Hai korangggg...
Wahhhhh lamaaa nauuu tak kembali bersiaran ni. Gigil jari nak taip balik... last post pun lepas raya tahun lepas pasal rendang. Ni dah tahun baru, tinggal lagi beberapa hari je lagi nak masuk Ramadhan 2021. Korang dah cukup ganti puasa ke belum tewwwww?? 😋😋😋 Kuih raya dah list down dah ke mana nak kena buat sendiri, kot laaaaaa tak boleh rentas negeri raya nanti... hahahaha~ sentap tak sebut pasal raya? Sama dengan laaaa kita... harap2 ada berita baik menanti kita semua time dekat nak raya nanti kan! Jom amin sama-sama! Aminnnnnnnnnnnnnnn~~~
Oklah, berbalik kepada tajuk posting kita, pasal Melter - amender Melter ni?? Haaa jap Wanie share gambar sket eh..
Apa lagi Melter ni boleh buat selain selain dari boleh remove makeup biasa and heavy makeup juga, dan cleanse muka? Ok meh Wanie list down bagi korang senang nampak... thanks me later... kohkohkohkoh! 😂😂😂
🌹 Boleh seimbangkan pengeluaran sebum pada kulit, bila pengeluaran sebum terkawal jerawat takkan datang dekat. Korang tahu tak, hanya dengan minyak je (cleansing oil) boleh tarik minyak kat muka kita (sebum) dengan efektif tau! So sape yang rasa macam eh muka aku berminyak, takkan nak pakai texture oil nanti lagi berminyak? Mindset ni kena tukar eh... kena tune! Sebab salah sangat-sangat!
🌹 Boleh 'tarik keluar' whiteheads & blackheads bila diurut 5-10 minit, lalu pores pun terus terasa bersih. No more tiny bumps pada muka. Licin kulit uolsssss. And korang takkan rasa kulit muka tu kering atau tight!
🌹 Bau Lavender dan beri effect calming dan relaxing bila pakai. Ala-ala di spa mewah gitu, siapa tak suka feeling camtu kan?
Haaaa part bau Lavender, 9 April ni korang tunggu! Ferrarossa keluarkan Rose Version wehhhhhhhhhhhhhhhhh~~ tak sabarrr haaa! Wanie jenis addicted dengan bau ros ros ni... tak tahan uiii~
And sebab Wanie sendiri pakai, lepas setahun, baru tergerak hati macam aku nak share benda-benda best ni kat orang lain la. Sebab, aku sure bukan aku sorang je jenis malas nak cuci makeup ni. Benda memang betul senang, tambah-tambah kalau pegi mall, nak solat kan... muka dengan berpondesyen, nak remove makeup, nak cuci lagi... tak ke penuhhhh beg??? So, ada melter ni seketul dalam beg, haaaa... settle masalah, pegi travel pun tak payah nak sesusah angkut makeup remover, cleanser lain lagi, cotton pad lagi... betul tak??