Minggu lepas, terasa sangat nak makan kangkung belacan, order kat kedai tapi tak power macam abah Wanie masak. So, call lah abah nak minta resepi... first time buat ni, tapi, sedapppp!!
Bahan-bahannya :
- Kangkung secekak (basuh bersih dan dipotong)
- 4 ulas bawang putih **
- 2 ulas bawang kecil **
- 1 batang cili merah **
- 1 1/2 kecil udang kering
- Belacan (sebesar ibu jari dipicit dalam air)
- Asam keping
- 1/2 sudu kecil serbuk ikan bilis (optional)
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam
Cara-caranya :
1. Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda **
2. Tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk hingga wangi bersama dengan udang kering.
3. Masukkan kangkung, belacan yang sudah dipicit dalam air dan asam keping.
4. Masukkan serbuk ikan bilis dan perasakan sedikit garam jika perlu.
NOTE : garam boleh dimasukkan jika kurang masin kerana serbuk ikan bilis, udang kering dan belacan sudah masin.
5. Sedia dihidangkan!
0 comments:
Post a Comment