Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

05 August 2013

Clinelle Blemish Set - Part 1

Edit Posted by Miss Wanie with No comments


Hari Jumaat lepas, wanie iftar dengan kawan-kawan di TGI Friday kat Sunway Pyramid. First time try TGIF, wanie bukan penggemar steak sebab nightmare kena steak tak masak dan tak sedap di satu steakhouse yang agak popular di area KL. Tapi lepas ke TGIF and try rib steak (well done cook) pergh, boleh tahan sedap sebab sauce macam ala-ala kat Fullhouse (rasa sweet-sweet macam raisins sauce). Eh dah, nak citer pasal camne boleh ter-try Clinelle ni.. mukadimah panjang sebab excited makan steak sedap pastu tak nightmare dah pasal steak tak masak. Akakakakak~


Memandangkan moisturizer Organic Aid dah habis, so meredah lah kat AEON Beautystore kat Sunway tu, sebab malas nak jalan jauh-jauh cari Guardian ke Watsons. Cari punya cari, aiseymannnn takda pulak Organic Aid. Pastu, terus terpandang product Clinelle ni. Herm.. dah tengok lama dah.. tapi malas nak pegang sebab pricey sikit bagi wanie (student kannnn... cleanser 20 hengget pun aku cakap mahal. hahaha) Pas belek-belek Clinelle ni, tergerak hati macam, apakata give it a try... mula-mula, nak ambik moisturizer ja, tapi tiba-tiba terpandang 1 box set of blemish product macam gambar kat atas. 


Tengok-tengok harga, dalam RM 57.90 tak silap.. less than RM 60 lah. Terpengaruh sebab dia cakap less than 2 weeks boleh lah kalau nak nampak perubahan. Ada cleanser, toner dengan moisturizer - biasalah, basic things kan. Tapi dalam regime face care wanie, wanie skip part toner sebab tak pernah jumpa toner yang gentle and mild, pendek kata yang best lah.. beautician cakap tak elok la kan, sebab toner ni untuk close pores balik yang terbukak time kita cuci muka. 


So, hari ni hari yang ketiga wanie try Clinelle. So far, ketiga-tiganya blends well dengan my skin. Takde rashes, itchy or burning feeling.. yang wanie suka, memang set ni useful untuk control oil. Indeed!


Cumanya, tak try lagi this product dengan cosmetics. Sebab skin wanie lagi cepat oily kalau pakai foundation pe sume tu. So far, wanie tenyeh bedak compact je. Takpe-takpe, we'll see nanti camna. 


21 May 2013

Resepi Cupcakes dan Buttercream Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Yes! Memang cupcakes express punya resepi ni. Sekali dengan buttercream yang simple gila hah nak buat - for first timer nak belajar baking memang rasa bangga weh. Harharhar!

Resepi cupcakes kali ni, bahan-bahan mudah je nak dapat kat supermarket. Sebab wanie sendiri pun malas nak pergi bakery nak cari bahan itu ini, lagipun susah nak cari bakery kat Putrajaya ni (bukan susah, dah jarang keluar umah so tak tahu sangat location.. hehehe). Contohnya, macam banyak resepi buttercream mintak guna mavello dan creamwell/krimwell, mana laaa nak ada kat supermarket Jusco tu.. kalau ada, memang korang luck gile!



tengok.. botol susu anak sedara jadi mangsa untuk sukatan air.
cup beras pulak jadi sukatan nak sukat minyak. 
Hahaha~ apa pon boleh namanya!


Bahan-bahan untuk Cupcakes

-  1 kotak tepung Cupcakes brand Nona (sental je la perasa apa pun.. hehehe)
-  120 ml air 
-  120 ml minyak masak (vegetable oil suggested sebab kekonon low cholestrol... heheheh)
-  3 biji telur gred A 
**optional pewarna / perasa macam nak guna emulco atau essence ke..


Bahan-bahan untuk buttercream

250 gm butter (1 buku butter tu)
125 ml air sejuk (senang cakap air ais lah)
200 gm gula icing (diayak)
**optional pewarna / perasa macam nak guna emulco atau essence ke..


Hardware (I mean, utensils yang perlu ada... hahaha..)

-  Mixer atau hand mixer
-  Oven
-  Bekas untuk bake cupcakes 
-  Piping bag (bukan piping pipe air tu, neh piping untuk nak decorate cupcakes guna buttercream tu)


Cara-cara baking Cupcakes

- Panaskan oven dengan suhu 180 darjah (guna api atas bawah) selama 15 minit. 

- Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan mixer / hand mixer untuk pukul/sebat/belasah semua mixture - 1 minit guna kelajuan sederhana + 1 minit lagi untuk high speed. Done.

