Showing posts with label healthcare. Show all posts
Showing posts with label healthcare. Show all posts

24 June 2017

Cabut Gigi Bongsu di Hospital Putrajaya - Final

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam korang... 


Rajin ni nak update blog, sebab tengah bersiaran langsung dari office terchenta! Esok nak raya, harini keja lagi. Ghajen tak ambo? Hahahahah~ ok, nak cerita final part dah pasal ko gigi bongsu. Seksa nawww! Uhuuu~


2 hari selepas surgery which is Khamis, Wanie rasa berdenyut kat tempat gigi bongsu yang dicabut yang dekat dengan saraf tu. Wanie cuba bertahan. Esoknya, makin kuat rasa denyut tu. Sampai sakit kepala sebelah dan rasa denyutan tu sampai dalam telinga. Wanie call pihak hospital dan minta disambungkan ke bahagian Dental. Mula-mula, diorang kata memang akan sakit sebab baru lagi lepas surgery. Tapi diorang kata, kalau nak minta diorang check kan pun boleh, datang je ke hospital. 


NOTE : Layanan macam ni yang wanie maksudkan, sebab sebelum ni ada orang yang bash kan, sebab wanie marah sikit layanan yang wanie dapat dari dari petugas kesihatan kat klinik kerajaan di Precint 9. That was a long time story and perhaps it was my unfortunate day! Tengok petugas kesihatan di Hospital Putrajaya especially bahagian Dental, ya Rabbi! TERBAIK WEHHHH!!!~ dengan lemah lembutnya, sopan santun, dari nurse hingga ke doctor yang melayan sepanjang wanie mendapatkan rawatan di sana, WORLD CLASS!! Cuma, biasalah... kalau appointment dengan hospital, standard la masa menunggu tu kadang tu sampai sebulan lebih, BUT I DONT CARE BECAUSE OF THEIR GOOD SERVICE~ gigi dah lah tengah sakit, mood swing tu paham paham lah macam mana, dapat service terbaik macam ni, memang kurang sikit rasa sakit tu! Sejuk je hati! Kita bukan minta dilayan macam VVVVVVIP, tapi lemah lembut bila berbahasa macam ni yang kita nak...

OK, yang terasa dengan post wanie yang lepas-lepas tu, wanie minta maaf ok. Nak raya neh.. hahahahaha.. lagipun benda tu dah lama. Mesti dah ada penambahbaikan service diorang, cuma, wanie masih trauma nak dapatkan rawatan pergigian di situ. Dahlah kita ni takut jumpa dentist... terkena macam tu, memang trauma sikit lah... hahaha..



Ok, back to the story. Lepas ucap terima kasih bercakap dengan petugas kesihatan, Wanie macam ok takpe... mungkin normal kot lepas surgery sakit macam tu. So, wanie makan painkiller and tido je seharian.... esoknya tu, Sabtu... dah tak terkata dah sakitnya!! Tapi hospital tak bukak weekend kan... memang dah tak boleh fikir apa dah. Awal-awal pagi tu dalam 9.30 pagi camtu, terus ajak husband ke Klinik Pergigian Dr. K kat Precint Diplomatik. Time tu, nak bukak mulut pun seksa... lepas doktor check, haaa kau! Nasik seketul dia jumpa... patut lah sakit. Lepas tu, doktor kata macam dry socket sikit je... doktor cucuk ubat kebas, lepas tu cuci dalam gigi tu untuk elakkan jangkitan. Tak lawak weh... time doktor nak cuci dengan nak ambik sisa-sisa makanan, serious sakit sampai nak meleleh air mata.. dah tak malu dah terjerit-jerit time tu... Hambik kauuu... ikut nafsu sangat, slumber badak je ko makan nasik, orang lain lepas surgery makan soft food je je.. hahahaha, rasakannn lahh hazabbb nye.. Lepas tu, doktor masukkan ubat dalam lubang gigi tu, dan jahit sikit. Haaaa~~ part jahit ni pun sama, rasa macam kena jahit hidup hidup sebab ubat bius doktor dah cucuk banyak kali, still boleh rasa sakit tu. Sabar je weh... time tu, terus tobat tak kan makan nasik ketul ketul... nasi pun blend sama cair macam nak bagi baby makan, punya laaa insappp. Hahahahaha~ lepas dah cuci semua ni, baru rasa indah dunia. Sakit masih sakit, tapi tak seteruk awal tu la...


