24 June 2017

Cabut Gigi Bongsu di Hospital Putrajaya - Final

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam korang... 


Rajin ni nak update blog, sebab tengah bersiaran langsung dari office terchenta! Esok nak raya, harini keja lagi. Ghajen tak ambo? Hahahahah~ ok, nak cerita final part dah pasal ko gigi bongsu. Seksa nawww! Uhuuu~


2 hari selepas surgery which is Khamis, Wanie rasa berdenyut kat tempat gigi bongsu yang dicabut yang dekat dengan saraf tu. Wanie cuba bertahan. Esoknya, makin kuat rasa denyut tu. Sampai sakit kepala sebelah dan rasa denyutan tu sampai dalam telinga. Wanie call pihak hospital dan minta disambungkan ke bahagian Dental. Mula-mula, diorang kata memang akan sakit sebab baru lagi lepas surgery. Tapi diorang kata, kalau nak minta diorang check kan pun boleh, datang je ke hospital. 


NOTE : Layanan macam ni yang wanie maksudkan, sebab sebelum ni ada orang yang bash kan, sebab wanie marah sikit layanan yang wanie dapat dari dari petugas kesihatan kat klinik kerajaan di Precint 9. That was a long time story and perhaps it was my unfortunate day! Tengok petugas kesihatan di Hospital Putrajaya especially bahagian Dental, ya Rabbi! TERBAIK WEHHHH!!!~ dengan lemah lembutnya, sopan santun, dari nurse hingga ke doctor yang melayan sepanjang wanie mendapatkan rawatan di sana, WORLD CLASS!! Cuma, biasalah... kalau appointment dengan hospital, standard la masa menunggu tu kadang tu sampai sebulan lebih, BUT I DONT CARE BECAUSE OF THEIR GOOD SERVICE~ gigi dah lah tengah sakit, mood swing tu paham paham lah macam mana, dapat service terbaik macam ni, memang kurang sikit rasa sakit tu! Sejuk je hati! Kita bukan minta dilayan macam VVVVVVIP, tapi lemah lembut bila berbahasa macam ni yang kita nak...

OK, yang terasa dengan post wanie yang lepas-lepas tu, wanie minta maaf ok. Nak raya neh.. hahahahaha.. lagipun benda tu dah lama. Mesti dah ada penambahbaikan service diorang, cuma, wanie masih trauma nak dapatkan rawatan pergigian di situ. Dahlah kita ni takut jumpa dentist... terkena macam tu, memang trauma sikit lah... hahaha..



Ok, back to the story. Lepas ucap terima kasih bercakap dengan petugas kesihatan, Wanie macam ok takpe... mungkin normal kot lepas surgery sakit macam tu. So, wanie makan painkiller and tido je seharian.... esoknya tu, Sabtu... dah tak terkata dah sakitnya!! Tapi hospital tak bukak weekend kan... memang dah tak boleh fikir apa dah. Awal-awal pagi tu dalam 9.30 pagi camtu, terus ajak husband ke Klinik Pergigian Dr. K kat Precint Diplomatik. Time tu, nak bukak mulut pun seksa... lepas doktor check, haaa kau! Nasik seketul dia jumpa... patut lah sakit. Lepas tu, doktor kata macam dry socket sikit je... doktor cucuk ubat kebas, lepas tu cuci dalam gigi tu untuk elakkan jangkitan. Tak lawak weh... time doktor nak cuci dengan nak ambik sisa-sisa makanan, serious sakit sampai nak meleleh air mata.. dah tak malu dah terjerit-jerit time tu... Hambik kauuu... ikut nafsu sangat, slumber badak je ko makan nasik, orang lain lepas surgery makan soft food je je.. hahahaha, rasakannn lahh hazabbb nye.. Lepas tu, doktor masukkan ubat dalam lubang gigi tu, dan jahit sikit. Haaaa~~ part jahit ni pun sama, rasa macam kena jahit hidup hidup sebab ubat bius doktor dah cucuk banyak kali, still boleh rasa sakit tu. Sabar je weh... time tu, terus tobat tak kan makan nasik ketul ketul... nasi pun blend sama cair macam nak bagi baby makan, punya laaa insappp. Hahahahaha~ lepas dah cuci semua ni, baru rasa indah dunia. Sakit masih sakit, tapi tak seteruk awal tu la...


Isnin lepas, wanie call hospital untuk reschedule tarikh untuk bukak jahitan sebab gaps nak bukak jahitan tu dekat sangat. So, doktor schedule ke hari Khamis. Pagi Khamis tu, wanie pun ke hospital untuk bukak jahitan. Tak sakit sangat... cuma pedih sikittt je dan sedikit ngilu. Doktor yang bukak jahitan tu adalah the same doctor yang surgery kan wanie. Dia cerita, memang agak susah waktu dorang nak surgery tu sebab size gigi wanie besar-besar dan diorang terpaksa potong kawasan tu besar sikit untuk keluarkan gigi wanie. Terima kasih banyak lah doktor.... dah hilang azab sakit gigi saya tanggung on off selama ni, besar ganjaran pahala doktor dapat! Lega rasanya lepas doktor check balik, doktor kata semua ok. Yang wanie still sakit, gigi bongsu yang bermasalah tu lah, yang nasik terlekat lah, yang dekat dengan saraf la... masalah betul gigi tu. Hahahah~ doktor kata yang tu pun nampak macam tengah recover. Doktor flush sikit dalam gigi tu untuk bersihkan, dan lepas jahitan dah bukak ni, doktor nasihatkan kena selalu gargle untuk keluarkan sisa-sisa makanan kalau termasuk dalam lubang gigi, dan bila gargle dengan Listerine tu, doktor pesan kuat sikit. Mungkin sebab gigi wanie tu bawah sangat kot... 


Dan sampai sekarang, rasa sakit tu berdenyut jugak, cuma sikit-sikit je.. takpe, itu normal doktor kata sebab dia tengah healing. Gigi-gigi lain yang dicabut, takde masalah dan dah tak rasa apa-apa. Still control food yang dimakan, lembut lembut je.. cuma kadang-kadang lepas gian gak, makan pasta dan laksa. Chew slowly, lepas makan terus gargle. Dah tak payah depend dengan painkiller dah. Sakit tu ringan je, boleh ignore macam tu je.. 


Sakit kan penghapus dosa. Alhamdulillah, banyak dosa terhapus. Cuma, lepas ni nak ganti puasa, boleh tahan jugak lah... campur dengan hari tak boleh puasa cuti perempuan. Heheheh~ 


Lepas dah fully recover, hujung tahun ni plan nya nak pasang braces di Klinik Pergigian Dr. K tu.... Gigi tak berapa teratur, so doktor check takut karies rosakkan gigi. Doktor suggest untuk pasang Damon Braces - the latest braces yang less painful katanya. Takpe... tunggu gigi baik dulu, lepas tu baru jumpa balik doktor untuk have a little talk pasal ni. Paling best, husband nak sponsor... kihkihkihkih~~


Oklah... terima kasih readers yang mengikuti kisah gigi bongsu ni dari Part 1, Part 2 dan yang ini, Final. 


Selamat Hari Raya korang!!! Minta maaf ye kalau tersalah silap terkasar tutur bicara.


0 comments:

Post a Comment