- Boleh masukkan mixture dalam bekas cupcakes korang yang comel tu ek. 3/4 penuh ok, jangan sampai penuh bekas, kang melimpah ruah + susah nak deco cupcakes dengan buttercream nanti.
** Macam wanie, wanie prefer guna bekas cupcakes jenis silikon (boleh je beli kat Daiso, RM  5 for 6 cups) sebab kalau nak guna paper cup, kena ada tray pulak kan... lagipun, kalau guna silikon, cupcakes tak melekat kat bekas. 


## kalau korang rasa nak buat cupcakes tu perasa coklat ke, strawberry waima mint skalipun, boleh la guna Star Brand punya essence tu. Macam wanie buat, guna perasa coklat. Tapi.. takde colour sebab dan nama pun essence je, so guna pewarna warna merah sebab takde pewarna coklat. Hahahaha... so kalau korang nak senang, cari emulco sebab emulco ni 2 in 1 (pewarna dan perasa). 


## mixture cupcakes + campur emulco/perasa/pewarna tu korang boleh kacau-kacau dengan spatula je. Tak payah guna mixer pun takpe. So boleh budget, kaler tu tak la over sangat.

- Lepas oven dah panas, masukkan cupcakes dalam oven dan bakar dengan suhu yang sama, 180 darjah selama 15 minit (actually, depend bekas cupcakes besar mana, lagi besar, lagi la lama nak masak)
** Macam time wanie buat, tak sampai 15 minit pun, dalam 10 minit macam tu je. Tips nak tahu macam mana cupcakes tu dah masak, cucukkan cupcakes guna toothpick ke, kalau tak melekat apa-apa kat toothpick tu kira dah masak dah.


awww... look at them, how 'bersemangat' nye dorang naik... hihihi!

- Sejukkan cupcakes. 
** Perlunya untuk sejukkan cupcakes untuk tak bagi  buttercream cair bila deco atas cupcakes. 


Cara-cara nak buat buttercream simple and sedap

- Firstly, pukul butter dengan high speed sampai butter tu jadi warna putih. 
** Lenguh weh kalau guna hand mixer. Siap bergilir-gilir dengan bibik lagi time wanie nak pukul butter ni. Hahahah~


thank you bibik!
^_^

- Lepas nampak butter tu dah putih, masukkan gula icing yang diayak sesenduk demi sesenduk (sebab korang boleh main agak sendiri nak manis macam mana sebab korang boleh rasa dulu). Pukul lagi sampai sebati.

- Then, masukkan air sejuk tadi sedikit demi sedikit and pukul guna high speed sampai betul-betul kembang/fluffy. Bila done, boleh off mixer dah.
** Cuba korang tonggengkan bekas tu, buttercream tu macam nak jatuh tak? Kalau macam ok je, tak nampak macam nak meleleh turun, dah ok la tu. Orang kata, nampak ringan. Err... senang cerita, pukul je la lama-lama 3-5 minit ke. Hahahah~ 

- Kalau guna pewarna/perasa, macam biasa juga method nye. Kacau-kacau guna spatula je.

- Dah boleh masukkan buttercream dalam piping bag. *Make sure cupcakes sejuk dulu!* Boleh start dah mendecorate cupcakes korang. Then sejukkan dalam fridge. 


Done!


p/s : Sorry, takde gambar cupcakes wanie sebab buruk gile hah wanie deco. Memang tangan tak berseni langsung. Harharhar~




HAPPY BIRTHDAY MY TEDDY!
WO HEN AI NI!
^_^


19 May 2013

MooGoo Acne Cleansing Cream - Jom Berkenalan

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Entry kali ni bukan nak buat review ye. Tapi lebih kepada memperkenalkan product yang wanie rasa quite good and safe to sensitive skin, lebih-lebih lagi kepada fans products yang berasaskan less chemicals ni. 


Pernah dengar tak product MooGoo? Lets take a look at this... 




Mungkin ada yang pernah dengar, dan mungkin pernah nampak, dan mungkin yang tak tau langsung... biasalah, tak semua kat Watson Guardian tu provide barang-barang yang sama kan.. okay, back to actual topic. 


Product MooGoo ni sebenarnya berasal dari Australia. Apa yang membuatkan wanie mesmerize bila wanie terpandang satu caption yang product deodorant diorang drinkable! Pergh... biar betik?? Gile safe sampai drinkable... hehehehehhe..


Lepas usha punya usha, rupanya product ni sangat suitable untuk people yang sensitive skin, sebab product diorang less chemicals macam Paraben and SLS free, even more, product ni juga boleh digunakan pada baby. Lagi best, product ni boleh digunakan bagi sesiapa yang ada penyakit Eczema - siap ada starter pack lagi dari body wash yang juga safe untuk cuci muka sampai la ke cream-cream untuk body. Perghhh!!


