10 June 2025

Resepi Air Kacang Soya Guna Thermomix

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Helloooo~~ dah lama tak bersiaran. Harini nak share resepi air kacang soya guna thermomix. Yang best, tak perlu rendam biji soya tu. Sebab baru sudah buat, so nak simpan sini. Senang nak refer balik nanti. Thermomix ni pinjam yang member punya, dah bercita-cita lama dah nak ada 1. Cuma, sebab harga mahal sangat, terfikir takut jadi "tukun" je kat rumah. Nampak gayanya, macam tak. Memang sangat-sangat function eh. Cuma TM 7 tak officially masuk Malaysia lagi. Bulan 10 ni baru masuk.. so kita menunggu je lah dulu. 

Resepi ni wanie cari kat facebook. Kredit kepada empunya resipi ya :


Bahan-bahan:

  • 200g kacang soya kering
  • 1200g air
  • 3 daun pandan disimpul
  • 80g gula (ikut citarasa)

Cara Penyediaan:

  1. Attach butterfly whisk

  2. Germinate bean soya 1 jam : Masukkan 200g kacang soya kering dan 1000g air (utk kegunaan germinate bean soya) . 60 min/37°C/speed 1

  3. Tapis kacang soya. Remove butterfly whisk. Masukkan bean ke dalam bowl semula. Masukkan 600g air. Blend 1 min/speed 8

  4. Tambah 600g air lagi. Mix 10 sec/speed 3 . Kemudian, tapis air soya guna penapis soya.

  5. Bilas bowl. Tuangkan air soya ditapis tadi ke dalam bowl.

  6. Masukkan 3 daun pandan disimpul . MC off, ganti dengan simmering basket.
    Masak 
    18 min/90°C/speed 3 .

  7. Masukkan 80g gula. MC on. Mix 1 min/speed 2 .

  8. Keluarkan daun pandan. Ready to serve.

07 November 2023

Resepi Kurma Daging Utara Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

 Hello, salam semua!

Semalam dinner, wanie masak kurma daging. Kali ni, kita buat style lain sikit. Biasanya sapp sapp siappp kan? Kali ni, terlebih rajin dan cik abang pun suka sangat. Bahan-bahan yang digunakan, ingredients dan kuantitinya lebih sikit dari kebiasaan wanie masak. Saja masak lebih kali ni sebab masak dinner, boleh panaskan esoknya time lunch jugak. Jom tengok!


Bahan-bahan blend
---------------------------
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan-bahan lain
----------------------------
1 peket kecil serbuk kurma Babas
300 - 400 gram Daging dipotong kecil 
4 sekawan (kulit kayu manis 1 batang , cengkih 4 kuntum , bunga lawang 2 kuntum , buah pelaga 5 biji) *
3 pelepah daun kari *
1 inci halia - dimayang *
2 ulas bawang putih - dimayang *
3 biji bawang kecil - dimayang *
1 1/2 sudu besar kerisik
1 kotak kecil santan
2 tangkai cili besar (potong tengah separuh sahaja, jangan putus 2)
3 biji kentang - potong 4 
Gula melaka (separuh keping)
Garam
Ajinomoto (optional)
Minyak masak



Cara-caranya
-----------------------------

1) Panaskan minyak - kuantiti agak banyak sikit macam nak masak gulai

2) Tumiskan bahan-bahan bertanda * sampai naik bau wangi atau bawang dah layu sikit. 

3) Kemudian, terus masukkan bahan-bahan blend tadi bersama 1 peket serbuk kurma dan kerisik. Kacau sebati dan tumis sampai pecah minyak.

4) Masukkan kentang. Kacau-kacau dan biarkan sekejap untuk beberapa minit (step ni untuk nak bagi kentang cepat empuk nanti). Masukkan 1 sudu kecil garam time ni, supaya rasa tu boleh meresap dalam kentang awal. 

5) Lepas kentang dah agak-agak half cook, masukkan daging dan cili besar yang dibelah tengah tadi. Biarkan air daging keluar dahulu sebelum nak tambah air (kalau terus tambah air, nanti kuah cair).

6) Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit, santan, gula melaka, garam dan ajinomoto. Balance kan rasa dan kepekatan kuah.


Siap!