Isnin lepas, wanie call hospital untuk reschedule tarikh untuk bukak jahitan sebab gaps nak bukak jahitan tu dekat sangat. So, doktor schedule ke hari Khamis. Pagi Khamis tu, wanie pun ke hospital untuk bukak jahitan. Tak sakit sangat... cuma pedih sikittt je dan sedikit ngilu. Doktor yang bukak jahitan tu adalah the same doctor yang surgery kan wanie. Dia cerita, memang agak susah waktu dorang nak surgery tu sebab size gigi wanie besar-besar dan diorang terpaksa potong kawasan tu besar sikit untuk keluarkan gigi wanie. Terima kasih banyak lah doktor.... dah hilang azab sakit gigi saya tanggung on off selama ni, besar ganjaran pahala doktor dapat! Lega rasanya lepas doktor check balik, doktor kata semua ok. Yang wanie still sakit, gigi bongsu yang bermasalah tu lah, yang nasik terlekat lah, yang dekat dengan saraf la... masalah betul gigi tu. Hahahah~ doktor kata yang tu pun nampak macam tengah recover. Doktor flush sikit dalam gigi tu untuk bersihkan, dan lepas jahitan dah bukak ni, doktor nasihatkan kena selalu gargle untuk keluarkan sisa-sisa makanan kalau termasuk dalam lubang gigi, dan bila gargle dengan Listerine tu, doktor pesan kuat sikit. Mungkin sebab gigi wanie tu bawah sangat kot... 


Dan sampai sekarang, rasa sakit tu berdenyut jugak, cuma sikit-sikit je.. takpe, itu normal doktor kata sebab dia tengah healing. Gigi-gigi lain yang dicabut, takde masalah dan dah tak rasa apa-apa. Still control food yang dimakan, lembut lembut je.. cuma kadang-kadang lepas gian gak, makan pasta dan laksa. Chew slowly, lepas makan terus gargle. Dah tak payah depend dengan painkiller dah. Sakit tu ringan je, boleh ignore macam tu je.. 


Sakit kan penghapus dosa. Alhamdulillah, banyak dosa terhapus. Cuma, lepas ni nak ganti puasa, boleh tahan jugak lah... campur dengan hari tak boleh puasa cuti perempuan. Heheheh~ 


Lepas dah fully recover, hujung tahun ni plan nya nak pasang braces di Klinik Pergigian Dr. K tu.... Gigi tak berapa teratur, so doktor check takut karies rosakkan gigi. Doktor suggest untuk pasang Damon Braces - the latest braces yang less painful katanya. Takpe... tunggu gigi baik dulu, lepas tu baru jumpa balik doktor untuk have a little talk pasal ni. Paling best, husband nak sponsor... kihkihkihkih~~


Oklah... terima kasih readers yang mengikuti kisah gigi bongsu ni dari Part 1, Part 2 dan yang ini, Final. 


Selamat Hari Raya korang!!! Minta maaf ye kalau tersalah silap terkasar tutur bicara.


20 June 2017

Cabut Gigi Bongsu di Hospital Putrajaya - Part 2

Edit Posted by Miss Wanie with 5 comments
Salam korang... Panjang ye post ni, Wanie cuba recall dan cerita setiap yang terjadi.


Sekarang jam 1.42am. Dalam previous post, Wanie ada citer nak undergo surgery after raya kan? Tak jadi... tapi di awalkan sebab Wanie dah tak tahan sakit menanggung derita angkara gigi bongsu tu. Jadinya, Selasa minggu lepas bersamaan 13hb June, Wanie selamat menjalani surgery bius penuh untuk buang 4 batang gigi bongsu.


