Showing posts with label my today's story. Show all posts
Showing posts with label my today's story. Show all posts

13 August 2017

Nak Masuk Rumah Baru Yayy!!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam semuanyaaa...


Lama tak bercerita pasal first house yang Wanie beli di Cyberjaya tu - Masreca 19 ... first post was on 2015 , My First Asset , and this is the second post.


Sekarang, dah masuk fasa-fasa terakhir before devoleper nak handover kunci rumah bulan November ini katanya. Semalam ada event yang developer anjurkan di mana semua pemilik-pemilik rumah boleh datang tengok sendiri rumah yang diorang dah buat. Few houses dibuka sebagai show unit, ada yang bare unit dan ada yang furnished unit. Wanie tak ambik pulak gambar, tapi Wanie nak share gambar-gambar yang bakal-bakal jiran share dalam group..











Exciteddddd sangat! Tak sabar nak tunggu dapat kunci nanti... kecil je rumah ni, 850sqft... tapi Alhamdulillah, not bad.. insyaallah, mana tahu ada rezeki nanti, boleh dapat landed pulak kan... hehehehe..


Punyalah semangat dengan cik abam semalam. Lepas datang event, kitorang pegi ronda-ronda kat Viva House. Alahai... rambang mata! Bawak 10 ribu pun tak cukup kalau ikut nafsu.. hahahaha.. mula-mula, Wanie plan nak plaster ceiling satu rumah sebab nak pasang downlight. Lepas fikir punya fikir, tak jadi lah.. sebab rumah tak tinggi, dalam 9ft macam tu... so, Wanie taknak rumah nampak lagi kecil. Jadinya, Wanie plan untuk buat tambah kitchen counter top dan kitchen kabinet atas. Husband wanie decide nak tambah few switch points, salah satunya dalam bilik air sebab senang nak guna Waterpik atau shaver.

Image result for waterpik
ni rupa Waterpik tu... water flosser, ala ala scaling... part ni nanti wanie cerita lain ye.. heheh


Sementara belum masuk rumah ni, elok lah kalau survey-survey harga.... nak google google atau pinterest pinterest gambar ke kan.. nak pilih idea-idea nak deco rumah nanti. Well, macam biasalah... memang dah agak gaduh punya laki bini masing-masing nak idea itu ini.. hahahahaha~ tapi takpe, its a good fight sebab masing-masing akan buat research pasal pemilihan corak, jenis fabrik, jenis-jenis hiasan... before nak gaduh.. mana boleh kalah fight kan.. mestilah fight with points! Mihmihmih... nanti raya minta mahap balik... kang tak dapat duet raya! :-P


Takpe, masih lagi survery-survey bedframe dan mattress dan TV panel... kalau TV panel tu, Wanie compare kan dengan harga di Ricci Viva House dan di IKEA, rasanya tak jauh beza. Husband lebih berminat dengan Ricci berbanding IKEA. Macam semalam kami tengok TV panel di Ricci dalam 3K, while IKEA 2.7K .... tak lari banyak sangat. Di Ricci tu, harga yang dipaparkan untuk panel yang besar, kalau kecil macam rumah kami, boleh dapat lower price. Takpe... survey dulu, tapi Ricci dah masuk dalam list.. hahahaha~ dan semalam husband berminat dengan set bedframe dan mattress ni. Queen size dalam 4k... size pun, just nice dalam bilik.. muat-muat.. ahahahah~




Itu je yang sempat kami jalan-jalan semalam. Malas nak balik lewat sebab hari ni Wanie keja... uhuuuu~~

26 February 2017

Briefing - Cik Wanie nak jadi Puan!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam semuanyaaaa...


Tak sempat betul nak spend time yang betul-betul untuk blogging. Sibuk kerja... balik rumah dah letih. Memang kelaut lah kan... lagipun start awal February haritu, semua tenant dah keluar. Al-maklumlah nak tawen tawen... hahahahah! Gedik ngko wanie! So, masa yang ada kat rumah tu, wanie guna untuk buat arrangement sikit. Bilik yang kecik tu, wanie jadikan bilik stor dan tempat baju untuk bakal shuben nanti.. container barang-barang yang wanie letak kat ruang tamu dulu semua wanie angkat masuk bilik stor. Nampaklah rumah tu luas sikit...


Lepas tu, process nak cuci sawang... vacuum... mop... wanie tak buat semua dalam 1 hari. Wanie buat selang seminggu.. hahaha.. time weekend / off day je baru nak buat. Biasalah, wanie sewakan bilik kat orang, tak semua yang jenis perati bilik tu ada sawang nak kena buang, habuk berkepuk-kepuk bawah katil nak kena sapu mop... dorang dah keluar, wanie lah nak kena settle kan. Bilik kedua tu, wanie jadi kan guest room / bilik iron baju / bilik solat.


Next... nak wall mounting kan TV kat ruang tamu. Sekarang ni wanie letak TV atas meja Jepun je. Lepas bincang dengan teddy, better wall mounting sebab nak beli meja PC... sekarang ni, PC duk dalam bilik wanie. Kalau keluarkan PC tu, luas lah sikit bilik kan.. boleh la connect ke HDMI dari PC ke TV nak layan citer Korea kan.. hahahaha.. kite TV biase biase je.. tak mampu nak pakai Smart TV lagi.. hahahahah


Persiapakan menjelang majlis?


Alhamdulillah, wanie kat sini tak kalut sangat. Yang lain-lain semua family yang uruskan. Yelah, nak balik kampung sebulan sekali pun susah. So, mama abah settlekan untuk katering, khemah, siap mengecat rumah lagi tau. Along pulak, handle bab nak berinai, kek kahwin dan hand bouquet. Adik pulak tolong masukkan kad dalam sampul untuk mama abah nak edar, tolong lekat TQ tag kat doorgift, kemas rumah. Anak buah lagi 2 ketul tu? Tolong juga... tolong memeriahkan keadaan lepas tu tolong buat bising. Hahahah~ Wanie pulak, dah settle bab busana kahwin, pelamin, meja makan semua dengan bridal.


Tapi kan korang... janji Allah tu betul. Dia akan tolong hamba-Nya yang nak nak berkahwin ni... like seriously and in unexpected ways! First thing yang wanie dengan teddy and of course pasangan-pasangan yang nak berkahwin lain most concern is about money kan. Bukan sikit tau duit nak habis - tapi apa jadi sekalipun, wanie dengan teddy tekad tak kan pinjam loan. Sebab, wanie sekarang ni pun dah ada loan beli rumah. So, kitorang tak nak lah sembelih diri sendiri lepas kahwin nak tanggung hutang kahwin pulak kan? Murah rezeki lately... tak mewah, tapi serba cukup dan lepas untuk bayaran itu ini. Tak semena-mena, customer website teddy yang dah setahun berhutang tak bayar payment 3k, tetiba je contact balik dan jelaskan full payment. Itu teddy, macam wanie pulak, risau tak tau nak bagi doorgift apa dan tak tau nak budget berapa. Haritu, wanie dah beli surah matsurat 400 keping. Ingat nak tambah lagi, cuma masa pulak tak ada nak mencari kat kedai. Tuppp tupppp... mak sedara wanie kat Puncak Alam call suruh datang ambik doorgift dia nak sponsor kat wanie sampai 4 kotak besar! Kenduri pulak, mama abah yang sponsorkan. Along pulak, sponsor facial kat spa.


