20 June 2017

Cabut Gigi Bongsu di Hospital Putrajaya - Part 2

Edit Posted by Miss Wanie with 5 comments
Salam korang... Panjang ye post ni, Wanie cuba recall dan cerita setiap yang terjadi.


Sekarang jam 1.42am. Dalam previous post, Wanie ada citer nak undergo surgery after raya kan? Tak jadi... tapi di awalkan sebab Wanie dah tak tahan sakit menanggung derita angkara gigi bongsu tu. Jadinya, Selasa minggu lepas bersamaan 13hb June, Wanie selamat menjalani surgery bius penuh untuk buang 4 batang gigi bongsu.


Few days sebelum hari pembedahan tu, hospital akan call tanya kesihatan kita macam mana. Yes, tak boleh sakit macam demam ke apa ke, surgery akan postpone kalau sakit. Alhamdulillah, Wanie sihat. So, start 12 tengah malam, Wanie dah berpuasa. Next morning tu, Wanie orang ketiga dan last yang register di Wad Harian dan seusai "check in", terus tukar pakai baju hospital warna hijau tu. 2 orang sebelum Wanie pun nak surgery gigi bongsu juga. Pakar bius datang one by one kat kitorang nak cucuk macam nak drip air tu, tapi macam biasalah, urat Wanie ni dah lah halus, tak jumpa pula. So, doktor skip dulu. Lega lah juga, sementara tunggu turn dipanggil, Wanie tido sekejap. Sorry ye, tak dapat ingat exact time sebab gelabah yakmatt! Hahahaha~~


Dalam pukul 12 kot, turn Wanie sampai. Diorang minta Wanie tukar pakai baju warna putih dan penutup kepala tu dan berjalan ke dewan bedah. Kat situ, Wanie diminta berbaring dan pakar bius berjaya cucuk kali ni, tapi bukan belakang tangan macam biasa kita tengok, tapi ini dekat pelipat siku tu. Berdebar sangat... tak lama menunggu dan Wanie terus ditolak masuk ke dalam bilik bedah yang sejukkkkkkkk sampai menggigil (gigil takut pun rasanya ada jugak.. hahahaha). Tapi doktor situ friendly, dorang tahu kita sejuk, so dorang cover badan kita dengan ape tah, untuk kurangkan kesejukan katanya. Time tu mata dah terkebil-kebil tengok lampu operation tu. Takut oiii!! Ada seorang pakar bius tu, terhantuk kat lampu operation tu. Kelakar, tapi nak gelak pun macam takde mood dah. Kemudian, pakar bius cucuk ubat sikit dan pakaikan topeng sedut gas macam orang asma tuu.. doktor sempat tanya, "awak ok ke?" Time tu vision dah start blur blur, tapi nak "lawan kekuatan gas" tu.. hahahaha boleh lagi menjawap, "ok.. cuma pening sikit" dan lepas tu.... wassalammmm lah dikauuu!! Terus tak sedar apa......


Tahu tahu je... tersedar nama dipanggil dan dorang bagitau operation selesai. Masih lagi mamai mamai, dan walaupun masih bersisa ubat bius, terasa sikittttt kesakitan pada tempat gigi bongsu yang dicabut sebelah kanan. Takpe.. sakit sikit. Masih boleh bertahan. Dan dorang terus bawa ke wad harian. Dapat lunch dari hospital - bubur sedap, aiskrim dan air milo. Wanie rest sekejap sejam dua, lepas tu pergi bilik air bertemankan adik yang datang dari Kedah nak jaga hakak-nan-diva ni. Hahahaha~ ok lah, takde terhuyung hayang time berjalan. Lepas tu, bagitau nurse kat wad harian nak discharge. Mulut tak boleh cakap, penuh gauze dengan darah.. setiap setengah jam kena tukar gauze baru. Then, terus ke Unit Hasil untuk pembayaran. Selepas tolak subsidi semua, kena bayar RM 203 sahaja. Jumlah asal, hampir RM 7 ribu lebih!!





Balik rumah, terus makan painkiller dan tidur je. Makan pun soft soft dan sejuk. Geli jugak sebab darah nak kena telan, nurse tu kata. Jangan kumur or spit! Dan jangan makan or minum guna straw! Dannn.. jangan lupa beli ice pack kat farmasi, kena selalu tepekkan ice pack kat kedua belah pipi the same day lepas operation untuk avoid bengkak bommm ye. Jangan dah bengkak baru nak tepek ice pack tu, memang tak menjadi. Wanie jugak ada beli ubat surut bengkak di farmasi untuk membantu tak bagi bengkak sangat.


Nanti Wanie cerita lagi. Ye... ada sambungan. Kena infection dan dry socket sikit kat bahagian yang dicabut sebelah kiri (gigi bongsu ini yang paling dekat dengan saraf). Dan lenguh jari menaip kat fon.. dan masih lagi berdenyut tempat surgery walaupun harini ada hari yang ke 6.


Wish me speedy recovery!

5 comments:

  1. Ni cabut 4 batang terus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. cabut 4 batang terus ke? penah g dokte swasta dulu dia advice tk bole cabut sekali. at least kena dtg 2 kali. kalu tak bole demam cabut 4 sekaligus

      Delete
    2. time cabut tu saya full bius.. yg buat keputusan nak cabut tu pun doktor pakar sebab cabutan biasa (bius setempat) ada problem.. lepas cabut alhamdulillah tak demam, cuma susah sikit nak makan.. 2 minggu juga makan nasi bubur cair je..

      Delete
  2. Subsidi hanya untuk government servant shj atau untuk semua rakyat malaysia?

    ReplyDelete