Semalam di The Gardens kat Farmasi bawah tu... wanie beli Acne Cleasing Cream. Lately, pimples dah macam serang bertubi-tubi dah kat dahi dan jawlines. Mengamuk kes apa taktau... -.-"


MooGoo Acne Cleansing Cream
RM 69
*dah beli baru nak google review.. hahahaha*


Even MooGoo sendiri claimed that product diorang ni maybe takes few weeks or more untuk nak nampak apa-apa effects (depend on the person juga, lain orang lain effect nye). Walaupun cleansing, jangan tertipu ye anak-anak. Benda ni still digunakan macam cream moisturizer tu, bukan cleanser muka. 


Dari review yang wanie baca, ramai yang cakap effect sangat slow tapi puas hati sebab face dah tak terlalu oily - yelah, orang yang banyak acne ni, their skins tend to oily and shiny kan. Lebih kurang macam Organic Aid wanie ada ni je, ye tak? Tapi, takpe... give it a try. For sure nak review pasal keberkesanan product ni, ambil masa sebab wanie takkan review "sesungguh hati" kalau baru beli, pakai seminggu dua, terus nak claimed this or that products yay or nay. 


Apa yang buat wanie terus keluarkan duit, beli je product ni sebab, tertera trangg trangggg kat botol tu "Contains No Benzoyl Peroxide". Cuba kalau korang pergi tengok barang-barang untuk fight acne ni, mesti sikit sebanyak ada BP, contohnya macam Oxy. For some people, maybe skin boleh terima. Tapi kalau skin fragile macam I ni *flip hair* it is a BIG NO NO!! Wanie pernah try guna, time sapu tu, perghhh.. keluar macam rubber dust kaler putih-putih tu, lepas tu amek kawwww... pedih ya ampun! Tonyoh laa Aloe Vera bebanyak yeee nak kurangkan rasa pedih tu, nak sedap lagi, Aloe Vera tu letak sesiap dalam peti ais.


Okay, until here. Tengah bengang juga ni, lemau pulak nak habis install Dota 2. Dari pukul berapa tadi sampai skarang, baru 15%. Dah serupa pakai modem tettt tootttt tettt yang plugin LAN Cable tu. Pffttt.... -.-" Bye korang


01 May 2013

A Day in Times Square

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Rasa dah sangat matured sebab semalam pergi Times Square, naik train sorang-sorang. *tepuk tepuk tangan sket... hahahaha* Tapi, dua hari sebelum nak ke Times Square ni, bukan main lagi text orang itu ini, confirmkan jalan and which train should I take. 


So, untuk kemudahan bersama, wanie siap download apps kat Android Play Store lagi - maps untuk train neh. Kehkehkeh~


Boleh download apps yang berkaitan macam example kat bawah neh, very useful! :


Sesampai je kat Times Square, terus rasa macam nak nangis kegembiraan. (over betul!) Lama tak naik train and travel sesorang ni. Adventure sangat, sebab selalu ke hulu ke hilir, teddy yang bawakan. Eh, kali ni teddy tak ikut sebab konon nak buat friend-day-out lepas tu nak tunjuk yang boleh independent-lah-sangat. (time sampai je, terus cari kerusi sebab letih then terus text teddy "tak nak dahhhh.. letihhhh" , walhal dah habis penat rase nak buat lagi je... hehehe) 


Pastu melepak jap minum-minum (sesorang okayhhhhh) kat Sweetchat sementara menunggu my friend datang. Nasib baik kawan wanie ni jenis on time jugak, eh tak sangat... lewat 7 minit dari time yang dijanjikan. Agak-agak boleh forgive ke tak?? :-P


Lepas lepak-lepak, kitorang tengok movie jap. Hambik kau, Long Weekend. Sakit jantung je tengok citer tu. Nak tengok Ironmen, tapi mujur teddy dah text yang dia dah beli tiket for this Friday. Hoyeahhh! Ok sambung citer, lepas settle je tengok Long Weekend atau lebih tepat, setelah jantung kembali normal, jejalan dalam Times Square tu kejap. Plan nak makan tutti, tapi my favourite flavour (red velvet) takde pulak. Kechiwa betul. Pastu, my friend ajak makan Hot n Roll sebab dia tak penah try lagi.. 
Lepas makan-makan, terasa nak shopping kasut sebab memang ada sepasang kasut je sebenarnya. Then terus ke favourite kedai, Lavender. Aisey... tertinggal kasut dalam keta teddy. Nanti la wanie update ghupe kasut tu camne. Kasut tu comel, colourful.. hehehehe~


And after that, for the second time and last agenda sebelum teddy datang ambil wanie kat Times Square tu - pegi drinks kat Sweetchat lagi. Boleh jadi manager sweetchat dah cenggini kan. See, how we love sweetchat (sebenarnya terlupa yang Old Town pun ada, boleh pekena my yummy Rose Float -.-") 


***********************************

Dan sebelum ke Times Square tu, sempat pegi lunch dengan teddy dulu.. oleh sebab bersiap awal, maka terjadilah Gwiyomi versi educated. Hahahahah.. phuiii!!


