Actually, laksa ni buat minggu lepas time off day. Mengidam lama dah laksa. Pergi pasar malam Putrajaya haritu, beli lah kelengkapan nak masak laksa. First time nak masak laksa ni weh... hahahahaha. Senang rupanya! Tambah-tambah orang *macam*uhuk*kita* ni yang geli/tak tahan bau dengan ikan, so pakai sardin je. Hahahahahah. Eh sedap ok! Jom check resepi!
♡ Bahan-bahannya ♡
● Laksa sebungkus (direbus atau direndam sampai lembut - kemudian toskan)
● 1 tin besar sardin (wanie pakai Ayam brand)
● 1 batang bunga kantan dipotong halus
● 1 ikat daun kesum
● Cili boh/cili kering kisar
● Garam gula secukup rasa
● Asam keping (wanie guna dalam 5-6 keping size sederhana)
● Cili padi merah (5-6 tangkai dikisar)
● 2 biji bawang besar
♡ Cara-caranya ♡
● Blend / kisar ikan sardin (ikan sahaja, sos tak nak) bersama bawang besar.
● Masukkan dalam periuk dan masukkan air sampai ikut tahap nak pekat atau cair kuah laksa masing-masing. Macam dalam gambar, wanie buat banyak tu lah. Kemudian masukkan dalam 2 sudu besar cili boh, baru mengancam sikit warna.. hehehehe
● Bila dah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan yang dihiris, asam keping dan cili padi yang dikisar. Ikut kepedasan masing-masing ye.
● Perasakan dengan garam dan gula. Biar lama sikit untuk kuah masak.
Okay siappp! First time masak, housemate tambah bermangkuk-mangkuk. Lepas ni nak masak letak nanas sikit, baru feel ala-ala Laksa Penang kan. Masam-masam manis (teringat laksa Midvalley).

*UPDATE*
- haritu balik kampung, masak lah laksa macam ni kat family. Settle seperiuk besar. Abah makan kat dia sorang je.. mama pun balik terawikh mesti cari laksa tu.. hehehe.. so konfim lah sedap kot.. ahhahahaha.. ok bai! :-P
0 comments:
Post a Comment