Aduhai.... beban yang sepatutnya boleh migrain kepala wanie nak fikir, dah lepas. Sekarang ni, tinggal kek dan berinai aje. Wanie dah minta along settlekan, nanti wanie submit payment je. Hahahah~ senang kan ada PA ni.... kehkehkeh.. kesian jugak diorang. Mama nak cari DJ untuk majlis... along pulak nak tau kek macam mana wanie nak... tergaru la jugak kepala dorang, wanie cakap wanie taknak lagu pelik-pelik time majlis nanti... wanie nak instrumental, slow, contohnya mcm lagu My Valentine tu ke... gitu-gitu je... macam kek, wanie request kat along nak style classic elegant wedding cake. 2 tier je, wanie bagi contoh macam kek bawah ni tapi request color champagne.


Ko jangan tanya la berapa harga, kek nampak simple and nice camni... harga dia tak nice woiii.. hahahaha! Tapi sebab kek ni untuk hari wedding, so proceed je lah. Untuk akad nikah, wanie suruh along replace dengan pulut kuning instead of cake. Bunga tangan pun wanie request bunga lily sebab theme akad nikah nanti putih hijau. Untuk hari kenduri next day tu, bridal wanie cakap dia bagi sekali hand bouquet, tapi tengok lah macam mana.. hujung minggu depan nak balik fitting baju, nak food testing sekali. Kalau tak berapa berkenan hand bouquet dari bridal, maybe wanie tempah asing,


Apa pun... 19 days to go. Berdebar tu sikit lah... yang dok rasa sekarang ni, penat! Hahahaha~ tak sabar nak kawen bukan apa, dah tak nak fikir bab-bab ni. No wonder la orang yang banyak duit hire wedding planner - kau punya migrain 4 5 lapis tu, kau dah lepas kat wedding planner tu. Kalau wanie banyak duit pun, memang wanie hire wedding planner. Balik kawen je.. tak yah nak fikir apa. Dan percaturan wanie time tunang haritu, no barang-barang hantaran time kawen nanti memang tak silap. Barang hantaran time tunang haritu je - kalau nak bagi lagi time kawen, nak tanya satu je.... bila nak curi masa 1 whole day nak keluar pegi shopping? Teddy pun baru balik dari German haritu... memang tak sempat apa. Masing-masing sekarang ni, nak cukup rest, cukup tido, cukup makan... takut jatuh sakit tiba-tiba.


15hb March ni wanie dah start cuti - balik tu memang ready la nak all out semua energy stamina lemak-lemak tepu bagai.. hahahahha

22 January 2017

Post Shuwit Shuwit Nyampah - Hahaha~

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
bila tengok gambar ni, terus rasa "pandai aku jaga... mengembang dengan helokkk"
hahahahahaha


10 tahun dah.. 
banyak sangat ups and downs yang kitorang dah lalui
dari zaman freehair pakai cap, sampai la *ehem*ayu*ehem* macam ni.. hahaahaha


teringat lagi, nak mengorat ambik nombor phone depan depan takut
ye lah, wanie jenis ignorance sikit - not too friendly dengan orang tak kenal
pergi kelas, balik kelas ... petang nye atau malam pegi gym training Taekwondo
weekend? 
membuta je ... takpun jejalan pegi Times Square / Jusco / Midvalley sesorang
last-last?
buat-buat pinjam buku Java Programming
sebab dapat tau yang semua buku-buku wanie, ada nombor phone (time tu buku mahal, takde nak download-download) so kalau wanie misplaced buku tu, hopefully ada orang call lah.. hahaha


awal-awal dulu, SMS "Hi" je... 
nak ngorat tapi tak reti
lama-lama, sebab se"utara" , jadi rapat - kalau nak balik kampung, naik bas sekali 
ada chemistry sebab sama-sama agak skema
port dating dulu-dulu haruzzzlahh Lowyat kan
paham-paham je lah interest sama.. 
further study pun sesama lagi, course sama
cuma result dia lah lagi excellent 
walaupun dalam kelas, keja membuta.. notes pun ambik kat kita yang macam nak putus jari mencatat itu ini


tak sangka
2 bulan lagi bakal disatukan jadi husband and wife
dalam masa bertunang ni
dua-dua cuba lebih memahami dan lebih mengenali 
Alhamdulillah... 
takde dugaan yang berat berat
cuma masing-masing terlampau sibuk dengan kerja, sampai rasa kena abandon 
tapi cepat-cepat kami "fix" balik loophole tu


dalam hubungan perlu ada
give and take
trust
understanding
loyal
jealousy
loving
caring
be yourself

know-how-to-annoy-your-partner
contohnya 
nyanyi kuat-kuat dalam keta walaupun suara kelautt
kutuk-kutuk each other
contohnya
gumuknyeee... but i still love u! 
haaagitteww..
- padahal, kita pun dah start mengembang dengan marvelous ni -


harapannya
#kejannah uolzzz..
hahaha~


- wanie
- 09:58 | 1/22/2017 -
- Hewlett-Packard -

p/s : ye, kena keja weekend. sebab takde user ni yang boleh blogging!

21 September 2016

E-day Final - Hari Majlis yang Dinantikan

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam semuaaaa.. ada ke yang reading blog ni, kang syiokkk sendiri pulak. Hihihihihi~

OK......... tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam.......... fuhhhhhhh!!

Dengan ini, saya dah official jadi TUNANGAN ORANG!!! yeahhh!!

Letih juga tau nak menjelang hari e-day ni. Dengan tiba-tiba asthma attack few days sebelum majlis sampai takleh nak kemas rumah or buat keja berat sikit, confirm semput. Tapi alhamdulillah, all went well!

OK, kat bawah ni official list barang-barang hantaran daripada pihak lelaki dan pihak perempuan which is my side.


Pihak lelaki (5 hantaran)
**  Cincin emas dengan diamond
**  Hand bag Carlo Rino
**  Skincare Orique + Jam tangan ICE
**  Kek tunang
**  Buah-buahan

Pihak perempuan (7 hantaran)
**  Perfume Calvin Klein
**  Kemeja
**  Jam tangan ICE
**  Belt + Dompet Sembonia
**  Cupcake
**  Buah-buahan
**  Set penjagan muka dan badan sponsored by "Lembut by Adlina"

Lain-lain
**  Baju tunang custom made by Lesung Creation
**  Tudung (mama beli kain meter kat Jakel dan Mak Lang potong dan jahitkan)
**  Makeup daripada Lembut by Adlina
**  Pelamin tunang DIY (kalau berkenan dengan pelamin wanie macam ni, boleh contact Lembut by Adlina - sewa RM 199 sahaja sekali stage! )




Part makanan pula, boleh kata semua homemade. Mama masak mi kari dan dessert pula puding jagung. Abah order roti jala jugak. Lepas tu along orderkan red velvet cake yang yaaaa ampunnn sedap yakmat!


