Ha, hari ni nak share kepada kaum wanita yang masih belum menyedari akan kehadiran tudung bawal Datin Norjuma. Ala... Juma... siapa tak kenal wanita yang sangat jelita tu kan? :-) Sebenarnya, Wanie sangatlah outdated kalau berkenaan style-style fashion zaman sekarang. Memang tak ambil tahu sebab bagi Wanie, berfesyen ni sesuai untuk golongan bekerjaya je sebab sudah ada pendapatan sendiri. Bagi yang masih bergelar pelajar macam Wanie ni, rasanya tak perlu berfesyen kot? Especially bab tudung. Wanie malas sikit nak pakai shawl sebab tak berapa kena dengan... *ehem* muka *ehem* bu.....lat (ahh... malulah!) Wanie lebih prefer tudung bawal sebab dapat cover sikit muka *ehemmm, batuk lagi* bulat ni..
So. seorang housemate Wanie tunjukkan sehelai tudung dual tone kat Wanie. Cantik, Wanie cakap.. housemate Wanie pulak cakap "Ala... Wanie. RM 15 je kalau ada dua tiga tone ni, kalau kosong, RM 7 je!" Time tu terus terbeliak biji mata, eh, macam tipu je... mesti tudung dah reject ni sebab murah sangat. Kat Jalan TAR pun paling murah RM 10. Lepas tu, housemate Wanie pun bagitau, dia beli kat kiosk AJ (kedai Datin Juma ni). Terus la kan, Wanie ajak seorang lagi housemate Wanie pergi ke kiosk yang nearest, which is di LRT Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur. Haaa... berborong sakan lah time tu.
Dan paling best hari ni, Wanie pergi The Curve di Damansara. Kat sana pun ada kiosk tudung bawal Juma ni. Yang paling bahagia, mestilah bila si dia hadiahkan tudung kat saya... hehehe...
Yang kat bawah ni, antara koleksi-koleksi tudung Juma yang saya dah miliki. Anda bila lagi?
Ini Tudung Bawal plain, 1 warna..
RM7/piece
Yang ini pula yang dual tone - warna dari cerah ke gelap
RM15/piece
*si dia hadiahkan yang 2nd dari kiri dan 2nd dari kanan*
- thanks sayang! :-)
Dah lama Wanie tak memborong tudung ni. Selalunya, mama yang tolong belikan dan pilih warna dan corak untuk Wanie sebab Wanie memang tak reti langsung bab nak pilih-pilih ni. Setahu Wanie, tudung bawal ni mahal. Sehelai sampai berpuluh-puluh ringgit, manalah Wanie tak sayang duit nak beli sehelai... :-(
Apa pun, thanks Datin Juma kerana mengembalikan zaman kegemilangan tudung bawal kembali. Sekaligus, membantu golongan macam Wanie as a student nak beli tudung murah dan LEMBUT TEKSTILNYA. Cuma, yang tudung dual tone tu sedikit keras. Tapi, either plain or dual tone, Wanie dah cuba kedua-duanya. Memang tak panas. Sesuai dengan Wanie yang mempunyai kulit yang sangat sensitif dengan tekstil kain yang kasar.
On our way to The Curve
0 comments:
Post a Comment