Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

05 August 2013

Clinelle Blemish Set - Part 1

Edit Posted by Miss Wanie with No comments


Hari Jumaat lepas, wanie iftar dengan kawan-kawan di TGI Friday kat Sunway Pyramid. First time try TGIF, wanie bukan penggemar steak sebab nightmare kena steak tak masak dan tak sedap di satu steakhouse yang agak popular di area KL. Tapi lepas ke TGIF and try rib steak (well done cook) pergh, boleh tahan sedap sebab sauce macam ala-ala kat Fullhouse (rasa sweet-sweet macam raisins sauce). Eh dah, nak citer pasal camne boleh ter-try Clinelle ni.. mukadimah panjang sebab excited makan steak sedap pastu tak nightmare dah pasal steak tak masak. Akakakakak~


Memandangkan moisturizer Organic Aid dah habis, so meredah lah kat AEON Beautystore kat Sunway tu, sebab malas nak jalan jauh-jauh cari Guardian ke Watsons. Cari punya cari, aiseymannnn takda pulak Organic Aid. Pastu, terus terpandang product Clinelle ni. Herm.. dah tengok lama dah.. tapi malas nak pegang sebab pricey sikit bagi wanie (student kannnn... cleanser 20 hengget pun aku cakap mahal. hahaha) Pas belek-belek Clinelle ni, tergerak hati macam, apakata give it a try... mula-mula, nak ambik moisturizer ja, tapi tiba-tiba terpandang 1 box set of blemish product macam gambar kat atas. 


Tengok-tengok harga, dalam RM 57.90 tak silap.. less than RM 60 lah. Terpengaruh sebab dia cakap less than 2 weeks boleh lah kalau nak nampak perubahan. Ada cleanser, toner dengan moisturizer - biasalah, basic things kan. Tapi dalam regime face care wanie, wanie skip part toner sebab tak pernah jumpa toner yang gentle and mild, pendek kata yang best lah.. beautician cakap tak elok la kan, sebab toner ni untuk close pores balik yang terbukak time kita cuci muka. 


So, hari ni hari yang ketiga wanie try Clinelle. So far, ketiga-tiganya blends well dengan my skin. Takde rashes, itchy or burning feeling.. yang wanie suka, memang set ni useful untuk control oil. Indeed!


Cumanya, tak try lagi this product dengan cosmetics. Sebab skin wanie lagi cepat oily kalau pakai foundation pe sume tu. So far, wanie tenyeh bedak compact je. Takpe-takpe, we'll see nanti camna. 


01 May 2013

A Day in Times Square

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Rasa dah sangat matured sebab semalam pergi Times Square, naik train sorang-sorang. *tepuk tepuk tangan sket... hahahaha* Tapi, dua hari sebelum nak ke Times Square ni, bukan main lagi text orang itu ini, confirmkan jalan and which train should I take. 


So, untuk kemudahan bersama, wanie siap download apps kat Android Play Store lagi - maps untuk train neh. Kehkehkeh~


Boleh download apps yang berkaitan macam example kat bawah neh, very useful! :


Sesampai je kat Times Square, terus rasa macam nak nangis kegembiraan. (over betul!) Lama tak naik train and travel sesorang ni. Adventure sangat, sebab selalu ke hulu ke hilir, teddy yang bawakan. Eh, kali ni teddy tak ikut sebab konon nak buat friend-day-out lepas tu nak tunjuk yang boleh independent-lah-sangat. (time sampai je, terus cari kerusi sebab letih then terus text teddy "tak nak dahhhh.. letihhhh" , walhal dah habis penat rase nak buat lagi je... hehehe) 


Pastu melepak jap minum-minum (sesorang okayhhhhh) kat Sweetchat sementara menunggu my friend datang. Nasib baik kawan wanie ni jenis on time jugak, eh tak sangat... lewat 7 minit dari time yang dijanjikan. Agak-agak boleh forgive ke tak?? :-P


Lepas lepak-lepak, kitorang tengok movie jap. Hambik kau, Long Weekend. Sakit jantung je tengok citer tu. Nak tengok Ironmen, tapi mujur teddy dah text yang dia dah beli tiket for this Friday. Hoyeahhh! Ok sambung citer, lepas settle je tengok Long Weekend atau lebih tepat, setelah jantung kembali normal, jejalan dalam Times Square tu kejap. Plan nak makan tutti, tapi my favourite flavour (red velvet) takde pulak. Kechiwa betul. Pastu, my friend ajak makan Hot n Roll sebab dia tak penah try lagi.. 
Lepas makan-makan, terasa nak shopping kasut sebab memang ada sepasang kasut je sebenarnya. Then terus ke favourite kedai, Lavender. Aisey... tertinggal kasut dalam keta teddy. Nanti la wanie update ghupe kasut tu camne. Kasut tu comel, colourful.. hehehehe~


And after that, for the second time and last agenda sebelum teddy datang ambil wanie kat Times Square tu - pegi drinks kat Sweetchat lagi. Boleh jadi manager sweetchat dah cenggini kan. See, how we love sweetchat (sebenarnya terlupa yang Old Town pun ada, boleh pekena my yummy Rose Float -.-") 


***********************************

Dan sebelum ke Times Square tu, sempat pegi lunch dengan teddy dulu.. oleh sebab bersiap awal, maka terjadilah Gwiyomi versi educated. Hahahahah.. phuiii!!


Ok murid-murid, 2+2 = 4
(eg: 2 eyes + 2 lens)
Bukan Gwiyomi, BIJAK! 



21 April 2013

Post Graduate and Career Fair 20 April 2013 - KLCC

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Semalam (semalam dah la kan sebab time post entry ni dah pukul 1.45am...) pagi-pagi lagi dah bangun awal sebab nak ke KLCC - ada post graduate and career fair kat sana. Banyak multinational company, I mean company yang sangat-sangat besar ada kat sana. Paling best, sebab semua bank altogether in the event. Senang wanie bersoal jawap for placement untuk internship. So far, I'm most interested with what CIMB has offered me. :-)


Such a "harsh competition" (I see, I feel, I guess) between all fresh grads which looking for a job. Entah, takut pula rasa bila fikir, habis intern nanti mesti akan attend event macam ni selalu, bawa CV and kena confidence tinggi sebab ada yang provide on the spot interview. *ketar lutut*


For post grad, takde lagi university yang offer core dalam computer security / system security. Computer Science, IT... macam tu adalah. Tu pun tak banyak... so, wanie hold dulu niat nak further post grad...


Conclusion : tak semeriah yang wanie penah attend under event JobStreet. Lagi banyak company yang take parts dalam event ni. 



*****************

Kali neh, selain dari teddy and his sister, wanie bring along my old friend. She's crazy - so much, and hap-pening. Teddy pun surrender bila kami together, camwhoring jangan cakap lah kan. Sampai malu nak tengok pun ada, punya la macam-macam pose. 


After habis je attend event tu, kitorang had our lunch di food court KLCC. Lepas tu, kitorang separate. Teddy and his sister went to Kinokuniya, while my friend and I just had our girl's talk for quite few hours. Bila mak jemah dengan mak kiah duduk sekali, memang tak pandang kiri kanan dah. Dapat je kerusi, terus bersembang sampai tak sedar time flies. Girl's talk, biasalah.. kalau tak pasal makeup, facial care, err... gossip-gossip sket, preview balik old good and shameful stories and paling utama, BOYS - memang bukan girls la kan. Kehkehkeh~


Met the craziest girl on earth - Kirah/Shek

Yes.. she's crazy and I know it... 
Time neh wanie tak gerak dari rumah lagi, end up she sending this picture asking where am I
Konon tengah marah *mata atas tangan di bahu*


Teddy confirm la jadi mangsa kena tangkap gambar kitorang kan


Wahai cik wanie... kaki lepas neh kau tolong kepit sket
Cover sikit aura jantan kau tu.. hahaha


Dalam toilet pun jadi keja.. 
Masuk-masuk terus nampak cermin besar, ape lagi.. cepat-cepat buang hajat, lepas tu camwhore lah!
=^^=

Love ya sis! 