Part nak disatukan pula, kitorang plan bulan 3 tahun depan. Tapi sekarang ni mama dengan wanie dah siap-siap pergi survey bridal boutique di sekitar sini. So far, kitorang dah terjah Butik Pengantin Nabil Barakbah di Alor Setar dan Ixora Bridal Boutique di Changlun. Dua-dua cantik dan harga ditawarkan pun within the budget (below 6k untuk kedua-dua belah pihak). Cuma sekarang ni, kena discuss dengan mr tunang dulu (ecewahhh.. status dah upgrade kawww.. hahahaha) dan oleh sebab size cik tunang kita ni agak XXL, kena lah datang fitting kat butik dulu. Kalau tak muat, kenalah baju baru (korang pesan partner korang nanti diet sket.. taknak diet takpe, tapi siapkan duit yeee.. hahahaha).

Oklah, meh wanie belanja sket gambar nye...




 





02 September 2016

E-Day Part 3 - Barang Hantaran Tunang

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Holaaa korang...


Letih haaaa letihhhh! Tunang aje pun, belum nikah. Letih bukan sebab apa, sebab budget constrain kan.. so nak meminimakan habis perbelanjaan (ya rabbi, nak type minima tu berapa kali type-delete-type-delete - typo manjang!)


31 August lepas, parent cik abam datang jumpe parent wanie. Alaaa... bukan sebelum ni tak pernah jumpa. Cuma kali ni, officially datang discuss untuk bertunang. Nevess mak nakk! Hahahaha~ alhamdulillah, all went well. Kata sepakat dah tercapai. Hantaran 5 dulang dari pihak lelaki berbalas 7 dari pihak perempuan.


Jadinya, wanie dengan bakal tunang (tudiaaaaa.. meremang bulu roma type bakal tunang tuuu) hahahahha~ ok sambung sambung... jadinya wanie dengan cik abam menunggu weekend ni lah nak pegi shopping barang-barang tunang. Post checklist sebelum tunang sebelum ni banyak kali di edit ikut kesesuaian dan budget semasa. Hahahaha~ tapi at least, time blur dalam kereta, bagus jugak posting macam tu. Bila tengok list-list barang, macam idea kena spark untuk itu ini... so, bawah ni list terbaru lepas discuss dengan cik abam :


1. sireh junjung **tak jadi, so masih tengah berfikir nak bagi apa.. hahaha
2. pulut kacau mama buat
3. cupcake along order
4. kemeja
5. dompet + tali pinggang
6. puding mama buat
7. shower set / perfume body shop


Dari pihak lelaki pula :
1.  Cincin
2.  Kek (bakal adik ipar dah request siap-siap nak buat kat abang dia... hehehehe)
3.  Orique (skincare product yang wanie guna - mahal, kesian pulak kat cik abam.. tapi dia insist sebab dia kata kalau nak beli brand lain nanti wanie tak guna sebab skin sangat sensitive).
4.  Clutch (Carlo Rino je kut)
5.  Sepasang telekung


So, hujung minggu ni dah plan nak ke Mitsuit Premium Outlet. Nanti nak sawit sawit sikit lajak ke Melaka Premium Outlet kee... boleh pekena kenat shake (coconut shake). Hahahhaha~ and oh ya, kat Melaka banyak Pokemon best. Okehbai!


08 August 2016

Kehilangan Nenda Tersayang

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang...

Busy sejak dua menjak ni. Hari e-day dah makin dekat, tapi Tuhan uji sikit kesabaran. Dua minggu lepas, weekend tu plan nak mencari baju dan cincin. Tapi, postpone sebab balik kampung. Mama call, tok sakit teruk. Jadi, wanie dan cik abe pun balik kampung nak ziarah tok.. waktu tu, tok cuma berharap dengan bantuan oksigen sahaja. Maaf ya, gambar tak dapat diupload untuk jaga aurat tok.. jadi, wanie dengan cik abe plan weekend lepas lah untuk nak sambung pencarian barang-barang tunang ni.


Khamis lepas wanie off day sebab Sabtu keje... 5.30 petang, dapat call dari Lang, yang tok dah tak ada... petang tu jugak, lepas cik abe habis keje, terus shoot balik kampung. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Arwah tok, muka berseri sangat. Tak tahu macam mana nak cerita, macam orang tengah tidur. Sedih tu ada - tapi bila tengok tok macam tidur, bukan dah tak ada, rasa macam, ya Allah.. tenangnya tok aku sekarang...


Esoknya, semua anak cucu dah berkumpul. Kami anak cucu yang bergilir-gilir mandikan tok (sebab air mata tak tahan, jadi kena bergilir-gilir), siap-siapkan tok, pakaikan celak, kapankan tok... semua anak cucu yang buat (alhamdulillah) dengan guidance dari orang masjid.


Pengebumian pun berjalan dengan lancar. Yang menyambut tok di liang lahad pun cucu tok juga.. pendek kata, mudah sangatlah segala-galanya.


Malam tu, mama dan adik-adik solat hadiah kepada tok. Wanie uzur.. tak dapat nak join sekali. Esoknya, majlis tahlil 3 hari berturut-turut dan majlis dibantu semua adik beradik yang ada. Unfortunately, hari ketiga iaitu Ahad, wanie dan few cousins yang lain terpaksa balik sebab Isnin dah mula kerja.


Tok ...... sepanjang hayat dia, takde sakit teruk-teruk. Mungkin dah sampai masanya, Allah lebih sayangkan tok.....

Damailah tok di sana... tak lupa juga kepada arwah wan... semoga keduanya bersemadi dengan tenang di syurgaNya. Suatu hari nanti, kami anak cucu bakal menyusul jua...

Arwah wan - menghadap Ilahi selepas Syawal 5 tahun lepas
Arwah tok - pun sama..... selepas Syawal


................ terngiang-ngiang waktu tok masih sihat, "aku tak tau lah sempat lagi ka dak nak pi tengok rumah baru hang nanti... awat yang rumah atas langit ni mahai-mahai sangat........"


Al-fatihah untuk arwah tok, dan arwah wan...........

01 July 2016

Checklist / Tips Sebelum Tunang : E-Day Part 1

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

** LAST UPDATE : 21/9/2016
(click here to updated post)

Hi korang


Debar-debar pulak kite nak hapdet entry kali ni. Wahhhhh gittew! Update kali ni lebih kepada checklist, senang sikit kalau nak check balik to-do, budget ke, senarai-senarai butik yang nak diterjah ke.. so, entry kali ni akan sentiasa diupdate time-to-time. Ala.. boleh recycle je post ni kalau hari nak kawen nanti.. wakakakak!


