08 April 2012

Seru Berniaga

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Wanie sedang berkira-kira to do a business. And actually, this gonna be my first time Nervous ada, takut ada, happy pun ada.

Perasaingan adalah lumrah dalam perniagaan. Dan dalam perniagaan juga, ada pasang surutnya. So far, Wanie dah dapat full support dari family & Mr. Love. Especially mama lah, excited bukan main lagi bila Wanie bagitau nak start business. Dah lama mama nak anak-anak dia buat business ni, sebab mama pun berbusiness dari kecil walaupun sekadar part time. Abah pun sama, lepas quit kerja bank, abah pun start business. Kemudian jatuh minat business ni pada my eldest sister, berbusiness dari zaman universiti hinggalah dah bekerja, dah ada anak. Jatuh pula pada adik after Wanie, buat business kecil-kecilan juga.

Cuma Wanie je yang lambat sikit nak ikut jejak langkah. Dulu waktu kecik, ada juga Wanie buat biz, jual aiskrim Malaysia. Sekadar suka-suka sebab time tu, makcik yang selalu jual ais krim tu dah tak buat dah. Hehehe.. tapi tu dulu, tak serius sebab bila sehari bebudak datang beli lebih dari 10 batang, dah malas nak buat sebab tak larat nak bancuh air.

Dan sekarang, Wanie dah mula nak start. Business kecil-kecilan dululah, business apa, nanti Wanie bagitau bila dah betul-betul Wanie buat, sebab sekarang dalam perancangan je dulu. Waktu Wanie bagitau kat mama, mama memang excited sesangat lah. Mula-mula, mama ingat Wanie nak kahwin sebab Wanie cakap "mama... sebenarnya dah lama fikir ni.." Time tu memang mama ingat Wanie nak cakap nak kahwin dah. Hahahaha... mama kata, terberhenti mama tengah makan time tu. Memang gelak besar lah Wanie. Tak terlintas lagi nak tamatkan zaman bujang, sayang oh... dan mama apalagi, sanggup nak bagi modal untuk Wanie nak start business.. hehehehe pucuk dicita ulam mendatang lah kan, bagitau hasrat nak berbusiness, dapat modal pulak. Syukur :-)

Cuma yang Wanie takut, ada ke customer Wanie nanti?
Kalau barang yang dijual tak laku macam mana?
Tak ganggu masa study ke nanti?

Final makin dekat ni. Sebab tu Wanie hold dulu niat di hati, bukan taknak start awal, tapi... apa orang kata, tak sampai seru nak berniaga lagi. Nak sampai seru pun time gawat-gawat macam ni, aduhh... memang gawat sih!

Tapi tak mengapalah, buat programming pun ada cabaran, ada error and mistakes dulu sebelum dapat nak successfully compile. Sebelum ada Win 2007, ada si loser Win XP kan... hehehe... dah, cukup merepek dah ni. Lapar la pulak, kejap lagi nak settlekan assignments dan nak pergi ronda-ronda cari ilham nak berbusiness.

Wish me luck, see you in next post ;-)

0 comments:

Post a Comment