07 April 2013

Badminton di 1Shamelin

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Wahhhh! Semalam serious best, dah lama sangat-sangat tak beraktiviti keluarkan peluh. Memang puas main semalam, sampai basah baju berpeluh. Haha..


Game semalam bertempat di Mall 1Shamelin, Cheras. Bermula jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 12.30 pagi. Dan macam biasalah, memang wanie betul-betul kena 'game' dengan kawan-kawan semalam. Mentang-mentang lah wanie je perempuan, tak berapa pro macam dorang... sob sob~ tunggu ye korang, bob, eppy, pandey, teddy, iju and daus!


Tapi tu semua first hour je, lepas tu dah 'fluent' ala-ala LCW sikit lah. Ececececehhh.. (*¯︶¯*)
Court situ, so far ok. Jangan risau kalau haus ke apa, sebab stock Gatorade all flavours memang banyak, sport shoes, jerseys, racquet semua ada disediakan. Tapi, beli ah.. bukan sewa-sewa.


Lepas habis game, wanie, teddy and pandey terus ke Mali's Corner, pekena nasi lemak ayam goreng. Haha.. 'ada' function la berpeluh bersukan macam nak rak, pastu pergi pekena nasi lemak. Eh takpelah.. cheat day.. :-P 


Sebab dah lewat kalau nak balik ke Putrajaya, wanie sleep over rumah member kat Kg Baru. Lagipun, plan hari ni nak jalan-jalan tengok wayang dengan Sarah. Sesampainye kat rumah, hah ape lagi.. lama tak jumpa, terus bergossip sakan sampai 3 pagi. Haha.. lepas tu, cleanup myself, tukar baju tidur, terus baring tak sedar diri. Bangun-bangun je, tangan pegang racquet main semalam, sakit and lenguh-lenguh. Mihmihmihmih! ╰( ̄▽ ̄)╭


Oklah.. until here. Rasa macam nak sambung tidur lagi walaupun dah pukul 11 pagi. Wahahaha..


my team, my best friend, my cikgu-ajar-main-badminton garang nak mampus


its such a blast when surrounded by old best friends


06 April 2013

Current Mood : Shopping!!!!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Haaa... jangan ditanya kenapa. This is my after-FYP's-treatment! Selalu kalau stress, wanie mesti pergi ke Redken kat Maju Junction untuk hair treatment. Tapi, kali ni nak up sket... pergi shopping terus. Hehehehe~


Sekali sekala nak shopping kaw kaw punye punnnn.. Semalam cari sweater memandangkan my pashmina kesayangan hilang ke mana tah, bak kata Aisy, iSad! Sob sob~ :'( cari punya cari, dah jumpa yang berkenan di hati, tapi takde size pulak. Grrr!


So, try la order sweater kat lelong.com . Hampeh, seller tu reject purchasing wanie sebab dorang out of stock. Takpe takpe... cari punye cari.. jumpa satu website neh, hah! Ada exactly sweater yang macam wanie cari. The price pun much cheaper. Tapi, pre-order lah dalam 7-9 days macam tu. Who cares~ :P



Wanie order sweater macam dalam picture kat atas ni. Cun kan? Actual price dalam RM 34, tapi my luck kot.. semalam tengok kat website tu tinggal RM 26. Hah, sambar terus!


As this is my first time shopping kat website tu, so nanti bila baju wanie dah sampai, wanie update condition baju tu and macam mana service dorang.