Sejujurnya, budget is my utmost priority. Memang nak minimize sehabis boleh sebab saving wanie nanti nak spend banyak untuk persediaan rumah baru nanti. Huwaa... rumah lagi, nak kawen lagi... seb baik keta tak meragam sampai nak kena tukar pakai Subaru XV STI pun cantik jugak.. eh~~?? Tunang-tunang ni pun, sebab permintaan dari pihak keluarga. Nak kawen pun sebab dah kena bising, dorang cakap nak tunggu sampai kertu keeewww.. hahahah~ kalau nak ikut tak ready, memang sampai sudah tak pernah nye ready kan. Hahaha.. ok dah merepek meraban.


Checklist
--------------------------------------
1.  Cincin tunang (budget 1k ke bawah je sudah), time nikah nanti dah taknak cincin. So sebentuk ni dah cukup. Nikah nanti mungkin gelang je kut.
//cincin ada diamond mana ada 1k.. dah survey.. hahahah.. lepas discuss dengan Teddy, budget cincin dalam below RM 1800 . uwaaa... gelang tak beli lagi.... 
8/8 - hahahah budget mender? ke lauutttt lepas pergi tengok kat Habib Ampang. rambang mata dari pergi usha-usha Wah Chan.. dah tengok-tengok, so weekend ni insyallah pergi pulak dan beli terus.. hehehe

2.  Hantaran (idea) - Budget below RM 400
** Kemeja
** Chocolate and cookies
** Kek / caramel pudding
** Buah-buahan
** Perfume
** Belt
** Cupcakes
** Potpouri
** Pulut kuning
** Sejadah
** Telekung

3.  Makeup (to survey)
** Shu Eumura (approx RM 80 - blog)
** MAC (RM 190-265 ) - check this link
** MUA
** makeup dari bridal boutique
** beli makeup sendiri

4.  Baju (budget below RM 400)
** http://buttonmybuttons.com/
** http://www.minaz.com.my/
** https://www.instagram.com/unreveur/?hl=en (mahal ni.. hahahaha, tapi nak cuci mata boleh lah)
** Ampang Park 
** SACC Mall & Plaza Alam Central
8/8 : ok, baju dah confirm dan alhamdulillah, RM 260 je

5.  Pelamin and photographer (to be determine later, macam not necessary je)
//photographer mama dah talk dengan kawan dia, murah ya amat! kawan mama cakap sebab dah kenal bagi RM 50-100 je dah, siap dengan gambar edit nanti.. alahai.. tak tergamak nak bagi murah sangat, RM 150 ok kut... sebab request softcopy je nanti..

6.  Food (budget RM 400-500)
** nasi
** lauk pauk
** agar-agar
** air
//untuk tunang, mama cakap dia dah jumpa kawan dia, budget dalam RM7/head. So, mungkin ambik untuk 50-70 tetamu. so still dalam budget below RM 500

7.  Goodies bag (time tunang kena bagi ke eh? tapi list down idea juga lah)
** potpouri
** kuih/kek span atau kek buah + air mineral/kotak
** candies
** yassin + tasbih
** nuts/honey/cookies in cute jar
** pudding (buat sendiri pun ok jugak)

Goodies link for idea :
*** http://www.saranghaeyo.com/ ( boleh walk in ke P6, Block C, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1, Klang )
** http://reemdoorgift.com/
** http://sweetdoorgifts.com/
** http://www.house-of-favors.com/
** http://www.renowngift.com.my/product/


11 June 2016

Percutian Ke Cameron Highland 2016

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam..


Hari ni dah masuk hari yang keenam kita umat Islam berpuasa. Ada yang dah ponteng tak? Hiksss... terasa rajin nak update blog sebab tadi bosan-bosan, sesaje scroll balik semua gambar dalam OneDrive, teringat holiday ke Cameron Highland few days sebelum puasa. 


Cameron Highland merupakan destinasi percutian kegemaran wanie dengan cik abam. Last kitorang bercuti ke sana time habis intern di Heitech dulu. Time tu, tak leh nak boros-boros sangat sebab takde income lagi. Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun setengah, wanie berkesempatan lagi ke sana dan kali ni seronok sikit kan nak beli itu ini dah ada income sendiri... hahahahah~


Macam biasa, cik abam akan booking 2 bilik di Copthorne Hotel (formerly known as Equatorial Hotel). Kali ni kami datang berempat, bawa 2 orang adik cik abam ikut sekali bercuti. The more the merrier kan... hehehe. 


Dah jom layan sikit percutian kami... hehehe



Selfie sket dalam bilik ... hehehe..


Nak tangkap gambar Copthorne tu, tapi geng-geng bikers ni parking ramai-ramai depan tu. Sedih.. tapi tangkap jugaklah
Kalau tak silap, waktu cik abam book hotel ni untuk 1 malam dalam RM 248 (booking 2 minggu awal melalui website)



Disebabkan plan je nak ke Cameron Highland tapi dalam kepala cuma tahu ladang teh je, nasib baik jumpa board ni kat dalam hotel time check in. So, senang sikit nak tahu destinasi-destinasi menarik dalam Cameron Highland untuk dilawat.



Time kitorang pergi ni cuti Wesak Day. Jem nya ya ampunnnnn! 
P/S : Jangan minum air banyak sangat jem jem macam ni, nak shuu shuu nanti takde toilet.. dah la sejuk... hahaha



Lepas check in hotel, terus ke Boh Sungei (Sungai??) Palas. Having a sip of hot tea really refreshing and feels like our trip totally worth the penny! Masing-masing stress dengan keja kan, dan dah lama sangat tak bercuti.

Tapi sebab kitorang sampai pun dah agak lewat petang, tak sempat nak masuk tengok macam mana diorang proses tea. Sebelum balik, sempat lah beli teh songket all flavor sebagai souvenir. 


Dan malamnya, kitorang tak plan ke pasar malam tu lagi sebab nak parking tu nangisssss wehhh~ Ramai teramat sangat. Kitorang plan nak ke Abang Nasi Kukus Sambal Strawberry yang famous tu. Tapi............................


Nasi kukus ni hanya dibuka 7.30 pagi hingga 6 petang saje. Malamnya stimboat. Alaaaa~~ sedih hati, patutnya mana boleh limited macam tu sebab sambal strawberry tu signature dish kan... 

So, kitorang decide dinner di satu kedai area situ jugak. Tak ingat apa namanya... wanie susah nak complain kalau makan tu tak sedap, tapi masalahnya, totally DISASTER! wanie order lain, yang lain yang datang... mahal pulak tu. Time tu memang cik abam nak mengamuk (susah nak tengok dia ni mengamuk tau!) tapi sebab dah masing-masing lapar sangat, kitorang makan je...

Kitorang ni jenis tak cerewet, bukan sekali dua kalau makan tempat lain-lain yang order lain sampai nye lain, kitorang makan jugak sebab consider orang tu tersilap dan asalkan perut kenyang dan anggap je surprise~! Hahahaha~ benda-benda kecik chillex je dah kan...


Sebab tak nak sedih-sedih, beli je lah yang dalam botol macam ni. Harga kalau tak silap dalam RM 16 - 17 macam tu. Ada 2 jenis - yang biasa macam dalam gambar ni dan juga extra spicy. Wanie beli dua-dua je. 

