26 December 2017

Misi Mencari Langsir Rumah Baru

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam lagi...


Haaaa 2 post harini, sebab kat ofis takde keje. Lagi 4 minit tunggu lunch break. So, tumpang ada mood blogging ni, kita post kan ajerrrr.. *rating blog check kat Nuffnang dah jatuh sebab lembap sangat nak pos benda best-best* ... heheheheh~


Okes... memandangkan rumah baru wanie di Masreca 19 Cyberjaya dah masuk, haruslahhhhh cari langsir kan. Kang free show je kat rumah tu.. hehehe. Mula-mula, wanie dengan husband ke MK Curtain di IOI Puchong. Bila masuk, macam tak friendly langsung pekerja dia yang tunggu kat kaunter tu. Dok main games. Dahlah wanie dengan husband ni first time nak pilih pilih langsir ape semua, sampai kena panggil excuseeee meee excuseeeee meeee berkali-kali baru nak dengar. Time ni dah sentap dah, terus takde mood. So, tengok-tengok gitu je pastu terus blah. Dahlah, aku ban MK Curtain IOI Puchong tu! Tak koserrrrrrr nak pegi dah!


Ape lagi, terus ajak husband pergi Nilai 3. Haaa~ kau siap duit aje kat sini. Biasanya datang sini, si suami yang kena tarik tangan isteri kan sebab rambang mata nak itu ini. Kali ni situasi terbalik, wanie pulak yang tarik tangan husband. Pening melayan dia.. style wanie, masuk tengokkkkkk camtu. Kalau rasa cantik, ON, tak cantik, TAK ON! Hahahaha~ tapi husband, dia punya belek punya belek, kalau main dota pun dah abes 2 round.


Mula-mula, kitorang ke CK Textile. Tak tau lah adik beradik MK ke tak, so far, nice pattern dia. Cuma, wanie punya preferable, nak curtain plain. Taknak corak-corak, serabut.. hahaha~ walaupun masuk sini goyah jugak pendirian sebab ada satu curtain warna purple tu alaaaaaaa sweetttt sangat. Lepas jumpa jenis curtain yang nak, kira punya kira untuk master bedroom dan ruang tamu sahaja (upah datang rumah ukur tingkap + upah jahit + upah datang rumah balik pasang + 4 batang rail biasa + sheer curtain) = RM 2017 ... hermm... 2017. Cukup-cukup tahun ni. Hahaha~ husband macam nak ON, tapi cepat-cepat wanie cakap kita pegi survey yang lain dulu.


So pegi lah ke kedai langsir Sri Maju , opposite CK tu jugak. Pattern tak berapa masuk taste sangat, tapi kalau yang jenis plain, ada pattern macam yang wanie nak. Jenis kain guni, hahahahaha~ lepas kira-kira untuk master bedroom dan ruang tamu sahaja (upah datang rumah ukur tingkap + upah jahit + upah datang rumah balik pasang + 4 batang rail biasa + sheer curtain) = RM 1300 macam tu je. Hah! Yang ni wanie ON! Terus konfim bayar deposit semua.



Ni diorang baru sampai, nak pasang rail. Untuk bagi nampak rumah tinggi, wanie pasang rail kat ceiling, bukan dinding.

Oh ye, rail memang wanie pilih macam ni. Bagi sesetengah orang, prefer ring atau yang pattern macam sangkut-sangkut ala singlet (mahappp.. tak reti jenis jenis langsir ni) semua kan sebab senang nak buka pasang, tapi disebabkan wanie nak bagi nampak penuh dari atas sampai bawah, wanie pilih rail jenis ni. So that, tak nampak ada gaps / ruang belah atas tu. 



Ni tukang langsir tengah pasang rail kat ceiling



Pemasangan sheer curtain sedang dijalankan.. hewhewhewww


 

Tadaaaaaaaaa!!

Ini bahagian ruang tamu, wanie pilih warna hijau muda soft macam ni .. ukuran langsir ni wanie buat sampai ke hujung. Sebab kalau just tutup tingkap tu je, rasa macam pelik pula. Yang hujung nak hias ape pun tak reti.. hahaha 
(rumah takde balcony, ada tingkap je.. hewhewhew) 

Dan untuk ruang tamu, wanie cuma buat sekeping je langsirnya untuk ikat kat tepi macam dalam gambar tu.



Yang ini dalam master bedroom. Wanie guna warna dark chocolate. Ngam sikit dengan cupboard sebelah tu. Yang ni wanie buat 2 keping langsir. 



Simple. Just nice, ukuran pun cantik. Ngam ngam je, tak de labuh labuh meleret. Susun-susun curtain pun cantik. Teringat pesan mama, kalau nak beli curtain jangan ambik ukuran cukup-cukup untuk lebar tu, kena lebih supaya susunan curtain tu nanti cantik dan jangan kedekut sebab curtain memang mahal sikit, tapi berbaloi sebab pakai lama. Kalau jenis suka bertukar-tukar tu, tak tahulah. Masing-masing punya citarasa.


Pilihan warna hijau untuk ruang tamu sebab nak bagi nampak rilex dan damai je bila balik kerja. While warna coklat dalam bilik untuk kelihatan lebih privacy. Sekarang ni lampu putih, once dah pasang lampu kuning-kuning tu, alaaaa cantiknya! Bilalahhh boleh petik duit kat pokok ni.. hehehehe~


Wanie suka macam ni, takde renda renda. Tak minat. Memang corak kosong plain kain guni.. 1 meter dalam 70 - 75 ringgit tak silap, ke ada diskaun tah.. Nanti bila dah complete dengan perabot, baru la cantik. Tunggu yeeee..


0 comments:

Post a Comment