Thursday, 12 April 2012

Review - Redken Maju Junction (Derrick&Team Hairdressing)

Hari ni nak review 1 salon rambut yang bagi Wanie agak murah la kalau dalam area KL ni. Mana nak cari salon yang dah establish, lepas tu murah pulak? Cer gitau sket...  


Al-kisahnya, semalam Mr. Love fetch his brother di UIA sebab his brother nak potong rambut. So, meng-google la Wanie cari salon rambut mana yang murah. Dari banyak feedback dan review yang Wanie jumpa, banyak yang suggest salon di Maju Junction dan Shah Alam. Alahai.. nak ke Shah Alam jauh sangat la pulak, so best decision is Maju Junction lah. Lagipun, sebelum ni Wanie pernah pergi buat hair treatment di salon Maju Junction tu dengan housemate, tapi tak berapa nak ingat which salon yang Wanie pergi.


So, pilihan Wanie is salon Redken yang dimiliki oleh Derrick and Team. Ha, tengok, siap ada website sendiri lagi tu..  Alang-alang nak teman adik Mr. Love nak cut hair, Wanie tumpang sekaki lah nak cuci rambut. Dah lama tak masuk salon ni.. hehehe. Lagipun, apa salahnya, orang kata "stress treatment" kan, nak stress treatment shopping-shopping, tak mampu la pulak. Murah ok, wash and blow just RM 18! Ada potongan 20% kepada student dan staff yang dipilih, tak ingat la semua, tapi yang pasti student UNIKL memang dapat discount! Memang best lah kan?   Tapi apa pun, jangan lupa bring along your id card sebagai bukti yang korang memang student tau!


Ok sambung balik, time nak cuci tu, hair dresses tu cakap Wanie problem rambut gugur. Haih... bukan apa, bila dah dekat dengan final, pastu assignment pulak bertimbun-timbun, memang bukan rambut je gugur, muka neh ha... penuh jerawat..  tak taulah sem depan dengan FYP, ape pulak masalah nya.. haih... imbalance hormone!  Hair dresser tu ada suggest untuk buat treatment Butter Mask - for smoothing very dry and coarse unruly hair. Sedihnya, my hair wasnt supposed to be in that condition. Ni semua gara-gara malas nak jaga rambut lebih-lebih, kalau dulu, siap ada serum bagai. Sekarang ni, takde pun.. alahai lagi...


Oh ye, kalau sekadar nak Dry Hair Cut (potong je, takde cuci-cuci) bayar RM 10 je. Kalau cut, wash and blow tak silap Wanie dalam RM 34 kut.. Kalau nak treatment-treatment tu, korang boleh dapat serendah RM 65 sehinggalah < RM 200. 


Ok, dah penat buat promotion free (hopefully owner saloon neh boleh bagi free treatment hehehehe ) Herm, time to sleep. Esok nak sambung hari kedua workshop. Workshop apa? Heheh.. tunggu my next post ok? 


Good night darlings!  





Posted by : Miss Wanie
Category:

0 comments:

Post a Comment

 

Author of Blog


25 years [2013]
Kedah-rian
Diploma in Computer Science [KPTMKL]
Bachelor in Computer System Security [UniKL MIIT] - insyaallah graduating on 2013