Dah rasa dah... ok not bad lah. Ada ikan masin dalam sambal ni, jadinya ada rasa sweet, salty and spicy. Bila makan dengan nasik dan sambal ni, boleh rasa flavor strawberry tu dan biji-biji strawberry tu. Unik!


OK... settle seharian. On the way balik hotel tu, singgah kejap jugak lah pasar malam. Beli cendawan goreng dan strawberry untuk nak makan-makan kat hotel.



Ini dah hari kedua. Dah checkout hotel awal sebab plan nak visit tempat-tempat lain dan terus nak balik. So, kitorang ke Healthy Strawberry Farm untuk borong strawberry. Serious gaisss... kalau korang nak borong strawberry banyak-banyak, meh ke sini tau sebab murah sangat. Wanie ada jugak pergi visit Ravi Strawberry tu dengan Kasimanis Strawberry, this is the best and cheapest! Jangan lupa beli aiskrim strawberry homemade diorang, dan JANGAN BELI 1 sebab memang tak cukup! Hahahah sedap sangattttt!!




Gambar-gambar kat atas ni diambil sewaktu wanie ke House of Lavender. Comel angat angat angat tau! Sebagai souvenir wanie beli sabun mandi dan lotion. Sabun tak guna lagi sebab kat rumah wanie je ada 3 jenis sabun yang wanie guna ikut citarasa hahahaha~ Lotion dia soft je bau, and quick absorbency. Kat sini wanie diberi taste cordial lavender tu, rasanya sooooo light and sweet. Tak berapa nak masuk taste so wanie tak beli... hehehe.. 



OK last! On the way turun, kitorang minum-minum teh kat Cameron Valley. Pekena teh tarik dengan chocolate scone. Lepak-lepak jap, ambik angin dan cuba pujuk diri sendiri yang tak nak balik time tu! Hahahaha~


Dan finally, gini lah muka kitorang semua yang tak nak terima hakikat kitorang tengah on the way balik! Orang belakang yang sengih-sengih tu tak yah sengih sangat sebab the next day dia ada exam! Hahaha~ wanie minta extra cuti sebab konfim letih dah sampai rumah, so sempat untuk bertenang dan cuba move on! Hahahah~


Insyaallah... the next holiday tak plan lagi ke mana. Tapi, masing-masing simpan duit untuk hari besar kami berdua. Doakan segala perancangan kami berjalan lancar ya... 


17 April 2016

Kisah Si Portable Aircond

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang...


Sejak dua menjak ni, cuaca panas sangat kan. Panas membahang, mandi time subuh pun rasa air tu suam je. Kipas pula dah bukak habis full blast, punnnnnn tak rasa apa.


Sebab dah tak tahan, wanie ke Harvey Norman nak cari portable aircond. Yelah, sekarang ni kan wanie still menyewa lagi ( rumah baru cepatlahhhhh siapppp 😣 ) so tak best lah nak tebuk rumah orang suka hati nak pasang aircond tu kan. Terjumpa satu brang ni, Honeywell kalau tak silap. Mak aiiii... RM 1700 kauuu. Terfikir sejenak nak ambik ke tak... macam biasalah, mesti call mem beso kat kampung minta persetujuan dulu. Tapi, rasa berbunga harapan bila mem beso cakap "tak payah laaaa bazir duit. balik ambik portable aircond abah kat rumah ni.. tak guna pun...."


Kebetulan minggu tu cik abe kita outstation kat Kedah, sempat lah dia ke rumah ambik portable aircond tu. Hasilnya....





Huwaaa... best angatttt! Sejuk sampai kena tarik comforter. Ini brand MEC, 1.5HP. Abah siap pasang extension hose sebab nanti hose tu nak sumbat celah celah grill tingkap untuk keluarkan udara panas.


Abaikan semak samun sebab malas nak mengemas. Keletihan baru balik dari hangout dengan kawan.


Bab nak keluarkan air dari portable aircond ni, tunggu dia bunyi alarm untuk keluarkan jelah. Kalau tak, biar je. Nak keluarkan air pun senang, cabut je tiub kecik belakang aircond tu, pastu biarkan je air habis mengalir keluar.


Bil elektrik? Entahlah... biasanya bil rumah wanie kurang RM 50. Nanti hujung bulan kita tengok berapa bil dia ya.. wanie just guna malam malam je bila nak tido... siang siang jarang wanie guna sebab duk melepak kat ruang tamu je.


Selamat malam. Dah 2 pagi ni.. hahahahaha..
posted from Bloggeroid

02 December 2015

Kite Pakai Note 5!!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang

Wah excited nak share! Hahaha~ finally i olz beli jugak new smartphone. Kat ofis asyik kena bahan jeee sebab duk pakai phone zaman Paleolitik (tudiaaa kiasan...) actually, beli new phone ni bukan sebab orang mengejek, tapi dah sampai masa. Sebelum ni wanie guna Samsung Note 2. Dah berbulan jugak asyik black screen even dah factory reset segala macam, sama jugak... nak antar repair macam not worth it je. Lagipun, fon dah slow sangat... (mula dah dia punya itu ini... hahahaha) Yang paling menguatkan semangat nak beli tu, sebab wanie lambat pergi ofis. Malam sebelum tidur, macam biasalah kita set alarm kan. Rupanya, fon black screen lagi. Memang lewatlah pegi ofis hari tu. Pfftt...


Sebagai pengguna tegar smartphone berstylus (senang nak main game + mitigate syndrome jari gemuk) of course la Note 5 jadi pilihan. Mula-mula tu macam nak go for Iphone 6S, tapi bapak aaaa dia punya price dan takde stylus! Hahaha~ Galaxy S6/S6 Edge macam tak best... RAM pun 3GB je. Alang-alang, nak tukar sangat fon, terus decide nak Note 5.


Wanie dahlah baru pindah rumah, beribu bayar, haritu buat spek baru pun dah RM 1300, nak beli fon lagi beribu? Pergh... clean and clear la account bank guwe! Ada officemate beli pakai installment, tapi kite ni credit card pun takde. Kalau nak beli installment tak pakai credit card, nak kena bayar interest pulak. Tak nak la berinterest interest ni kan. Google punya google, found out Maxis Zerolution tu. Habis keja, terus pegi Maxis Alamanda bertemankan Teddy.


Ok, pakej Maxis Zerolution ni opened to existing postpaid Maxis users je. Memandangkan Wanie guna postpaid Umobile, so wanie kena port out my current number to Maxis. Sebelum tu, diorang check dulu 3 months bill statements to check if ada bayaran tertunggak ke tak. Memandangkan kite ni on timeeee je bayar (chewahh) so process quite smooth lah. Diorang print out 3 months statement and process to port out my number. 2 hari jugak lah menunggu sementara process port out ni successful. Time tu, kena bayar RM 128 je - tak ingat bayaran ape tah. Hahahaha~ lepas dapat message dari Umobile yang port out has successful, terus pergi balik Maxis Alamanda untuk ambik fon. Weehuuu~~


Puas ati... well, macam ni lah wanie. Bukan jenis tiap-tiap tahun nak bertukar fon, hanya akan tukar bila fon betul-betul dah problem and not worth to repair. Sekali tukar, biar best terus kan. Hahaha~ tu je nak share. Babai! :D

07 September 2015

My First Asset!