Ok murid-murid, 2+2 = 4
(eg: 2 eyes + 2 lens)
Bukan Gwiyomi, BIJAK! 



16 April 2013

Review Online Shopping (MOSFASHION.COM) - Trusted Pre Order Website

Edit Posted by Miss Wanie with 8 comments
Hari ni dah sampai pun baju pre-order yang wanie shopping online haritu. Boleh refer sini http://houseofwanie.blogspot.com/2013/04/current-mood-shopping.html


Ok, I'm a satisfied with their service. Even though pre-order, wanie tak kisah sangat sebab bukan urgent nak kena pakai baju-baju tu. Lagipun, dengan busy-busy buat report fyp ni.. tak terasa pun time flies. Tup tup.. dorang dah hantar. Even wanie sendiri pun tak sempat nak tracking. Hahaha..


Condition baju pun tip top. Takde cacat cela kat mana-mana, benang terputus ke ape, sume tu TAKDE! Kecuali, kedut la... (hahahha.. sape nak bagi kat kau baju siap gosok?)


Kat bawah neh wanie buat comparison baju yang wanie dapat and gambar dalam website MOSFASHION.COM tu... 





picture may slightly differ due to the lightning and the quality of camera
wanie pakai tab je, dorang for sure la pakai DSLR ke, ye dok??




Advantage of this website and some TIPS sebelum online shopping :

- Ada live chat 
**Memang senang gile kalau nak direct tanya apa-apa. Macam dulu, wanie tanya itu ini and so far wanie puas hati dengan jawapan yang dorang provide. Even time wanie nak isi details form pun, wanie tanya dorang satu-satu. Hahahaha~



- Tracking page yang simple and informative
** Memang best sebab dorang update ape je yang dorang tengah buat. Sama ada tengah process payment ke, tengah order baju-baju dari supplier ke and even dorang dah buat shipping ke belum.

Part payment neh, wanie lepas bayar, keesokannya, wanie terus live chat. Confirmed dengan dorang yang wanie dah buat payment and snap receipt m2u and send kat email dorang. Cara macam ni lebih cepat untuk payment process tu settle.



[sila click pada gambar untuk tumbesaran yang sempurna kalau korang tak berapa nampak]


- WYSIWYG (What You See Is What You Get)
** Benda kalau dah beli online, biasalah.. kena faham, kadang-kadang tu nampak cantik sebab reflection light from camera pun boleh jadi. 

Yang penting, time korang nak shopping tu, baca maklumat yang dorang provide betul-betul. Contohnya, jenis material, size baju tu sendiri (sila ukur dulu badan ye, jangan main taram je oh aku size M tapi sebenarnya L ke...) kadang-kadang neh, M size ke, L size ke, bukan boleh ikut sangat. Measurement length tu yang paling penting sebenarnya!


Conclusion (conclusion bagai, bajet tengah type report fyp ke ape? Hahaha~)

As a customer, yes, I will be their return customer. Lagi satu, sekarang neh tengah sale sampai end of this month (April). So all goods sold will be less RM 8 for each. Dan, kalau boleh sila order 5 pieces and above sebab boleh dapat delivery free. So, ajak la kawan-kawan ke, sedara mara ke, bibik ke (bibik saya kaki shopping.. hahahah) untuk combine kan sekali purchasing tu and korang boleh jimat baaaaanyakkkk kat shipping price.

Ini shipping rate yang dikenakan.




Ok, done. ^_^

12 April 2013

Where To Purchase Organic Aid Moisturizing Scrub Cream?

Edit Posted by Miss Wanie with No comments


YOU!!! Yes you! I'm asking you who read this post / to those who came here for "Organic Aid Range".


From my oberservation (ecehh cehh cehhh), I found that my post reviewing about Organic Aid moisturizer and cleanser were the most top searched within all entries. 


Ok ok.. back to my title. It was sooooo soooo hard to find the scrub right? I've been searching it in all Guardian / Watsons whenever I went to any hypermarket. Nah~ I end up with solution to look for it in Amazon / Ebay. And the price was not that cheap! Aiyoh~


Or any of you ever saw this scrub somewhere? Please please please.. do tell me and I promise I will share my experience with this scrub and post it here. Pretty pleaseeeeeeeeeeeeee... 


06 April 2013

Current Mood : Shopping!!!!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Haaa... jangan ditanya kenapa. This is my after-FYP's-treatment! Selalu kalau stress, wanie mesti pergi ke Redken kat Maju Junction untuk hair treatment. Tapi, kali ni nak up sket... pergi shopping terus. Hehehehe~


Sekali sekala nak shopping kaw kaw punye punnnn.. Semalam cari sweater memandangkan my pashmina kesayangan hilang ke mana tah, bak kata Aisy, iSad! Sob sob~ :'( cari punya cari, dah jumpa yang berkenan di hati, tapi takde size pulak. Grrr!


So, try la order sweater kat lelong.com . Hampeh, seller tu reject purchasing wanie sebab dorang out of stock. Takpe takpe... cari punye cari.. jumpa satu website neh, hah! Ada exactly sweater yang macam wanie cari. The price pun much cheaper. Tapi, pre-order lah dalam 7-9 days macam tu. Who cares~ :P



Wanie order sweater macam dalam picture kat atas ni. Cun kan? Actual price dalam RM 34, tapi my luck kot.. semalam tengok kat website tu tinggal RM 26. Hah, sambar terus!


As this is my first time shopping kat website tu, so nanti bila baju wanie dah sampai, wanie update condition baju tu and macam mana service dorang.


This is the website that I meant. Check it out at http://mosfashion.com/ . Remember arr... all products sold just for pre-order, bukan ready stock. 




p/s : Malam ni sleepover di ex-rumah sewa kat Plaza Rah. And malam ni juga ada game badminton kat 1Shamelin dengan bffs.


p/s 2 : Sejak bila aku rasa macam segan-segan sikit dengan dorang tah. terasa macam segan sebab macam biasa lah, I'm the only girl among them. -.-"


04 April 2013

How To Charge Yoobao Power Bank To Galaxy Tablet

Edit Posted by Miss Wanie with 17 comments

##this post has been edited on 12 September 2013. Scroll to bottom to see the addition part.

Time mama datang bercuti hari tu, mama belikan power bank Yoobao kat wanie. Heeee.. best best, mama beli yang 13000 mah punya, bentuk transformers. Weehuuu..



Ramai jugak yang ask whether it is original or not, ehehehehe.. of course la original. Wanie beli kat Viewnet, Low Yat Plaza. Some of my friends yang penah kerja kat sana suggest, if nak beli barang-barang macam ni yang original, better pergi ke this shop or All IT... no worries at all.

Why wanie beli yang 13000 mah punye power bank? First... wanie bukan nak charge phone, tapi my tablet. Dah nama pun tablet, power battery dia of course la lagi tinggi kan. Yoobao ni pun well-known brand juga lah. (suka bentuk transformer tu... hehehe)




Yoobao neh ada 2 port, USB 1 dan USB 2. USB 1 more to charging phone biasa, mp3... in short, more to lightweight charging. Compared to USB 2 port, wanie rasa second port tu more powerful sebab tab or note kan heavy charging. And boleh dibuat torchlight, up to 400 hours okay! (full charge)

Tapiiiii...

Racist sket lah Yoobao neh dengan galaxy tab. Tak mesra alam langsung. Dia tak bagi pun dock untuk tablet samsung neh. Yoobao just provide micro cable (note, iphone, normal phone are compatible). Tapi kalau tablet, bila wanie guna cable samsung untuk charge, tak masuk pulak. Dia show MTP Initialization bila charge and cross sign kat battery indicator. 

So hari ni wanie ke Lowyat skali lagi nak mencari cable yang sesuai. MEMANG TAKDE OK! Tapiiiii... wanie found another solution. 


This is uCharger. It act like a booster. Seriously, this is the only solution yang berhasil untuk charge my samsung galaxy tablet and it is connected to my Yoobao power bank. It support almost all devices..



Kalau charge dari power bank ke tablet samsung, kena click kat tengah-tengah uCharger ni. Kalau biru, more to normal samsung smartphone or iphone.. tapi kalau tab, click the booster and choose the red one. Guys, you may refer this table.




Ok, problem solved! 



Go get it at Viewnet at price of RM 69!



update! ------------------------------------------ update!

## Semalam pergi ke Lowyat nak beli satu lagi uCharger ni, tapi Viewnet dah tak restock. So sad! Sorry guys! Been searching for it in few shops inside the Lowyat, lagi sedih sebab takde sape yang pernah dengar pasal uCharger ni. 

## Second solution untuk Samsung tablet user, try cari Pisen for Galaxy. Murah je katanya, dalam RM 12. Tapi tak pernah try pun hehehe.. 


31 March 2013

Atasi Masalah Rambut Gugur Dan Dry Skin Dengan Pureen

Edit Posted by Miss Wanie with 3 comments
Wanie memang ada problem hairfall. Stress sikit hairfall, ikat rambut lama sangat pun hairfall, pendek kata... agak teruk la nak jaga "kemanjaan dan keragaman" rambut wanie ni. 

Jenis shampoo? Eh, jangan cakaplah... Loreal for hairfall, Himalaya shampoo for hairfall dan terkini, Clear shampoo for hairfall... semua effect temporary je. Cepat betul wanie immune. Awal-awal guna shampoo-shampoo tu, ok la kejap.. lepas tu, herm... sama je. Except Himalaya tu, hairfall tak seteruk shampoo-shampoo lain yang wanie guna.

Kalau time mandi memang boleh nampak kat lantai... banyak rambut gugur. Tu tak kire tengok kat sikat rambut lagi. Treatment, jangan cakap lah.. selalu buat. Effect pun temporary, bagus tu bagus... tapi jenuh la nak pegi treatment selalu kan. Botak terus kepala sebab takde duit.. heheheh..


But not anymore! No more hairfall! Yeahhhhh!!


Ingat lagi tak post wanie pasal entry tak boleh tido tu. Kan wanie ada mention nak beli sabun baby sebab skin jadi dry after guna sabun antibacteria. So, wanie beli Head To Toe Wash brand Pureen.


wanie beli yang warne pink, most right


So, 2 in 1 lah. Can be used as shampoo and body wash. Fffuhh... lega. Skin pun moisturized, and EXTRA, no more hairfall!!!!! Tak tahu lah ape contain dalamnye, tapi pedulikan lah.. yang penting dah tak hairfall. Weeheee!!! ^_^ Bau pun sangatlah wangi, and last long. Takde dah malu-malu kalau nak buka tudung dalam surau ke, depan orang ke.... rambut wangi and fresh je. Up for few days!

Tapi, I suggest sebulan sekali or dua kali, boleh buat hair treatment. Kali ni tak payah dah nak buat hair treatment untuk hairfall or scalp ke ape.... dah boleh buat treatment biasa. Jimat duit banyak okeh..


Yes! I love Pureen product!

Past week before ke Kelantan for attending my cousin's engagement, wanie sempat beli Pureen travel pack. 


Ada lotion, sabun, shampoo dan bedak


Best! Skin pun moisturize. Lepas mandi, terus sapu satu badan dengan lotion. Tak oily or leave any stains langsung. Macam tak pakai je. Tapi, whole day skin memang tak kering. 

**nak test skin : cuba garu sket tangan tu, kalau nampak putih putih ikut kesan garu tu, memang skin dry. After few days guna baby wash and lotion Pureen, rilex je... siap rasa macam baby sebab bau baby whole day. Hahahahahah!


Absolutely, wherever I go kalau nak bermalam, Pureen travel pack neh memang wajib. Cuci rambut hari-hari pun tak risau. Product baby memang elok kan, sebab less/no-chemical. Sesuai untuk sensitive skin macam wanie. 

Dah pukul 7 malam dah. Ok, nak mandi jap. Nak shampoo and sabun dengan Pureen yogurt. Weeeeehuuuu!!


p/s : Mama pernah tanya kenapa tak beli Johnson & Johnson tu. Herm... mungkin tak sesuai dengan wanie sebab bila wanie guna, kulit wanie jadi merah-merah macam ruam kat tangan and rasa gatal-gatal. Sorry J&J, we dont belong together. Heheheheh~ ;-p 

19 March 2013

Entry Tak Boleh Tido - Promote Sabun??

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Pernah tak korang jadi macam tak boleh tidur malam, maksud wanie, macam condition wanie sekarang, mata dah merah-merah berair, tapi otak still fresh segar bugar, badan pun letih. Aaaa camno tu nak buek?


Lately, selalu macam ni lah. Puas wanie pusing kiri kanan, pejam mata.. tup tup tak tidur pun. wanie syak, sejak dah makin dekat dengan hari nak final presentation project, rasa makin susah hati.... sungguh, niat di hati rasa nak buat kenduri pulut kuning je bila dah settle present tu. 


Kesian teddy.. awak tidur la dulu ye.... saya tak boleh tidur lagi... alahai~~~ 
>.<"


Jangan ditanya penuh dengan wayar extension bagai. Hahahaha~ ada tab untuk jadi alarm, sebagai ganti telefon yang sedia ada pun takpe sebab selalu call ke message ke guna Viber and Whatsapp je.. telefon yang ada ni sekadar emergency call, tupun bila nak guna je baru nak topup. Telefon tu pulak, memang kena selalu charge sebab battery dia macam nak out je. Petanda letttewww nak minta Note 2 kat mama.. kehkehkeh.. :-P


Balik dari campus tadi, terkejut sebab dah ada curtain. Ada 2 sebab kenapa tak suka curtain : 

1.  Bilik jadi gelap, lebih prefer kain nipis jarang tu je buat curtain. 
2.  Why blueeeeee?? I want some pink colourrrrrr!! 


