Showing posts with label review kedai makan. Show all posts
Showing posts with label review kedai makan. Show all posts

02 March 2013

Short Review - Nasi Arab Sanaa Cyberjaya

Edit Posted by Miss Wanie with 6 comments
Why short review? Heheheh.. sebab tak snap banyak gambar sangat due to perut dah macam "ugut bunuh" je kalau tak makan cepat-cepat. Hahahhaha~

Ok, this posting (after few month tak update kan) nak cerita pasal nasi arab. Last week after class macam tu, memang dah kebulur tahap gaban dah. Nak makan area Kampung Baru, dah macam jemu dah. Hari-hari menu yang sama. Time dalam keta tu, terasa nak makan nasi arab. 

Bukan takde nasi arab area KL tu, tapi harga yang dorang letak tu kadang-kadang buat wanie ketar tangan je time nak bayar. Google punya google, wanie jumpa ramai yang cakap nasi arab neh pun banyak je kat area Cyberjaya. Ini sudah bagus, lagi dekat dengan rumah kat Putrajaya neh. 

Ada 2 restoran yang famous dengan nasi arab kat Cyberjaya ni. Satu, Restoran Saba dan satu lagi Restoran Sana'a atau Sanaa pun boleh lah. Lepas talk dengan teddy, kitorang decide nak ke Restoran Sana'a, murah dan sedap katanya.



*alahai, tak sempat snap gambar kedai, yang sempat, gambar makanan je...*




Ini yang wanie makan. *tapi gambar ni adalah the second time datang, bawa adik-adik teddy* So, kalau dah nama pun datang pulak, memang sedap la kan dan lepas ni, memang akan ada third time, four time.... alahhh... bertime-time lagi lah sebab memang tak rugi pun. SEDAP SANGAT DAN MURAH!!

Time first time makan, wanie order nasi kabsah chicken. Dan the second time macam dalam gambar, wanie order nasi mandi (bukan mandi manda ye murid-murid!) Each yang wanie order tu harga RM 10 je weyyyy! 

Teddy pulak order roasted chicken kut tak silap dalam RM 17 macam tu la. Air, kitorang order tea o ais je, segelas dalam RM 3.00. 

Eh, terjumpa pulak Facebook Restoran Sana'a ni. Wanie upload sekeping gambar menu dorang ye, kalau nak tengok lebih-lebih lagi menu restoran ni, boleh check Facebook Page Restoran Sana'a sendiri ok. :-)


Ini address restoran ni : 
No.13G, Biz Avenue , Neo Cyber, LINGKARAN CYBER POINT BARAT, 63000 Cyberjaya

Lokasi dia memang mudah nak cari. Kalau korang tak tau bulatan besar dalam Cyberjaya tu, cuba korang cari Domain. Tak silap wanie, ada kolej swasta area-area tu. 

Ok la, ngantuk pulak dah lepas lunch dengan ikan pekasam ni kan. Mau tak nye, 2 pinggan nasi wanie hentam...  

Jumpa lagi in next post. Salam ketiduran hujung minggu. Kehkehkeh... :-P

11 April 2012

Review - Teratak Ikan Bakar Kampung Baru

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Lokasi kedai makan ni betul-betul bersebelahan dengan rumah sewa Wanie, di Plaza Rah ni. Selama Wanie menyewa di sini, ini baru kali kedua Wanie singgah makan di Teratak Ikan Bakar ni. 


Oleh sebab dah tahu/kenal sikit cara penyediaan makanannya, so takde lah Wanie order sewenang-wenangnya. Bukan kerana harga, tapi kuantiti makanan yang agak banyak. 


Kedai ni memang ada jual bakar-bakar macam ayam bakar, ikan bakar, nasi lemak pun ada. Tapi, Wanie tak terasa nak makan bakar-bakar ni, teringin nak merasa tomyam la pulak. Nak pergi makan di Sri Ayutthaya rasa macam mahal, sebab dalam kuantiti yang sedikit, bayar mahal. Kalau tak silap Wanie, semangkuk kecil tomyam di Sri Ayutthaya berharga RM 13.90. Alahai... teringin nak rasa, tapi mungkin next time lah. Poket tak berapa nak stabil lagi. So, di kedai makan Teratak Ikan Bakar ni, Wanie dan Mr. Love order semangkuk tomyam seafood berharga RM 12, nasi putih 2 (RM 1.50 per plate) , air jus oren dan teh ais  (RM 2.00 each). Tapi time bayar, entah apa la rezeki kitorang malam tu, kitorang just bayar RM 15 je, dapat discount weh!!! Hihihihi... 


- gambar : sumber Google -
Pemilik restoran agaknya, inilah gerangan yang memberi diskaun kepada kami! 
Terima kasih bang, murah rezeki abang lagi pasni ye..





- The Menu -



Haaaaaaaaaa......
Nampak tak? Nampak tak? Baru betul-betul seafood!