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Hi readers, hows life?


Post kali ni sebenarnya wanie dah berkira-kira lama nak taip, tapi selalu post guna phone, kali ni guna laptop macam ok sikit lah kan... 


If you guys still remember some of my post where I kept saying that I am busy with my "huge project" (kind of - and...... ada followers ke of this blog? hahahahaha ) sebenarnya, my huge project-lah-sangat tu is about dealing with my first ever asset in my life! Yes, its a big accomplishment in my life because one of my dream is owning a property before I reached 30 and still single! Yerp! I am halfway there!


Its all begin when I'm drove out from the office and saw a banner - affordable house in Cyberjaya - Masreca 19! My eyesight gazed at the price "RM 200k ++" .... ok, 200k in Cyberjaya... well, its a good number there.. it is a project under Sterling Prima - anak syarikat Emkay. Ok, 1 point there, reliable developer! After Googling on the next day about this project, lah..... showroom dekat jer dengan office... like 5km macam tu dari HP. On the same day, lepas working hour, terus ke showroom situ.

Unfortunately I was told that 200k apartment unit price has sold out, yang tinggal only 280k unit... agak disappointed time tu, tapi ok... still below my budget 300k .... I still consider ok sebab still dalam Cyberjaya - a place where no massive traffics (I've lived in KL for more than 5 years and I'm already sick of the jams), near my workplace, my partner's office as well - which its easier and thank God, we've working within same radius! Ok lets get back about my main point of this post..


To own this property, you must get an approval from govt state - LPHS (Lembaga Perumahan Hartanah Selangor). It tooks me about 5 month to settle due to some unfortunate circumstances but finally, i got the approval! Syukur.... instead of this approval, for you yang bukan anak Selangor but already stayed in Selangor for more than 3 or 5 years (couldn't remember) you must get a letter from commissioner of Oath stating that you still single and stayed in Selangor for years.  Mula-mula seriously, macam nak give up sebab lama sangat menunggu approval dari LPHS tu, dengan pesuruhjaya sumpah lagi (wanie siap balik jumpa pesuruhjaya di Changloon, Kedah - sebab itu yang paling senang sebab my mom yang bawa pergi jumpa... ) 


Everything is prepared! So, pergi ke Sterling Prima, bawa 3k as a deposit, gave them the documents, the money and have to ballot on the spot! Yes, you cannot choose or decide which level that you want to stay - so better buat solat hajat dulu semoga dapat level that you wished for! Hehehehe.. and alhamdulillah, dengan lafaz bismillah, dapat rumah level 3. Syukur, sebab taknak rumah terlalu tinggi (takut lif rosak) or terlalu rendah. Eh oh ya, kalau sape nak corner unit yang tu boleh request tapi harga lain, 285k .... additional window je lah. Takpelah... doesn't matter.


Ok, lepas dah settle 3k tu, kita kena contact bank mana yang nak approve loan. My personal experience, I took Maybank. I proposed few bank sebelum ni, tapi memandangkan I never commit any loan such as personal loan or car loans, or credit cards, seriously banyak songeh! Plus, macam tak berapa nak yakin sebab time tu tak cukup setahun kerja lagi (ala... dalam 1 or 2 month macam tu je lagi nak cukup setahun), siap cakap lagi diorang nak kena check dengan HR bla bla bla... finally, I've been proposed by Maybank. Very easy, they called me 2 times... yes, diorang pun macam ada doubt juga why I never make any loans, and simple answer I gave them... fresh graduates! Then, En Azmi, the bank officer met me in mamak je, with the documents, sign itu ini... settle! 


Process untuk paid the balance of 10% deposit (25k) pun dah settle.. tunggu rumah siap and tunggu je lah nanti nak kena bayar for progressive rate. 


Sekarang ni, memang apa pun kena berkira-kira. Nak shopping ke, nak itu ini ke... semua dah kena start saving dah. And oh ya, rumah ni dijangka siap Q3 2017... dalam September to December 2017 macam tu... 


Ini flow untuk korang check :


For more info, go to their :

Website :  Masreca 19

03 August 2015

Post Sebelum Tidur

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Ha'a... nak tidur la ni. Tapi sempat buat blogwalking jap tadi. Cari skincare and baca review products..


Kadang tu, geram jugak dengan skin wanie ni. Cepat sangat dia immune. Latest wanie pakai SKII. SKII weh!! Beriban tau duit habis... tapi dia acah-acah flawless je. Jerawat ada la tak naik, bukan tak naik langsung, adalah seketul dua tu pun bila sampai due date orang pompuan tiap bulan kan, haaa... time tu jelah. Muka pun tak oily sangat... time tu macam wushhhh berbaloi ni, bagus SKII ni...


Few months later, mula tunjuk belang. Facial essence, moisturizer, cleanser bagai ape.sume tu, luak pun belum (pakai jimat jimat oii.. mahal!) my skin back problem balik. My friend suggest ambik jab vitamin C. Tapi masalahnya, kat Putrajaya-Cyber ni atau KL, mahal! Pastu rasa macam tak yakin kalau nak pergi sorang-sorang. Kalau duduk kampung takpe, Klinik Pakar Kulit Venkat kat Alor Setar tu ada.. tapi setahu wanie, nak jab vitamin C ni seeloknya sebulan 2 kali eh? Wanie nak balik kampung 2 bulan sekali pun susah...... 😧


Tadi terbaca ada review pasal product CNP Laboratory. Product ni dari Korea (k-pop kawww) and macam menarik je. Dulu time product ni baru launch, wanie still pakai SKII lagi. Time tu kat Alamanda, dorang bagi free test untuk remove blackhead. Wanie blackhead tak severe sangat time tu, so tak la macam excited sangat. Lately ni, my skin teruk sangat. Usia makin meningkat kot?


Bulan ni guna duit kaw kaw sangat.. hish, kena saving sket ni. Cleanser SKII pun tak banyak dah... dah habis nanti, nak try CNP Laboratory punya cleanser. Pleasseeeeee suit dengan my skin.... penat mencari product apa yang boleh tahan lama dengan my skin....


Nak tido... esok keja. Bye! 😪


26 October 2014

Offday in Hometown

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Uuuucakkkk!!!

Bila last update blog eh? Hahahaha~ dah lupa dah kewujudan blog ni. Tak konsisten langsung. Bila buka balik blog, macam eh ada lagi orang duk masuk blog ni. Hehehehe.. timekasih la ye... 


Sekarang ni wanie kat hometown. Saja ambik off day sampai hari Selasa - raya haji haritu tak balik cuti, deepavali pun tak cuti... so lajak lah cuti sampai Selasa ni dari hari Jumaat lepas kerja tu. 


My life sekarang ni... herm, susah nak kaya. Living cost tinggi, tengah tunggu putera kayangan langit ketujuh masuk melamar je, senang nak minta private plane nak berulang alik dari rumah ke office. Sekarang ni tengah ada "project besar" nak diselesaikan, maybe takes couple of month untuk benda ni selesai. Project apa? Haaaaa~~ rahsia ah! Tapi yang pasti, bukan project nak kawen ke ape ek.... hikhik..


Every week, dah start actitve lifestyle balik. Kalau tak main badminton dengan colleagues, jogging... risau sebab yelah, usia makin meningkat, selera makan makin bertambah. Obvious skali, jeans dah tak payah pakai belt. Korang agak? Hahahahaha~ cuma kaki je tak bertambah size, tak size 3, kena size 4. Susah betul nak cari kasut.. last 2 weeks, pergi Skytrex kat Shah Alam. Dahla wanie ada height phobia, tapi, guess what, no "chicken exit" taken ek! I managed to complete all challenges. Hikhik~


Sebenarnya, cuti ni kalau nak diikutkan nak bercuti ke Langkawi. Tapi memandangkan kawan wanie tiba-tiba cuti tak approve sebab nak kena backup colleagues dia yang balik India untuk deepavali, dan sekarang ni pun kan musim tengkujuh... so cancellah plan tu. Cuti yang wanie dapat ni, wanie balik hometown lah. Sama Kedah je... hahahaha. Quite scary time atas flight sebab nampak kilat sabung menyabung. But alhamdulillah, safely landed. 


Eh okaylah.. nak pergi buat border pass jap. Plan nak ke seberang sheshopping. Hahahaha~ till next time!

13 July 2014

Comeback Post

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Haaaaaaiiiiiiii....


Haaa kannn, dah keja betul-betul, baru tau langit tinggi rendah komitmen nak update blog ni ke lautttt... hahahaha!


Ok ok, currently Wanie work as an IT Operation Support Analyst I di Hewlett Packard (HP) Cyberjaya. My job scope takde lah kena mengena dengan security, quite sad, tapi its okay, I'm not jobless and alhamdulillah, salary pun boleh la support myself, bagi kat family and masih mampu untuk saving. My job scope is assisting internal HP employee from all over the world, yes, worldwide. Anything related to IT je, its my responsibilities to help them. So far, this is my third month here, blessed dapat colleagues yang helpful, perangai pun gila-gila and boleh la sekepala. OK, done that part okay.


How was korang punya Ramadhan? Mine was, okay la.. Sorang-sorang. Sekali sekala when teddy datang KL, kitorang berbuka la sama-sama. Biasalah, hidup merantau jauh dari family kan, cenggini la. Ecewah.. sedih! Hahahah~


Okaylah, tak tahu nak cerita apa sebenarnya. So, as revenge lama tak post kan, dah memandangkan sekarang bulan puasa, nak share lah resepi simple yang wanie masak sepanjang bulan puasa neh. Actually, yang rajin memasak ni bukan sebab apa, malas nak ke bazaar Putrajaya tu. Ramai orang sangat, and malas cari parking. Masak sendiri pun okay what, jimat pun jimat. Hahahaha~




This is my first day berbuka with my teddy and Pandey
Kitorang sambut first day puasa kat hometown, nasib baik weekend kan
Just nak berbuka la tak sempat dengan family sebab dah nak balik ke sini
End up, kitorang pegi bazaar, beli lauk pauk, berbuka at my house
Senang! 




22 April 2014

Alhamdulillah, Syukur...

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Terima kasih Allah...


Tu je yang mampu wani ungkap sekarang. Segala kesuh kesah wani selama ni, takut tak dapat kerja, takut sebab pointer tak dapat 3.5 lebih nanti orang tak pandang, asyik failed je pergi interview... semua dah berakhir.


I received an official letter today from ................. hehehehe, I will tell you later when I get into the office, OK? :P


Sebenarnya, percaturan Tuhan tu Maha Indah! Percayalah pada Dia, pada hikmah di sebalik yang terjadi... 


Sungguh.


Wani menangis tiap-tiap malam. Hari-hari scroll Jobstreet, Jobcentral, Jobsdb, Monster, Indeed, pergi jobfair sana sini, interview itu ini, habis duit dah beribu duk ulang alik Kedah-KL.... kemuncak frustrated wani sampai bila wani failed 1 interview di sebuah audit firm yang well known. Sebelum pergi, wani siap solat hajat minta agar dapat diterima ke company tu, seriously, wani memang full of hope to get a job in the company. Minggu berganti bulan, wani tak receive apa-apa pun, waktu tu, Tuhan je tau patahnya hati wani. 


Wani tak malu nak cerita, dalam solat, wani nangis. Mengadu pada Dia, kenapa wani tak dapat position di company tu.. apa kurang wani... tapi, wani percaya sebaik-baik perancangan adalah dari-Nya. Wani percaya, Tuhan ada sesuatu yang Dia tengah simpan untuk wani, yang lebih baik dari apa yang wani harapkan. 


Sungguh.


Offer yang wani dapat, walaupun tak berapa kena sikit dengan Security, wani happy. Salary+elaun yang puas hati, living area yang semua dekat, nak makan ke shopping groceries ke... parking tak kena duit (hahaha). 


Wahai freshies yang senasib...


Jangan menangis sebab tak dapat kerja. Sia-sia.. ingat, Tuhan tu ada. Dia tengah simpan dan tunggu masa yang sesuai di saat kita dah bersedia. Jangan susah hati, karang jadi macam wani. Siap masuk hospital sebab over stress. Tak ke menyusahkan badan?


Ingat ye...


Tuhan ada.
Pergi solat, duduk atas sejadah, mengadu pada Dia. Kalau nak menangis pun, menangis lah atas tikar sejadah. Mohon ampun dosa yang lalu. 
Minta pada Dia - murahkan rezeki, permudahkan segala urusan.

Percaya pada Dia.
Percaya pada takdir Dia.


Allah Maha Pemurah.
Ingat tu, sayang-sayang sekalian! ^_^


15 February 2014

Kerja oh Kerja

Edit Posted by Miss Wanie with 1 comment
Haih.. sekarang dah tahu situasi seorang fresh grads. Susah juga nak cari kerja yang betul-betul kena dengan ape yang kita belajar. Dan bila kita dalam situasi macam ni, ramai yang sangat tak sensitif dengan apa yang jadi. Ramai yang cakap wanie demand. Geram, sakit hati, sedih, semua bercampur baur. 


"Kau apply je la keje ape yang ada. Kau IT kan?"
"Kau ambik je la ape yang depan mata. Sekarang susah nak dapat keja."
"Kau demand sangat gaji ni.. kau nak gaji 4 5 ribu ke?"


Ya.
Saya graduan IT - major dalam Security!

Saya bukan core programming - memang out kalau part theory inheritance, encapsulation bagai tu. Yes, its basic. Tapi dah lama sangat tinggal. Sebab wanie dah play dengan security tools dan bash scripting Linux. 


Ada yang suruh jadi PHP developer. Requirement HTML5. Itu latest ok, wanie sempat tahu sampai PHP je. ASP.net walaupun pernah attend training, dah lupa. Its been 4 years wanie tinggalkan semua tu.


