29 May 2017

Resepi Pajeri Nenas Tanpa Santan Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments



Haaaa.. harini nak up post resepi pajeri nenas ala-ala kenduri. Wanie memang sukaaa sangat pajeri nenas, makan dengan nasi panas-panas, ada sambal belacan dengan ikan masin pulak kan, puhhhhh!! Terangkat beb! Memang confirm jadi ular sawa kekenyangan.


Jom, nak share resepi pajeri nenas simple tanpa santan tapi letopppsss!! Resepi ni wanie dapat dari mama wanie sendiri... tak payah blend blend. Hehehehe...


---------------------------------------------------
Bahan-bahannya
-----------------------------------------------------
2-3 keping nenas (wanie masak sikit je sebab cik abam dia makan kuah je, nenas tak makan.. hahahaha)
2 biji bawang merah ☆
3 ulas bawang putih ☆
1 inci halia ☆
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 batang bunga cengkih
1 pelepah daun kari
1 sudu besar kerisik
1 peket kecil rempah daging Babas
1 sudu udang kering
1 1/2 cawan air
Garam
Gula


-----------------------------------------------------
Cara-caranya
---------------------------------------------------
1. Mayang / hiris semua bahan-bahan ☆

2. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari.

3. Masukkan semua bahan yang dihiris (☆) dan tumis sampai wangi.

4. Bancuh rempah kari Babas dengan sedikit air panas hingga jadi pes dan tumis. Masukkan sedikit sahaja air untuk elakkan rempah kari tadi hangit. Tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan nenas dan air (anggaran air dalam semangkuk kecil - jangan terlampau banyak, nanti tak pekat). Masukkan juga udang kering.

6. Biar mendidih dan kacau sekali sekala. Kemudian, masukkan 1 sudu besar kerisik dan perasakan dengan garam dan gula.


Dah siap!! Sedap! Sebiji macam mama masak!
posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment