30 August 2015

Resepi Ayam Masak Kicap with Black Pepper Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi readers...


Selamat bercuti sempena Hari Kemerdekaan ni... yang kena kerja macam wanie, selamat bekerja lah ye. Jangan nak monteng pulak.. ihiks! (pesanan untuk diri sendiri juga ni sebab macam alahai.... malas nye nak masuk ofis esok... hahahaha)


Teddy wanie balik kampung. Untunglah... ofis dia ikut cuti public. So, ditinggalnye kita di sini. Takpe.. tunggu la lagi 2 minggu. Wanie dah siap-siap apply cuti seminggu sempena raya korban.. eh nasib baik apply cepat, sebab cuti for bulan 9 dah di freeze sebab HP sekarang kan tengah crucial due to split company for HP Inc and HP Enterprise tu.. sabarkan je lah layan ragam users yang....................... ok full stop!


Memandangkan esok ni cuti, cafe kat office pun cuti jugak. Nak tak nak, kena lah masak malam ni nak bawak bekal. Rajin tak rajin sangatlah... masak yang senang-senang main campak, cepat and sedap. Kali ni, wanie masak Ayam Masak Kicap with Black Pepper. Yes, simple! Sambil masak sambil video call dengan si Ecah (niece) lagi.. hahaha


Resepi ni wanie just buat anggaran untuk seorang makan je. Wanie masak guna 2 ketul ayam drumstick.


Bahan-bahannya

  1. Ayam (dilumur garam kunyit dan goreng - ini basic)
  2. Bawang besar dipotong bulat 
  3. Cili padi 4 tangkai dipotong kecil-kecil (optional - kalau taknak pedas, tak payah letak)
  4. Halia (dalam besar ibu jari dipotong panjang)
  5. Biji lada hitam (ditumbuk kasar / diblend kasar) - taknak yang dah siap serbuk, tak best, kena yang biji jugak..
  6. Minyak masak
  7. 1 sudu besar sos tiram
  8. Kicap
  9. Air
  10. Gula dan garam

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak. 
  2. Tumis bawang besar, cili padi dan halia sampai bawang besar jadi layu.
  3. Masukkan sos tiram dan kicap - kicap ni ikut lah nak banyak mana. jangan sampai setengah botol sudah, sebab nanti nak berkuah tambah air je
  4. Tambah air sikit untuk jadikan kuah
  5. Slow api... biar mereneh sikit. 
  6. Masukkan black pepper yang dah ditumbuk / diblend kasar (wanie blend je.. lesung batu tak dok.. hiks)
  7. Perasakan dengan garam dan gula
  8. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau-kacau sket.


Siap!

Jom makan nasik! 



- bila nak boleh beli phone baru ni.... gambar tak cunggg langsung -

0 comments:

Post a Comment