Gaji? Eh ada ke 4 5 ribu selain O&G Company yang offer fresh grads IT? Hahah.. Demi Allah, bukan nak demand. Kalau boleh, biar cukup dengan keperluan hidup, keperluan asas, lepas nak bayar bil dan bagi sedikit pada parent, cukuplah. Masih sedar diri, fresh grads. 


Setakat sekarang, ada 1 multinational company yang interested, rasanya mungkin disebabkan requirement wajib yang dorang nak which is Certified Ethical Hacker (C|EH) kot.. mujur, wanie baru habis training and exam and Alhamdullillah, dapat certificate tu. Haritu, that company ada buat phone interview, and dorang minta wanie reply my details to show my acceptance untuk diinterview f2f. Wanie send last Friday, so prepare je lah maybe next weekday dapat call/email untuk state exact date nak interview sebab dalam phone pun HR dorang ada tanya when will I have free-time. 
** time phone interview, rasa pelik juga dengan English accent interviewer. Right after the interview done, terus buat social engineering. And no wonder tak penah dengar, interviewer tu orang Philippines. Hehehe~


As a fresh grads, salary yang ditawarkan bolehlah wanie cakap Alhamdullillah. Beyond my expectations juga. Tapi, berbaloi jugak kot sebab kerja shift. My family against my decision untuk accept tawaran tu, tapi... entah lah. Wanie pun tak tahu nak cakap macam mana. 


Last week, wanie pergi ke career fair TM. Antara position yang banyak dioffer macam Finance, Accounts, Admin.. yang interested pun is TM, Western Digital and Public Bank. And between all, Public Bank sahaja yang nak my resume with my professional certs. Yes, I do make 2 kinds of resume. One is just plain normal resume and another is a resume with my professional certs (C|EH and MTA Security Fundamental from Microsoft). 


Next week, ada jobfair di Midvalley anjuran Jobscentrals. Weekend tu juga ada kenduri ex-officemate kahwin kat Melaka nak attend. Last jumpa dorang haritu time ambik cheque kat HeiTech - sempatlah jumpa dorang kejap, gelak-gelak, bahan-membahan macam biasa. Heheheh~ and first week on March pula jobfair di KLCC anjuran Jobstreet. 


Yosh~
Semoga cepat dapat keja.
Pastu nak kawen.


Eh?

Hahahaha~ ^_^


11 January 2014

Teaser Vacay

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Alahhh alahhh.. tak bawak balik laptop pulak di kala mood tengah rajin nak berblogging. Baru nak ceciter sikit wanie pergi vacay lepas habis internship haritu. Takpe.. takpe.. next week kot baru nak update citer baru sebab nak balik semula ke ibu kota, I mean, hello unikl! Nak attend CEH training 20 haribulan ni.. so.. belanja sekeping la dulu gambar pergi holiday haritu eh. Kehkehkeh..


08 December 2013

Its Weekend, Again

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Hola korang!

Eh, weekend weekend korang buat ape je? Macam harini.. I mean semalam la sebab dah pukul 12 pagi baru nak update blog kan, tu pun guna phone sebab malas nak bukak pc. Heheheh.. Sambung balik. Wanie kemas bilik je, sebab dah tak stay kat rumah sewa kat KL, so balik rumah kakak semula kat Putrajaya ni. 2 minggu asyik tertangguh sebab first week of weekend balik kampung, last week balik kampung lagi sebab sepupu kahwin.

Letih jangan cakap lah. Tengahari tadi pegi dobi, dry kan baju sebab banyak sangat.. tak larat nak sidai. Lepas tu, sambung kemas bilik. Sorang je mengemas sebab kakak balik kampung lagi, wanie malas nak follow sebab kakak balik naik bas - long journey naik bas even keta, memang wanie tak berapa tahan, mabuk.. hehehe. kalau flight ok lagi sebab kejap je AOR-KLIA kan.. bila mabuk, mula nak moody. Tak best la kan balik kampung nak moody moody.. hehehehe

Dinner malam ni pun masak simple-simple je. Macaroni bolognese. Nak masak nasik lauk, malas, lagipun lately memang tekak tak dapat nak terima nasik. Sambil-sambil makan, layan CSI pulak, memang ohsem sangat weh! Perut kenyang, badan letih.. tersadai depan tv. Mihmihmih~ ^_^

Ok dah, esok nak sambung mengemas lagi. Banyak lagi baju nak kena lipat masuk dalam wardrobe.

Night korang! :)

Nah, belanja sikit gambar. Heheheh

Me and my sister..


Macaroni CSI namanya.. hahaha


05 August 2013

Clinelle Blemish Set - Part 1

Edit Posted by Miss Wanie with No comments


Hari Jumaat lepas, wanie iftar dengan kawan-kawan di TGI Friday kat Sunway Pyramid. First time try TGIF, wanie bukan penggemar steak sebab nightmare kena steak tak masak dan tak sedap di satu steakhouse yang agak popular di area KL. Tapi lepas ke TGIF and try rib steak (well done cook) pergh, boleh tahan sedap sebab sauce macam ala-ala kat Fullhouse (rasa sweet-sweet macam raisins sauce). Eh dah, nak citer pasal camne boleh ter-try Clinelle ni.. mukadimah panjang sebab excited makan steak sedap pastu tak nightmare dah pasal steak tak masak. Akakakakak~


Memandangkan moisturizer Organic Aid dah habis, so meredah lah kat AEON Beautystore kat Sunway tu, sebab malas nak jalan jauh-jauh cari Guardian ke Watsons. Cari punya cari, aiseymannnn takda pulak Organic Aid. Pastu, terus terpandang product Clinelle ni. Herm.. dah tengok lama dah.. tapi malas nak pegang sebab pricey sikit bagi wanie (student kannnn... cleanser 20 hengget pun aku cakap mahal. hahaha) Pas belek-belek Clinelle ni, tergerak hati macam, apakata give it a try... mula-mula, nak ambik moisturizer ja, tapi tiba-tiba terpandang 1 box set of blemish product macam gambar kat atas. 


Tengok-tengok harga, dalam RM 57.90 tak silap.. less than RM 60 lah. Terpengaruh sebab dia cakap less than 2 weeks boleh lah kalau nak nampak perubahan. Ada cleanser, toner dengan moisturizer - biasalah, basic things kan. Tapi dalam regime face care wanie, wanie skip part toner sebab tak pernah jumpa toner yang gentle and mild, pendek kata yang best lah.. beautician cakap tak elok la kan, sebab toner ni untuk close pores balik yang terbukak time kita cuci muka. 


So, hari ni hari yang ketiga wanie try Clinelle. So far, ketiga-tiganya blends well dengan my skin. Takde rashes, itchy or burning feeling.. yang wanie suka, memang set ni useful untuk control oil. Indeed!


Cumanya, tak try lagi this product dengan cosmetics. Sebab skin wanie lagi cepat oily kalau pakai foundation pe sume tu. So far, wanie tenyeh bedak compact je. Takpe-takpe, we'll see nanti camna.