Few days sebelum hari pembedahan tu, hospital akan call tanya kesihatan kita macam mana. Yes, tak boleh sakit macam demam ke apa ke, surgery akan postpone kalau sakit. Alhamdulillah, Wanie sihat. So, start 12 tengah malam, Wanie dah berpuasa. Next morning tu, Wanie orang ketiga dan last yang register di Wad Harian dan seusai "check in", terus tukar pakai baju hospital warna hijau tu. 2 orang sebelum Wanie pun nak surgery gigi bongsu juga. Pakar bius datang one by one kat kitorang nak cucuk macam nak drip air tu, tapi macam biasalah, urat Wanie ni dah lah halus, tak jumpa pula. So, doktor skip dulu. Lega lah juga, sementara tunggu turn dipanggil, Wanie tido sekejap. Sorry ye, tak dapat ingat exact time sebab gelabah yakmatt! Hahahaha~~


Dalam pukul 12 kot, turn Wanie sampai. Diorang minta Wanie tukar pakai baju warna putih dan penutup kepala tu dan berjalan ke dewan bedah. Kat situ, Wanie diminta berbaring dan pakar bius berjaya cucuk kali ni, tapi bukan belakang tangan macam biasa kita tengok, tapi ini dekat pelipat siku tu. Berdebar sangat... tak lama menunggu dan Wanie terus ditolak masuk ke dalam bilik bedah yang sejukkkkkkkk sampai menggigil (gigil takut pun rasanya ada jugak.. hahahaha). Tapi doktor situ friendly, dorang tahu kita sejuk, so dorang cover badan kita dengan ape tah, untuk kurangkan kesejukan katanya. Time tu mata dah terkebil-kebil tengok lampu operation tu. Takut oiii!! Ada seorang pakar bius tu, terhantuk kat lampu operation tu. Kelakar, tapi nak gelak pun macam takde mood dah. Kemudian, pakar bius cucuk ubat sikit dan pakaikan topeng sedut gas macam orang asma tuu.. doktor sempat tanya, "awak ok ke?" Time tu vision dah start blur blur, tapi nak "lawan kekuatan gas" tu.. hahahaha boleh lagi menjawap, "ok.. cuma pening sikit" dan lepas tu.... wassalammmm lah dikauuu!! Terus tak sedar apa......


Tahu tahu je... tersedar nama dipanggil dan dorang bagitau operation selesai. Masih lagi mamai mamai, dan walaupun masih bersisa ubat bius, terasa sikittttt kesakitan pada tempat gigi bongsu yang dicabut sebelah kanan. Takpe.. sakit sikit. Masih boleh bertahan. Dan dorang terus bawa ke wad harian. Dapat lunch dari hospital - bubur sedap, aiskrim dan air milo. Wanie rest sekejap sejam dua, lepas tu pergi bilik air bertemankan adik yang datang dari Kedah nak jaga hakak-nan-diva ni. Hahahaha~ ok lah, takde terhuyung hayang time berjalan. Lepas tu, bagitau nurse kat wad harian nak discharge. Mulut tak boleh cakap, penuh gauze dengan darah.. setiap setengah jam kena tukar gauze baru. Then, terus ke Unit Hasil untuk pembayaran. Selepas tolak subsidi semua, kena bayar RM 203 sahaja. Jumlah asal, hampir RM 7 ribu lebih!!





Balik rumah, terus makan painkiller dan tidur je. Makan pun soft soft dan sejuk. Geli jugak sebab darah nak kena telan, nurse tu kata. Jangan kumur or spit! Dan jangan makan or minum guna straw! Dannn.. jangan lupa beli ice pack kat farmasi, kena selalu tepekkan ice pack kat kedua belah pipi the same day lepas operation untuk avoid bengkak bommm ye. Jangan dah bengkak baru nak tepek ice pack tu, memang tak menjadi. Wanie jugak ada beli ubat surut bengkak di farmasi untuk membantu tak bagi bengkak sangat.


