Baru sudah berbual dengan roommate, kesian dia. Kerana sedikit kecuaian sendiri, dah tak aman dah hidup dia. Sentiasa dalam ketakutan sebab sedikit sebanyak, personal information dia dah leakage. Nak sue men-sue pun, tak boleh juga sebab.. herm.. sebenarnya, pada Wanie lah kan, setahu yang Wanie belajar dalam bidang security ni, dua-dua pihak bersalah sebenarnya..
Al-kisah, kawan Wanie ni resign kerja - 24 hours notice atas sebab-sebab yang tak dapat nak dinyatakan di sini, dan pagi ni, kawan Wanie ni pergi lah ke company dia nak settle apa patut. Dah dilayan macam orang bersalah je, habis semua laci diselongkar oleh pihak company. Kawan Wanie ni dibenarkan untuk clearkan file-file peribadi macam dalam MS Outlook. So, segala connection internet dari pc yang dia selalu gunakan tu, diputuskan. Yang kawan Wanie sempat, clearkan inbox dan sent items dalam MS Outlook je. Dia terlupa nak logout email dia - lupa jugak nak clear cache, history dekat browser.
Nak dijadikan cerita, kawan Wanie ni pun bukak lah email dia dalam jam 11-12 malam macam tu. Sangat-sangat surprise, ada email yang belum lagi dibaca, dah dibaca! Terkejut lah kawan Wanie ni. Dan memang dia tak syak sape-sape dah selain dari pihak company tu sendiri. Email yang dibuka pulak, certain-certain yang ada kaitan dengan kerja dia je. Memang naik angin lah dia tadi, terus tukar password.
Apa yang Wanie boleh katakan dari ilmu yang hanya secebis ni adalah, kedua-dua pihak sebenarnya bersalah. Yang pertama sekali, seharusnya roommate Wanie kena clear cache, logs, cookies, history, setelah dia menggunakan pc tersebut. Dan adalah menjadi 1 kesalahan menggunakan pc company atas tujuan peribadi atau membuka email peribadi. Pendek kata, jangan nak buat perkara-perkara personal menggunakan PC company, MEMANG SALAH! Dan company tu sendiri, berperikemanusiaan lah sikit. Memang pc tu harta bagi company tu, tapi bila anda masuk dalam email orang dan mengumpul data peribadi si mangsa tanpa pengetahuan mangsa tersebut, benda ni pun dah salah. LAGI SALAH BESAR APABILA COMPANY ANDA MENGGUNAKAN PIRACY SOFTWARE!
Kesimpulannya di sini, jika salah seorang dari mereka mengambil tindakan, kedua-duanya akan kena. Tapi, paling dahsyat impact mestilah company kan. Berani betul guna pirate punya software. Dah cukup kaya ke nak bayar saman kat Microsoft? :-)
22 March 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment