13 April 2020

Resepi Bihun Sup Utara Cabai Merah Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang.... memandangkan PKP/MCO di extend lagi 2 minggu, wanie rasa dah ramai yang jadi chef kat rumah, baik wife atau husband. Betul tak? Masing-masing dengan resipi sendiri.

Macam wanie, husband suka masak. Tapi, yang main chef, of course kite... dia jadi sous chef je... hagitteeww.. husband homesick rasanya tu. Hahahaha tak boleh balik kampung, kite steady je lagi, sebab weekday 8.30-5.30 still work from home, remote masuk server je. Syukur alhamdulillah, masih diberikan rezeki untuk keluarga kami.

Berbalik resepi nak share pasal bihun sup ni. Husband dah berminggu request, tapi wanie busy. Macam kesian pulak sebab dia pun dah losing appetite, so wanie suruh dia order delivery daging dengan tulang. Bersinar je mata bila dah dapat green light. Kalau korang area sekitar Cyberjaya and nak delivery barang basar / air or jeli kelapa / santan / kelapa parut (orang utara panggil nyoq kukoq) , boleh contact 0172349200 atau masuk je telegram dia https://t.me/coconutdeliverycyberjaya .

Resepi untuk bihun sup utara with cabai merah macam di bawah. Wanie pinjam periuk Noxxa kakak, senang betul kerja. Mujur rumah kakak pun dalam Cyberjaya jugak. Heheheh~


Bahan-bahan untuk sup
---------------------------------------
-  500 gm tulang campur daging (ambil daging bahagian lemak baru sedap. Kalau nak senang, order daging tetel)
-  1 bungkus sup tulang Adabi (siap dah ada bunjut dan rempah 4 beradik)
-  Halia sebesar ibu jari **
-  5 ulas bawang kecil/merah **
-  2 ulas bawang putih **
-  Bawang goreng
-  Daun sup
-  Garam
-  Ajinomoto (optional)

p/s : Bahan yang bertanda ** di blend halus.


Bahan-bahan untuk bihun
------------------------------------
-  1 bungkus bihun
-  Sedikit serbuk kunyit
-  Garam


Bahan-bahan untuk cabai merah
------------------------------------
-  2 pek kecil serbuk cili (chilli powder)
-  1/2 labu bawang besar **
-  2 ulas bawang putih **
-  1/2 ketul gula melaka (gula gerek)
-  Gula pasir biasa
-  Garam
-  Limau nipis (wanie guna lemon)
-  Cuka (optional)
-  1 sudu besar cili sos
-  1 sudu besar tomato sos

p/s : Bahan yang bertanda ** di blend halus.


Cara-caranya
-----------------------------------

1)  Bihun direndam bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dalam air biasa sampai lembut (kalau malas nak tunggu lama-lama, agak-agak bihun dan kuning, panaskan air sampai mendidih, then celur bihun tu. Jangan lama sangat, nanti lembik). Tos dan ketepikan.

2)  Untuk masak sup guna Noxxa - menggunakan mode Stir fry, panaskan minyak dalam 4-5 sudu dan tumiskan bahan blend bersama 1 sup bunjut tulang Adabi sampai wangi (sekali dengan rempah 4 beradik tu).

3)  Dah agak wangi, masukkan tulang dan daging (daging ni wanie potong besar-besar macam bongkah tu). Masukkan air sampai tenggelam daging dan tulang, terus masukkan garam dalam 2 sudu besar (kalau takut masin, masukkan 1 sudu dulu pun takpe... dah siap masak nanti boleh adjust rasa) , masukkan ajinomoto jika suka.

Dari mode Stir Fry, tukar ke mode High Pressure. Set selama 40-45 minit. Tombol atas periuk tu tolak ke Pressure. Siap.

p/s : Kalau guna dapur gas, masak sup ni agak lama. Bergantung size daging jugak... may up to 1.5 - 2 hours untuk daging dan tulang betul-betul lembut. Mama wanie pesan, kalau isi kat tulang tu boleh tolak senang je lepas masak nanti, maksudnya dah masak betul lah tu.

Macam periuk Noxxa ni, bila dah cukup masa, dia bunyi macam tettttt tettt tu. Biar kejap dalam 10 minit, kemudian boleh tolak tombol atas tu dari Pressure ke Steam. Hati-hati ya... sila pakai kitchen mitts takut wap panas terkena tangan nanti. OK sup dah siap!! Boleh tabur daun sup dan bawang goreng.

4)  Untuk cabai merah - serbuk cili campur dengan sedikit air dan kacau jadi pes. Panaskan minyak dalam kuali dalam 5-6 sudu besar. Tumiskan bahan blend dan kacau sampai wangi.

5)  Bahan tumisan dah naik bau, masukkan pes cili tadi dan gula melaka. Kacau sampai masak/pecah minyak. Masukkan 1 sudu cili sos dan tomato sos. Perasakan dengan gula dan garam. Perahkan limau nipis / lemon dan cuka. Siap.