23 August 2013

Marriage and Money Talk

Edit Posted by Miss Wanie with 4 comments
Banyak sangat dah ni kawan-kawan yang bertukar status dari single menjadi hak milik kekal orang. Dah kerap makan nasi minyak kawan-kawan. Dan dah kerap jugak kena tanya "turn hang bila pulak?"


Hahaha.. tak sangka, all of sudden tersedar yang wanie dah 25. How time flies! :-)


Topik sensitif ni.. kawen. Haha. Kawen ek... sape tak nak kawen kan. 


Tapi, entahlah... like seriously. Seronok tengok kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga, tapi for myself..... sangat-sangat tak ready. Benda utama, of course la kewangan kan. Macam baru-baru ni attend ke wedding kawin kawan, sorang habis 80k, sorang lagi habis min 30k. Pffttt... -.-"


Kadang-kadang, terfikir juga. If my turn come, macam mana nak bagitau kat parent. Haihhhh.. konfim malu gila! Hahahah~ pernah deep conversation dengan kawan baik, berkenaan hal ni. She asks me so serious about this matter and marah bila wanie macam malas nak ambil pusing.. (bff memang mcm ni kan, worried lebih dari diri kita ni.. hehehehe) And last word yang dia bagi, "kalau kejar duit, sampai mati pun tak kan cukup...."


Some people may drastically accuse me as a materialistic woman. But please look at the other side, yes, money cant buy you everything but everything needs MONEY and I dont have even single penny yet. 


Bagi wanie, mudah. Takde duit, tak payah nak gatal nak fikir kawin. Kalau kawin guna duit hutang loan bank, duit mak bapak, please tak payah. Menyusahkan diri sendiri and orang je... 


Just imagine. Hutang pengajian berkepuk nak disettlekan, macam now my mom just bought me a car and starting next Jan 2014, I need to pay it on my own... RM 550 every month, fresh grads punya salary wanie rasa RM 2500 pun dah cukup tinggi. Minus duit kereta dah tinggal RM 1950. Minyak+tol katakan sebulan RM 500, dah tinggal RM 1450. Minus bil+bilik sewa katakan RM 250, so dah tinggal RM 1200. Minus duit settle pengajian tiap bulan RM 200, dah tinggal RM 1000. Tolak duit makan, duit beli barang-barang personal yang lain-lain, katakan RM 600, dah tinggal RM 400.. kirim duit kat parent katakan RM 150... dah tinggal RM 250... 

Eh hello.... saving RM 250 sebulan?? Pun verangan nak kawen pong pang pong pang?? Ok, katakan dapat saving busuk-busuk RM 3000 setahun (tu tak tolak belanja maha hebat time raya+puasa lagi), now I'm 25, katakan nak kawen umur 29... start keje umur 26, so dalam masa 4 tahun sebelum ke tarikh perkahwinan, RM 12000 je yang dapat saving?? Gila hapa...


Kawin zaman sekarang, tak macam dulu. Sekarang ni kalau takde RM 30k takyahlah nak mimpi nak kawen. Ada yang cakap, wat side income. Pong pang pong pang, suruh join MLM, jual insurans... adessssssssss... 


Entahlah... ini early assumption wanie je. Who knows berubah in future... 


Ini ibu kota Malaysia.

RM 2500 di ibu kota, tak sama dengan RM 2500 di kampung, unless kampung kau pun KL. 



Semua perlu duit.
Pusing kepala aku.

05 August 2013

Clinelle Blemish Set - Part 1

Edit Posted by Miss Wanie with No comments


Hari Jumaat lepas, wanie iftar dengan kawan-kawan di TGI Friday kat Sunway Pyramid. First time try TGIF, wanie bukan penggemar steak sebab nightmare kena steak tak masak dan tak sedap di satu steakhouse yang agak popular di area KL. Tapi lepas ke TGIF and try rib steak (well done cook) pergh, boleh tahan sedap sebab sauce macam ala-ala kat Fullhouse (rasa sweet-sweet macam raisins sauce). Eh dah, nak citer pasal camne boleh ter-try Clinelle ni.. mukadimah panjang sebab excited makan steak sedap pastu tak nightmare dah pasal steak tak masak. Akakakakak~


Memandangkan moisturizer Organic Aid dah habis, so meredah lah kat AEON Beautystore kat Sunway tu, sebab malas nak jalan jauh-jauh cari Guardian ke Watsons. Cari punya cari, aiseymannnn takda pulak Organic Aid. Pastu, terus terpandang product Clinelle ni. Herm.. dah tengok lama dah.. tapi malas nak pegang sebab pricey sikit bagi wanie (student kannnn... cleanser 20 hengget pun aku cakap mahal. hahaha) Pas belek-belek Clinelle ni, tergerak hati macam, apakata give it a try... mula-mula, nak ambik moisturizer ja, tapi tiba-tiba terpandang 1 box set of blemish product macam gambar kat atas. 


Tengok-tengok harga, dalam RM 57.90 tak silap.. less than RM 60 lah. Terpengaruh sebab dia cakap less than 2 weeks boleh lah kalau nak nampak perubahan. Ada cleanser, toner dengan moisturizer - biasalah, basic things kan. Tapi dalam regime face care wanie, wanie skip part toner sebab tak pernah jumpa toner yang gentle and mild, pendek kata yang best lah.. beautician cakap tak elok la kan, sebab toner ni untuk close pores balik yang terbukak time kita cuci muka. 


So, hari ni hari yang ketiga wanie try Clinelle. So far, ketiga-tiganya blends well dengan my skin. Takde rashes, itchy or burning feeling.. yang wanie suka, memang set ni useful untuk control oil. Indeed!


Cumanya, tak try lagi this product dengan cosmetics. Sebab skin wanie lagi cepat oily kalau pakai foundation pe sume tu. So far, wanie tenyeh bedak compact je. Takpe-takpe, we'll see nanti camna.