Ada nasi tomato ni, perghhhh!! Terbaik~~

14 August 2023

Resepi Gulai Daging Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Harini nak upload resepi Gulai Daging Simple favourite cik abang kita. Bertambah-tambah nasi dia makan, consider pass lah dengan selera dia. Seronok bila ada blog tempat nak share resepi ni, sebab husband pun dah pandai masak. Kalau wanie sibuk buat kerja rumah yang lain, urusan dapur memang boleh serah dekat dia. Kadang-kadang, bila wanie habis kerja malam, dia refer je blog ni untuk masak dinner. Legaaaa tak terkata.. hehehe~



Bahan-bahannya

-----------------

1 peket rempah kari daging Babas (biasa)

1 peket rempah kari daging Babas (pedas)

1 sudu teh serbuk jintan manis

1 sudu teh serbuk jintan putih

1 sudu teh serbuk ketumbar

4 biji bawang kecil (hiris)

3 ulas bawang putih (hiris)

1 1/2 inci halia (hiris)

4 pelepah daun kari

4 sekawan (1 batang kayu manis, 5 biji pelaga, 3 kuntum cengkih, 1 kuntum bunga lawang)

1/2 kotak santan kotak

Daging

Ubi kentang (potong 4)

Minyak

Gula melaka 

Garam

Sedikit ajinomoto (optional)

1 sudu kerisik

1 batang cabai besar belah tengah jangan putus



Cara-caranya

------------------


1) Rempah kari, serbuk jintan dan serbuk ketumbar disatukan dan dijadikan pes.


2) Panaskan minyak, lebihkan sedikit. Tumis semua bahan hiris, daun kari dan 4 sekawan sampai wangi. Kemudian masukkan pes. Goreng garing (jangan hangit) - masukkan air sedikit sedikit, dan kacau-kacau. Ulang step ni 2-3 kali sampai pes tadi betul-betul masak dan pecah minyak.


3) Masukkan daging dan kentang. Masukkan 1 sudu teh garam. Biar sampai daging keluar air dan agak kering sikit kuahnya. Time ni kari akan nampak pekat. Biar je, tambahkan air dan renehkan macam biasa. 


4) Bila nampak kentang hampir masak, masukkan santan, gula melaka, ajinomoto, kerisik dan cabai besar. Renehkan lagi sampai semua mesra gittewww.. Tambah garam jika perlu, time ni dah boleh balance kan rasa ikut selera masing-masing. Biar / kacau-kacau sekali sekala sampai lah kentang betul-betul dan empuk. Siap.



Note:

- Dia punya bau kari memamng semerbak 1 rumah. Masak time lunch, ada lebihan tu, cuma buat roti jala je untuk dinner. Umur dah banyak ni, malam-malam cuba untuk tak makan nasi. Heheh~

29 December 2022

Resepi Bubur Lambuk Udang Favourite Suami Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Salam semua.. 


Semalam husband tak sihat, demam selsema. Bila demam selsema ni, mula lah tak lalu nak makan apa-apa. Jenuh memikir juga, apa nak masak. Last-last, terfikir nak masak bubur lah. Teringat bubur lambuk Pak Hassan Kampung Baru tu, tapi, mana laaa nak dapat time-time ni kan. Jadinya, belasah aje lah masak apa yang ada kat dapur tu. Alhamdulillah, percubaan menjadi. 3 mangkuk penuh husband makan.. Happy me! Nak simpan sini lah resepi nya.. nanti, boleh buat lagi.

Bubur ni saya tak masak guna rice cooker. Memang manual masak dalam periuk/kuali dalam atas api.


Bahan-bahannya
🌼 1 setengah cup beras (dibasuh bersih dan di toskan)
🌼 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih **
🌼 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis **
🌼 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar **
🌼 1 kuntum bunga lawang **
🌼 2 kuntum bunga cengkih **
🌼 2 biji buah pelaga **
🌼 1 batang kulit kayu manis **
🌼 1 sudu kecil halba **
🌼 1 sudu besar black pepper (biji - ditumbuk)
🌼 3 ulas bawang putih - hiris
🌼 3 ulas bawang merah/kecil - hiris
🌼 1 inci halia
🌼 2 kiub ayam Maggi
🌼 1 sudu kecil udang kering yang dibersihkan
🌼 5 ekor udang (kalau udang size L, dibuang kulit dan dipotong 3. Kepala udang jangan buang)
🌼 1 kotak kecil santan Farm Fresh
🌼 Sedikit sahaja minyak untuk menumis
🌼 Air secukupnya
🌼 Garam
 
 
Cara-caranya
 
1)   Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai wangi. Kemudian, masukkan bahan yang bertanda **. Kacau sekejap, masukkan beras yang dibersih dan ditos tadi dan kacau sebentar.

2)  Masukkan air (banyak pun takpe). Kemudian, masukkan kiub ayam, udang kering, black pepper dan sedikit garam. 
Note : Gradually tambah air sampai beras hancur / bentuk bubur. Kena bersabar sikit sementara beras nak hancur ni.. 30 minit lebih tu biasa.. hahaha

3)  Bila nampak beras dah nak hancur, masukkan kepala udang dan isi udang. Tambah air lagi dan masukkan 1 kotak kecil santan. Kacau-kacau sampai dapat tekstur yang korang suka. Tambah garam kalau kurang masin. Siap.


Daun pandan tak ada. Kalau tak memang lagi wangi bubur. Kalau korang rajin, boleh makan bubur dengan tabur kan bawang goreng. Saya prefer letak lada sulah dan sedikit kicap. Selamat mencuba!    = ^____^ =