30 March 2012

Koleksi Tudung Bawal Juma (AJ)

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hehehehe... seronoknya Wanie hari ni. Elaun dah masuk, kelas untuk hari ini pulak cancel, apa lagi? Jom la jalan-jalan kan... lagipun, dah lama tak berseronok. Seriously, sangat lama... habis bosan pun, macam biasalah. Mesti Wanie ke Jusco atau Tesco untuk beli barang dapur nak memasak.

Ha, hari ni nak share kepada kaum wanita yang masih belum menyedari akan kehadiran tudung bawal Datin Norjuma. Ala... Juma... siapa tak kenal wanita yang sangat jelita tu kan? :-) Sebenarnya, Wanie sangatlah outdated kalau berkenaan style-style fashion zaman sekarang. Memang tak ambil tahu sebab bagi Wanie, berfesyen ni sesuai untuk golongan bekerjaya je sebab sudah ada pendapatan sendiri. Bagi yang masih bergelar pelajar macam Wanie ni, rasanya tak perlu berfesyen kot? Especially bab tudung. Wanie malas sikit nak pakai shawl sebab tak berapa kena dengan... *ehem* muka *ehem* bu.....lat (ahh... malulah!) Wanie lebih prefer tudung bawal sebab dapat cover sikit muka *ehemmm, batuk lagi* bulat ni..

So. seorang housemate Wanie tunjukkan sehelai tudung dual tone kat Wanie. Cantik, Wanie cakap.. housemate Wanie pulak cakap "Ala... Wanie. RM 15 je kalau ada dua tiga tone ni, kalau kosong, RM 7 je!" Time tu terus terbeliak biji mata, eh, macam tipu je... mesti tudung dah reject ni sebab murah sangat. Kat Jalan TAR pun paling murah RM 10. Lepas tu, housemate Wanie pun bagitau, dia beli kat kiosk AJ (kedai Datin Juma ni). Terus la kan, Wanie ajak seorang lagi housemate Wanie pergi ke kiosk yang nearest, which is di LRT Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur. Haaa... berborong sakan lah time tu.

Dan paling best hari ni, Wanie pergi The Curve di Damansara. Kat sana pun ada kiosk tudung bawal Juma ni. Yang paling bahagia, mestilah bila si dia hadiahkan tudung kat saya... hehehe...

Yang kat bawah ni, antara koleksi-koleksi tudung Juma yang saya dah miliki. Anda bila lagi?

Ini Tudung Bawal plain, 1 warna..
RM7/piece

Yang ini pula yang dual tone - warna dari cerah ke gelap
RM15/piece
*si dia hadiahkan yang 2nd dari kiri dan 2nd dari kanan* 
- thanks sayang! :-)

Dah lama Wanie tak memborong tudung ni. Selalunya, mama yang tolong belikan dan pilih warna dan corak untuk Wanie sebab Wanie memang tak reti langsung bab nak pilih-pilih ni. Setahu Wanie, tudung bawal ni mahal. Sehelai sampai berpuluh-puluh ringgit, manalah Wanie tak sayang duit nak beli sehelai... :-( 

Apa pun, thanks Datin Juma kerana mengembalikan zaman kegemilangan tudung bawal kembali. Sekaligus, membantu golongan macam Wanie as a student nak beli tudung murah dan LEMBUT TEKSTILNYA. Cuma, yang tudung dual tone tu sedikit keras. Tapi, either plain or dual tone, Wanie dah cuba kedua-duanya. Memang tak panas. Sesuai dengan Wanie yang mempunyai kulit yang sangat sensitif dengan tekstil kain yang kasar.

On our way to The Curve



25 March 2012

Pengalaman Pertama Guna Epilator

Edit Posted by Miss Wanie with 12 comments
Hehe.. akhirnya tercapai jugak impian nak memiliki sebiji epilator. Apa tu epilator? Haaa.. epilator ni ibarat tweezer lah, senang cerita. Tapi, tweezer manual kan? Epilator ni ibarat banyak tweezer yang pull out body or facial hair (sedap sikit bahasa). Kejap kejap, kasi tengok epilator apa yang Wanie beli! :-)


Hee.. pink colour gitu! Sebenarnya, dah nak stop wax-wax body hair ni, sebab makin lama rasa makin tak best. Lepas tu, wax ni leceh sikit. Melekit-lekit, tak sukalah. So hari ni, bertemankan si buah hati, Wanie pergi ke Jusco. Belek punya belek, Wanie beli dulu epilator Panasonic ES2082 Wet/Dry ni. Murah je, dalam RM109 - murahlah, dari nak pegi buat kat kedai, ada yang sampai beribu okay!