Nanti Wanie cerita lagi. Ye... ada sambungan. Kena infection dan dry socket sikit kat bahagian yang dicabut sebelah kiri (gigi bongsu ini yang paling dekat dengan saraf). Dan lenguh jari menaip kat fon.. dan masih lagi berdenyut tempat surgery walaupun harini ada hari yang ke 6.


Wish me speedy recovery!

12 May 2017

Cabut Gigi Bongsu di Hospital Putrajaya - Part 1

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Salam semuaaa...

Selama ni wanie duk baca je cerita orang cabut gigi bongsu ni macam mana. Haaa~~ kali ni merasa sendiri.. tak lawak wehh... serius tak best perasaan tu.. aahahahaha. Sebab apa ada Part 1? Haa.. jom baca..

Gigi bongsu kanan wanie impacted (horizontal) macam gambar kat bawah.

Credit picture to : http://www.exodontia.info/Wisdom_Tooth_Impaction_Classification.html

Nampak dia tengah tido? Tapi gigi geraham depan gigi bongsu tu dah kena cabut last year. So, tak lah sakit sangat gigi bongsu ni. Cuma sekali sekala bila dia bergerak rasanya (tudiaaa speculation), terasa weh sakit berdenyut tu walau sekejap. Jadinya, 7 April lepas, kebetulan off day, wanie ke Puspanitapuri di Putrajaya untuk scaling gigi dan nak ambik referral letter untuk buang gigi bongsu. Kat Puspanitapuri tak boleh buat sebab situ untuk kes kecil-kecil je macam tampalan or scaling macam tu... 

 Dah dapat referral letter, terus call Hospital Putrajaya untuk booking tarikh appointment. Yup.. call je. TAPI, kena ada referral letter dari klinik kerajaan atau swasta dulu tau. Sebab time call, dorang akan tanya referral letter dari klinik mana. OK, so dah dapat tarikh appointment pada 14 April. Time ni, tak buat apa-apa lagi tau. Doktor cuma x-ray dan check saja. Disebabkan sebatang gigi sahaja, maka doktor cuma akan melakukan local bius, maksudnya surgery akan dilakukan waktu kita sedar. Sounds scary, tapi, beranikan diri je....

Alright, dapat appointment untuk surgery which is semalam, 11 Mei. 3 hari sebelum surgery, wanie scaling gigi siap-siap di Klinik Dr. K kat Precint Diplomatik. Yang ni effort sendiri la, and doktor gigi pun sarankan untuk kita scaling gigi dulu before surgery. Pagi surgery tu, wanie dah makan kenyang-kenyang bihun goreng, walaupun nak telan pun nak mampu sebab takut.. haaa~ ceritanya, 5 ke 6 hari lepas, gigi bongsu yang sebelah kiri  wanie dah start sakit yang Tuhan je tahu! Ok takpe... sabar... tahan dengan painkiller. Sampailah ke hari yang dinantikan, terus bagitau doktor nak tukar cabut gigi kiri instead of kanan. Doktor ok je... memandangkan gigi terlalu dekat dengan nerve, doktor dahh bagitau kesan-kesan yang akan dialami JIKA nerve tercedera atau terputus sewaktu surgery. OK kan ajelah.. kita percaya pada doktor. Lagipun, doktor yang nak surgery kan wanie ni doktor pakar. Bagus sangat-sangat, diorang melayan je wanie punya songeh. Sebab takut, badan dah seram sejuk and menggigil. Wanie siap mintak blanket untuk selimutkan badan ke kaki. Hahahaha~ and nasib baik, few days sebelum surgery, wanie dok makan painkiller, so, bila tiba hari surgery, gigi dah tak sakit dan mudah untuk doktor buat kerja.

OK, dorang mulakan dengan cucuk ubat bius. Lepas dah kebas ape semua, dorang start pasang macam screw kot.. hahahaha~ wanie tak nampak sebab mata semua ditutup. Reason tutup mata, lampu surgery tu sangat bright. Tak kisah, wanie lagi suka sebab even mata dah tutup, wanie still pejam mata di sambil badan sedikit menggigil. Wanie pasang earphone, dengar spotify untuk kurangkan mindset yang fikir macam-macam. OK, pastu dengar bunyi mesin ngenggg ngenggg ngenggg... wanie rasa, time ni dorang tengah potong tulang rahang sikit. Trust me, tak rasa apa pun. Even doktor cut bahagian gusi pun wanie tak rasa apa... cuma, bila part doktor start nak pulas gigi tu kot, untuk nak longgarkan, wanie rasa sakit sangat. Doktor tambah ubat bius dalam 2 ke 3 kali macam tu, tapi still sakit.... uhuuu~~

Sudahnya, doktor tak boleh nak teruskan. Doktor syak sebab nerve tu, itu yang buat wanie sakit. So, doktor jahit balik gusi. Kemudian, set appointment baru untuk full bius. Maksudnya, surgery akan dilakukan waktu wanie tido dan akan masuk ke bilik bedah. Oleh sebab full bius, doktor sarankan untuk buang keempat-empat gigi bongsu sekaligus. Wanie setuju je, biar sakit sekali dah la.. lepas ambil ubat, naik ke tingkat 1 Wad Harian atau Daycare untuk jumpa pakar bius - ni untuk saringan je.

So, sekarang, dapat lah MC 2 hari (Khamis Jumaat) and cuti Sabtu Ahad. Wanie dah minta kat boss untuk extra cuti Isnin Selasa just in case anything happened. 

Lepas habis ubat bius tu, dah start berdenyut. Takpe, wanie makan painkiller. Dapat 2 jenis painkiller, satu yang kuat and satu lagi yang biasa. Wanie terus makan yang kuat sebab nanti takut sakit. Lagipun, husband kena kerja.. dia dah halfday teman wanie kat hospital. Taknaklah nak kacau dia kan.. bengkak, yes ada sikit. Malam semalam kitorang laki bini siap layan movie lagi sebelum tido.. kat rumahh eh.. tak koseerrr nak gi panggung wayang. hahaha.. 

Pagi ni bangun tidur, terasa pipi berat semacam. Bila tengok cermin, mak aihh.. dah serupa hamster simpan biji durian dalam mulut. Terus mandi-mandi, berus gigi pun slow-slow, pastu kumur dengan Listerine. Siap mandi semua, terus ngadap breakfast (whipped potato KFC as carbs dengan nugget). And terus makan ubat antibiotik dan painkiller sebab dah start sakit berdenyut, sakit lagi dari semalam. Itu yang orang kata, second day yang ko nak meraung sakan.. takpe, boleh tahan lagi. Mujur husband ada beli Bactidol, lepas makan, kumur dengan Bactidol pulak. Tapi, tak perlu rinse dengan air. Yang ni untuk mengelakkan dari bacteria atau fungus dalam mulut. Sesape ada ulser pun boleh guna. 

 Mahal sikit dari Listerine, dalam RM 18 macam tu. Boleh beli di Guardian. 

Tu je untuk Part 1 kali ni... next appointment lepas raya Julai nanti. Nanti wanie cerita macam mana alkisah dah siap operation nanti. Berdenyut sakit ni... nak tido jap. Bye korang..


27 December 2016

Bagaimana Saya Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat - BERKESAN!

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Salam semua...


Wanie belanja sikit gambar ye.


1.  Gambar first - nampak macam takde apa-apa sangat kan? Tapi sebenarnya ada banyak macam jerawat batu, yang degil tak nak keluar tu. 

2.  Gambar kedua - wanie ada amalkan supplement dan terus bertukar kepada natural skincare. Jerawat-jerawat yang terpendam tu, semua keluar dan start masak. Muka pun dah macam merah-merah udang bakar. 