Serius, sedap! Kaw-kaw tomyam dia, taklah pedas berapi sangat, just nice! Rasa tomyam ni, mengingatkan Wanie time Wanie makan tomyam dengan family di Danok waktu bercuti ke Thailand dulu. Cuma kat Danok dulu, takdelah diorang letak lala bagai.. tapi yang ni, ummmphhh lah! Berbaloi sangat-sangat dengan harga! 

Memang Wanie recommend lah untuk korang try kalau korang peminat tomyam. Tak pernah lagi Wanie jumpa rasa tomyam sesedap yang Wanie penah makan macam kat Thailand dulu. Kalau korang suka pedas, request je to make it more spicy. 

Dari segi environment, ok la. Nak decorate ala-ala Thai pun, bukannya kedai makan Thailand. Dah nama pun kedai ikan bakar kan, just nice - selesa. Ada disediakan ruang outdoor untuk lebih feel. Tapi, time Wanie pergi tu hujan, tak payah nak feel outdoor sangat. Kang kuah tomyam jadi kuah hujan. 


Apa yang Wanie boleh cakap, I will be a return customer. Tapi ingat ye, portion semangkuk tomyam seafood tu cukup untuk 2 orang. So, boleh la share-share sorang RM 6. Hehehehe... 

Review - Restoran Fullhouse Wangsa Maju

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Pernah dengar tak restoran Fullhouse yang decorationnya ala-ala vintage sikit dan yang pasti restoran tu sangat comel.... eh! Tak, tapi SAAANGATTT COMELLLL!! Yes, serius ni. Sangat comel, sesuai untuk dating-dating.. Hahaha! 


Fullhouse yang menjadi pilihan Wanie kali ni adalah di Wangsa Maju, bersebelahan dengan Wangsa Walk. Malas nak pergi jauh-jauh sebab tak sanggup nak stuck dalam jammed. Nak pergi Fullhouse yang paling dekat (Jalan Yap Kwan Seng) problem nak parking pulak sebab area situ agak sempit. Actually, this is my first time visiting this kawaii restaurant sebab malam tu terasa sangat nak makan chicken chop. 


Berdasarkan review yang Wanie baca, ramai yang suggest untuk mencuba Wok Sear Chicken Chop. Ok lah ok lah... taknak nak mukadimah panjang-panjang. Jom kita layan gambar yang sempat Wanie snap!



Sempoi tak buku Menu dia? Wanie mula-mula terkejut jugak, apehal la diorang bagi magazine ni, dahla tengah lapar. Nasib baik bukak check dulu, kalau tidak malu je! Hahahaha!


Inilah Wok Sear Chicken Chop with Raisins Sauce. Harga dalam RM 16.90 per serve.
Ohemji! Serious tak menyesal order, sedap sangat! It comes with mashed potato. Bagi Wanie, hidangan ni sedap sebab sauce nya. Tasty, manis-manis raisins pada sauce tu pun sedang-sedang je. Lagipun, the chicken was grilled, while mashed potato tu sangat mengenyangkan - boleh rasa macam ada butter n cheese sikit. Tak tahulah betul ke tak, tapi Wanie rasa macam tu.. hehehe

While drinks, Wanie order air ape tah, Korean tea ke apa tah... ok, not bad. Dalam manis, ada rasa pahit sikit. Tapi, bukan pahit macam kopi. Pahit herba kot.. Mr.Love pulak order Lime Juice, very refreshing! Harga, RM 3.90 for each drink that we've order. 

p/s : Tisu Fullhouse tu comel. Time nak lap mulut pun, Wanie keluarkan tisu sendiri. Tisu ni Wanie bawak balik simpan, sayang nak guna. Hahaha.. Jakun!


- Close view -
Yang nampak macam serbuk-serbuk hitam tu adalah black pepper. 


Hahaha... tak habis! 
Walaupun kami datang dalam keadaan starving - eh, tak, dying, still tak mampu nak habiskan. Kenyang sangat sangat ocay!


Ini package jimat punya! 
Tengoklah harganya, murah kan? Siap sekali dengan dessert lagi.



Both pictures above shows the decoration inside the restaurant. 
Di sebelah bahagian kiri Wanie tak sempat nak snap, tapi bahagian situ untuk membeli barang-barang yang dijual di restaurant tu seperti baju, accessories dan sebagainya. Comel, dan harganya, gulp! -__-"


 Ini pula decoration di bahagian luar. 
Tak berapa menarik jika dibandingkan dengan Fullhouse di Sunway Giza kereta kaler pink kot kalau tak silap.


Muka sememeh je! Sebab tengah homesick nak balik Kedah, so terpaksa datang makan tempat-tempat macam ni untuk melupakan seketika Kedah sebab timbunan assignment yang macam gunung. (alasan! )


So, lepas ni kalau duit jatuh dari langit, Wanie pergi la pulak terjah franchise Fullhouse yang lain ye. Ok, sampai sini dulu. Tata!