Showing posts with label internship. Show all posts
Showing posts with label internship. Show all posts

02 December 2013

Can I Stop The Time?

Edit Posted by Miss Wanie with 3 comments
25 days left for me to end my internship. Aigooo... sedih sangat lah! Macam mana lepas ni nak adapt environment tempat kerja baru. 


Eh.. ni curi-curi tulang jap sementara boss takde. Lama tak update blog. Kehkeh... curi tulang pun janji kerja dah siap, ye dok? :P


Ha, sambung cerita. Rasa memang sayang sangat nak tinggal department ni. Dulu-dulu, wanie asyik takut kecut perut je. Lama-lama dah kenal, dah tau sorang-sorang perangai peel macam mana, terus dah sayang! ^_^ Hari-hari keluar lunch sama-sama, mengutuk mengumpat each other tu jangan cakap lah. Berbakul-bakul kena. Heheheh~


Dan Alhamdulillah, with the opportunity given to me to manage all the works, so far memang takde masalah. Cuma kalau part framework tu yang berdengkur je.. hahaha, malas nak reading. Tapi, kalau mula task nak pentest, wanie la yang paling semangat. Catat itu ini, prepare itu ini, buat checklist itu ini so while pentest begin takde yang tertinggal. Sangat menyeronokkan okeyh!


Dari zero terus pasal Linux, pentest-pentest sume ni, alhamdulillah dah boleh dah nak run security testing and produce report. And latest, present project pentest pada pihak atasan. Well, nervous tu memang tak boleh nak berpisah. Tapi, my boss said I'm okay so... okaylah! As long as my boss satisfied with my job kan? :)


Haihhh.. banyak lagi yang nak belajar. Tapi, takpe.. ada rezeki ada lah. Rezeki setiap orang Tuhan dah tentukan kan. At least, lepas ni kalau nak diinterview, takde la takut sangat sebab diri sendiri dah tahu ability sejauh mana. 


Until next post! :)



08 October 2013

Extracting and Installing .tar.gz and tar.bz2

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments

Dah lama tak blogging. Kak tipah busy lately.. harharhar. OK dah. Quick post kali ni pasal cara-cara nak extract dan install file yang didownload di Linux. Sepanjang intern, wanie just guna Backtrack 5. Ok, lets proceed.


Selalunya, file yang didownload di Linux sama ada berformatkan .tar.gz ataupun .taz.bz2. The way nak extract and install for both format are just same.


--------------------------------------------------------

1.  Open terminal - go to the downloaded folder/directories. Assume Desktop, so 
root@bt:~# cd Desktop


2.  gz ke bz2 ke, kalau kat Windows, file ni macam .rar atau .zip file. So, kena extract dulu. Untuk extract (assume file name is abc.bz2):
root@bt:~/Desktop# tar xvjf abc.bz2


3.  Get into the extracted folder/directories dan list down kan all files in it.
root@bt:~/Desktop# cd abc
root@bt:~/Desktop/abc# ls -a


4.  ls -a akan list down all files dalam directory tu. Cari file yang untuk diinstall, selalunya file name tu INSTALL (yes, huruf besar.) Then run command ni:
root@bt:~/Desktop/abc# ./INSTALL


5.  Then, just Enter je kalau keluar line yang hujung skali mcm ni: [/opt]


6. Da siap. Mohon belanja milo ais satu. Hehehehe~


Until next post. :)



28 June 2013

Different Me As A Full Time Student and Internship Student

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Morning!


Hahahah~ lama tak jenguk blog, almost 2 weeks kan. Dah almost 2 weeks juga la wanie officially pelajar internship di HeiTech. Ni pun blogging dari office, sebab datang awal sangat. Teddy drop wanie kat office, sebab hari ni dia sekerat hari, nak ke hospital ada appoinment katanya. Selalunya, waktu camni wanie pegi breakfast dulu. Tapi, dah sorang-sorang macam malas pulak.


Macam mana sekarang dah jadi pelajar internship kat sini kan?


One word, HEAVEN! 


2 dunia berbeza. Dulu as a full time student, memang stress. Assignment, project, test quizzes... siap keja kena bawak balik rumah la kiranya. Tapi, dah working... stress tu takdelah sangat. Cuma, working environment ni lain. You work in a big building, meet new staff and mix with them, real task given.. seronok walaupun letih. 


Bagi wanie, perkara yang membezakan sewaktu bergelar student dengan dah keja ni is....