3. Gambar ketiga (bawah) - lepas semua jerawat dah keluar. time ni dalam healing crisis lagi.

4. Gambar keempat dan yang terkini - yang tinggal ganya parut-parut lama dan open pores sahaja untuk dirawat.


Tipulah kan kalau nak tunjuk muka terus flawless sampai tak ada apa kesan langsung. Yang tu kalau pakai berus tembaga + clorox ke, kut lah kan.. mihmihmih...


Apa supplement yang wanie makan dan apa product skincare yang wanie guna?


PRAVENTAC dan AG FACTOR!! - wanie penah review pasal both supplement ni dalam entry http://houseofwanie.blogspot.com/2016/06/review-praventac-and-ag-factor.html 


OK, for skincare product... meh wanie listkan...


1. Orique Cleanser + Babyskin LembutbyAdlina



2. Toner by Orique


3. Day and night serum - Orique Ultra Peptide and Comeminus



4. Moisturizer  - Flawless Gel LembutbyAdlina and Orique Xerominus 

 


5. Acne cream - to combat existing acnes



6.  Weekly mask (to exfoliate dead skin cell) - Mocha Honey Mask by LembutbyAdlina



Haa.. setiap satu wanie senaraikan untuk korang so korang tak miss satu pun. 

 Sekarang ni, hanya Orique dan Lembut sahaja wanie gunakan. Wanie dah try macam-macam dan dah habis beribu-ribu, contohnya Eskay-tu , Garn***, Lor***, Saf*, product yang start dengan De-de tu.... just makin worse wanie rasa. So, wanie stop semuaaaaaa tu dan back to natural product. 

Kang ada orang tanya, apesal wanie cuci muka, guna moisturizer, ada 2 jenis... orique dan Lembut? 

Yes, wanie guna both. Haruzzzlahhh sebab penjimatan duit! Hahahahah... korang ingat murahhhh ke. Bahahaha~ Tapi yang penting, BERKESAN! Contohnya la kan, Cleanser Orique tu harga RM 80 (last up to 3 month), Babyskin Lembut tu RM 35 (last up to 6 month). See the difference? Hahahah~ nak maintain supplement lagi sebulan RM 500 oii.. cik abam tak sayang lagi, aku tak tau lahh~ hahaha



LEMBUT BY ADLINA

Produk keluaran Bumiputra yang setanding dengan produk lain. Hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi dan natural dan tidak berbahaya kalau termakan! Macam Mocha Honey Mask yang consist of coffee, chocolate and honey - banyak kali dah wanie ter'ngap' ... sedap! Hahhaha~ 

Kesan yang serta merta (skin lembut dan moist toing toing). Penggunaan yang berkala, boleh dapat kesan macam wanie. 


Nanti wanie bukak satu post khas untuk produk Lembut by Adlina, wanie explain in detail (I will never post/suggest anything if I haven't try it for couple of months to see the difference). Anyway, wanie stokis di Putrajaya (which cover in Cyberjaya and Bangi as well). And of course Lembut is sooooooooooo awesome sampai wanie jadi stokis.


Kalau korang nak stalk stalk dulu, boleh visit IG dan FB wanie :



09 June 2016

Review Praventac and AG Factor

Edit Posted by Miss Wanie with 5 comments
Salam...


Setiap kali bukak blog mesti rasa bersalah dengan diri sendiri sebab tak konsisten. Hahahah~ nak kata sibuk ya amat tu, sikitlah... boleh terima tak alasan tu selain mim alif lam sin?


Ala... nak ngadu sikit.. lately muka wanie teruk sangat sangat sangat. Muka berminyak yang homaigadddd... oil blotting yang warna biru clean and clear tu memang wajib dalam handbag tau. Sekali lap muka, wajib pakai 2 keping minimum... bila muka berminyak teruk sangat jangan ditanya lah mengundang ape kat muka kan... bukan setakat jerawat, open pores besar nau nau, blackhead, whitehead, jerawat batu pun ada tau... (nangissssssssss) Walaupun dah try guna organic products untuk muka ni, still tak membantu. Kalau product kecantikan kita guna yang dah elok, tapi still tak work, itu confirmlah masalah dalaman kan?


