapi, rasa berbunga harapan bila mem beso cakap "tak payah laaaa bazir duit. balik ambik portable aircond abah kat rumah ni.. tak guna pun...."


Kebetulan minggu tu cik abe kita outstation kat Kedah, sempat lah dia ke rumah ambik portable aircond tu. Hasilnya....





Huwaaa... best angatttt! Sejuk sampai kena tarik comforter. Ini brand MEC, 1.5HP. Abah siap pasang extension hose sebab nanti hose tu nak sumbat celah celah grill tingkap untuk keluarkan udara panas.


Abaikan semak samun sebab malas nak mengemas. Keletihan baru balik dari hangout dengan kawan.


Bab nak keluarkan air dari portable aircond ni, tunggu dia bunyi alarm untuk keluarkan jelah. Kalau tak, biar je. Nak keluarkan air pun senang, cabut je tiub kecik belakang aircond tu, pastu biarkan je air habis mengalir keluar.


Bil elektrik? Entahlah... biasanya bil rumah wanie kurang RM 50. Nanti hujung bulan kita tengok berapa bil dia ya.. wanie just guna malam malam je bila nak tido... siang siang jarang wanie guna sebab duk melepak kat ruang tamu je.


Selamat malam. Dah 2 pagi ni.. hahahahaha..
posted from Bloggeroid