So bila dah balik rumah, memang eager sangat lah nak give it a try kan. Oh ya, epilator ni operated guna battery AAA 2 biji. Berdebar-debar juga nak guna. Yang best pasal epilator ni, dia boleh guna dry or wet. Maksudnya, kering ataupun boleh dibasahkan. Ok, boleh say bye-bye Veet, you just lost a customer! :-P

Sakit? Errr... sakit sikit je pun. Mungkin sangat sangat sangat sangat sakit bagi mereka yang tak pernah melakukan wax sebelum ni. Tapi, macam saya dah biasa wax, sakit time epilate tu tak la rasa sangat. Alah biasa tegal biasa lah kan... ;-)

Apa pun, saya bagi 4/5 stars pada epilator ni.

Rasanya, kalau dah ada duit sendiri, mungkin nak bertukar ke epilator jenis Braun pulak. Famous brand tu and sangatlahhh mahal ok! Tapi biasalah, barang makin mahal, makin berkualiti. Apa pun, bergantung kepada individu masing-masing lah, kesesuaian yang macam mana. Tepuk dada, tanya poket. :-)

24 March 2012

Fesyen vs Gadget

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Setiap orang punya cara hidup yang tersendiri.

Macam Wanie sendiri, Wanie tak berapa ambil peduli tentang pemakaian, as long as bersih, kemas, itu dah memadai. Bagi Wanie, Wanie lebih memilih electronics thingy daripada fesyen.

Segelintir manusia tak faham perkara remeh dan bodoh ni.

Selagi masih beretika dan kena pada tempatnya, pakailah nak pakai apa pun.

Bagi Wanie, benda ni ibarat, how we're going to eat - either by spoon, or hand or even chopsticks. The end of the result is still the same - kenyang!

Cuma, sesekali terasa pedih bila mendengar suara-suara sumbang mengutuk cara pemikiran Wanie ni. Tapi, tak apalah. Kita negara demokrasi, nak cakap apa pun, cakaplah. Selagi Wanie tak punya pendapatan sendiri, apatah lagi masih bergelar student yang sangat rely pada elaunnya, tak perlu nak berfesyen sangatlah..

Mohon keluar dari pemikiran yang sangat sempit tu. Lagipun, 'kamu' memang rasa diri kamu tu urban kan? :-)

- peace, good night!

22 March 2012

Guna Software Ori, Clear Logs Lepas Guna PC

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Baru sudah berbual dengan roommate, kesian dia. Kerana sedikit kecuaian sendiri, dah tak aman dah hidup dia. Sentiasa dalam ketakutan sebab sedikit sebanyak, personal information dia dah leakage. Nak sue men-sue pun, tak boleh juga sebab.. herm.. sebenarnya, pada Wanie lah kan, setahu yang Wanie belajar dalam bidang security ni, dua-dua pihak bersalah sebenarnya..

Al-kisah, kawan Wanie ni resign kerja - 24 hours notice atas sebab-sebab yang tak dapat nak dinyatakan di sini, dan pagi ni, kawan Wanie ni pergi lah ke company dia nak settle apa patut. Dah dilayan macam orang bersalah je, habis semua laci diselongkar oleh pihak company. Kawan Wanie ni dibenarkan untuk clearkan file-file peribadi macam dalam MS Outlook. So, segala connection internet dari pc yang dia selalu gunakan tu, diputuskan. Yang kawan Wanie sempat, clearkan inbox dan sent items dalam MS Outlook je. Dia terlupa nak logout email dia - lupa jugak nak clear cache, history dekat browser.

Nak dijadikan cerita, kawan Wanie ni pun bukak lah email dia dalam jam 11-12 malam macam tu. Sangat-sangat surprise, ada email yang belum lagi dibaca, dah dibaca! Terkejut lah kawan Wanie ni. Dan memang dia tak syak sape-sape dah selain dari pihak company tu sendiri. Email yang dibuka pulak, certain-certain yang ada kaitan dengan kerja dia je. Memang naik angin lah dia tadi, terus tukar password.

