Al-kisah, 2 hari lepas time bangun tidur, wanie rasa kepala ni berat lain macam sangat-sangat. Nak kata pening, bukan... sebelah kepala pula tu which is belah kanan. Yang mata kanan ni pula, dah rasa macam nak tersembul pun ada, rasa macam ada pressure kat mata tu. OK la... wanie just assume maybe side effect lately wanie kerap tidur lewat sebab nak siapkan semua assignment, dengan project final year lagi, pastu study untuk quiz dan test.
Elok je wanie mengiring badan sebelah kanan untuk nak bangun tidur, perghhhh... macam nak terkeluar biji mata. Lepas tu rasa macam something like liquid yang follow pergerakan ke sebelah kanan. Kalau ke sebelah kiri, pun rasa juga, cuma yang belah kanan ni je yang over sakit. Even worse, wanie nak tunduk nak ambil barang pun, still rasa sakit-sakit. Tak dapat nak describe macam mana sakit tu. Its torturing my dayyyy!!
Takpelah, nanti hilang la kut. Mungkin sakit kepala, tak breakfast agaknya. Wanie buat assumption ntah apa apa lagi. Serious, tak terfikir langsung pasal resdung. Sebelum ni pun pernah jadi jugak sebelum ni time semester lepas, tapi time tu wanie demam, batuk dan selesema. So, pegila ambik ubat kat hospital islamic yang betul-betul berhadapan masjid kampung baru tu. Fees jangan cakap la, campur x-ray, nebulizer on the spot sebab kahak stuck kat lungs and medicines saja, errr... RM 400. Time tu la doktor kat hospital tu detect wanie kena sinus atau resdung ni sebab despite wanie cakap wanie demam pe semua tu, wanie bagitau juga symptom-symptom sakit kepala sebelah and tak boleh tunduk tu. Lepas makan ubat dalam sehari dua, wanie terus sembuh. Dalam hati, eh resdung ke... sikit je kot sebab my father pun ada resdung teruk juga dan setahu wanie resdung ni genetic disease.
Ok, back to the story. Time dalam kelas, ok la takde rasa apa-apa sebab jawap test je. Lepas habis test, wanie n mr.love ingat nak stay kat campus untuk settle kan keja and nak guna pc kat lab. Everything just fine until wanie tunduk nak cucuk pendrive kat pc... terjerit sikit la dalam lab tu, mujur takde orang dengar. Makin teruk wanie rasa time tu.. macam nak terjatuh terus je. Mr. love dah worried gila, lepas tu mula berleter lepas wanie cakap maybe resdung kut sebab kepala tak pening pun. Biasa la, berleter sebab wanie memang kaki seafood especially udang. Wanie kureng sket kalau ayam daging ni, tapi kalau udang... pergh, champion! :-P Adalah buat keja dalam setengah jam, lepas tu wanie cakap yang wanie dah tak tahan and wanie ajak mr.love bawa wanie ke Pusat Kesihatan UPM - wanie fikir, gomen, murah sikit kot dari swasta...
Time jumpa doktor, doktor cakap memang tu tanda-tanda sinus. Semua yang dia tanya macam, ada rasa kahak ke, ada rasa selesema ke, sakit kepala sebelah ke... semua tu wanie said yes. Especially bila bangun pagi, soksek soksek hidung ni. Lepas tu, doktor prescribe ubat macam kat bawah ni :
Syukurrrrr ya allahhhh... malam tu sebelum tidur, wanie makan ubat yang biru tu dan titis Iliadin tu 2 drops each nostril. Tak rasa apa-apa pun titis tu... cuma rasa je ubat tu mengalir ke tekak.
The next morning, wanie try mengiring ke kanan slow-slow. Alhamdulillah, dah tak rasa apa-apa sakit langsung!! It does work with izin Allah. Hari ni dah hari ketiga and wanie tak miss lagi ubat walaupun dah tak rasa apa-apa sakit.
Wanie pun google lah pasal iliadin ni. Rupanya, nasal drops ni fungsinya macam mengeringkan mucous dalam hidung. Sesape yang resdung, memang tahu la peritnya rasa macam ada hingus, tapi tak keluar atau kalau keluar pun tak pernah nye habis, lepas tu rasa macam ada kahak melekat kat tekak ni. Pagi tu, seriously hidung wanie kering, dah takde soksek soksek tiap-tiap pagi dan wanie rasa saluran tekak ni macam clear sikit. Takut kering sangat, wanie started drink lots of water everyday and everywhere I go, mesti bawa bekas air. Minum air banyak pun elok juga, badan pun tak la rasa lemau sangat since wanie kerap sangat makan dan minum luar n dah sah-sahla, order air manis instead air kosong kan..
Maybe resdung wanie masih diperingkat awal. Sesetengah orang, sampai berjerawat satu belakang, muka, blackhead whitehead teruk.. macam wanie, kalau jerawat tu controllable lagi, imbalance hormone and tido tak cukup or kalau dah dekat-dekat "full moon" tu, menjengah la jugak jerawat 2 3 ketul, heheheh..
Ada satu forum pasal resdung wanie baca, dia ni resdung dari kecik, memang dah teruk. Dia cakap, setakat iliadin ni, dah takde effect dah pada dia so dia ambik satu jenis lagi nasal drop/spray (tak ingat) yang ada steroid.. errrkk.... -.-"
Dan bermula dari hari tu, wanie try jaga sangat-sangat pemakanan wanie walaupun kadang-kadang "terbabas" jugak. Heheheh.. dah tak sanggup nak kena untuk kali ketiga sakit kepala tak boleh tunduk tu. Kalau makan kat luar, wanie pastikan makanan tu takde yang memerlukan belacan and eat lots of veggies. Everything start from cara pemakanan yang betul sebab dengan pemakanan yang betul, itu yang akan affect our health and lifestyle.
03 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment