12 May 2017

Cabut Gigi Bongsu di Hospital Putrajaya - Part 1

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Salam semuaaa...

Selama ni wanie duk baca je cerita orang cabut gigi bongsu ni macam mana. Haaa~~ kali ni merasa sendiri.. tak lawak wehh... serius tak best perasaan tu.. aahahahaha. Sebab apa ada Part 1? Haa.. jom baca..

Gigi bongsu kanan wanie impacted (horizontal) macam gambar kat bawah.

Credit picture to : http://www.exodontia.info/Wisdom_Tooth_Impaction_Classification.html

Nampak dia tengah tido? Tapi gigi geraham depan gigi bongsu tu dah kena cabut last year. So, tak lah sakit sangat gigi bongsu ni. Cuma sekali sekala bila dia bergerak rasanya (tudiaaa speculation), terasa weh sakit berdenyut tu walau sekejap. Jadinya, 7 April lepas, kebetulan off day, wanie ke Puspanitapuri di Putrajaya untuk scaling gigi dan nak ambik referral letter untuk buang gigi bongsu. Kat Puspanitapuri tak boleh buat sebab situ untuk kes kecil-kecil je macam tampalan or scaling macam tu... 

 Dah dapat referral letter, terus call Hospital Putrajaya untuk booking tarikh appointment. Yup.. call je. TAPI, kena ada referral letter dari klinik kerajaan atau swasta dulu tau. Sebab time call, dorang akan tanya referral letter dari klinik mana. OK, so dah dapat tarikh appointment pada 14 April. Time ni, tak buat apa-apa lagi tau. Doktor cuma x-ray dan check saja. Disebabkan sebatang gigi sahaja, maka doktor cuma akan melakukan local bius, maksudnya surgery akan dilakukan waktu kita sedar. Sounds scary, tapi, beranikan diri je....

Alright, dapat appointment untuk surgery which is semalam, 11 Mei. 3 hari sebelum surgery, wanie scaling gigi siap-siap di Klinik Dr. K kat Precint Diplomatik. Yang ni effort sendiri la, and doktor gigi pun sarankan untuk kita scaling gigi dulu before surgery. Pagi surgery tu, wanie dah makan kenyang-kenyang bihun goreng, walaupun nak telan pun nak mampu sebab takut.. haaa~ ceritanya, 5 ke 6 hari lepas, gigi bongsu yang sebelah kiri  wanie dah start sakit yang Tuhan je tahu! Ok takpe... sabar... tahan dengan painkiller. Sampailah ke hari yang dinantikan, terus bagitau doktor nak tukar cabut gigi kiri instead of kanan. Doktor ok je... memandangkan gigi terlalu dekat dengan nerve, doktor dahh bagitau kesan-kesan yang akan dialami JIKA nerve tercedera atau terputus sewaktu surgery. OK kan ajelah.. kita percaya pada doktor. Lagipun, doktor yang nak surgery kan wanie ni doktor pakar. Bagus sangat-sangat, diorang melayan je wanie punya songeh. Sebab takut, badan dah seram sejuk and menggigil. Wanie siap mintak blanket untuk selimutkan badan ke kaki. Hahahaha~ and nasib baik, few days sebelum surgery, wanie dok makan painkiller, so, bila tiba hari surgery, gigi dah tak sakit dan mudah untuk doktor buat kerja.

OK, dorang mulakan dengan cucuk ubat bius. Lepas dah kebas ape semua, dorang start pasang macam screw kot.. hahahaha~ wanie tak nampak sebab mata semua ditutup. Reason tutup mata, lampu surgery tu sangat bright. Tak kisah, wanie lagi suka sebab even mata dah tutup, wanie still pejam mata di sambil badan sedikit menggigil. Wanie pasang earphone, dengar spotify untuk kurangkan mindset yang fikir macam-macam. OK, pastu dengar bunyi mesin ngenggg ngenggg ngenggg... wanie rasa, time ni dorang tengah potong tulang rahang sikit. Trust me, tak rasa apa pun. Even doktor cut bahagian gusi pun wanie tak rasa apa... cuma, bila part doktor start nak pulas gigi tu kot, untuk nak longgarkan, wanie rasa sakit sangat. Doktor tambah ubat bius dalam 2 ke 3 kali macam tu, tapi still sakit.... uhuuu~~

Sudahnya, doktor tak boleh nak teruskan. Doktor syak sebab nerve tu, itu yang buat wanie sakit. So, doktor jahit balik gusi. Kemudian, set appointment baru untuk full bius. Maksudnya, surgery akan dilakukan waktu wanie tido dan akan masuk ke bilik bedah. Oleh sebab full bius, doktor sarankan untuk buang keempat-empat gigi bongsu sekaligus. Wanie setuju je, biar sakit sekali dah la.. lepas ambil ubat, naik ke tingkat 1 Wad Harian atau Daycare untuk jumpa pakar bius - ni untuk saringan je.

So, sekarang, dapat lah MC 2 hari (Khamis Jumaat) and cuti Sabtu Ahad. Wanie dah minta kat boss untuk extra cuti Isnin Selasa just in case anything happened. 

Lepas habis ubat bius tu, dah start berdenyut. Takpe, wanie makan painkiller. Dapat 2 jenis painkiller, satu yang kuat and satu lagi yang biasa. Wanie terus makan yang kuat sebab nanti takut sakit. Lagipun, husband kena kerja.. dia dah halfday teman wanie kat hospital. Taknaklah nak kacau dia kan.. bengkak, yes ada sikit. Malam semalam kitorang laki bini siap layan movie lagi sebelum tido.. kat rumahh eh.. tak koseerrr nak gi panggung wayang. hahaha.. 

Pagi ni bangun tidur, terasa pipi berat semacam. Bila tengok cermin, mak aihh.. dah serupa hamster simpan biji durian dalam mulut. Terus mandi-mandi, berus gigi pun slow-slow, pastu kumur dengan Listerine. Siap mandi semua, terus ngadap breakfast (whipped potato KFC as carbs dengan nugget). And terus makan ubat antibiotik dan painkiller sebab dah start sakit berdenyut, sakit lagi dari semalam. Itu yang orang kata, second day yang ko nak meraung sakan.. takpe, boleh tahan lagi. Mujur husband ada beli Bactidol, lepas makan, kumur dengan Bactidol pulak. Tapi, tak perlu rinse dengan air. Yang ni untuk mengelakkan dari bacteria atau fungus dalam mulut. Sesape ada ulser pun boleh guna. 

 Mahal sikit dari Listerine, dalam RM 18 macam tu. Boleh beli di Guardian. 

Tu je untuk Part 1 kali ni... next appointment lepas raya Julai nanti. Nanti wanie cerita macam mana alkisah dah siap operation nanti. Berdenyut sakit ni... nak tido jap. Bye korang..


2 comments:

  1. hi sis nak tanya ..berapa rm kos operate gigi kat hospital putrajaya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. saya rasa jumlah bayaran ni mungkin lain2 harga ikut kes kot.. saya tak pasti berapa. tapi dlm kes saya, saya bayar dalam 203 ringgit mcm tu. boleh refer resit pembayaran dalam post saya yg kedua https://houseofwanie.blogspot.com/2017/06/cabut-gigi-bongsu-di-hospital-putrajaya.html

      Delete