Hari tu tengah scroll scroll kat Facebook, jumpa 1 page ni. Jodoh kot.. hahahah, tetiba terasa tertarik nak bukak website dia. Korang pernah dengar tak Praventac? Ha... click lah link tu kalau korang pun tak tau macam wanie.. Hikhik... Kalau korang nak tau, wanie memang jenis yang susahhhhhh sangat nak makan atau ambik supplements ni. Penyakit biasa, M-A-L-A-S ... Hahaha! Tapi, sebab muka dah makin teruk, wanie rasa takpe lah. Give it a shot! Errr... mahal jugak bagi wanie supplement ni. Wanie ambik yang combo, Praventac + AG Factor = RM 424 (RM 24 tu GST ye... pffttt) Wanie walk in je ke office diorang dekat The Gardens sebelah Midvalley tu.


Ok,.. time beli tu, the lady told me NOT TO USE ANY CREAM-BASED MOISTURIZER. Bagi wanie, not a big deal sebab wanie gunakan Adania Luxurious Organic Oil . So, setiap malam sebelum tidur wanie akan ambil 2 biji Praventac dan 2 biji AG Factor. Menurut dari website Praventac tu sendiri, Praventac ni berfungsi :


While AG Factor claimed that it:

1. Assists in fighting the bad bacteria 
2. Reducing the secretion of oil 
3. Reducing the redness from inflammation 
4. Helping to repair the damaged cells caused by blemishes

Taken from : http://www.praventac.com/home/learn.php#hormonal-acne
AG Factor ni bagi wanie lebih kepada "booster" kepada Praventac, untuk double the action rasanya... hehehehe..


So harini dah genap 18 hari wanie consume Praventac + AG Factor. Apa yang wanie boleh conclude kan adalah :

Hari 1-3 : Tiada perubahan
Hari 4-7 : Oily face slightly reduce. Jerawat batu yang dah berbulan tak naik mata, dah start masak dan keluar air bisa
Hari 8 sampai sekarang : Berperang jugak ni. Jerawat-jerawat pasir + jerawat nasik mula naik. The lady told me not to be afraid sebab this is normal sebab nak keluarkan yang mana terpendam / malu-malu nak keluar sebelum ni. Yang best, jerawat batu i olz dah tinggal seketul je ni kat pipi... geng-geng dia semua dah cabut lari.. hahahah


All in all, wanie plan nak teruskan dengan Praventac + AG Factor ni for another 2 month. Seronok gaisss... kalau awal dulu, wajib kena wipe muka dengan oil blotter tu, sekarang ni kalau tak cuci muka 2 hari pun takde hal lah. The face still moisturize tapi tak oily!


Berapa rate nak bagi ni?


Wanie nak bagi rate macam ni untuk sepanjang 18 hari wanie guna ye :

1.  Menghilangkan minyak muka : 5/5
2.  Menghilangkan jerawat nasi : 3/5 (jerawat kering)
3.  Menghilangkan jerawat batu : 4/5 (suka sangattttttt)
4.  Menghilangkan parut : 0/5 (yes.. takde perubahan ape lagi. Takpe... biar dia keluar settle dulu segala alien kat muka ni, then kita tengok macam mana pulak ye...)

BONUS! Ye ade bonus koranggggg yang wanie sendiri pun tak expect!

HAIRFALL REDUCE!!! 