Student : Stress, banyak sangat nak kena fikir. Terbawa-bawa sampai dalam tidur. Tapi, ada hari yang boleh tidur bangun lewat, 2 3 pagi tak tidur lagi pun tadehal punya lah sebab lepas class 2 jam esoknya, boleh balik sambung tido kat rumah, flexible time nak enjoy-enjoy.. kelas takde boleh la pegi tengok wayang kejap ke... lepas tu, kena fikir balik oh alamak ada quiz, eh assignment tak siap lagi... hahahah :P


Kerja : Kalau stress pun, hanya di tempat kerja. Tak bawak balik rumah, after 5.30pm, semua workloads tinggal kat office. Kalau takde keja pun, just rilex and self-study, nak sharpen skills. Work in time, pukul 1-2 lunch, while working sekali sekala take 5 nak ke pantry minum-minum ke, gurau-gurau dengan staff lain ke then sambung keja balik. Waktu dah limited, keluar takde matahari, sampai rumah pun takde matahari. Balik rumah, mandi, iron baju, solat, tidur untuk recharge energy. Tidur awal weh.. habis lewat pukul 12am. Takde jadi burung hantu dah, esok sebelum Subuh dah bangun siap-siap. 



Weekdays memang rotate cenggitu lah. Sekarang neh, memang appreciate gila weekend. Hahaha~ weekend lah nak kemas rumah ke, nak cuci sidai kain ke, nak hang out tengok movie ke.. semua weekend. Time student, everyday is weekend pun boleh. Sampai bila hari Sabtu Ahad tu, macam takde beza je. Kehkehkeh~ :D dan weekend juga, masa untuk berehat, bangun lewat sikit (sikit lah sangat :P)


Berat pun dah mula naik and maintain. Dulu, kalau 42kg tu kira dah habis berat la tu. Asyik turun naik tak lebih 42kg je dulu, stress+migrain memang benda biasa. Dah kerja, life macam normal. Hahaha~ tidur awal, makan ikut time.. tu yang kemain lagi berat sekarang neh. Baru 2 minggu, dah naik 2kg. :P


Memang tak menyesal apply sini. Staff pun friendly, tak membezakan antara satu sama lain... memang tak wujud langsung macam jurang permanent staff dengan practical student ke, memang takde. Semua sama je and helping each other. Syukur :)


Ok, still have time sebelum working time will start. Nap kejap lah. Hahahha~ until next post everyone! ^_^

13 June 2013

Meninjau Lokasi Sekitar HeiTech dan Keadaan Trafik

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Seperti yang wanie bagitau dalam previous post, hari ni wanie pergi tinjau-tinjau keadaan jalan nak ke HeiTech dari Putrajaya. Dalam 6.35 pagi, teddy datang fetch wanie kat rumah. Mula-mula, buka Waze dulu. LDP is the nearest route, tapi bila tengok warna jalan tu macam merah, konfim sakit punya. So, kitorang decide nak lalu ikut KESAS.


Dari Putrajaya, wanie ambik highway MEX dan macam biasalah, tol RM 2.50. Then ambik exit kat Stadium Bukit Jalil and buat U-Turn. Kat situ kena tol lagi dalam RM 2.00 and ada lagi satu tol kena RM 2.00 juga. So total-total pergi sahaja dalam RM 6.50 (phew!) Tapi, perjalanan memang lancar. Takde tekanan perasaan sebab jam ke apa. Bawa kereta pun smooth je, less 100 km/j. And terussssssss je sampai nampak bangunan HeiTech sebelah kiri. Kat sini jam sikit, sebab ada traffic light and kereta pun banyak la juga. We manage to reach HeiTech at 7.35 am macam tu. Tapi takde la kitorang terus parking masuk ke ape, just tengok-tengok jalan je. Parking pula, memang kena parking kat Summit (according to our friend that has undergo industrial training in here too). Sebab parking kat Summit is memang dah takde parking katanya. Semua dah full. Sehari parking Summit charge RM 5.00 . 


Total perjalanan dalam 43 km. Herm, dekat balik kalau dari Cheras ke Heitech rasanya, kalau tak silap dalam 20 km lebih sikit je. Plus, jimat duit tol tak kena MEX. Yang jauh neh sebab, yelah, dari Putrajaya ke Bukit Jalil tu pun dah agak jauh kan... kalau dari Cheras, straightttttttt je. (will be confirmed on July sebab wanie akan pindah ke sana).


Then, usha-usha jap around HeiTech, apa yang ada. Al-maklumlah, tak biasa lagi sampai sini. Herm, not bad. Ada Giant, Mydin Mall, kedai groceries jual sayur-sayur pun ada. So, kalau nak makan ke apa ke, rasanya takde masalah kot. Then, lepas pusing-pusing tu, teddy ajak tengok suasana jam di LDP. Hahaha.. memang teruk. No wonder la teddy ada cakap, kalau nak bayar dia RM 100 sehari pun, dia takkan sanggup nak lalu LDP. Now I know why, rasanya lagi makan modal sebab duk main braking-tekan minyak-braking balik-tekan minyak balik. Phew phewww... -.-"



Lihat laluan di sebelah kanan ye, belah wanie memang ok je. 