Lepas tu terperasan kat bilik bibik, bibik pasang cadar dia dengan cadar corak macam bantal wanie yang pink cow tu. Aiyohhhh bibik ni... -.-" minggu depan time basuh cadar, nak bibik pasang balik cadar pink kat tilam wanie. 


Eh alkisah bibik, bebaru ni bibik terguna blender wanie yang wanie selalu buat shake tu. Mujur bibik blender daun pandan je. Mau nye bibik pegi blender cili? Tak ke pedas shake wanie nanti? Hahahahaha~ 


Haihhh~ masih tak boleh nak tidur. Kena tunggu hujan kot baru nak pejam mata? Panas la sekarang ni, hujan petang je.. kalau hujan malam, baru heaven. Mandi kang pukul-pukul 4 pagi ni! :-P


Takpelah, nak mencuba jaya juga pejamkan mata. Selamat malam.......... patutnya dah boleh wish selamat pagi dah ni. Haihhhh lagi~


p/s : Lately, body skin cepat kering. Pakai lagi sabun antibacteria-antibacteria neh, dah tau allergic pakai lagi kan.. soothing gel pun takde. Esok lah nak shopping kejap. Kembali bersabun baby Pureen atau Anakku (Johnson tak boleh, rashes!). Tak dewasa langsung! Humph! 


Pureen ni all time favourite. Wangi satu bilik air lepas guna... hahahah! Skin pun moisturize je..



Anakku ni wanie pernah try yang kecik punya. Bau baby sangat! Tak best, tapi sangat smooth and soft to skin. 




p/s 2 : Motiffffff promote sabun pulak? Hahahahahahah~~~ tido lah!

05 March 2013

Hang Out and Movie's Day

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Akhirnya, keluar juga wanie bersosial and meet up with friends. Yang boleh keluar tu sebab kawan-kawan siap perli-perli tak berdunia la, sombong la, apala.... hahahahah. Dan memandangkan hari ni pun takde class and ada kawan dari Perlis datang sini untuk job interview, so seharian la keluar dari tengahari tadi sampai ke malam pukul 11.30 baru nak balik rumah. :-P

Firstly, wanie and teddy pergi pickup kawan (Pandey) kat Cheras. Decide punya decide apa plan nak buat, kata sepakat nak tengok movie. Mula-mula, wanie nak tengok movie Beautiful Creatures tu, tapi dah suara majority nak tengok Rock Ooo tu, layankan aje. OK, not bad la movie tu. Kelakar, cynical... tapi, teddy and Pandey cakap, lagi best kalau tengok dulu Rock yang first then baru nak faham overall story tu. 

Sebelum start movie, kitorang pergi ngapppp dulu kat TCRS (The Chicken Rice Shop). This is what I ordered, Hainanese Rice with Curry Chicken, price dalam RM 8.90. No water, sebab I bring along my mineral water and masih lagi dalam cubaan mendisiplinkan diri to not taking too much sugar in meals or drinks.




Bercamwhore sebentar sementara menunggu ketibaan meals si Pandey tu. Tapi, Pai Tee dia memang selamat la disental satu masuk perut. Kehkehkeh~



And here comes the Mr. Pandey. Pfffttttt! -.-"






Ini pula suasana di Midvalley tadi. Nampak sikit kan, tapi once lampu number tu on je, perghhhh... berpusu-pusu masuk. 

*weird thing about teddy: kitorang beli ticket tadi guna M2U and GSC Application tu, but still teddy nak juga redeem ticket wayang walaupun wanie dah cakap, kita scan jelah QR Code tu, ape de hal... ahahahaa... malas nak bertekak, ikutkan ajelahhh...*


After habis movie, kitorang pergi lepak kat mamak di Bangsar (opposite Bangsar Village). Hang out kejap dengan kawan yang datang dari Perlis tu and he bring along his buah hati, si Neena. Lama oiiii tak jumpa dengan kawan perempuan nan sorang ni. Masing-masing busy, dia dengan kerjanya dan wanie dengan assignment testnya... 



Sehati sejiwa sekepala juga dengan kawan wanie ni. Sama je nasib dia dengan partner dia, kami girls nak tengok Beautiful Creatures, diorang boys nak tengok citer Rock. Sudahnya, kami sama-sama cakap lepas ni kalau keluar ramai-ramai tengok movie lagi, wanie and neena pergi tengok cerita kami, the boys pergi tengok cerita dorang. Actually, my friend and her partner pun pergi jugak tengok movie Rock tu, cuma berbeza lokasi je.. Hahahahah~

After habis je hang out neh, memang masing-masing terus gerak nak balik. Letih, seharian keluar.. hehehe~ wanie and teddy pergi drop balik Pandey kat Cheras and terus balik ke Putrajaya, and now.. get ready nak solat and tidooooooooooooooooo!!

