Jom jom, rasa rajin ni nak share resepi yang Wanie cari kat Mesra.net, and Wanie olah sendiri mengikut barang-barang yang ada dalam peti ais je.
Bahan-bahan
- Udang
- Sos tiram
- Sos tomato/cili
- Kicap
- Serbuk pati ayam Knorr
- 5 ulas bawang putih (kisar)
- 3 ulas bawang merah (kisar) - kalau bawang merah tu besar, 2 ulas pun dah ok.
- Cili kisar
- Garam & gula
- Telur
- Tepung jagung
- Veggies (carrot, jagung muda, cabbage)
- Fishball/fishcake
- Sedikit minyak masak
Cara-cara memasak
1. Rebus udang yang dibersihkan bersama dengan serbuk pati ayam Knorr (serbuk pati ayam ni dalam 3-4 sudu besar). Kuantiti air dalam 2 mangkuk besar.
2. At the same time (wah, bahasa! Speaking London gittew :P) , panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama dengan bawang putih dan bawang merah.
3. Bila dah naik bau, masukkan sos tomato/cili, sos tiram, kicap (kuantiti bergantung berapa banyak yang nak dibuat). - kalau nampak macam pekat sangat atau nak kering, masukkan 1 senduk air rebusan udang tadi. Kacau-kacau sampai nampak macam menggelegak.
4. Okay, boleh tutup api dah rebusan udang tu. Tuang semua air rebusan berserta udang dalam tumisan tadi. Masukkan fishball/fishcake, jagung muda dan carrot. Kacau sebentar dan biarkan sampai carrot dan jagung muda lembut.
5. Carrot dah lembut? Dah? Ok good. Ambil dalam 3-4 sudu tepung jagung, bancuh tepung jagung tu dalam 1 senduk kuah hailam dalam mangkuk lain. Kacau kacau, pastu tuang balik dalam kuah hailam yang dalam periuk tu. Kalau still cair, repeat the same method sampai kuah nampak pekat yang diingini.
6. Tuang another veggies macam cabbage dalam kuah hailam. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau kurang kick, boleh outer sendiri dengan cili padi. Kemudian, pecahkan telur dalam kuah hailam dan biarkan sampai telur tu masak.
7. Dah siap! Dah boleh makan dengan mee atau spaghetti. Simple kan? ;-)
Kualiti gambar agak annoying sebab snap gambar guna tab je. Supposely, warna kuah tu nampak lebih dark.
See you guys on my next post! Selamat menjamu selera! o^^o
0 comments:
Post a Comment