Awesome kan! Wanie rasa make sense - sebab ape? Dulu wanie selalu pegi saloon, siap buat scalp scanning. Boleh nampak setiap rongga rambut tu clog dengan minyak, the hairdresser tu bagitau wanie sebab clog dengan minyak, rambut macam tak boleh nak bernafas which lead to the akar jadi tak kuat dan rambut pun gugur. Nak harap shampoo je pun, tak boleh.. memang kena treat dari dalam.


p/s : Bertabahlah la sikit tiap-tiap bulan kan.. 400 hengget kauuuuuuuu.. hopefully adalah perubahan sebelum sampai e-day kite raya haji ni, Insyaallah... hikhikhik

p/s 2 : Jangan minta upload gambar. Malu titewww.. insyaallah, wanie akan upload lepas habis healing crisis ni so korang boleh spot the difference senang sikit

13 December 2013

Pengalaman Scaling Gigi | Cuci Gigi

Edit Posted by Miss Wanie with 3 comments
Hari ni saja wanie ambik cuti dari boss. Yelah, cuti bulanan satu hari yang diberi company untuk pelajar intern, kite gunalah sebaiknya kan.. hehehehehe. Kebetulan, benda nak jadi, semalam gigi sakit. Actually, takde la sakit mana, just tiba-tiba tengah buat kerja, rasa ngilu tajam je. Ape lagi, terus la Google which klinik gigi yang okay and good review. 


Google punya google, terjumpa blog Dr. Leen. Then terus call ke klinik Dr. Leen, tanya berapa price kalau nak buat scaling dan tampalan - konon confident gigi berlubang ke apa nak kena tampal. Lepas rasa macam "this clinic quite ok...", terus set appoinment, which hari ni punya appoinment jam 11 tadi. Walaupun sampai dalam 11.30am la jugak, kira ok la, menunggu tak lama. 


Before my name been called, jangan tanya la kenapa ke toilet kan. The most scary person on earth selain team fogging dengue tu, is a DENTIST! The noise and the pain - ufff~ And without hesitate, I tell the doctor "Sebenarnya... saya dah bertahun tak jumpa dentist ni.. ni datang sebab gigi rasa ngilu." Terkekeh Dr. Leen gelakkan wanie. And guess what, doctor just okay when I bring along my friend inside the treatment room. Certain doctor, garang kemain tak bagi bawa - sebab tu wanie jarang jumpa dentist. Hahaha~


Lepas check, Dr. Leen bagitau tampalan lama pada gigi wanie bocor, and mungkin sebab tu wanie rasa ngilu. Okay kan je sebab doktor cakap nak replace balik tampalan tu - tak kisahlah doktor, asalkan gigi saya tak sakit dah. Sakit gigi jangan main-main kan, mencuka je seharian.. sebelum nak start tampalan, wanie memberanikan diri nak try SCALING! Better try than never kan - dah lama duk google pasal scaling ni. Scary sebab banyak blog yang cakap scaling ni sakit. 


Tapi lepas sendiri yang try scaling ni macam mana - hey, mitos je okay sakit tu! Tak sakit pun! (or I'm just a lucky person met with Dr. Leen). Dr. Leen explain satu-satu, kalau ngilu dia akan stop kejap. Sangat friendly lah, no regret! And doktor siap puji-puji (hey kembangnyaaa) karies tak banyak walaupun bertahun tak jumpa dentist. Siap tanya, selalu floss ke. Hahah~ of course la tak. Saya ni pemalas orangnya. Berus gigi je, and once in a while guna Listerine. Pengalaman scaling - time kena cuci gigi tu, biasalah.. ngilu sikit-sikit je, but TRUST me, bearable! Bleeding tu, standard la - sikit je, sungguh, SIKIT je! Dulu pernah terbayang bila scaling darah merambu-rambu - pfffttt!! Nonsense! Paling best bila spit, haaammbikk kau - ntah sisa-sisa apa ke dirt yang keluar, puas hati kau tengok! 


Ok, sangat recommend klinik ni. Dah tak takut nak pergi jumpa dentist dah. And in upcoming 3-4 months, akan pergi lagi untuk scaling. Weehee~ 


Oh price? 


** Tampalan RM 80
** Scaling RM 80

**Harga tertakluk pada perubahan dan ikut doktor tu macam mana treatment nye okay?

Call for appoinment~ :)



Klinik Dr. Leen
Jalan Reko Sentral 5, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

+60 3-8739 4039