14 June 2015

Resepi Laksa Kuah Sardin Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Actually, laksa ni buat minggu lepas time off day. Mengidam lama dah laksa. Pergi pasar malam Putrajaya haritu, beli lah kelengkapan nak masak laksa. First time nak masak laksa ni weh... hahahahaha. Senang rupanya! Tambah-tambah orang *macam*uhuk*kita* ni yang geli/tak tahan bau dengan ikan, so pakai sardin je. Hahahahahah. Eh sedap ok! Jom check resepi!



♡ Bahan-bahannya ♡

● Laksa sebungkus (direbus atau direndam sampai lembut - kemudian toskan)
● 1 tin besar sardin (wanie pakai Ayam brand)
● 1 batang bunga kantan dipotong halus
● 1 ikat daun kesum
● Cili boh/cili kering kisar
● Garam gula secukup rasa
● Asam keping (wanie guna dalam 5-6 keping size sederhana)
● Cili padi merah (5-6 tangkai dikisar)
● 2 biji bawang besar



♡ Cara-caranya ♡

● Blend / kisar ikan sardin (ikan sahaja, sos tak nak) bersama bawang besar.

● Masukkan dalam periuk dan masukkan air sampai ikut tahap nak pekat atau cair kuah laksa masing-masing. Macam dalam gambar, wanie buat banyak tu lah. Kemudian masukkan dalam 2 sudu besar cili boh, baru mengancam sikit warna.. hehehehe

● Bila dah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan yang dihiris, asam keping dan cili padi yang dikisar. Ikut kepedasan masing-masing ye.

● Perasakan dengan garam dan gula. Biar lama sikit untuk kuah masak.

Okay siappp! First time masak, housemate tambah bermangkuk-mangkuk. Lepas ni nak masak letak nanas sikit, baru feel ala-ala Laksa Penang kan. Masam-masam manis (teringat laksa Midvalley).



*UPDATE*
- haritu balik kampung, masak lah laksa macam ni kat family. Settle seperiuk besar. Abah makan kat dia sorang je.. mama pun balik terawikh mesti cari laksa tu.. hehehe.. so konfim lah sedap kot.. ahhahahaha.. ok bai! :-P

12 March 2015

March, 2015

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Bukan malas berblogging.

Tapi kedudukan computer tak sesuai, jadinya, malaslah.. hahahahahahhaha.. ni pun berblogging dari mobile yang kerja hang pastu panas melampau. Nak ipong lettewww.. 😄

Bulan depan will be my last month staying in Cyberjaya. Lepas tu, I will be moving out and stay in Putrajaya, Apt Putra Harmoni. Way cheaperrrrrr than my current room. Harap kaya cepat sikit pasni boleh pakai Audi TT... eh? 😆

Banyak perubahan sejak bekerja ni. Dulu time study, berat nak naik sekilo dua pun malu-malu. Sekarang, tak tau malu dah.. ikut sedap je nak naik. Nampak sangat faktor usia - ini mama kita yang cakap. Cisss.. nak suruh kawen lettew.. ahahaha.

Hari tu kena hospitalized di Prince Court sebab 3 days non stop muntah. Food poison rasanya... call hospital dari KL sampai Shah Alam, semua ward full. 24 hour menunggu - Prince Court je ada bilik, itupun nasib baik bilik baru je diorang clean. Ape lagi, terus kena masuk emergency, ultrasound and drip air 3 botol, baru lah cerah mata sikit. Kalau tak, lembik je sebab dehydrated.

Hujung bulan ni nak balik Kedah. Lama sangat tak balik, since pergi Krabi haritu. Alang-alang nak balik, boleh lah angkut some of my stuff balik Kedah sebab tempat baru nanti bilik sharing and rumah pun smaller. Itu yang nak kena berangkut habis dengan keyboard, baju yang jarang pakai, pinggan mangkuk yang banyak, semua nak bawak balik.

Its 10.20pm now. Time to sleep. Esok kerja sampai Sabtu.

Gewdnait. 😎


11 January 2015

Resepi Udang Butter Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Hari tu wanie masak udang butter. Lupa nak post kat blog.. hahaha.. tapi resepi udang butter wanie versi creamy ye.. wanie kureng sket kalau yang jenis kering bersarang-saranghae tu.. hehehe..

Oleh sebab update via mobile, so nak edit post or gambar cun cun takde ye..