I'm so excited and agonizing at the same time. Ready for next Monday! ^_^

Journey Back To Home For Internship

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Tepat jam 3 petang tadi, wanie selamat menjejakkan kaki di campus. Teddy datang ambil wanie di rumah Kedah. Sama-sama tak sihat rupanya. Wanie sendiri pun demam selsema siap batuk-batuk lagi, teddy pun serupa rupanya. Dalam kereta tadi, kitorang asyik sok-sek-sok-sek je.. bercakap pun sikit-sikit sebab kalau cakap banyak mesti kitorang nak batuk lepas tu suara jangan cakap la, boleh start nyanyi lagu Ella punya. :P


Time dah gerak tu, kitorang stop kat RNR Gurun, eh... tutup rupanya RNR hari ni, so lepak kat Shell sebelah RNR tu kejap untuk breakfast (mujur singgah kat market beli bekal nasi lemak, kalau tak jenuh la kebulur...) then makan ubat. Kejap je singgahnye, sebab takut tak sempat nak sampai campus. 


Al-kisahnya, wanie tak sedar bila yang wanie tertidur. Kalau tak silap, wanie tengah bual-bual dengan teddy. Hoho~ penangan ubat lah tu, sampai tak sedar apa-apa. Yang wanie boleh tersedar, teddy tetiba masuk perhentian kat mana tah. Then wanie tanyalah teddy, "Nak pegi toilet ke?" Teddy terus jawap "tak tak... nak berenti tido kejap. Mengantuk tak tahan.." Sudahnya, kami sama-sama terlelap dalam kereta dalam 20 minit camtu sebelum sambung our journey.


Tapi tak kisahlah. Janji semua dah settle hari ni. Buku log dah ambil, cheque pun dah siap di bank in kan, terus ke Teja, Precint 9 ni.. makan-makan then balik. Masing-masing keletihan dengan tak sihat lagi, dugaan betul. Tapi takpe, semangat nak intern punya pasal ni, semua BEREHHH~ ^_^


Esok lepas Subuh, teddy datang ambil wanie kat rumah. Kitorang nak try tengok, nak ke HeiTech kalau keluar jam lepas Subuh, pukul berapa nak sampai di sana. Yelah, biasalah kan, for sure la jam punya. So, boleh la agak-agak dah lepas ni nak keluar pukul berapa. Ataupun, kalau still sampai lewat, memang kena solat Subuh kat RNR lah. Part punctual time macam nak ke kerja ke, ke class ke, atau benda yang penting-penting lah, teddy memang akan on time. Selalunya, dia akan bagitau wanie macam ok lagi setengah jam saya sampai, memang cukup-cukup setengah jam (kalau tak ada apa-apa masalah lah). Dan selalunya, dia memang bagi extra time lebih sikit kat wanie sebab......... pepaham la, orang pempuan kan... :P Tapi kan, kalau la ajak macam nak pegi beli apa-apa barang ke, nak keluar jejalan ke... hah! Jangan harap nak on-time! -.-"


Ok done, nak try tido. Kena start dah ajar mata ni tido awal. Heheh.. nite my blog! ~_^v




Kena start tulis log book on September tho I'll be starting my intern on next week.

11 June 2013

My Internship Placement in Heitech Padu

Edit Posted by Miss Wanie with 12 comments
Lama tak post sebarang entry, kekangan masa sangat. Ada je post yang nak di-blog-kan, tapi idea nak type apa tu macam tak sampai. So, tergendala macam tu je. Haihh.. takde disiplin rasanya, lepas tu bising-bising bila Nuffnang nak bagi income macam Hanis Zalikha.. hehehe~


Hari ni Selasa. Isnin depan dah mula lapor diri di Heitech Padu, Subang untuk first day internship. Syukur alhamdulillah. Memang berharap di hati ni nak dapat intern di company yang superb macam Heitech. Waktu dapat phone call dari HR Heitech seminggu lepas macam tu, mula-mula rasa tak confident sebab macam ada phone interview sikit. Nervous sangat sebab tak sangka Heitech akan call, tapi demi niat yang ingin menjejakkan kaki dan menimba ilmu serta pengalaman di Heitech, perasaan nervous tu wanie buang jauh-jauh. This is my golden opportunities, kan? :-) Tambah berbunga-bunga lagi perasaan bila dapat official offer letter dari Heitech yang accept wanie nak intern kat sana. Syukur sangat-sangat, thank you so much Heitech! ^_^


Esok, nak gerak balik ke Putrajaya. Seawal jam 7 pagi bertolak, hopefully dapat sampai awal sebab nak ke campus dulu untuk ambil buku log. Lepas tu, wanie plan nak beli kasut bertutup since semua heels wanie open toes. 


My internship will end on December. Some of my friends tanya juga, why so long, sedangkan intern supposely start on September till December? Bagi wanie, the duration doesn't even bother me. Seriously, I'm very eager nak start. I know, I can gain so much experience and new knowledge and skills yang wanie tak dapat di campus. Selalunya, wanie punya darah gemuruh neh level 999, tapi kali ni rasanya dalam 20-30% sahaja. See, when determination beats your nervousness, it will be beyond than the expectation!


Another step to adulthood.
Think twice and be wise.

Insyaallah, new me waiting ahead. :-)