29 December 2022

Resepi Bubur Lambuk Udang Favourite Suami Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Salam semua.. 


Semalam husband tak sihat, demam selsema. Bila demam selsema ni, mula lah tak lalu nak makan apa-apa. Jenuh memikir juga, apa nak masak. Last-last, terfikir nak masak bubur lah. Teringat bubur lambuk Pak Hassan Kampung Baru tu, tapi, mana laaa nak dapat time-time ni kan. Jadinya, belasah aje lah masak apa yang ada kat dapur tu. Alhamdulillah, percubaan menjadi. 3 mangkuk penuh husband makan.. Happy me! Nak simpan sini lah resepi nya.. nanti, boleh buat lagi.

Bubur ni saya tak masak guna rice cooker. Memang manual masak dalam periuk/kuali dalam atas api.


Bahan-bahannya
🌼 1 setengah cup beras (dibasuh bersih dan di toskan)
🌼 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih **
🌼 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis **
🌼 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar **
🌼 1 kuntum bunga lawang **
🌼 2 kuntum bunga cengkih **
🌼 2 biji buah pelaga **
🌼 1 batang kulit kayu manis **
🌼 1 sudu kecil halba **
🌼 1 sudu besar black pepper (biji - ditumbuk)
🌼 3 ulas bawang putih - hiris
🌼 3 ulas bawang merah/kecil - hiris
🌼 1 inci halia
🌼 2 kiub ayam Maggi
🌼 1 sudu kecil udang kering yang dibersihkan
🌼 5 ekor udang (kalau udang size L, dibuang kulit dan dipotong 3. Kepala udang jangan buang)
🌼 1 kotak kecil santan Farm Fresh
🌼 Sedikit sahaja minyak untuk menumis
🌼 Air secukupnya
🌼 Garam
 
 
Cara-caranya
 
1)   Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai wangi. Kemudian, masukkan bahan yang bertanda **. Kacau sekejap, masukkan beras yang dibersih dan ditos tadi dan kacau sebentar.

2)  Masukkan air (banyak pun takpe). Kemudian, masukkan kiub ayam, udang kering, black pepper dan sedikit garam. 
Note : Gradually tambah air sampai beras hancur / bentuk bubur. Kena bersabar sikit sementara beras nak hancur ni.. 30 minit lebih tu biasa.. hahaha

3)  Bila nampak beras dah nak hancur, masukkan kepala udang dan isi udang. Tambah air lagi dan masukkan 1 kotak kecil santan. Kacau-kacau sampai dapat tekstur yang korang suka. Tambah garam kalau kurang masin. Siap.


Daun pandan tak ada. Kalau tak memang lagi wangi bubur. Kalau korang rajin, boleh makan bubur dengan tabur kan bawang goreng. Saya prefer letak lada sulah dan sedikit kicap. Selamat mencuba!    = ^____^ =

0 comments:

Post a Comment