Apa yang Wanie boleh katakan dari ilmu yang hanya secebis ni adalah, kedua-dua pihak sebenarnya bersalah. Yang pertama sekali, seharusnya roommate Wanie kena clear cache, logs, cookies, history, setelah dia menggunakan pc tersebut. Dan adalah menjadi 1 kesalahan menggunakan pc company atas tujuan peribadi atau membuka email peribadi. Pendek kata, jangan nak buat perkara-perkara personal menggunakan PC company, MEMANG SALAH! Dan company tu sendiri, berperikemanusiaan lah sikit. Memang pc tu harta bagi company tu, tapi bila anda masuk dalam email orang dan mengumpul data peribadi si mangsa tanpa pengetahuan mangsa tersebut, benda ni pun dah salah. LAGI SALAH BESAR APABILA COMPANY ANDA MENGGUNAKAN PIRACY SOFTWARE!

Kesimpulannya di sini, jika salah seorang dari mereka mengambil tindakan, kedua-duanya akan kena. Tapi, paling dahsyat impact mestilah company kan. Berani betul guna pirate punya software. Dah cukup kaya ke nak bayar saman kat Microsoft? :-)

18 March 2012

Housemate Tak Bertanggungjawap!

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Bengang jugak dengan few housemate Wanie ni. Selalunya, memang antara mereka je punya keja. Wanie tak tuduh, tapi memang fact.

Duduk sama-sama, masak sama-sama, jagalah sikit dapur tu. Especially lepas masak, pakai suka hati je biarkan sudip dan kuali tu atas dapur. Ingat ada bibik ke tukang nak cuci balik semua kuali tu?? Sekali dua boleh la nak consider kata lupa, tapi bila dah kerap sangat, nampak sangat lah perangai tak bertanggungjawap tu!

Waktu korang nak masak, ada korang basuh dulu kuali tu? Rasanya tak, sebab orang lain yang guna, dorang pandai basuh balik. Tak kisahla yang korang masak tu sekadar goreng nugget or watever kan, tapi korang ingat orang lain yang nak guna kuali tu nak ke guna bekas korang? Example la kan, ada orang minum air kosong je, pastu gelas yang diminum tu dibiarkan berhari-hari tak basuh. Sanggup ke korang nak guna untuk minum balik? Kalau ye, memang sah-sah la perangai tu jenis PENGOTOR!

Korang patutnya bersyukur dapat housemate lain yang jenis mulut tak laser macam I neh kan?? Sorry la okay, rimas dengan perangai korang yang menyusahkan orang lain. Macam hari tu, ada balance minyak dalam kuali. Senang-senang je orang yang masak tu suruh Wanie yang alihkan minyak tu. Siap basuh lagi. Senang je dia cakap, 'ala.. tak kotor pun.' Faham la sensitiviti orang lain. Tak semua perangai tak senonoh macam kamu tu!

Too much la kadang-kadang perangai diorang ni. Yes memang, hanya mereka saja yang tak senonoh! Orang lain boleh je behave, bertolak ansur. Tu tak kira lagi dengan entah berapa ekor punya banyak lipas kat dapur. Barang yang dah expired, dah busuk, dah basi, korang rilex je biar kat dapur. Biar busuk satu rumah, yang paling best tu, bila tanya barang sape, sorang pun tak mmengaku! Rasa je macam nak mencarut-carut, tapi sabarkan je la hati dan mulut ni.

Tapi rasanya, kesabaran ni takkan bertahan lama. Tegur, dah tegur berkali-kali. Selama ni, kita tegur still guna bahasa yang berlapik lagi. Jangan sampai berbahasa tinggal berbasi je. Tak puas hati, meh face to face. Jangan jadi lagi perkara kena sound balik sebab mengata, membawak mulut ke belakang.

Ini baru cerita bahagian dapur. Tak cerita bahagian-bahagian kekemasan n kebersihan rumah lagi. Wanie bukannya perfectionist, nak rumah ni ibarat rumah sendiri, tapi masing-masing jaga tempat masing-masing, boleh tak? Neh tak, rambut tak payah cakaplah, penuh ruang tamu. Tu tak kira habuk-habuk, sawang lagi. Mop lantai?? Pergh jauh sekali. Yang selalu duk mop and sapu pun, asyik orang yang sama je. Kesian lah sama orang yang selalu duk buat tu. Perlu ke nak jadi macam budak sekolah balik, buat jadual nak kemas rumah?