This is the website that I meant. Check it out at http://mosfashion.com/ . Remember arr... all products sold just for pre-order, bukan ready stock. 




p/s : Malam ni sleepover di ex-rumah sewa kat Plaza Rah. And malam ni juga ada game badminton kat 1Shamelin dengan bffs.


p/s 2 : Sejak bila aku rasa macam segan-segan sikit dengan dorang tah. terasa macam segan sebab macam biasa lah, I'm the only girl among them. -.-"


16 March 2013

My Soulmate :-)

Edit Posted by Miss Wanie with No comments




My lil baby boo...

Wait for me this upcoming Tuesday, we're gonna bring the rhyme together....

Missing you so mucha mucha mucha!!
XOXO

^_^

05 March 2013

Hang Out and Movie's Day

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Akhirnya, keluar juga wanie bersosial and meet up with friends. Yang boleh keluar tu sebab kawan-kawan siap perli-perli tak berdunia la, sombong la, apala.... hahahahah. Dan memandangkan hari ni pun takde class and ada kawan dari Perlis datang sini untuk job interview, so seharian la keluar dari tengahari tadi sampai ke malam pukul 11.30 baru nak balik rumah. :-P

Firstly, wanie and teddy pergi pickup kawan (Pandey) kat Cheras. Decide punya decide apa plan nak buat, kata sepakat nak tengok movie. Mula-mula, wanie nak tengok movie Beautiful Creatures tu, tapi dah suara majority nak tengok Rock Ooo tu, layankan aje. OK, not bad la movie tu. Kelakar, cynical... tapi, teddy and Pandey cakap, lagi best kalau tengok dulu Rock yang first then baru nak faham overall story tu. 

Sebelum start movie, kitorang pergi ngapppp dulu kat TCRS (The Chicken Rice Shop). This is what I ordered, Hainanese Rice with Curry Chicken, price dalam RM 8.90. No water, sebab I bring along my mineral water and masih lagi dalam cubaan mendisiplinkan diri to not taking too much sugar in meals or drinks.




Bercamwhore sebentar sementara menunggu ketibaan meals si Pandey tu. Tapi, Pai Tee dia memang selamat la disental satu masuk perut. Kehkehkeh~



And here comes the Mr. Pandey. Pfffttttt! -.-"






Ini pula suasana di Midvalley tadi. Nampak sikit kan, tapi once lampu number tu on je, perghhhh... berpusu-pusu masuk. 

*weird thing about teddy: kitorang beli ticket tadi guna M2U and GSC Application tu, but still teddy nak juga redeem ticket wayang walaupun wanie dah cakap, kita scan jelah QR Code tu, ape de hal... ahahahaa... malas nak bertekak, ikutkan ajelahhh...*


After habis movie, kitorang pergi lepak kat mamak di Bangsar (opposite Bangsar Village). Hang out kejap dengan kawan yang datang dari Perlis tu and he bring along his buah hati, si Neena. Lama oiiii tak jumpa dengan kawan perempuan nan sorang ni. Masing-masing busy, dia dengan kerjanya dan wanie dengan assignment testnya... 



Sehati sejiwa sekepala juga dengan kawan wanie ni. Sama je nasib dia dengan partner dia, kami girls nak tengok Beautiful Creatures, diorang boys nak tengok citer Rock. Sudahnya, kami sama-sama cakap lepas ni kalau keluar ramai-ramai tengok movie lagi, wanie and neena pergi tengok cerita kami, the boys pergi tengok cerita dorang. Actually, my friend and her partner pun pergi jugak tengok movie Rock tu, cuma berbeza lokasi je.. Hahahahah~

After habis je hang out neh, memang masing-masing terus gerak nak balik. Letih, seharian keluar.. hehehe~ wanie and teddy pergi drop balik Pandey kat Cheras and terus balik ke Putrajaya, and now.. get ready nak solat and tidooooooooooooooooo!!

Oh, by the way.... blender shake yang wanie order last 2 week dah sampai. Yeahhh~ tak payah nak share-share blender nak buat shake dah.


Shake ni wanie bought kat Streetdeall, really worth it!