Oh, by the way.... blender shake yang wanie order last 2 week dah sampai. Yeahhh~ tak payah nak share-share blender nak buat shake dah.


Shake ni wanie bought kat Streetdeall, really worth it!

23 October 2012

Where My Money Drops?

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Hari ni, wanie & mr. love pegi ke Alamanda sebab nak ke Digi untuk confirm balik whether  our account (phone and broadband) has been terminated or not sebab we still get an email about billing statement. Lepas check yang memang dah confirm dah terminate, lepak la kejap makan-makan kat food court tu..

Pastu ronda-ronda dalam Alamanda tu jap dan macam biasalah, mr. love kalau tak ke toilet nak buat hajat, memang tak sah! Ahahaha.. macam kite ni tak pulak kan.. hihihihi!! 

Sementara duk tunggu si dia habiskan hajatnya, wanie pusing-pusing tengok, eh, PDI! Jomlah cuci mata kejap... kekdahnye, cuci la sangat kan... tak sedar pun yang eh, tiba-tiba dah ada baju kat tangan... dan, eh.... 4 helai pulak tu... dan eh.. "banyak pulak duit ngko ye wanie" ?? 


Dan mr. love pun datang, terkejut badak dia ha... bukan dia tak tau betapa kedekkk nye si buah hati nan sorang neh kalau part nak keluarkan duit.. tapi dia, senyum je.. tak marah pun, halang pun tak... sebab memang dah tau, dia akan cakap "beli je.. bukan selalu sayang nak shopping. sayang kan kedek.." pffttt... tapi, cuba kalau wanie cakap nak beli mekap ke.. apa-apa jelah, mesti kena soal macam FBI - penting sangat ke? wajib ke? hehehehe.. 


eh... terbeli pulak! hihihihi

Dan yang tudung tu pun, "terbeli" jugak sebab takde tudung warna kuning... nak beli printed tudung rasa macam tak best sebab ada rambu-ramba tu, tak minat rambu-rambu tu.. hehehe..

Gitewwww lah kisahnya, where my money drops - PDI dan kiosk tudung depan PDI di Alamanda, Putrajaya. Tahiniah ye... tahiniah! Kerana berjaya mengikis sifat kedek selama ini... dan mulai hari ni, sila bawa bekal ke kelas untuk jimat duit belanja... 


Selamat malam...

06 July 2012

Review - Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo

Edit Posted by Miss Wanie with 5 comments
Akhirnya, setelah 2 bulan tak jenguk-jenguk blog, (sampai dah nak terlupa pun yang ada blog) akhirnya baru terasa nak update entry baru.


Ok, lets straight to the title as above. Kali ni, Wanie nak post review tentang shampoo Himalaya Anti-Hair Fall. Rasanya, korang mesti penah dengar brand shampoo ni? Kalau kat Midvalley, siap ada kedai Himalaya - khas untuk semua barang-barang Himalaya je. Kalau tak penah, kejap, korang tengok gambar ni. 






Haaaaa... dah macam nak pernah nampak-nampak kan? 


Ok, actually, Wanie baru bertukar pakai shampoo ni. Sebelum ni, Wanie guna Loreal yang 5 Damage tu, ala... botol putih and tudung dia kaler merah tu... bila dah lama pakai, rasanya dah immune kot dengan shampoo tu. Memang lah rambut lembut pas pakai Loreal, tapi lama-lama macam benefit yang lain-lain tu, Wanie tak dapat... so Wanie try lah yang Himalaya ni punya. Yup, Wanie memang ada problem hair fall. 


After almost a month la pakai shampoo ni, memang dah show sikit demi sikit positive impact nye. Oh ye.. Wanie pakai skali dengan conditioner dia. Sebab nye? Erm... nanti Wanie citer pros n cons dia.



Pros :
- less hair fall
- nice fragrance
- free from Parabens, Silicone n SLES/SLS

Cons
- without conditioner, your hair is like unmanaged


Few of the feedback yang Wanie jumpa kat internet pasal product ni, ramai yang frustrated. IDK la kan... maybe tak sesuai dengan dorang, but alhamdulillah, for Wanie, it suits a bit well. Memang frustrated juga sebab rambut tak selembut macam pakai Loreal dulu. Tapi, bila fikir selama ni Wanie put too many chemicals kat rambut, pakai pula shampoo yang banyak chems juga. Why not bertukar ke something yang herbal? Plus plus plussss... takut jugak sebab almost shampoo I used, contains SLES. Tolong Google k apa keburukan SLES/SLS ni... scary!!

Apa pun, untuk repurchased again, maybe 50-50. Mungkin ada lagi shampoo yang takde chemicals n herbal yang lebih baik out there. Sementara nak jumpa shampoo tu, okla.. i will still used this shampoo. 

Thats all from me. 
Do submit your feedback/comments if you have any. :-)