26 December 2017

Misi Pencarian Katil

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam korang....


Kunci rumah baru dah dapat 2 minggu lepas. Alhamdulillah, walaupun rumah banyak jugak defects dan wanie dah hire defects inspector, report dah diserahkan pada pihak developer minggu lepas. Harap-harap respond cepatlah according to SNP walaupun terjadi beberapa perkara yang agak sakit hati. Part ni, nanti lah wanie cerita in details. Buat sementara ni, tunggu je respond diorang. Nanti follow up semula...


One of defects yang ada is hollow tiles. Macam dekat living room, banyak jugak hollow tiles nye. Mood masuk rumah baru agak kelaut sebab duk fikir, kalau sofa semua dah beli, nanti kalau orang datang nak check, satu hal pula nak angkat sofa tu ke sana ke mari. Kalau nak kena ketuk ke apa lantai tu, dah kena tutup habis semua barang-barang yang ada takut habuk. Dah lah letih berpindah randah, mengemas semua, tidur pula atas tilam bujang je. Time rumah sewa dulu, memang wanie dengan husband tak beli katil tilam pun, sebab susah nak berpindah. So, tahan lah dulu sakit-sakit sengal-sengal badan tidur atas tilam yang takde spring (wanie and husband ada backache, orang IT, duduk depan pc standard lah minimum 8-9 jam sehari).


Fikir punya fikir dengan husband, dia tarik budget sofa dengan rak tv. Dia cakap nak beli katil dengan tilam. Defect tak defect, yang tu kemudian. Yang penting, both of us having enough and good rest. So, minggu lepas wanie dengan husband ke Viva Home, Kuala Lumpur. Wanie dah pesan husband, budget kita below 1.8k sahaja, maximum pun 2k. Husband macam biasalah, ok je.


So jalan punya jalan, kitorang decide nak King Koil. Time masuk tu, terus nampak katil "King of The Koil". Tengok harga, Queen size pun dah 30k. Terbeliak bijik mata. Tapi test la jugak katil tu, gile tak test, katil 30k.. ahahahahha! Pas tengok-tengok, ish, katil yang dok ada dalam display ni pun dah overbudget sangat ni. Semua hotel collection series.. macam tak tergamak pulak nak stay lama-lama. Bukan apa, kesian kat sales assistant tu. Penat dia explain macam-macam nanti. Tapi, husband macam rilex je dia. Dok buat best duk test satu tilam tu, Premier Deluxe. Sales assistant tu cakap, tilam yang ni Hotel J W Marriott guna. Wanie dah macam ok ok... mata ni nak terjojol keluar jeling husband ajak keluar. Tak naklah mahal-mahal sangat **baik beli PS .... hahaha bertabahlah bini kaki main games**


Tup tup.. husband cakap, "OK" . Perghhh!!! Mahal kottt.. harga tu 2 kali ganda budget maximum wanie. Tapi bila husband cakap "u sakit belakang.. dah lama sangat dah tidur tilam biasa" .... halahhhh.. terus macam nak peluk husband time tu gak. Concern rupanya.. ahahahah.. yang kita ni nak budget beli games.. hahaha~ takpelah. Budget PS tu, masuk dalam gaji wanie lah. Kehkehkeh..


Katil Premier Deluxe dari King Koil Hotel Collection ni so far sedap bila baring. Tak terlalu keras, dan tak terlalu lembut. Sesuai untuk sape yang suka tidur mengiring, atau bila bangun, badan kebas-kebas. Gambar lupa snap pula, tapi lebih kurang gambar macam ni lah ... dan rezeki kot, King Koil bagi free bedframe siap custom made color lagi, freegift 2 bantal Soft Pillow Kingkoil, 2 bantal keras (to feel like hotel, bantal keras bawah, bantal lembut atas) dan King Koil mattress protector. And kaki katil tu custom kan to 4 inch , senang nak vaccum or sapu-sapu bawahnya nanti.




9 January neh King Koil hantarkan ke rumah baru. Yayyyyyyyyyyyy!


p/s : bila lahhhhh mampu nak beli yang King of The Koil 30 ribu tu.... hahahahahaha!

0 comments:

Post a Comment