Sikit sebanyak kan, attitude korang ni, sangat-sangat mencerminkan peribadi korang. Sebab tu, Wanie malas nak lepak kat ruang tamu walaupun sedap je kena angin luar kalau lepak kat luar tu. Wanie sangat-sangat sensitif dengan habuk. Sebab tu Wanie rimas kalau tempat tu kotor. Bukan tak boleh berhabuk sikit, sampai nak kena berkilat shining semua, tapi JAGA KEBERSIHAN lah. Bekas tumpah korang makan pun ada orang tolong lapkan. Kalau tidak, semut menggila-gila lah.

P/s : yang tak puas hati tu, kuali tu Wanie punya! Nak buat perangai kotor-kotor, lepas masak, tak basuh berhari-hari tu, pergi beli kuali sendiri. Jangan nak menyusahkan HARTA BENDA ORANG LAIN!

17 March 2012

Mi Hailam Orang Bujang

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Alahai... memang Wanie kena masak la hari ni, si buah hati pergi rumah bapa saudara kat Bangi. Memandangkan Wanie takde transport nak keluar makan dan memang tengah saving duit sekarang ni, so terpaksa merajinkan dirilah ke dapur. 


Jom jom, rasa rajin ni nak share resepi yang Wanie cari kat Mesra.net, and Wanie olah sendiri mengikut barang-barang yang ada dalam peti ais je. 






Bahan-bahan
- Udang
- Sos tiram
- Sos tomato/cili
- Kicap
- Serbuk pati ayam Knorr
- 5 ulas bawang putih (kisar)
- 3 ulas bawang merah (kisar) - kalau bawang merah tu besar, 2 ulas pun dah ok.
- Cili kisar
- Garam & gula
- Telur
- Tepung jagung
- Veggies (carrot, jagung muda, cabbage)
- Fishball/fishcake
- Sedikit minyak masak


Cara-cara memasak
1. Rebus udang yang dibersihkan bersama dengan serbuk pati ayam Knorr (serbuk pati ayam ni dalam 3-4 sudu besar). Kuantiti air dalam 2 mangkuk besar. 


2. At the same time (wah, bahasa! Speaking London gittew :P) , panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama dengan bawang putih dan bawang merah. 


3. Bila dah naik bau, masukkan sos tomato/cili, sos tiram, kicap (kuantiti bergantung berapa banyak yang nak dibuat). - kalau nampak macam pekat sangat atau nak kering, masukkan 1 senduk air rebusan udang tadi. Kacau-kacau sampai nampak macam menggelegak. 


4. Okay, boleh tutup api dah rebusan udang tu. Tuang semua air rebusan berserta udang dalam tumisan tadi. Masukkan fishball/fishcake, jagung muda dan carrot. Kacau sebentar dan biarkan sampai carrot dan jagung muda lembut. 


5. Carrot dah lembut? Dah? Ok good. Ambil dalam 3-4 sudu tepung jagung, bancuh tepung jagung tu dalam 1 senduk kuah hailam dalam mangkuk lain. Kacau kacau, pastu tuang balik dalam kuah hailam yang dalam periuk tu. Kalau still cair, repeat the same method sampai kuah nampak pekat yang diingini.


6. Tuang another veggies macam cabbage dalam kuah hailam. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau kurang kick, boleh outer sendiri dengan cili padi. Kemudian, pecahkan telur dalam kuah hailam dan biarkan sampai telur tu masak.


7. Dah siap! Dah boleh makan dengan mee atau spaghetti. Simple kan? ;-)


Kualiti gambar agak annoying sebab snap gambar guna tab je. Supposely, warna kuah tu nampak lebih dark. 


See you guys on my next post! Selamat menjamu selera! o^^o



16 March 2012

Posting Pertama

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hehehe.. terujanya rasa, sebab dapat berblog kembali. Sebelum ni, Wanie dah cuba berblog dengan Wordpress, tapi, alahai... rasa macam tak free pulak bila nak edit template.


Disebabkan berblogging kali ni Wanie guna tab, memang tak dapat lah nak makeup-makeup sikit template blog ni. Lagipun, bandwidth broadband dah habis, so faham-faham jelah kalau nak loading sesuatu template nak tengok screenshot tu lembapnye bukan main.


Nak update post panjang-panjang pun macam tak best pulak nak taip guna tab ni. Apa orang kata, feel tu tak sampai. Typo pun banyak. Next time Wanie post panjang-panjang. Banyak perkara lagi yang Wanie nak share dengan 'rumah baru' Wanie ni.


Jumpa di next post ya!  o^^o