17 January 2016

Resepi Puding Custard Berkuah Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang..


Nak test application blogging baru, Bloggerdroid. Dah 5 pagi ni, baru balik dari Melaka sebenarnya dengan kawan-kawan. Lagipun, kitorang bertolak pun dah lewat petang, itu yang sampai ke pagi baru nak sampai rumah.


Oklah, mata dah ngantuk. Tapi, application baru punya pasal, nak jugak post simple resepi kali ni. Wanie buat puding ni semalam sebab off day, boring duk rumah, boleh ngap ngap sambil layan movie. Heheheh...


Bahan-bahan untuk puding :

♡ 1cawan tepung custard - wanie guna brand Nona
♡ Setengah sudu kecil garam
♡ 3 sudu besar gula
♡ 2 sudu besar susu pekat
♡ 5 cawan air
♡ 1 sudu besar marjerin
♡ Jagung tin berkrim


Bahan-bahan untuk kuah custard

☆ 1 tin susu cair - wanie guna brand Ideal
☆ 1 tin air
☆ 1 sudu kecil esen vanila
☆ 2 sudu besar tepung custard (dibancuh dengan sedikit air untuk bagi tepung larut sahaja)
☆ 3 sudu besar gula
☆ 3 sudu besar susu pekat



~ Cara-caranya ~

1. Bahan-bahan puding, satukan semuanya ke dalam periuk kecuali marjerin (bukan atas api - bagi tepung custard sebati dulu. Dah cair, baru letak atas api). Kacau non stop sampai kuah likat dan macam bunyi meletup plop plop tu, baru masukkan marjerin. Fungsi marjerin ni untuk bagi nampak puding kita cantik dah berkilat. Tak letak pun tak apa.

2. Tutup api. Masukkan dalam loyang. Biar seketika sebelum chill kan puding dalam peti ais.





3. Untuk kuah - satukan semua bahan dan kacau sampai gula larut. Rasa dan tambah gula/susu pekat ikut citarasa. Siap.


4. Korang boleh beli canned mixed fruit kat supermarket. Baru meriah sikit puding korang.. hehehe



Amacam? Simple kan. Selamat mencuba!


0 comments:

Post a Comment