Bahan-bahan
🎀 Udang sederhana (macam dalam gambar)
🎀 2 tangkai daun kari (daun sahaja)
🎀 3 ulas bawang putih (potong dadu)
🎀 2 tangkai cili padi (hiris kecil)
🎀 Setengah sudu kecil serbuk kunyit
🎀 Setengah sudu kecil serbuk pati ayam Knorr
🎀 1 setengah sudu besar salted butter
🎀 Minyak masak
🎀 Garam gula
🎀 Susu cair
🎀 Setengah sudu kecil mayonis (optional)


Cara-caranya
🎀 Udang yang dah dibasuh bersih, ditoskan airnya. Gaul dengan kunyit, sedikit garam dan setengah sudu teh serbuk pati ayam Knorr. Perap dalam 10 minit.
🎀 Goreng udang separuh masak dalam minyak masak dan ketepikan.
----------------------------------------------------
🎀 Guna frying pan baru. Cairkan butter dan masukkan sesudu dua minyak masak.
🎀 Tumis daun kari, bawang putih dan cili padi 2 minit
🎀 Masukkan udang yang digoreng tadi
🎀 Tuang susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau slow slow. Jangan satu tin plak, cukup sekadar berkuah sikit je.
🎀 Season to taste with garam and gula
🎀 Masuk mayonis sikit
🎀 Done!


Walaoweh! Lapar!

#Gambar udang butter tu dalam bekas pink. Sebelah nye tu pudding marble. Hahahahaha..

My Quick and Lazy Skincare Regime Before Sleep

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Morning! Its Sunday and I woke up very early today.. pffttt! Time hari kerja, nak bangun pagi bukan main liat. Ok.. malas nak cakap panjang. Nak post my first entry in 2015.


Well, its not too late to wish all of you HAPPY NEW YEAR!!!!! Yayyyy! Dont ask me about azam.. mengarut je sebab hari-hari pun wanie berazam itu ini. Hahahahaha ~


Sejak dah start keja, 8 bulan dah, sekali pun wanie tak pergi jengah spa. Hair saloon je yang dok gi pun sebab dekat dengan rumah. Ahakz.. time study dulu, rajin juga pergi berfacial kat spa. Tapi tulah.. sigh... orang kalau tak pergi facial, at least jaga makan, jaga skin sendiri.. wanie tak, malas and pakai buat donno je.. bila jerawat dah spread whole face, baru gelabah badak namanya..


Disebabkan kerja pun aircond, balik rumah pun aircond, so 24/7 dalam aircond (takyah berangan nak sejuk sejuk macam kat Cameroon pun takpe dah...), so my skin produce minyak yang kalau boleh ditadah, boleh buat deep frying. Dah jadi camtu pun, takde nak care lagi. Bila dah open pores macam gua kelam, whitehead blackhead dah pandai pulak nak ada, tu tak kira acne scar and jerawat yang besar keras tu lagi, baru kalut haa~

☆ Note : my favourite cleanser Organic Aid macam dah takde je. Wanie dah search 1 Putrajaya, Cyberjaya, Jitra, Alor Star and latest Midvalley, sama je, takde. Sigh...


So in replacement, wanie dah bought few cleanser tapi rough sangat effect dia. Sampai mengelupas kulit. So haritu, nekad nak spend lebih sikit duit... currently wanie pakai cleanser Sebamed - for oily and combination skin. So far wanie rasa ini best juga untuk replace Organic Aid, tak terlalu harsh sangat to skin and skin pun nampak la less oily. Baru try several days, lets see after 3 month camner ok? Price dalam RM 36 macam tu kat Guardian.


But before cleansing my face, wanie kalau rajin exfoliate muka dulu. Kasi buang dead skin cell. Wanie takde scrub muka sebab takut nak scrubbing, muka lagi teruk. Organic Aid pun ada scrub tapi dah habis. So wanie ganti dengan Nano White Exfoliate. Price dalam RM 28.


Then semalam overhaul muka sket, pakai mask Shiseido yang warna black tu. Itu peel off mask. Haaa.. bercinta jugak la nak tarik mask tu bila kering especially area hairline. Tapi puas hati gila bila kita tengok balik mask tu, tercabut habis whitehead, area hidung dengan dagu la especially. Hamik korang.. dah lama sangat melepak kat muka aku ye. Kasi nyahhhh sama korang.. tapi dari review lain, orang kata yang white mask lagi effective, lagi banyak whitehead keluar sebab kuat. Yeke? Nanti wanie try kalau jumpa ok, sebab jumpa banyak yang black mask je.


Ok dah siap, time to sleep. So, wanie just sapu light moisturizer (toner takde yang sesuai untuk my skin, pedih je kalau pakai. takpun, gatal gatal). Moisturizer wanie pakai Young Medi from Oslee. Price dalam RM 60 kot, tak ingat dah. Light use je... sebab lepas tu wanie sapu gel Hiruscar untuk acne scar dan apply gel Tidact untuk jerawat yang baru nak naik or tengah masak. Each around RM 50. Tidact tu agak mengeringkan, some people siap mengelupas skin sebab kering. Sebab tu wanie sapu dulu lightly moisturizer.


Ok dah.. naik atas katil. Ambik 2 sachets of Skin White Kawaii Collagen.. ngap macam tu je. Drink plain water segelas, done. Collagen ape tu? Haaa.. wanie pun bukan la jenis nak makan sangat suplement camni. Tapi wanie yakin sebab yang consume this product pun doktor kulit, sape tak kenal Dr Harlina, wife angkawasan kita tu?


Alright.. boleh start berdengkur. Harharhar~